BAB 11

Mystery & Detective Completed 6709

luka Hazlan ditekan. Skuad dia tak tido malam, sanggup tinggalkan bini

dekat rumah semata-mata nak jayakan misinya. Banyak usaha digunakan

untuk misi dia. Dia memang tak akan biarkan gagal. Hakta abang dia sekali.

“Auch! Kau nak balas dendam ke apa? Semua ini tak akan rosakkan

rancangan kau bila si Hamka itu tak muncul” ada pulak dia yang kena.

Bila difikirkan balik semua ini berpunca dari perempuan itulah. Muncul

tanpa dirancagan. Tiba-tiba ada kaitan.

“Bercakap pasal Hamka dia mangsa keadaan. Biasalah wartawan penjenayah

ini. Dia punya nak cari story kalah kita punya job.” Hazrul mengeleng.

Terkejut dia bila Hamka berjaya mengetahui misi dia. Paling tak masuk

akan dia berjaya masuk ‘sangkar’ penjenayah itu sehingga hampir meragut

nyawa sendiri.

“Cerita meletop, dia popular” sinis Hazlan. Kali kubur sendiri memang lah.

“Ini bukan pasal populariti. Diaorang pembunuh. Menjadi tanggungjawab

aku hapuskan pembunuh adik aku” muncul satu suara dari arah belakang.

Hamka.

“Kau ada lagi?” soal Hazlan. Ingatkan minah ini dah blah sekali dengan

kereta polis. Sebagai saksi kejadian.

“Terima kasih sebab selamatkan aku dulu.” Walau dia benci dengan Hazlan

tapi Hazlan dah selamatkan dia sebanyak dua kali. Kalau tak sekarang dia

tak bernyawa dah kena timbus dalam tanah.

“Sama-sama. Lagipun kau dah bantu kitaorang untuk mengumpan mereka”

secara tak langusng Hamka turut memainkan peranan. Walaupun ada sedikit

silap dalam rancangan mereka.

“Aku sanggup buat apa sahaja untuk pastikan mereka tumpas” nada Hamka

penuh dendam. Ya dia dendam. Dendam dengan penjenayah itu. Mereka telah

menjadikan adik dia sebagai bahan kajian tentang dadah mereka. Adik dia

maut kerana dadah tersebut. Sejak dari itu dia nekad buat apa sahaja

janji malaun itu semua tumpas.

“Nampaknya semua sudah selesai” Hazrul bangkit. Dia melepaskan lelah.

“Nampaknya gitulah” Hamka tersenyum puas. “terima kasih tuan” Hamka

tabik hormat Hazrul.

“Sama-sama skuad” Hazrul turut membalas tabik.

Mereka tersenyum.

Masing-masing senyap seketika. Pandangan jatuh pada Hazlan yang masih

sibuk belek luka.

Agak-agak berparut tak tangan aku ini? Menyesal tak pakai

baju tebal. Bertambah lagi koleksi parut. Bilalah nak berhenti dari buat

koleksi parut ini? Dia membebel dalam hati. Sikit pun tak berkesan

dengan pandangan dua manusia depan dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience