BAB 2

Romance Series 2768

Adam menyandar malas dikerusinya , sebentar tadi Datuk Sabri memaklumkan bahawa dia perlu menggantikan posisi papanya mesyuarat petang nanti . Adam mengeluh berat , pen dijarinya diketuk ketuk perlahan diatas meja . Dia memandang kalendar bulanan yang terletak disebelah komputer riba berwarna biru itu . Perjanjian antara mamanya tempoh hari sedikit sebanyak membebankan hari hari yang dilalui . Mana tidaknya , kerja yang bertimbun pun sudah menyesakkan lagi difikirkan soal pendamping hidup yang entah dimana hendak dicari .

"Woii , berangan apa sia !" Khairul yang datang secara tiba tiba menyergahnya dengan kasar . Dia menggelengkan kepalanya berulang kali . Adam yang terkejut menepuk kuat meja dan terus berdiri kerana tidak puas hati disergah dengan cara begitu .

"Kau apahal , tak ada adab betul , aku tepuk kepala kau kejap lagi gila seminggu !" Suara Adam sedikit meninggi kerana berasa marah yang bercampur terkejut . Dia menunjukkan penumbuknya kearah Khairul . Khairul yang melihat Adam hanya tergelak dan turut menunjukkan penumbuknya kearah Adam .

Dia tahu Khairul sedikit pun tidak mengambil hati dengan cara gurau kasarnya itu . Mereka sudah biasa bergurau kasar sejak menjadi rakan sebilik di Australia dulu .

Adam menghenyakkan punggungnya ke kerusi setelah perasaan marahnya tadi sudah hilang . "Kau dah kenapa kejut kejutkan aku macam tu , tak ada kerja?" . Adam mengangkat sebelah keningnya tanda menyoal .

"Tak ada lah , aku masuk lama dah . Siap bagi salam panjang lagi doh tengok kau mengelamun panjang kalah Perdana Menteri ni apehal?" . Khairul mengetuk jari jarinya dimeja dan memandang Adam hairan .

Adam mengerutkan kening dan memicit dahi lalu menguak rambutnya yang disisir rapi itu kebelakang . "There's a lot of things that playing in my mind , Rul" . Khairul yang mendengar keluhan Adam itu cuba meleraikan kekusutan sahabat baiknya itu .

"Hey , if you need someone to talk to , here i am bruh" . Khairul mengangkat tangan sedikt lalu menunjukkan tapak tangannya . Dia sudah biasa menjadi telinga untuk Adam apabila Adam memerlukannya .

Adam memandang jam di pergelangan tangannya yang menunjukkan sudah pukul 11 tengah hari . "You know me , aku tak suka nak adukkan masalah peribadi dengan kerja but i think i should tell you this time lunch nanti . Boleh ?" . Ya , dia memang tidak suka mencampuri urusan peribadi dengan kerja , kerana itulah dia mengelakkan bercerita masalah itu dipejabat .

"Ok , as you wish" . Khairul mengangkat tangannnya lalu mengangguk . Kenal akan sikap sahabatnya yang dia sudah kenal lebih dari 10 tahun itu .

----------

"What ! So sekarang kau nak mintak tolong aku cari bakal wife untuk kau , eyy kau ni Dam " Khairul yang terkejut beruk dengar cadangan Adam itu mengeluh dan menyandar dikerusi sambil memeluk tubuh .

Setelah menyedut minumannya sehingga separuh dari gelas itu Adam memandang Khairul yang mula memetik api pada rokoknya . "I don't have any choice Rul" . Adam menyandar dan berfikir sejenak . "Kau tahu aku ni sibuk , tak ada masa . Bulan depan aku nak kena pergi Sarawak tengok tempat projek jambatan tu . Kau je tempat aku mintak tolong , lagipun kau banyak kenal orang kan?"

Khairul menghembus asap rokoknya dan memandang suasana dikedai mamak itu . Mujur mereka berdua memilih tempat duduk diluar kedai makan itu , kerana sudah terbiasa dengan asap rokok dan khuatir akan menganggu pelanggan yang lain . "Itu tak ada masalah Dam , yang masalahnya kau tu . Bukannya aku tak tahu kau mana nak ngam dengan mana mana perempuan" .

Adam mengeluh , dia tahu bukan senang nak cari wanita yang sesuai dengan seleranya . Argh , bukannya memilih dari segi rupa tapi kalaulah hati seseorang itu boleh dilihat dengan mata kasar .

Adam memandang Khairul yang menyedut minumannya . "Ok macam ni lah , kau carilah mana mana je dulu . Nanti apa apa aku bagitau kalau tak okay ke camne ke eh ?" . Adam juga turut menyedut habis minumannya dan ingin pergi segera dari kedai makan itu untuk kembali ke pejabat . Baginya masa adalah sesuatu yang amat berharga .

"Haa , okaylah . Apa apa aku roger" Khairul menunjukkan isyarat 'OK' dengan hanya menaikkan tiga jari .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience