Rate

Bab 50 Ikwan Datang Bertemu Izara

Drama Completed 203285

Lebih kurang 30 minit perjalanan untuk sampai di rumah Nadirah kakak tiri Izara. Di rumah hanya ada Izara dan mak Izara. Mendengar bunyi kereta di depan rumah dan ada suara memberi salam. Mak Izara berjalan keluar rumah untuk melihat siapa yang datang.

Mak Izara memang sudah kenal dengan Ikwan sepupu Haziq. Jadi ia tidak ada perasaan prasangka buruk terhadap Ikwan.

"Ada apa Ikwan datang rumah mak cik ni?"tanya mak Izara.

"Saya nak jumpa Zara...Sebab ada hal penting nak bagitahu dia ni"kata Ikwan sambil memberikan senyuman manis pada mak Izara.

"Macam mana kamu tahu Zara ada dekat rumah ni? Mak Cik baru je ambil Zara pagi tadi dekat rumah Haziq",soal mak Izara agak hairan bila Ikwan boleh tahu Zara ada di rumahnya.

"Saya tadi pergi rumah Haziq tapi mak Haziq bagitahu Mak Cik ambil Zara tinggal dengan Mak Cik. Sebab tu la saya boleh tahu Zara ada dekat sini," kata Ikwan berbohong.

"Baiklah kamu boleh masuk la dulu, nanti Mak Cik panggil Zara" kata Mak Izara sambil ingin melangkah kakinya.

Tapi belum sempat Mak Izara ingin memanggil Izara. Izara sudah pun berjalan keluar dari rumah untuk melihat siapa yang datang bertadang tengahari buta ni.

"Orangnya dah datang pun,tak perlu Mak Cik nak panggilkan" kata mak Izara.

"Ada apa ni mak?" tanya Izara sambil memadang Ikwan yang barada di samping mak.

"Ni Ikwan datang nak jumpa kamu" jawab mak.

"Pak Cik datang nak jumpa Zara ada apa?" soal Izara agak tidak suka dengan kehadiran Ikwan.

Izara mengharapkan suaminya akan datang menjemputnya. Izara ingin sangat tahu adakah Haziq akan datang menjemputnya atau akan membiarkan saja dirinya berada di rumah keluarga baru maknya ini.

"Saya nak bincang sesuatu dengan kamu Zara. Tapi bukan di sini...Mak Cik saya minta Izin nak bawa Zara keluar sekejap," kata Ikwan pada mak Izara yang sedang memadang pada dirinya dan Izara.

"Tak boleh! Sebab Zara ni baru je sampai dekat rumah ni pagi tadi. Nak bincang apa-apa boleh bincang dekat dalam rumah ni je" kata Mak Izara sepertinya tidak mengizinkan Izara keluar mengikut Ikwan.

"Saya tetap akan bawa Zara juga" kata Ikwan seperti agak marah bila permintaanya di tolak oleh Mak Izara.

Tangan Ikwan tiba-tiba mencekam tangan Izara dengan kuat. Membuatkan mak dan Izara terkejut dengan tindakkan kasar Ikwan secara tiba-tiba.

"Pak Cik ni dah kenapa?...Kan mak saya tak izinkan saya ikut Pak Cik. Lagi pun saya sendiri tak ingin nak ikut Pak Cik,"kata Izara sambil tangannya cuba melepaskan cenkaman tangan Ikwan.

" Dengar tu Zara pun tak ingin nak ikut kamu .Jadi lepaskan Zara sekarang juga,"kata mak Izara sambil tangannya cuba melepaskan cenkaman tangan Ikwan dari badan anaknya itu.

"Tak, saya tak akan lepaskan Zara. Saya tetap nak bawa Zara ikut saya" kata Ikwan sambil mula menarik tangan Izara mengikutnya ke arah kereta.

"Lepas la Pak Cik tua. Saya tak nak ikut Pak Cik tua. Saya nak tunggu suami saya datang", kata Izara sambil cuba menarik tangannya dari gengaman tangan Ikwan.

Sedang Izara bergelut dengan Ikwan tiba-tiba sebuah kereta sampai di depan mereka. Kereta tersebut adalah kereta Haziq. Izara sangat gembira melihat suami pujaan hatinya akhirnya sampai.

Haziq memberhentikan keretanya lalu ia pun keluar dari dalam kereta.Izara yang melihat Haziq sudah membuka pintu kereta untuk keluar terus meminta tolong pada suaminya itu.

" Abang tolong, sakit tangan sayang ni"mengadu Izara pada suaminya.

"Lepaskan Zara sekarang... Zara ni isteri aku,kau tak boleh nak sentuh dia macam tu," kata Haziq sambil berjalan menghampiri Ikwan dan Izara.

"Isteri,hahaha...Masa bila kau kahwin,aku tak tahu pun" kata Ikwan sambil ketawa kecil.

"Aku kahwin bukan urusan kau...Lepaskan tangan Zara sekarang" kata Haziq sambil tangannya mula menarik tangan Ikwan yang mencekam tangan Izara.

Haziq berjaya membuat Ikwan melepaskan Izara. Bila merasa cekaman tangan Ikwan sudah terlepas Izara segera berjalan ke arah maknya.

"Aku rasa kau kena pergi jumpa pakar psikiatri balik. Kau tu sakit perlukan ubat untuk stabilkan emosi kau tu," kata Haziq cuba menenangkan Ikwan.

"Kau nak kata aku ni gila kan! Aku tak perlukan ubat dan aku bukan gila", kata Ikwan agak marah pada Haziq.

" Aku tak kata yang kau tu gila. Cuma kau tu sakit,perlu jumpa pakar yang sesuai dengan penyakit kau tu"kata Haziq cuba memujuk.

"Haa! sudah la jangan nak tunjuk baik sangat dengan aku" kata Ikwan sambil kakinya mula melangkah ke arah keretanya.

Sampai di keretanya,ikwan membuka pintu keretanya lalu masuk. Tak lama kemudian Ikwan memandu keretanya keluar dari kawasan rumah mak Izara.

Melihat kereta Ikwan sudah hilang dari pandangan mata. Izara pun melangkah kakinya ke arah Haziq suaminya.Lalu Izara terus memeluk suami pujaan hatinya itu.

"Nasib baik abang datang... Abang datang nak ambil Zara ke?" tanya Izara sambil menatap wajah suaminya itu.

"Abang akan bincang dengan mak Zara dulu" kata Haziq sambil memadang ke arah mak mentuanya.

"Kalau macam tu masuklah" kata Mak Izara mempersilakan Haziq masuk.

Haziq pun melangkah kakinya ingin masuk ke dalam rumah. Baru dua langkah kaki Haziq berjalan tiba-tiba Izara yang berada di sebelahnya terjatuh. Tangan Haziq sempat menyambut tubuh isterinya itu. Haziq agak terkejut kerana Izara jatuh pingsan tak sedarkan diri.

"Sayang kenapa ni?" kata Haziq sambil tangannya mula menepuk-nepuk muka isterinya itu.

Mak Izara yang melihat anaknya jatuh pingsan di samping menantunya itu agak terkejut. Ia segera menyuruh Haziq membawa Izara ke hospital kerana risau dengan keadaan Izara. Mungkin Izara agak terkejut dengan apa yang terjadi pada hari ini.

Bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience