BAB 2

Mystery & Detective Completed 6709

Kedua, adik dia kena sampuk sebab selalu sangat main sorang-sorang sebab

dia tak hiraukan adik yang sorang. Ataupun ada satu lagi kemungkinan,

sesuatu yang tak terlintas didalam minda dia terlintas difikiran adik dia.

“Abang tolong dia” Hazrul separuh merayu. Hazlan terkedu. Wajah Hazrul

yang sudah berlinang air mata dipandang kejung. Parah.

Bahu Hazrul dipegang kemas. “cerita dekat abang” lembut dia bersuara.

Ada sesuatu yang berlaku. Itu dia pasti.

“Orang tanam dia. Dia masih hidup. Rul nampak dia pandang rul. Dia nak

rul tolong dia. Dia tak mampu. Abang kena tolong rul” teresak-esak

Hazrul menangis. Dia? Tolong siapa pulak ini?

“Dia dekat mana?” Hazlan mengikut rentak Hazrul. Dia buang pandang pada

hujung pokok besar ditengah hutan. Tempat yang dituding oleh Hazrul.

“Dekat situ. Abang dia tak mati lagi” Hazrul dah goncang kuat lengan

Hazlan. Naik lemas pulak aku dengan budak ini.

“Okay dia tak mati lagi. Nak abang tolong macam mana?” soal Hazlan

lembut. Risau kalau dia terus smash Hazrul makin kuat Hazrul memberontak.

“Abang kena gali balik” gila! Hanya perkataan itu yang terluah dari

benak Hazlan.

“Okay-okay. Abang tolong Rul, Rul tolong abang” pujuk Hazlan. Hazrul

menganguk perlahan. Dia bangkit. Hazlan hanya memerhati. Dia perasaan

Hazrul gelisah. Kejap-kejap melihat kiri kanan. Seperti memerhati

keadaan. Sebaik keadaan Hazrul sedikit tenang tangan Hazlan ditarik.

Hazlan hanya mengikut. Kalau tak layan Hazrul mahu dia kena tidur dalam

hutan malam-malam ini. Lagi cepat selesai lagi cepat balik.

Langkah Hazrul mati dikawasan lapang. Diikuti dengan Hazlan. Kawasan

yang lapang. Berbumbungkan langit dan bersuluh cahaya bulan. Tepat

mengena mereka berdua. Jelas kelihatan wajah Hazrul yang pucat. Sekali

lagi Hazlan tarik nafas. Dia perlu bertenang.

“Mana?” soal Hazlan lembut.

“Bawah kaki abang” Hazrul tuding tanah yang tepat berada dibawah kaki.

Tepat. Hazlan menunduk. Telefon dalam poket seluar dikeluarkan. hanya

itu yang sempat dia capai. Itu pun kebetulan berada dalam poket. Sebelum

mula study tadi dia baru lepas berbual dengan rakan karibnya.

Dia mencangkung. Tanah dibawah kaki disentuh. Terasa basah dan baru

digumpal. Wajah Hazrul dipandang penuh kepastian. Point pertama adik dia

boleh terima. Sebab kawasan tanah seperti dikali agak luas.

Seolah memahami Hazrul mengangguk. Dia berpaling sebelum masuk menuju

arah tepi. Hazlan hanya memerhati. Hazrul seperti mencari sesuatu.

Kini dimindanya ada satu soalan. Perlu ke dia gali? Tanah dibawah itu

dikais dengan hujung jari.

“Abang” sebatang kayu sebesar lengan dia dihulur oleh Hazrul. “Gali” dia

hanya menurut kata-kata Hazrul. Pekat malam bukan persoalan dia

sekarang. Hanya ada apa yang berlaku? Tanpa banyak soal Hazlan mengikut

tingkah Hazrul yang mula mengali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience