Bab 9

Romantic Comedy Series 60772

Sarah mencapai telefonnya. Air mata yang bersisa diseka. Tertera nama mak. Apa hal pula mak telefon ni? Selalunya dia yang telefon maknya. Hati Sarah berdebar bimbang jika ada sesuatu yang tidak baik berlaku. Dia juga sudah rasa tak enak.

"Assalamualaikum mak," sapa Sarah terlebih dahulu. Menyembnyikan suara dia baru lepas menangis.

"Waalaikum salam sayang. Kamu tengah buat apa tu?" tanya si emak.

"Baca buku mak. Kenapa mak telefon ni? Mak dengan ayah sihat ke?" soal Sarah tak tunggu lama kerana dia sudah rasa bimbang jika ada apa-apa yang terjadi.

Tapi suara emak ceria aje. Tak mungkin ayah sakit. Ini mesti mak telefon bukan fasal kesihatan ayah. Habis tu fasal apa pula?

"Sarah, mak telefon ni nak bagi tahu kamu yng ada orang datang merisik kamu. Mak dah berkenan dengan budak ni. Mak harap kau pun boleh terima dia," jawab si emak.

Huh?? Merisik???

"Sarah ... tak nak kahwin lagi la mak. Kan Sarah tak habis belajar lagi? Kenapa mak ni?" balas Sarah memberi alasan.

"Memanglah tunggu kamu habis belajar. Sekarang ni mak fikir kamu bertunang dulu. Lepas dah selesai belajar nanti, barulah kita usahakan perkahwinan kamu pula," pujuk si emak lagi.

"Mak..." Sarah cuba membantah keputusan dan perancangan yang bermain dalam kepala emaknya.

"Sebenarnya, mak dah setuju pun, cincin pun mak dah terima. Minggu ni kamu balik ya Sarah. Tunang kamu nak berjumpa," tegas kata-kata mak. Itu tandanya keputusan mak muktamad. Tak guna beralasan atau membantah lagi. Tak luak.

"Tapi mak..." Sarah cuba membantah sebab berat hati nak terima keputusan maknya. Kalau dia terima macam mana pula dengan Syafiq? Hatinya dah terpaut dengan lelaki itu. mampukah dia nak melupakan Syafiq?

Sarah bingung.Apa yang harus dia katakan? Nak tolak bimbang mak pula kecewa dengan sikapnya. Lagi pun, di atak tahu apa perasaan Syafiq padanya. Entah-entah dia bertepuk dia bertepuk sebelah tangan.

"Ya lah mak. Nanti Sarah balik." Perlahan saja suara Sarah melambangkan persetujuannya rela dalam paksa.

Emak pun apa lagi suka bukan main dia. Talian diputuskan. Sarah membawa lara ke dalam kain selimut. Mengadu luka pada bantal peluknya. Cinta yang ada terpaksa dikuburkan. Pedih. Pedih.

"Macam mana mak cik? Sarah setuju ke?" tanya Syafiq tidak sabar-sabar.

"Ya. Minggu ni dia balik. Yang kamu tak nak berterus-terang tu kenapa?" Hairan emak dengan budak zaman sekarang. Nak kahwin boleh main uji-uji pula.

Syafiq menadah tangan kesyukuran. Dia akan melamar Sarah Sarah dengan caranya sendiri tapi biarlah dia pastikan dulu ego Sarah luntur dulu. Biar Sarah terseksa dengan kehilangannya. Biar gadis itu tahu apa yang dirasanya selama ini.

"Mak cik, nanti Sarah balik minta dia jumpa saya dekat pondok depan sawah padi itu ya. Dia pasti tahu di mana sebab kami selalu bermain bersama dulu," pesan Syafiq.

Tak sabar dia menunggu hari minggu yang hanya ada beberapa hari lagi. Persiapan perlu dilakukan serapi mungkin. Biar detik indah ittu menjadi kenangan abadi seumur hidup mereka berdua seperti mana kenangan nama Sarah itu. Kerana nama itu hatinya terikat dengan Sarah. Gadis comot tapi berjaya mencuit hati lelakinya.

"Iyalah. Macam-macam budak ni." bebel si emak.

Syafiq menyambut bebelan emak dengan senyuman meleret. Bahagis miliknya. Bukan main susah lagi nak menakluki hati Sarah. Dia amat berterima kasih pada Niza sebab sudi menolongnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience