Rate

BLACK ROSE (broken inside) 17

Drama Completed 921511

Hari berikutnya, Aydean masih lagi ke restoran seperti biasa. Sejak Syakir meluahkan perasaannya tentang Mawar, Aydean mula bimbang. Dia nekad untuk berterus terang pada Mawar tentang perasaannya terhadap wanita itu. Jika ditolak sekalipun, dia sudah bersedia.

Aydean merenung Mawar yang masih sibuk membuat persediaan untuk acara tengah hari nanti. Adam yang dari tadinya ke hulu hilir di depan mata, tidak diendahkan Aydean. Mata Aydean masih tertarah ke susuk tubuh Mawar yang lincah melakukan kerja tanpa dia sedari mata Aydean yang sedang memerhatikannya. 

"Mawar, bahan-bahan untuk ayam berempah, Mawar yang sediakan ke, Siti?" soal Zara sambil berdiri di belakang Mawar yang sedang memotong seguni bawang besar dan bawang putih.

"Siti, kak. Saya stand by untuk gulai kari dengan sambal. Tapi, ni nak settlekan dulu. Sebab bawang dah habis," Mawar menoleh ke arah Zara sekilas. Zara hanya menganggukkan kepalanya.

"Actor sorang tu, dari tadi tenung awak," bisik Zara ke telinga Mawar. Zara mengukir senyuman apabila Mawar berhenti mengupas bawang. Kedengaran Mawar menghela nafas berat. Mawar menoleh sedikit ke wajah Zara.

"Seluar saya koyak ke kak?" soal Mawar tiba-tiba. Zara ketawa mengekek setelah mendengar soalan Mawar itu.

"Takde lah. Dia tenung macam nak telan Mawar tau. Akak tak tahulah nak seram ke, nak suka," usik Zara dengan tawa yang masih bersisa. Kemudian, Zara berlalu dari situ.

"Pervert!!" laju sahaja perkataan itu meluncur dari mulut Mawar. Geram kerana lelaki itu mengambil kesempatan merenungnya dari belakang. Mawar mengambil kesemua bawang tersebut dan dibawa ke meja di tengah-tengah dapur itu. Meja tempat mereka bersantai. Diletakkan kesemua bawang ke atas meja dan dia duduk menghadap Aydean. Matanya melawan renungan lelaki itu sambil menunjukkan pisau ke arah Aydean. Aydean membuntangkan matanya melihat perlakuan Mawar terhadapnya. Geram!

Aydean bangun dari duduk sambil melabuhkan punggung di sebelah wanita itu. Mawar menganjakkan badannya sedikit apabila terasa tubuh lelaki itu terlalu rapat dengannya. 

"Kenapa you tak jawab call I semalam?" soal Aydean geram. Wajah Mawar di sebelah direnung tajam.

Malam semalam, berkali-kali Aydean cuba menghubungi Mawar. Namun, tidak berjawab. Dia hanya rindu dan mahu mendengar suara Mawar. Itu sahaja.

"Awak nak apa?? Yang awak ni tiba-tiba setiap hari ada dekat sini kenapa? Takde shooting ke? Dah tak laku?" mulut tiada lesen Mawar itu terus menghambur kata-kata. Mawar menarik nafas dalam. Dia bersedia untuk disembur semula oleh Aydean.

"Wah..wah..wah.. Sedap mulut cakap I tak laku. Eh, suka hati I lah nak datang sini hari- hari. Restoran I," Aydean mula bengang. Bibir diketap geram. Wajah dingin Mawar direnung.

Nasiblah sayang!

"Kalau macam tu, pergi ambil pisau, tolong kupas bawang-bawang ni. Dari melangut tak buat apa. Tenung orang dari belakang macam pervert, baik buat kerja berfaedah sikit," meletup-letup kata-kata tersebut keluar dari mulut Mawar. Aydean menarik nafas dalam, menenangkan diri yang di laser oleh wanita di sebelahnya itu.

Mawar menahan senyum melihat gaya Aydean seolah bermeditasi selepas di laser oleh mulutnya. 

Baru dia tahu kuasa kelaseran mulut aku ni!

Tiba-tiba Aydean bangun dan mengambil pisau. Kemudian dia duduk semula di sebelah Mawar. Dia mencapai bawang dan mula mengupasnya. Mawar mengerling sedikit ke arah Aydean.

Seriuslah, dia buat apa aku suruh! 

"Hari ini dalam sejarah ni. Actor kita kupas bawang kot," Adam mengeluarkan telefon bimbitnya dan mengambil gambar Aydean yang sedang terkial-kial mengupas bawang itu.

"Kasi handsome sikit gambar tu. Aku nak masuk dalam instagram," balas Aydean masih tekun mengupas sebiji bawang sejak dari tadi. Mawar menggelengkan kepalanya melihat cara Aydean memegang pisau.

"Adam, baik kau delete gambar tu. Nanti bukan nampak handsome, nampak memalukan. Tengok actor kau ni pegang pisau. Tolong ajar sikit," bebel Mawar sambil meneruskan kerjanya. 

Terkebil-kebil Aydean mendengar kata-kata Mawar itu. Dia melihat pisau yang dipegang olehnya. 

Apa yang salahnya??

Adam ketawa besar melihat cara Aydean memegang pisau. Dia lantas membetulkan tangan Aydean dan sekali lagi gambar di ambil.

"Macam tu boss pegang pisau nak potong bawang," Adam duduk di hadapan Mawar dan Aydean. Dia merenung kedua-dua susuk tubuh itu. Jarang boleh lihat suasana aman sebegitu. Selalunya mereka berdua pantang berjumpa, pasti bertekak dan bergaduh. Harini dalam sejarah, melihat Aydean membantu Mawar dan mereka tidak bergaduh.

"Tengok-tengok apa kau ni? Dah kehabisan kerja? Dari kau tenung kami berdua ni, lebih baik kau tolong kupas bawang ni, buat kerja berfaedah sikit," Aydean mengajuk ayat Mawar yang ditujukan kepadanya sebentar tadi. Mawar menjeling tajam ke arah Aydean. Aydean buat tak faham.

"Amboi, mentang-mentang Mawar dekat sebelah, kau punya eksyen, sampai lupa diri kau ye," mereka berdua ketawa bersama. Mawar pula masih meneruskan kerjanya tanpa mempedulikan kemesraan antara dua sahabat itu. Tangannya begitu pantas mengupas bawang-bawang tersebut.

"Eh..eh.. abang Dean kupas bawang siot!! Kejap.. kejap Siti nak ambil gambar," butang kamera ditekan sebanyaknya. Mawar disebelah buat muka meluat. Oh, lupa Siti antara ajk kelab peminat Aydean dan juga die hard fan si Aydean.

"Kalau macam ni sambutan korang tengok actor kesayangan ni kupas bawang, makanya saya tinggalkan amanat mengupas bawang ni pada awak ye, Encik Dean. Saya nak buat kerja lain," Mawar bangun dari duduknya. 

"Kie!" Aydean terlepas panggil. Langkah Mawar terhenti. Namun, dia tidak menoleh dan kembali melangkah semula ke arah rak untuk mengambil bahan. Dia tidak mahu berlama-lama disitu.

'Eeeiiii...  Nasib baik Shark takde. Kalau tak....... Aku kena warning dia ni,' bebel Mawar di dalam hati.

"Kie?" soal Adam sambil mengerutkan dahinya. Dia perasan wajah Aydean berubah apabila mendengar soalannya.

"Nah, kau habiskan kupas bawang ni," pisau diserah kepada Adam. Dia bangun membontoti Mawar.

"Eh, aku ada kerja lain lah! Woi!" Adam memandang Aydean yang tidak mempedulikan kata-katanya itu. Mata Adam beralih kepada Siti yang asyik melihat telefon sambil tersenyum-senyum itu.

"Nah, habiskan kerja ni. Dari tersenyum-senyum tengok telefon tu, lebih baik buat kerja berfaedah," diserahkan pisau tersebut ke tangan Siti. Siti terpinga-pinga. Adam terus berlalu pergi. Tinggallah Siti bersama-sama bawang yang bergolek-golek di atas meja itu.

Sementara itu.

"Kie!" panggil Aydean dari belakang. Mawar memberhentikan langkahnya. Dia memusingkan badannya menghadap ke arah Aydean. Dia menghampiri Aydean dengan wajah yang dingin.

"Don't call me Kie. I'm not Kie anymore!" keras suara Mawar memberi amaran. Dia benci akan nama itu. Dia benci masa lalunya. Dia benci Kie yang berdosa itu. Dia sudah menguburkan nama itu sedalam-dalamnya. Dia tidak mahu sesiapa pun mengingati Kie. Biar Kie mati bersama masa lalunya.

"But you still my Kie. I... I love you, Kie," tutur Aydean dengan suara yang tersekat-sekat. Wajah Aydean mula memerah ketika dia meluahkan perasaannya pada Mawar.

Mawar masih berwajah dingin. Perasaannya seakan mati. Luahan itu bukan untuk Mawar. tetapi untuk Kie. Kie dah mati! Dah mati dalam jiwanya.

"Kie dah mati, Aydean!" tegas Mawar dengan perlahan. Aydean menggelengkan kepalanya. Mawar mengecilkan mata melihat penafian Aydean tentang kata-katanya itu. Dia menarik nafas dalam cuba mengawal perasaan marah yang kian datang di dalam hatinya. Lalu, dia terus kembali berjalan ke arah rak barang-barang.

Dasar tak faham bahasa!

" Kie, please..," Aydean membontoti Mawar. Dia masih mahu memujuk wanita itu.

"Kenapa awak tak faham? Saya bukan lagi Kie! Kie dah mati!! Dah mati dengan masa lalu dia!! Saya Mawar! Jangan panggil saya dengan nama tu!!! Saya benci!!! Faham tak??" Mawar mula naik angin. Dia marah kerana lelaki itu tidak faham bahasa.

"I tak faham. I akan buat sampai you terima I," Aydean turut bertegas dengan pendiriannya. Hati Mawar sebal mendengar kata-kata Aydean itu. 

"Lantak kau lah!!!" Mawar mengambil kesemua bahan yang diperlukan dan meninggalkan Aydean keseorangan disitu.

Aydean melepaskan keluhan berat. Dia perlu berterus terang tentang sesuatu kepada Mawar. Tetapi, apabila melihat Mawar marah sebegitu, dia membatalkan sahaja niatnya. Dia bimbang Mawar makin membenci dirinya.

×××××××××××

Dua tiga kali Syakir memandang wajah sepupunya yang kelihatan keruh itu. Sejak akhir-akhir ini, Aydean selalu datang ke restoran. Dulu amatlah susah untuk melihat wajah lelaki itu di situ. Sebelum ini, seratus peratus restoran itu diuruskan oleh Syakir seorang diri. Tetapi, sejak peristiwa Mawar dan Aydean terperangkap di dalam stor tempoh hari, Aydean mula kerap datang ke sini. Syakir mengesyaki sesuatu apabila melihat Instagram milik Aydean pagi tadi. Gambar dia mengupas bawang mendapat 'like' hampir beratus ribu dalam masa setengah jam. Dan disebelahnya ketika itu adalah Mawar yang turut membuat kerja yang sama.

"Darling, you kenapa muka ketat dari tadi?" Syakir memula bicara setelah hampir 20 minit Aydean mendiamkan diri disitu. Selalunya mulut lelaki itulah yang banyak berceloteh berbanding Syakir.

"Cousin, kau masih ingat pada Kie?" soal Aydean cuba menduga. Matanya tepat ke arah Syakir yang tiba-tiba mengangkat wajahnya dari skrin telefon. Mata mereka bertembung.

"Kenapa kau tiba-tiba tanya tentang Kie?" soal Syakir tanpa menjawab soalan Aydean itu. Dia merenung wajah Aydean dengan penuh tanda tanya.

"Saja tanya. Aku tiba-tiba teringat pasal dia and kau sendiri pernah sebut tentang Kie sebelum ni kan," Aydean menarik nafas dalam. Dia tidak mahu dirinya terperangkap dengan kecuaiannya sendiri. 

Perlu ke Syakir tahu tentang Mawar?

"Aku tak pernah lupakan dia, Dean. She's my first love. Aku rindu nak jamming, nak lepak-lepak dekat Bukit Bintang, wearing a skinny jeans, boots. All about her aku rindu. Suara dia yang best masa dia jamming lagu muse unintended tu, aku masih ingat, sampai sekarang. Where's she?" keluh Syakir tersenyum sambil melihat semula telefon bimbitnya. 

"And benda yang paling aku nak tahu dari mulut dia, kenapa dia menghilang dan tinggalkan aku tanpa explanation," tambah Syakir lagi. Wajahnya kelihatan tenang.

"So, kau dah ingat semua tentang dia?" soal Aydean. Hatinya mula resah. Kalaulah Syakir tahu yang Mawar adalah Kie, apa reaksi dia agaknya. 

"Yes. Semua tentang dia aku ingat. Cuma wajah dia je. Aku rasa dia mungkin dah berubah, tak macam dulu. And aku harap dia belum kahwin," Syakir ketawa kecil dengan kata-katanya sendiri. Aydean hanya tersenyum sinis.

"Kau kenapa, Dean? Lately ni aku tengok kau kerap ada di sini? Kau takde shooting ke? Dah takde job?" soal Syakir tanpa berkias lagi. Dia perlu tahu permasalahan Aydean supaya dia boleh membantu Aydean. Jarang dia melihat Aydean kelihatan resah sebegini. 

"Aku cuti a week. After this, aku akan kembali sibuk. I think I need Personal Assistant untuk aturkan jadual aku," jawab Aydean perlahan. Rahang di gosok perlahan. Wajahnya seolah sedang berfikir sesuatu. Kemudian, matanya kembali ke arah Syakir.

"Apasal kau tanya, kau tak suka ke aku kerap ada di sini?" sengaja Aydean melontarkan soalan sebegitu. Syakir tersenyum sinis. 

"Apa la you ni, darling. I suka lah you ada sini," gurau Syakir dengan gaya menggodanya. Namun, wajah Aydean tetap serius. Syakir mengerut dahinya. Jarang dia melihat Aydean tidak sambut gurauannya. 

Sahlah, ada something wrong pada Aydean ni. Aku kena siasat!

"Kau dengan Merlinda macam mana?" soal Syakir lagi. Kisah cinta Aydean dan Merlinda turut mendapat perhatian media sejak akhir-akhir ini. Namun, Aydean masih mengambil sikap berdiam diri. Dia memutuskan untuk tidak menjawab sebarang soalan mengenai hal peribadinya pada mana-mana wartawan media hiburan.

"Just friend. Not more than that," balas Aydean perlahan. Sejujurnya dia dengan Merlinda memang tiada apa-apa hubungan. Merlinda cuma menumpang populariti Aydean untuk menaikkan namanya dalam bidang modeling. Merlinda juga mengaku pada Aydean yang dia tiada perasaan pada lelaki itu melainkan hanya mahu dikenali. Tetapi, entah mengapa Aydean tidak kisah Merlinda mempergunakan dirinya untuk menjadi terkenal. 

"If she just wants to using you, leave her," nasihat Syakir sambil menyimpan telefon bimbitnya ke dalam poket seluar. Dia bangun dari duduknya sambil memerhatikan Aydean yang masih mendiamkan diri itu.

"Aku nampak dia keluar masuk hotel dengan mamat mana entah," tambah Syakir lagi. Sikap Merlinda yang terlalu sosial itu sudah dapat dijangka. Jadi, tidak hairanlah jika wanita itu keluar masuk hotel dengan mana-mana lelaki.

"Aku tahu," selamba Aydean membalas kata. Dia juga kelihatan tenang seakan tidak kisah langsung dengan semua itu. Syakir kerut kening.

Bukan sebab Merlinda, so, sebab siapa?

Persoalan itu bermain di fikiran Syakir. Sungguh, jarang dia melihat Aydean sebegitu.

"Kau dengan Maira dah settle? Ke kau setuju bertunang dengan dia?" soal Aydean mengubah topik perbualan. Dia dapat merasakan bahawa Syakir dapat menangkap perubahan sikapnya. Oleh sebab itu, dia tidak mahu perbualan tersebut memfokus akan dirinya sahaja.

"Aku terpaksa terima," lemah Syakir menjawab soalan Aydean tika itu. Aydean terdiam seketika. Tetapi, dalam masa yang sama, dia menarik nafas lega. Mungkin, ianya akan lebih memudahkan Aydean untuk mendekati Mawar.

"So, bila majlis?" soal Aydean lagi. Dia tahu Syakir tidak rela. Pasti sepupunya itu sudah dipujuk oleh Datin Suri dan Dato' Saiful.

"Lagi dua bulan dari sekarang. Semalam, papa mama aku dah pergi jumpa parents Maira," balas Syakir perlahan. Walaupun berat rasa hatinya. Namun, dia juga sudah penat untuk menolak.

Aydean menganggukkan kepala tanda faham. Dia merenung wajah Syakir lama. Mula timbul rasa bersalah dalam hatinya.

"Aku..Actually Shark. Aku..," belum sempat Aydean menghabiskan kata-katanya, Adam menerjah masuk ke dalam pejabat. Serentak Syakir dan Aydean memandang ke arah Adam yang kelihatan cemas itu.

"Mawar!" ucap Adam tercungap-cungap. Wajahnya kelihatan cemas. Tanpa bertanya lagi, Aydean pantas keluar dari pejabat dan meluru ke dapur.

Syakir terpinga-pinga melihat tindakan cemas Aydean. Namun, dia terus membontoti Adam mengikut langkah lelaki itu.

'Kenapa dengan Mawar?' gerutu hati Syakir. Dia tidak sempat bertanya Adam kerana lelaki itu turut melangkah dengan pantas apabila melihat Aydean begitu cemas.

Why am I so afraid of losing you, when you are not even mine! - Aydean Asyraff

happy reading...lep yu all...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience