Bab 50

Romance Series 80702

HUJUNG minggu semestinya menjadi hari di mana pasaraya akan di penuhi orang ramai dalam membeli barangan keperluan rumah. Tidak terkecuali si lelaki ini yang dari tadi mengintai-intai si gadis dengan jarak beberapa kaki di hadapannya agar tidak ketahuan pada tingkahnya.

Siapa ? Hakimi ! sejak dia ternampak motor skuter Pia di luar sana tadi, dia membuat keputusan last minit untuk masuk ke dalam pasaraya Mydin itu.

Bam !

"Eh, sorry akak ! sorry.."

terbongkok-bongkok badannya meminta maaf bila troli barangan yang di bawanya terlanggar dengan troli kepunyaan orang lain sambil cuba menyembunyikan diri. Matanya tidak lekang dari memantau ke arah Pia.

Dah tau tak nak beli apa-apa kenapa bawak troli ? kan dah sukarkan misi mengintip dia. Ish...

rambut di hujung atas dahi itu di raup ke belakang memarahi diri sendiri. Masuk pula ke bahagian makanan ringan sememangnya dia sedang di goda.

Matanya di pejam,

simpan duit kau kimi....jangan ini semua tak sihat... nafas sekali di hela.

Setelah dia buka mata, Pia hilang dari pandangan.

Shi....t ! gelabah tingkahnya, panik pergerakkan kepala dan badannya berpusing mencari Pia.

Aduih...hilang pulak dah...

Begegas dia menolak troli yang kosong itu untuk bergerak menuju ke bahagian yang lain. Tak pedulikan jika harus tawaf satu mydin ni.

Bam ! Aduhai....siapa pula yang di langgar trolinya kali ini ?

gulp !!

Pia merenung tajam ke arahnya. Kedua-dua keningnya turut terangkat-angkat. Cari apa ?

"Errr, eh Pia..tak sangka boleh jumpa dekat sini." Belakang kepalanya di garu.

AWAK IKUT SAYA ?

bebola matanya bagai mahu melompat keluar dengan sendiri bila di tanya soalan seperti itu.
Hakimi menggeleng laju memandang ke arah telefon pintar yang di layangkan oleh Pia di hadapan mukanya itu.

"Mana ada, saya nak datang beli barang la. Mana ada saya ikut awak ." Nafi Hakimi.

BELI BARANG APA KALAU TROLI KOSONG ? DAH SETENGAH JAM DEKAT DALAM NI. SAYA SEDAR AWAK IKUT SAYA TADI. KALAU NAK BELI BARANG TAKKAN SETENGAH JAM PUN TROLI KOSONG LAGI ?

keningnya sekali lagi terangkat.

Hakimi tersengih. Tertangkap dia dengan soalan dan kenyataan dari Pia itu.

*****

Dalam sedang kepenatan menjinjit beg plasik yang di penuhi barangan yang baru di beli tadi, hakimi mengatur langkah mengikut Pia.

Baik hati sangat nak tolong kan ? haa bawak la.

Pia tersenyum geli hati membayangkan keadaan Hakimi di belakangnya itu. Sengaja dia berjalan laju.

"Beli barang banyak-banyak tapi datang naik motor, biar betik dia ni." Hakimi mengomel perlahan.

Pia membuka seat motor skuternya dan mengambil helmet di dalam itu lalu mengangkat barang yang di belinya tadi untuk di simpan di situ.

"Tak muat la. Lain kali kalau datang beli barang, naik la grab ke bila dah tahu nak beli banyak. Aiyoo."

Bukan niatnya nak beli banyak barang. Tapi sengaja dia membuli Hakimi agar serik untuk dekat dengannya lagi.

Pia menjeling. Tangannya laju mengambil beg plastik yang tersisa itu lalu di ketakkan di celah kakinya.

Boleh la ! eleh kecoh ...

Hakimi kagum. Dia mengangkat kedua-dua bahunya.

If that's fit...okay then.

"Kejap !" Tangannya menghalang Pia untuk bergerak dengan memegang kedua-dua cermin sisi motor skuter itu.

Pia berkerut dahi.

Apa lagi dia ni nak ?

"Tak boleh ke kau bagi nombor phone kau dekat aku ?" Hakimi terlalu jujur.

Kenapa pulak ? Tangan kiri pia di angkatkan sedikit sebagai tanda tanya.

"Lah, dari dulu lagi aku minta nombor kau tapi kau asyikkkkkkk tak bagi. Aku ni tak cukup handsome ke ?" Hakimi pula berkerut dahinya memandang Pia memasang wajah simpati.

Bebola mata Pia di putarkan ke atas. Lalu dia menggeleng. Jangan harap ! selepas melihat permainan Farid, dia jadi alergik mahu berkenalan dengan lelaki.

"Kenapa kau geleng ? betul ke aku tak handsome ? ke tak boleh ? Tapi aku ikhlas Pia nak kenal dengan kau."

Pia terkesima. Ikhlas ? Farid juga dulu tampak ikhlas. Tapi...hmmm

Bahasa isyarat Pia : Apa bukti awak ikhlas ? ikhlas semua orang boleh cakap je dari mulut tu.

Eh, dia terlupa. Hakimi tak boleh faham bahasa isyaratnya. Dia menepuk dahi akibat kealpaan diri. Akhirnya kau termalu sendiri Pia !

Dia menggeleng lalu cuba mengeluarkan telefon bimbitnya dari dalam beg sandang yang sedang di pakai itu.

"Aku bukan dalam golongan semua orang yang kau maksudkan tu. Aku lain. Aku ikhlas, dan aku akan buktikan"

Suara hakimi itu menarik perhatian Pia. Pergerakkan tangannya terhenti mencari. Matanya kembali memandang Hakimi di depannya itu.

"Aku harap kau dah nampak apa yang aku maksudkan dengan ikhlas itu." Telefon hakimi di hulurkan pada Pia yang jelas kaku di situ.

Dia faham wey apa aku cakap tadi ?

Bahasa isyarat Pia : Sejak bila awak faham apa yang saya cakap tadi ?

"Sejak aku jumpa kau. Kau yang menarik minat aku untuk tahu tentang kau. Keadaan diri kau."

Bahasa isyarat Pia : saya tak paksa pun awak untuk faham.

"Diri aku yang paksa aku untuk faham kau. Dan, kau tahu.. aku happy belajar bahasa kau, dan boleh berkomunikasi dengan kau tanpa ambik masa yang lama untuk faham."

Pia tersedar sungguh dia faham apa yang di maksudkan oleh Hakimi. Lelaki ini sanggup belajar bahasa isyarat demi dia ?

Tak mahu menunggu lama di situ dan menghalang laluan, dia mencapai telefon hakimi dan membuatkan panggilan ke telefonnya.

Telefon yang di hempaskan ke dadanya itu di sambut sebelum jatuh menyembah bumi. Hakimi tersenyum puas bila melihat skuter yang bergerak pergi itu.

Yes !!

BUNYI geseran sudu besi bersama cawan kaca itu kedengaran indah di pagi hari dan menerbitkan aroma kopi yang semerbak di kawasan pantry itu.

Bekas penutup kedap itu di keluarkan dari arah kabinet atas. Apalah kopi tanpa biskut bagi Karlisa.

Aik ? tinggal satu je .. hmm nak kena restock ni.

Biskut Lexus chocolate yang menjadi simpanannya di situ nampaknya menjadi kesukaan para pekerja di ofis ini. Dia tersenyum suka.

"Nak !."

Opocot kau ! pantas dia berpusing bila mendengarkan suara yang menyapa dari arah belakangnya itu.

Kelihatan Tuan Syed Iqwal yang tersenyum memandangnya. Jarak mereka kini seinci !

"Tak boleh, ada satu je." Karlisa mempertahankan biskut terakhirnya itu.

Pandangan tajam yang di terima itu tidak di hairankan lalu dengan pantas dia membuka plastik biskut itu dan di masukkan ke mulutnya.

This mine. you can't take it ! Karlisa sengaja memprovoke Tuan Syed Iqwal.

"I said i want ! tak apalah, kita share."

laju dia menggigit hujung biskut yang terjojol keluar pada mulut Karlisa yang tidak muat sepenuhnya di huni oleh mulut kecil itu.

Karlisa terkejut dengan tindakan Tuan Syed Iqwal itu. Kedengaran bunyi dia menahan nafas. Matanya mencerlung memandang lelaki itu bagai tidak percaya.

Karlisa menghabiskan biskut yang ada di dalam mulutnya.

"Banyak lagi biskut lain. Tu ha biskut kosong kat atas tu kenapa tak ambik je ?".

Tuan Syed Iqwal mengangkat kedua-dua bahunya.

"Yang ada dekat mulut awak tu sedap lagi." Dia tersenyum nakal.

Seketika kedengaran bunyi suara orang yang bercakap dan di sertai oleh bunyi tapak kasut yang sedang menuju ke arah pantry.

Cika dan Yana terkejut melihat Tuan Syed Iqwal yang berdiri menghalang laluan mereka untuk ke pantry.

"What do you guys prefers. Coffee or tea ?".

"Eh, Tuan Syed nak bancuhkan ke ?." Tanya Cika hairan.

Tuan Syed Iqwal mengganguk.

"Yup !. Mood rajin saya datang hari ni ".
Terpaksa dia merajinkan diri demi untuk sembunyikan Karlisa yang ada di sebalik dinding kawasan pantry itu.

Cika tergelak sedikit. Lalu dia memandang Yana di sisi.

"Coffee la Tuan Syed. Thanks." Kata Yana dan setelah itu mereka berjalan ke arah meja yang di sediakan di dalam kawasan pantry yang sederhana luas itu.

"Sure."

Karlisa menahan segan. Terasa wajah yang kian membahang bila dia hanya diam tidak mampu bergerak kerana di kepong oleh Tuan Syed Iqwal yang sedang mencapai teko kopi di dalam kabinet atas kepalanya itu.

Aduh, wanginya... Karlisa menahan perasaan bila dia terhidu wangian yang di pakai oleh Tuan Syed Iqwal bila lelaki itu merapatinya.

Uncang kopi di letakkan di dalam teko dan di letakkan pula di bawah laluan dispenser air hangat. Dia biarkan air itu perlahan jatuh mengisi ke dalam ruangan teko itu sementara dia merapati semula ke arah Karlisa.

"Where are we just now ?"

Karlisa menelan air liur bila wajah lelaki itu mendekatinya.

"No..no..no, not here Tuan Syed. Tak nampak ke ada staff dekat hujung sana tu ?." Karlisa berbisik perlahan lalu menjarakkan wajahnya sedikit.

Nak mampos kalau kantoi ? Nanti karang kecoh di kata scandal pejabat pula.

"Syuhh...quiet." Tuan Syed Iqwal tidak peduli lalu dia memagut bibir Karlisa lembut.

Karlisa yang tidak di buai ke asyikkan itu menghentikan lelaki itu dari terus melayan asmara bila terasa tangan lelaki itu semakin liar menjalar belakang tubuhnya dengan menunjukkan ke arah teko air yang hampir penuh dengan air hangat itu.

"Ooopp."

Kelam kabut dia menghentikan butang air panas itu dari terus mengalir jatuh.

Karlisa menahan senyum. Geli hati melihat kekalutan lelaki itu. Namun dia tidak menafikan yang kini matanya sedang di jamu oleh permandangan indah bila pertama kali melihat Tuan Syed Iqwal membancuh air. Gantelment habis !

"Selamat awak kali ni." Sempat dia berbisik sebelum bergerak menuju ke meja yang sedang di duduki oleh Yana dan Cika itu.

Fuh..... sungguh dia lega.

Dalam melihat keadaan mereka yang rancak berbual itu Karlisa perlahan-lahan begerak menuju keluar dari pantry tersebut sebelum mereka menyedari kehadiran dia yang sudah lama di sudut itu !

Pintu pejabatnya di buka. Fuh, melepaskan lega bila tiada siapa yang melihatkannya keluar dari pantry itu.

Eh ? kini dia di kejutkan dengan kedatangan yang tiba-tiba itu. Seseorang telah menunggunya di dalam.

"Hi Lisa, lama tak jumpa you. Saja i datang nak lepas rindu. Awak tak kisah kan ?." Megat Haider tersenyum sinis.

Lisa ? setelah ketahuan kini dia berasa janggal di panggil dengan nama Lisa oleh lelaki ini. Mungkin dia bertindak professional dalam kerja ? Karlisa membuang prasangka.

"It's okay. You datang mesti sebab projek Genting kan?. It's fine." Karlisa cuba mengawal riak. Lupakan...lupakan.. buat kerja..

Langkahnya terhenti bila dia mendengar suara lelaki dari dalam pejabat Karlisa.

"Megat Haider kat dalam Tuan Syed." Kata Benjamin bila dapat membaca riak wajah majikannya itu.

Tuan Syed Iqwal memutarkan bebola matanya ke atas dan mengehela nafas berat. Tidak gemar dengan kunjungan lelaki itu di sini. Jika bukan atas urusan perancangannya, takkan sekali dia biarkan lelaki itu mendekati isterinya hatta menatap bayang-bayang sekalipun.

Benjamin tersenyum geli hati melihatkan wajah cemburu seorang lelaki yang sedang bergerak pergi itu.

Coat kemejanya di betulkan sedikit sambil melintasi meja kerjanya.

"Kau patut tengok keadaan sekeliling dahulu bila nak datang sini."

Lelaki yang memakai topi hitam itu mendongak memandang Tuan Syed Iqwal.

"Kenapa Tuan Syed ?"

"Megat Haider ada di sini."

Dia menanggalkan topinya dan meraup lembut rambut yang kusut itu. Dia tergelak sedikit.

"Kalau kantoi pun, tak ada effects sebab Tuan Syed dan hampir menang."

"Tak hampir lagi, Lingas Holding masih ada. Selagi semuanya tak jatuh. Itu bukan kemenangan bagi aku."

"Puteri Qisya akan terlibat sama ?" Jelas lelaki ini terkejut dengan kenyataan itu.

"Terpaksa aku libatkan dia." Jarinya ligat mengetuk kaca di meja itu.

"Go back, sebab kerja kau masih banyak. Be careful jangan tertangkap."

Lelaki itu menggangguk. Dia mencapai semula topinya dan bergerak pergi dengan berhati-hati dari situ. Namun telinganya yang capang itu tajam sekali mendengar suara Megat Haider dari arah bilik pejabat yang di seberang sana itu.

Megat Haider masuk ke dalam bilik Puteri Qisya bila melihatkan pintu yang sedikit terbuka itu.

"Mana kunci kereta, i nak pinjam. Kereta i ada di bengkel."

Puteri Qisya tidak menghiraukan kedatangan adiknya di situ sedang dia dalam sibuk meneliti sesuatu berita di dalam i pad itu. Hanya jari telunjuknya menunjukkan arah meja solek di mana kunci itu terletak.

Megat Haider menggeleng, kunci kereta di letak merata-rata...bukan nak sangkut elok-elok. Kalau hilang padan muka.

"Lepas keluar tutup pintu." Kata Puteri Qisya.

Dia mengambil tanpa banyak bicara bila hanya menarik pintu untuk di tutup semula. Terasa tangannya menyentuh sesuatu di balik pintu itu. Lalu dia membuka semula dan masuk untuk melihat apa yang ada di balik pintu itu.

"What is this?!" Megat Haider berkata sendiri bila dia terkejut melihat koleksi gambar-gambar seseorang yang dia kenali. Ini semua mula menyakitkan matanya.

"Hei..apa tengok barang-barang i suka hati ni. Get out !".

Puteri Qisya cuba menolak keluar Megat Haider dari biliknya itu.

"You buat apa simpan banyak-banyak gambar dia ni. You ada crush dekat dia ke ?"

Puteri Qisya menggigit bibirnya. Tidak suka halnya di ketahui oleh orang lain. Sebab itulah dia pantang sekali orang masuk ke dalam biliknya tanpa ada dia dan sentiasa melindungi barang yang ada di balik pintu tersebut.

"Sibuk la you ni. Pergi la cepat. dah dapat kunci kereta kan ? go ! get out." Puteri Qisya tidak menjawab spekulasi itu.

"Why dalam banyak-banyak lelaki yang ada dalam dunia ni..you suka dia ? Carilah lelaki lain !".

Pantas dia mencabut gambar-gambar yang terhias di pintu tersebut dengan rakus. Dia benci lelaki ini. Di sebabkan lelaki ini, dia kehilangan peluang memiliki Nurjihan.

"Heii stop it ! suka-suka you je usik barang i ? i said stop !!." Jerit Puteri Qisya menghalang angin gila adiknya itu dan menolak Megat Haider keluar dari biliknya.

"Apa masalah you ni ?"

"I tak suka dia. Cari lelaki lain untuk you suka. I don't care whatever it is... pastikan bukan dia. Bukan Syed Iqwal !".

"you tak boleh halang siapa yang i suka. Yang i nak !"

"He's mean...so mean....i nak you hati-hati. You tak tahu dia ni siapa sebenarnya lagi."

Megat Haider tidak kuasa lagi berbalah dengan kakaknya. Dia berlalu dari situ meninggalkan Puteri Qisya yang terkebil-kebil matanya menahan lelah selepas mereka bertengkar tadi.

"I don't understand, suka hati la." Sungguh dia tidak faham angin apa yang merasuki Megat Haider itu. Di kutip semula gambar-gambar dan perhiasan yang jatuh berselerakkan di lantai.
2 tahun dia memendam rasa menyukai lelaki itu. Tiada siapa berhak menghalang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience