bab 10

Romance Series 8464

Kamarul memfokuskan pemanduannya. keadaan dalam kereta sepi. dia menoleh sekilas melihat Nur Qawi yang berada di sisinya kebisuan. apa perlu dia bicara untuk memohon maaf atas perbuatannya tempoh hari pada wanita itu? fikirannya bercelaru.

"Hantar Qawi balik.." bergetar suara Nur Qawi memulakan perbualan. ketakutannya tadi telah berkurangan.

"abang tak sengaja.. abang.."

"abang mabuk?! jadi disebabkan mabuk abang boleh buat sesuka hati?" Nur Qawi terlebih dahulu mencantas kata-kata Kamarul.

Kamarul kembali hilang kata. dia meraut wajahnya kemudian dihembus nafasnya perlahan seribu penyesalan bermain di benak hatinya.

"tolong bagi peluang pada abang tebus kesilapan abang.." rayu Kamarul. Nur Qawi menyandarkan kepalanya di kusyen kereta kepalanya terasa sakit kerana terlalu memikirkan akan hal itu.

"sebab saya ikut abang lah.. saya bagi abang peluang.. kalau diikutkan hati jangan harap saya nak tengok muka!" marah Nur Qawi tapi nada suaranya masih dikawal.

sakit hatinya kalau diikutkan hatinya mahu sahaja dia melompat keluar dari kereta. namun dalam keadaan kereta itu meluncur laju dan mungkin sahaja nyawanya melayang! lantas diusir jauh keinginannya itu.

"abang dah fikir masak-masak abang nak tanggung jawab atas apa yang abang dah buat" ujar Kamarul jelas didengari di cuping telinga Nur Qawi.

"maksud abang?" soal Nur Qawi keliru. dengan pantas Kamarul memberhentikan kereta di bahu jalan dalam keadaan bahaya hampir sahaja mahu berlanggar dengan kenderaan lain. tapi Kamarul lebih cekap dan tenang mengendalikan keretanya.

"abang kenapa bawak kereta macam ni?!" marah Nur Qawi agak terperanjat dengan tindakan Kamarul. diurut-urut dadanya perlahan.

Kamarul mengambil nafas, perlahan dihembusnya kembali dia menatap kedalam mata Nur Qawi. cuba mengambil kekuatan untuk meluahkan keinginan dan isi hatinya.

"abang tahu.. mungkin abang terburu-buru mungkin abang tak sempurna tapi abang akan cuba sedaya abang untuk Qawi." Kamarul mula berbicara setelah mengambil masa beberapa saat untuk luahkan.

Nur Qawi masih lagi setia mendengar walaupun dia masih tidak dapat memahami apa yang dimaksudkan Kamarul Atau tidak apa yang bakal Kamarul katakan.

"Will you marry me?" mendengar apa yang dikatakan Kamarul, Nur Qawi bagai tidak dapat bernafas. hidung seperti tidak mampu lagi berfungsi, dadanya terasa sesak! lantas dia meluru keluar dari kereta.

Kamarul ikut juga keluar dari kereta mendapatkan Nur Qawi. Dia agak panik melihat reaksi Nur Qawi. lantas menerpa cuba memaut tubuh Nur Qawi. selepas tubuh itu dapat dipautnya lembut tanpa disangka tindakannya ditolak kasar dari Nur Qawi.

"No!" Nur Qawi menolak Lamarannya bulat-bulat. seperti terkena tamparan yang kuat dengan jawapan yang di beri Nur Qawi malah ia membuatnya berang. dengan kasar Kamarul mencekik leher Nur Qawi. matanya membutang memandang tepat pada mata Nur Qawi.

"kenapa?! kau dah suka budak kampung tu?! apa kurang aku?! budak kampung tu tak layak dapatkan kau! dia tak sama taraf dengan kita! " herdik Kamarul.

Nur Qawi terperanjat dengan tindakan Kamarul, bukan hanya terkejut malah takut dan sakit diperlakukan sebegitu. perlahan air matanya mengalir. Kamarul kaget! dia seperti kembali sedar. Kamarul melepaskan tangannya yang memaut leher. lantas tubuh Nur Qawi dibawa kedalam dakapannya.

"abang minta maaf." kata Kamarul dengan nada perlahan menyesal dengan tindakannya. Nur Qawi hanya kaku takut untuk melawan apa daya dia seorang wanita mahu melawan lelaki sasa itu. namun air matanya masih belum berhenti.

***********

"Qawi yang paksa abang buat semua ni.."kata-kata Kamarul teriang-iang dicuping telinganya. mahu sahaja dia menangis menjerit melepaskan apa terbuku dihati namun di tahannya.

lamunan Nur Qawi berterusan hingga tidak sedar akan kehadiran Maisarah dalam biliknya itu. dia cuba sedar setelah tubuhnya dirangkul mesra oleh adik manjanya itu.

"Mai tengok lepas akak pergi bercuti dengan abang Rul akak banyak diam.. ada benda yang akak pendam sorang-sorang?" soal Maisarah mahu mengorek rahsia.

"apa pendapat Mai kalau akak kahwin dengan abang Rul?" soal Nur Qawi lemah. Maisarah melonjak terkejut dengan soalan yang keluar dari mulut Nur Qawi.

Lantas Maisarah duduk tegak menatap wajah kakak kesayangan mencari kebenaran. namun apa yang dia lihat hanya suram dari wajah mulus itu.

"kakak suka dengan abang Rul?" tanya Maisarah pula. Nur Qawi hanya menjawab dengan keluhan.

"untuk apa kalau kakak sendiri tak suka? yang hidup dengan dia nanti kakak bukan Mai.. jadi kakak lagi berhak buat pilihan sendiri." ujar Maisarah dengan panjang lebar.

"tapi ibu suka kan abang Rul jadi menantu dia?" soal Nur Qawi lagi terkenangkan ibunya.

"tapi kan bukan ibu juga yang akan hidup dengan lelaki tu! cukup lah kakak bahagiakan hati ibu tapi hati kakak yang sakit!" marah Maisarah.

"sayang betul adik kakak pada kakak ye" kata Nur Qawi sambil mencuit dagu adiknya.

"sayang lah!" ujar Maisarah dengan gembira kemudian mereka ketawa.

Dari luar bilik itu Datin Roziah dapat mendengar dengan jelas perbualan dua orang anak daranya. ada rasa terharu terbit di hati.

namun egonya dan hati hitamnya lebih kuat menolak perasaan itu. dia berlalu dari situ menuju ke biliknya. Datin Roziah meletakkan punggungnya di sofa yang ada ruang biliknya.

fikirannya mula melayang mengenangkan masa silam. masa yang sebenarnya perlu dia lupakannya.

*************
"Betul Roziah aku nampak! suami kau dengan perempuan lain.. bukan main lagi mesranya!" cerita Salmah sambil dibiar rambutnya didandan oleh tukang gunting rambut di salon.

Roziah mula tidak senang duduk. kata suaminya sudah insaf, sudah tidak lagi mencuranginya. tapi apa pula yang diceritakan Salmah kali ini?!

"kau silap orang mungkin" balas Roziah cuba menidakkan apa yang didengarnya.

"Eh apa pulak silap! aku kenal sangat dengan laki kau tu!" ujar Salmah dengan yakin.

Roziah kembali sepi dan meneruskan memcaba majalah yang disediakan disitu. usai selesai urusannya di salon itu lantas Roziah bergegas pulang. hatinya sudah tidak keruan.

Di rumah dia seperti cacing ju kepanasan duduk tidak kena, baring juga tidak kena. ke hulu ke hilir dia berjalan menunggu kepulangan suaminya.

kata-kata Salmah seperti bermain-main dicuping telinganya. cuba diusir namun masih juga tidak pergi bahkan makin menghantuinya.

Entah bagaimana mana dia boleh terlelap di ruang tamu rumahnya. tiba-tiba tidurnya terganggu mendengar pintu rumah cuba dibuka. matanya melirik melihat jam yang menghiasi dinding.

3.00pagi baru suaminya pulang. baru kemana suaminya? soal hatinya sendiri. keberadaan Roziah di situ tidak diketahui Mizan kerana pada pengetahuannya isterinya sudah berpangkat kebali bercuti bersama rakan-rakannya.

kedengaran tawa memecah kesunyian disitu. Roziah bingkas bangun mahu mendapatkan suaminya namun langkahnya mati ketika terdengar satu tawa manja menggoda. dari sebalik dinding dia mengintai.

apa yang baru dilihatnya itu memang membuatnya mahu pingsan. suaminya sedang memeluk mesra wanita lain disitu. bukan wanita yang sama tempoh hari tetapi yang lain pula. malah lebih seksi!

seperti dilamun cinta mereka bagai berada di dunia yang mereka cipta, tidak sedar akan sekeliling malah mereka berdua juga sedang mabuk.
dalam terhuyung-hayang Mizan dan wanita itu terus masuk kedalam bilik.

tubuh Roziah tidak kuat. rebah tersungkur di tempat dia berdiri Tuhan sekali lagi mengujinya. tiada lagi air mata seperti selalu, kolam matanya bagai sudah kering. hatinya terlalu sakit. sakit yang kerap dialami itu membuat hatinya kering dan tiada cinta pada insan itu lagi pada tika itu.

********

Lafaz cerai telah dilepaskan, Roziah kini sudah berstatus janda, ada rasa puas dihati namun jauh disudut hatinya masih ada rasa penyesalan.

Ya, memang dia mahukan semua ini terjadi. kerana mahu mengajar lelaki itu, malah lelaki itu terlalu banyak menyakiti hatinya.s sikap buaya daratnya makin menjadi-jadi apabila kekayaan menguasai diri.

"maafkan abang.. abang janji yang abang akan berubah" rayu Mizan. Mizan tahu tanpa Roziah dia bukan siapa-siapa, kekayaan yang dinikmati sebelumnya semua adalah milik Roziah sepenuhnya. sebelum ini dia hanya membantu Roziah mengusahakan syarikat Sari holding snd.bhd.

Mendengar rayuan Mizan hati Roziah makin sakit. sudah acapkali dia merayu namun masih juga diulanginya. tanpa menunggu lagi Roziah melangkah kakinya meninggalkan Mizan disitu.

setelah agak jauh keretanya bergerak keluar dari perkarangan mahkamah. hati Roziah mula sayu. Air mata yang jatuh ke pipi dikesat perlahan. dia kini terlalu sakit dengan apa yang berlaku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience