Bab 7 : Kejadian Aneh

Horror & Thriller Completed 71148

Syafiq yang masih tidak dapat melupakan kejadian semalam seakan trauma untuk keluar dari biliknya. Dia hanya menyelubungkan badannya di atas katil seharian. Tubuhnya sedikit panas, mungkin demam kerana terkejut.

Alif pula dari pagi tadi tidak ada di bilik. Barang-barangnya juga tiada di situ. Dalam benak fikiran Syafiq, tak kan lah Alif sudah balik meninggalkan dirinya sendirian. Puas Syafiq memikirkan ke mana Alif menghilang.

Jam menunjukkan pukul 6.50 pm. Waktu senja begini, Syafiq selalu teringat pesan ibunya supaya menutup semua tingkap dan pintu yang ada. Malah jangan keluar berjalan waktu-waktu begini, tak baik katanya.

Syafiq dengan penuh lemah, bangkit dari katilnya lalu menuju ke arah tingkap biliknya itu. Dia menutup cermin kaca itu dengan berhati-hati lalu menarik langsir yang ada untuk menutupinya.

Sedang dia menarik perlahan langsir di kiri dan kanan nya itu, tiba-tiba matanya terlihat seseorang yang berada di tepi padang yang sedang melihat ke arah biliknya. Dia cuba melihat dengan lebih jelas siapa kah lelaki itu. Namun kemudian dengan pantas dia terus menutup laju langsirnya itu.

"Subhanallah, allahuakhbar. Apa yang aku nampak tadi tu?" Monolog Syafiq sendirian.

Sebenarnya saat Syafiq cuba melihat dengan lebih jelas, lelaki itu mula tersenyum sinis padanya. Matanya kelihatan berwarna merah dan mukanya mula bertukar menjadi buruk. Dia terus teringatkan lembaga yang menggangu nya malam tadi di bilik air. Bulu romanya meremang.

"Tengok apa tu Syafiq?" Tiba-tiba kedengaran suara seseorang di belakangnya.

Syafiq hampir pengsan kerana terkejut. Dia yang sedang mengusap-usap dadanya kelihatan sedikit bengang.

"Kau ni Alif, masuk tak bagi salam, lepas tu terkejutkan aku. Kalau aku ada sakit jantunh, dah lama dah aku meninggal kau tau." Kata Syafiq sedikit marah.

"Sorry lah Syafiq, tadi masa aku masuk aku tengok kau tengah khusyuk tenung apa entah dekat bawah tu. Tak nak lah kacau kau." Kata Alif perlahan.

"Haishhhh paling tidak pun bagi lah salam wei. Haaaa, kau kemana ni seharian aku tak nampak. Agaknya kalau aku mati, dah kejong baru kau jumpa mayat aku kan." Tanya Syafiq selamba.

"Aku pergi jumpa superivisor aku. Betulkan sikit tentang projek aku tu." Jawab Alif lalu menuju ke katilnya.

"Kenapa kau tak cakap dekat aku pun? At least whatsapp lah aku. Aku ni punya lah risau tentang kau wei. Dah lah semalam aku kena kacau. Hmm." Keluh Syafiq tiba-tiba.

"Kena kacau? Dengan lembaga hitam jugak ke Syafiq?" Tanya Alif yang memalingkan mukanya untuk mendengar jawapan Syafiq.

"Aah. Dekat dalam bilik air semalam. Serius doh memang takut giler semalam. Aku punya lah takut sampai ni aku nak cerita pun dah meremang dah bulu roma aku ni." Syafiq mula menggosok-gosok tangannya.

"Kenapa tak kejut aku je?" Tanya Alif ingin tahu.

"Lepas aku nampak lembaga tu depan mata aku, aku terus pengsan. Aku dah tak sedar apa dah. Tau-tau pagi tadi aku bangun aku ada dekat depan pintu bilik kita. Itupun selamat mak cik cleaner tu kejut. Kalau tak sampai ke zuhur lah aku tidur dekat lantai tu." Jelas Syafiq.

"Kau tidur depan bilik? Pagi tadi aku bangun, kau ada je sebelah aku. Masa aku nak keluar tu aku siap kejut kau lagi." Kata Alif serius.

Syafiq terdiam mendengar kata-kata Alif itu. Mustahil dia tidur di atas katilnya hingga waktu pagi. Tak kan lah pula dia mengigau selepas Alif keluar dari bilik itu. Mustahil.

"Kau biar betul Alif. Aku bangun pagi tadi, aku ada dekat depan pintu bilik dah. Bilanya aku masuk dan tidur semula sebelah kau." Kata Syafiq yakin.

"Habis siapa tidur sebelah aku doh malam tadi?" Tanya Alif ketakutan.

Masing-masing terdiam. Selepas satu, satu lagi gangguan mereka terima. Masing-masing mula merasa tidak sedap badan. Beberapa saat kemudian, azan Maghrib mula berkumandang. Awan mula bertukar jingga dan sedikit demi sedikit kegelapan mula memakan cahaya siang.

Alif yang dari tadi berdiri, mulai duduk di atas katilnya itu. Syafiq pula mencapai tualanya dan bersedia untuk mandi. Dia risau bila dia lagi lambat, bilik air akan menjadi gelap. Jadi lebih baik jika dia mandi lebih awal sebelum gelap menjelma.

-0-0-0-0-

"Syafiq, kau takut hantu tak?" Tanya Alif tiba-tiba saat masing-masing sedang cuba untuk melelapkan mata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience