bab 1

Romance Completed 841801

Selamat bertemu kembali para readers yang dikasihi...
Setelah sekian lama Senorita menyepi kini akhirnya kembali dengan cerita baharu untuk semua,semoga kisah yang akan dipaparkan ini membuatkan rindu semua terubat kembali...

,................

Dingin malam menembusi jendela membuatkan tubuh Arabella kedinginan.

Segera dia berganjak dari duduknya yang dari tadi memandang ke arah luar melihat bintang bintang yang bertebaran di atas sana.

Keindahan malam itu membuatkan hati Arabella menjadi sedikit tenang,meskipun fikirannya bercelaru.

Bersahabat dengan alam semulajadi ini menjadikan dirinya menjadi tenang.
Sejak menapakkan dirinya di rumah mewah dan besar ini jiwanya tidak lagi setenang dulu.

Dikira menjadi isteri orang kaya hidupnya disuguhkan dengan kebahagiaan tetapi tidak pada dirinya.

Kemewahan mungkin dia dapat sejak tiga bulan yang lalu saat dirinya bergelar isteri di rumah agam bak istana ini namun ternyata semua itu tidak berguna sama sekali.
Suaminya tidak pernah menderanya atau memaki hamun tetapi dengan menderanya dengan hati kerana dia hanya mencintai isteri pertamanya sahaja.

Arabella seolah hidup dalam penjara buatan manusia itu.
Alunan irama tak sama dengan melodi hidupnya kini.
Dia adalah isteri yang tidak diingini.
Menjadi isteri kedua bukan impiannya,sedikit pun tidak ada dalam kamus hidupnya.

Dia bukan spesies perosak rumahtangga orang lain,namun itulah yang terjadi pada dirinya.
Dinikahi dan yang realitinya adalah atas persetujuan dan restu mertuanya.

Aneh kedengaran namun itulah dia Puteri Arabella nama yang cukup cantik seperti rupanya.
Jika dilihat benar wajahnya sungguh ayu dan jelita ,miliki kecantikan yang alami kerana dia mempunyai wajah yang cukup indah serupa ibunya yang juga miliki wajah seperti keturunan arab.
Wajahnya seolah bukan melayu tulen tetapi lebih mirip kepada keturunan arab,ya kerana mungkin ibunya adalah berketurunan arab dan Melayu.
Ibunya juga pernah bercerita yang dia berketuranan arab namun sudah lama bermastatautin di Malaysia dan tidak lagi kembali ke sana.
Ibunya sendiri sudah dibesarkan di Malaysia dan sampai tidak pandai berbahasa Arab sedikit pun kerana arwah datuk neneknya dulu sudah lama berhijrah ke sini.
Mungkin ibunya adalah lapisan yang sudah banyak tetapi wajah arab masih lagi ada.
Beredarnya waktu dan masa perubahan demi perubahan membuatkan ibu Puteri Arabella itu sendiri dibesarkan dengan adab dan cara orang Malaysia dan berpendidikan di sini maka cara hidup dan pergaulan pun berbeza.

Namun wajah lah yang menggambarkan bahawa ibunya itu bukan memiliki wajah asli orang Melayu dan kini dia juga memiliki kecantikan itu.
Matanya yang bundar ,alis tebal,bulu mata melentik ,hidung mancung dan bibir yang menggoda itulah yang dia miliki hasil cetakan Melayu Arab itu.

Iskandar ayahnya sendiri juga memiliki ketampanan seorang lelaki pujaan wanita dan memang secocok dengan kecantikan ibunya.

Wajah Puteri Arabella banyak mengikut ibunya namun mata coklat pula adalah ikut mata ayahnya kerana ibunya miliki mata yang lebih cantik daripadanya namun kedua mereka tetap wanita yang cukup menarik.
Berbalik kepada hidupnya kini setelah pemergian kedua orang tuanya itu berubah seratus lapan puluh darjah.


Pernikahan yang tidak diingini namun terjadi jua,dia dijadikan yang kedua bukan atas dasar cinta namun sekadar rasa tanggungjawab dan juga paksaan.

Usianya baru berganjak lapan belas tahun ketika orang tuanya meninggal dunia disebabkan kecelakaan jalanraya.

Ketika itu dia baharu sahaja menginjakkan kaki ke menara gading.
Selepas itu hidupnya berubah sepenuhnya,tiada siapa lagi ada untuknya melainkan hanya seorang sahabat baik orang tuanya ,hidupnya sebatang kara dan dijaga oleh kawan karib ibunya iaitu Puan Karmila.

Kasih sayang yang tidak ada taranya dicurahkan kepadanya ,diberikan tempat tinggal dan juga dilanjutkan pelajarannya sehingga kini.

"ibu nak Karl nikah dengan Puteri Arabella" ucap Karmila kepada anak tunggal lelakinya iaitu Karl Eusoff.

Karl yang baru sahaja melabuhkan punggungnya di sofa kembalinya dari pejabat terkejut dan menoleh ke arah seorang gadis cantik dan muda itu .
Tadi dia menerima panggilan daripada ibunya untuk singgah di rumah.
Karmila yang menyuruhnya segera datang kerana ada hal penting yang ingin dibicarakan kepadanya.
Pandangan mereka bertemu bukan kerana saling jatuh cinta melainkan tersirat satu rasa iaitu satu perasaan yang sukar digambarkan di mata Karl terhadap Puteri Arabella.

Bukan membenci dan bukan juga mencintai cuma rasa tidak percaya dengan keputusan ibunya itu.
Perempuan yang dibawa oleh ibunya beberapa tahun yang lalu ke rumah ibunya.
Dia juga tidak banyak berkomunikasi dengan wanita di depannya itu hanya sesekali bertegur sapa dan bertanya khabar sahaja.
Ini kerana Puteri Arabella kelihatan sentiasa mengelak dan menjaga jarak dengannya ketika dia sendirian berkunjung ke rumah ibunya semasa cuti kerja.

Puteri Arabella menundukkan pandangannya dan menggenggam jari jemarinya ketakutan dan juga malu.

Dia juga tidak mahu dinikahkan kerana dia sendiri sudah tahu yang Karl Eusoff itu sudah pun mempunyai isteri ketika itu.
Dia tidak pernah bertemu secara bersemuka tetapi hanya sudah tahu tentang pertunangan antara Karl dan isterinya itu semasa arwah orang tuanya itu masih ada lagi.

Majlis pernikahan antara Karl dan Tania juga tidak dia hadiri kerana ketika itu dia terpaksa bergulat dengan peperiksaan akhir tahun.
Semua tidak kebetulan ,cuma dia pernah melihat gambar pernikahan mereka sahaja di sebuah majalah perniagaan.

Karl merupakan salah seorang ahli perniagaan yang berjaya dan di segani menjadi idola ramai.
Bukan sahaja kerana kebijaksanaannya tetapi kerana ketampanannya juga.
Tidak mustahil untuk didampingi oleh wanita cantik dan berkerjaya seperti Tania.
Kerjaya Tania sebagai model itu membuatkan dunia mereka berdua menjadi tumpuan umum dan tidak hairanlah pernikahan mereka digelar wedding of the year ketika itu sehingga tersebar di majalah hiburan dan perniagaan.

"tapi ibu kan tahu yang Karl dah nikah? mana mungkin Karl menduakan Tania?" ucap Karl lantang seolah emosi dengan cadangan ibunya yang tidak masuk akal itu.

Dia lelaki yang boleh digelar setia,dia cintakan Tania seadanya.
Tidak pernah menuntut berlebihan,dia faham situasi Tania yang sentiasa tidak ada masa untuknya namun bukan alasan untuk mereka berpaling arah.
Menikah lebih daripada satu bukan impiannya juga.

"apa salahnya kalau Karl nikah lagi? ibu yakin Karl mampu punyai lebih isteri" balas Karmila dengan tenang dan bangun dari duduknya menuju ke arah Puteri Arabella yang kelihatan ketakutan itu.

Dia menggenggam tangan anak sahabatnya itu.
Hubungannya antara Aisyah memang seperti adik dan kakak malah suaminya juga bersahabat baik dengan ayah Puteri Arabella iaitu Iskandar.

Kerana persepakatan dan janji yang pernah dibuat antara mereka untuk menjodohkan anak anak Karmila ingin tunaikan meskipun sahabatnya itu tidak sempat direalisasikannya.
Ya sebelum ini mereka pernah berbincang bersama untuk menjodohkan anak-anak mereka namun tidak kesampaian kerana Karl lebih memilih perempuan yang dia cintai itu.
Dia sebagai ibu terpaksa menurut kehendak anaknya demi melihat kebahagiaan mereka,namun setelah setahun lebih pernikahan Karl dengan menantunya Tania ,Karmila tidak nampak sedikit pun wajah bahagia anak lelakinya itu.
Pada awal pernikahan mungkin dia nampak kebahagiaan itu pada diri anaknya tetapi kelamaan semakin suram tatkala Tania sering sibuk dengan kerjayanya.
Sebagai seorang ibu dia boleh nampak dan fahami bagaimana hati anaknya itu ,selama dua puluh tujuh tahun dia besarkan anaknya itu ,dia cukup hafal bagaimana riak wajah gembira ataupun tidak anaknya.
Mungkin Karl akan berpura-pura rasa bahagia di depannya tetapi kenyataannya dia tahu yang Karl juga mula rasa kekurangan dalam hubungan mereka cuma tidak berani untuk menyatakannya kerana Tania adalah pilihannya sendiri dan dia terlalu mencintai wanita seksi itu.

Tania memang cantik namun terlalu mengejar populariti sehingga mengabaikan suami sendiri,namun Karl seolah tidak permasalah dengan perkara itu,namun dalam hatinya tidak ada siapa yang tahu,justeru itulah Karmila membuat keputusan untuk menjodohkan anak sahabat karibnya itu dengan anaknya demi melihat anak lelakinya itu bahagia yang sesungguhnya.
Dia sangat yakin pilihannya tepat,memilih Puteri Arabella yang berbeza sifat dengan Tania meskipun dia tahu Karl akan membantah.

"tak mungkin ibu..tak semudah itu..Karl tak pernah bayangkan nak nikah lagi..cukuplah Tania yang jadi isteri Karl dan Karl tak perlukan orang lain lagi di tempatkan di hati Karl" ucapan Karl Eusoff itu bagaikan petir yang menyambar ke jantung Puteri Arabella saat ini.

Pandangan tajam ke arah perempuan cantik itu kelihatan sangat tajam dan menusuk sampai ke jantungnya.
Nafas Puteri Arabella mula merasa sesak,takut ,sedih dan kecewa saat ini,dia bukan lah perempuan yang mahu merampas hak sesiapa pun.
Dia tahu ini bukannya keputusan yang mudah untuk kedua mereka .

Mana mungkin dua insan yang tidak saling mengenali dan tidak pernah ada rasa cinta akan menikah.

Karl sudah dimiliki dan dia juga tidak mahu menjadi benalu dalam rumahtangga mereka.

" betul ibu,mana mungkin kami nikah,lagipun Puteri tidak mahu hancurkan kebahagiaan rumahtangga abang Karl" lirih Puteri mengangkat bicara menolak secara halus dengan perjodohan itu.

Sejak kehadirannya di rumah Karmila,panggilan makcik sudah bertukar menjadi ibu atas permintaan Karmila sendiri.
Dia tahu sejauh mana dia mengelak sekalipun Karmila akan tetap berkeras untuk nikahkan mereka.

"see ibu dia pun tidak setuju" Karl menggunakan perkataan dia dan tidak menyebut nama,terasa janggal baginya kini.
Karl lega kerana perempuan yang ingin dijodohkan dengannya itu bersuara tanda menyokongnya .

" keputusan ibu dah bulat..ibu tak perlukan pendapat dan bantahan korang..ibu nak dua minggu lagi Karl dan Puteri nikah...tak ada perkataan tidak!!"suara Karmila lantang membuatkan kedua mereka tidak mampu terkutik lagi.
Terkebil-kebil mata mereka memandang raut wajah marah Karmila.
Puteri Arabella tahu selepas ini hidupnya akan berubah menjadi sesuatu yang tidak dapat dia gambarkan,neraka ataupun syurga dunia buatnya.

Pandangan Karl Eusoff itu sudah membuatkan dia faham macam mana nanti perjalanan hidup rumahtangganya nanti.
Dia takut ada kekejaman dan terfikir tentang perkara yang tidak sewajarnya,pernikahan tanpa cinta mustahil akan bertahan lebih lagi Karl sudah pun punyai isteri.

Karl Eusoff bangun dari duduknya dengan perasaan sakit hati dan kecewa,dia tahu bantahan sekuat apa pun tak akan mampu dia elakkan lagi.
Kalau dulu dia membawa Tania di sini juga membuatkan ibunya itu membantah keras kerana tidak mahu bermenantukan isterinya itu.
Tapi Karl tetap menyakinkan ibunya dan akhirnya terpaksa menerimanya,namun kali ini giliran ibunya pula yang lakukan perkara itu,dalam diam ibunya ada niat menjodohkan dia dan anak sahabat baiknya itu.

Pola pemikiran orang tua memang jauh sekali dengan pemikiran orang muda pastinya,namun dia rasa membazir sahaja menolak malah untuk membantah lagi kali ini pasti akan membuat ibunya kecewa lagi.
Dia tidak sanggup melihat wajah ibunya kembali sedih,tetapi bagaimana hatinya,dia juga rasa pedih dan sakit saat ini.
Keputusan yang bakal merubahkan segalanya,hidup,hati dan juga perasaan.

Bermula dari hari itulah perancangan dibuat oleh Karmila,segalanya dia uruskan kerana dia tahu yang anak lelakinya tidak mahu menikahi Puteri Arabella namun sebagai seorang ibu dia lebih tahu mana yang layak atau pun tidak untuk anaknya itu.
Kalau dulu dia menolak keras untuk menjadikan Tania sebagai menantunya tetapi kali ini biarlah dia yang tentukan jodoh untuk anaknya meskipun jadikan Puteri Arabella yang kedua.

Bukan niat untuk rosakkan mahligai bahagia anaknya tetapi hanya satu sahaja impiannya iaitu ingin melihat anaknya hidup bahagia,meskipun pada awalnya tidak saling suka atau mencintai namun dia yakin beredarnya waktu dan tika nanti pasti mereka akan tahu hati masing-masing.

Hati lelaki bisa terbelah lebih daripada satu,baginya biarlah menjadi satu pilihan yang tepat dan terbaik untuk anak lelakinya itu.

Dia tahu keputusannya menjodohkan Karl dan Puteri Arabella akan menimbulkan masalah suatu hari nanti dan akan memberikan kesan kepada hubungan Karl dan Tania.

Tetapi sebagai seorang ibu dan pemegang amanah dia harus dan terpaksa melakukannya meskipun akan membuat banyak hati terluka.
Bukan egois dan tidak menyukai Tania tetapi hanya membuat yang terbaik untuk anaknya,bukan kerana dia membenci wanita yang telah menjadi pilihan Karl namun ada sebab dia lakukan itu semua.
Satu amanah yang tersembunyi dan demi janji yang telah termeterai antara dia dan kedua orang tua Puteri Arabella.

Bukan ingin menyeksa hati mereka namun ingin melepaskan kekusutan yang dia terpaksa leraikan biarpun bukan sepenuhnya.
Puteri Arabella adalah sebuah amanah yang perlu dia jaga untuk kepentingan semua.
Dia tahu suatu hati nanti Karl akan terima Puteri Arabella dengan hati yang terbuka .

Bukan niat untuk memecah belahkan hubungan Karl dan Tania tetapi memberikan kebahagiaan untuk anaknya itu meskipun dia tahu yang Karl terlalu mencintai isteri pertamanya itu.
Tetapi sebagai ibu dia hanya ingin kebahagiaan anaknya sampai akhir hidup nanti.

Bukan Tania tidak baik untuk menjadi pendamping Karl namun kerana sebuah rahsia dia pegang sehingga kini dia terpaksa menyatukan Karl dengan Puteri Arabella dan suatu saat tiba pasti dia akan bongkarkan kenapa dan mengapa dia lakukan semua itu.

Karmilla berdoa agar hubungan Karl dan isteri-isterinya nanti akan bahagia sampai akhirnya tanpa memilih antara keduanya andai terkuak sebuah cerita nantinya.....

Kisah hidup Puteri Arabella akan bermula saat ini...bahagia ataupun derita....

selamat menikmati bacaan ... Senorita sajikan bab pertama untuk permulaan 2022 dengan cerita yang biasa dan mungkin akan jadi luar biasa... Semoga enjoy dengan cerita yang dipaparkan ini...

Share this novel

Habibah Mat Amin
2022-06-29 07:57:10 

crita yg sgt best,tp ending tu mmg dgn bab 89 ke...klu cmtu,ending x brp best laa laa. syg sguh


NovelPlus Premium

The best ads free experience