7

Romance Completed 132664

"Kau ni takda kerja ke? Hari-hari datang nak melepak sini?" Hazim meneruskan sarapan tanpa mempedulikan perempuan gedik yang sedang duduk berhadapan.

"Salah ke kalau i nak datang rumah bakal mertua i? kena la biasakan diri, kan?" Mona tayang muka selamba. Langsung tak berbekas sindiran Hazim padanya.

Sudah biasa dia datang sewaktu Hazim tiada. Umi Noor pula tidak menghalang. Lagilah dia selesa keluar masuk rumah itu.

"Siapa nak jadi mertua kau?"

"Ayah dengan umi you la! Your parent ok je, you yang susah nak terima kenyataan." Mona semakin berani bertutur.

"Kenyataan apa? Takde maknanya aku nak kahwin dengan kau. Dah terdesak sangat dah ke kau ni?" makin pedas kata-kata Hazim.

"Tak tahu malu..." Hazim mengomel perlahan tetapi masih jelas di telinga Mona.

"Sampai hati you cakap i macam tu. You sengaja kan nak buat i moody!" Mona naik geram. Pagi-pagi dia datang ingin memujuk Hazim, bukan untuk diperli sebegitu.

"Dah kau yang tiba-tiba menggedik. Aku pulak yang salah?" Hazim membalas tanpa rasa bersalah.

Nasi goreng di pinggan sudah licin, tak sabar dia mahu pergi dari situ. Melayan karenah Mona yang mengalahkan budak kecil.

"Hazim! i belum habis breakfast lagi la!" Mona merengek di meja makan ketika melihat Hazim sudah bangun sambil mengelap mulut.

"Makan la kau sorang. Tak pun suruh bibik teman kau!" Selesai mengambil blazer nya, Hazim mengatur langkah keluar dari ruang makan.

"Ish! dia ni!" Mona menghentakkan kaki tanda protes. Mujur umi Noor tiada di rumah, kalau tidak malu dia melihat bakal menantu yang suka mengada-ngada.

Bibik yang muncul dari dapur segera mendekati Mona. Perasaannya baru tadi nama dia disebut Hazim, tapi tiada pula tuan punya badan di situ.

"Cik Mona, ada panggil bibik ya?" bibik yang masih dengan slang indonesia kebingungan.

"Hazim tu la bik, boleh pulak dia tinggalkan Mona makan sorang-sorang! Geram la!" adu Mona.

"Dia pengen cepat tu, Cik Mona. Tuan Hazim memang begitu." bibik sekadar menyedapkan hati Mona.

Padahal dia selalu juga menjadi tempat Noor bercakap-cakap tentang Mona. Hazim pula memang tidak sukakan gadis itu. Berkali-kali dia mengeluh sewaktu berbincang soal 'projek kahwin paksa' oleh Rashed.

"Dah la bik, Mona nak pergi dulu. Tolong kemas. Nanti tolong kirim salam dekat umi Noor sekali." Mona jadi putus selera bila ditinggalkan. Masih marah dengan Hazim.

"Baik, cik"

Bibik menghantar Mona hingga ke pintu rumah. Kasihan melihat Mona bersungguh datang awal pagi untuk sarapan bersama Hazim. Dilayan dingin pula balasnya.

Kalau diikutkan Mona memang mempunyai rupa yang menawan dan potongan badan yang hampir sempurna. Tapi sayangnya sikap Mona yang agak liar menjadikan dia kurang disenangi. Bibik hanya mampu menggeleng kepala.

-

Hujan masih lebat di luar, disulami pula dengan kilat yang berdentam-dentum. Sudah jam 11, Hana masih belum dapat melelapkan mata.

Sesekali cahaya petir menyimbah ke dalam bilik tidur kepunyaan Hana. Hana semakin masuk ke dalam selimut, cuba mengurangkan rasa takut.

Sedang dia berzikir di dalam hati, terdengar bunyi kelentang kelentung dari arah luar kamar. Andaian bukan-bukan yang sedang bermain di fikiran dilempar jauh.

Takkanlah ada pencuri masuk. Sudahlah dia sendirian. Mulut masih terkumat-kamit membaca sesuatu. Tak lama selepas itu, bunyi petir mengejutkan Hana. Serentak itu satu rumahnya blackout.

Penghawa dingin di dalam bilik mati serta merta. Begitu juga dengan lampu di bilik air yang dipasang tadi. Makin kuat debaran di dada Hana.

Tidak betah berlama di dalam selimut, Hana perlahan-lahan menjejakkan kaki ke lantai. Harus dibuka kembali suis utama jika tidak mahu berpanas begini.

Langkah kaki diatur jua ke luar bilik memandangkan Hana tidak ada pilihan lain. Rasa takutnya lain macam kali ini walaupun sudah biasa tinggal seorang.

Tanpa menoleh kiri dan kanan, Hana berjalan laju ke arah dapur. Beberapa langkah lagi menuju ke kotak suis, bunyi petir menyambar lagi.

Kali ini, ada sepasang tangan melekat di kedua bahunya dari belakang. Hana menjerit sekuat hati. Air mata sudah merambu-rambu keluar. Langsung terasa lumpuh seluruh tubuhnya.

"Jangan!! Tolong jangan apa-apakan saya!! Tolong!"

"Hey, Hana. Shhh..." satu suara garau menerpa ke corong telinga.

Pantas Hana membuka mata. Esakannya makin menjadi-jadi setelah melihat wajah Hazim dalam gelap.

Hazim bertindak membuka kembali suis lampu dan ditarik Hana yang masih menangis ke dalam pelukan.

"Hana, i ni. Stop crying please." rambut panjang Hana diusap Hazim penuh kasih. Hatinya turut meruntun melihat Hana yang menggigil.

Hana memeluk kejap Hazim, ibarat tidak mahu melepaskan lelaki itu. Wajahnya disembamkan di dada bidang Hazim. Menghamburkan tangis di situ. "Hazim.."

Syukur dan sedih bercampur menjadi satu. Akhirnya Hazim datang ke mari.

"Jangan tinggalkan i Hazim. Please. I minta maaf, i janji tak akan cakap lagi pasal kahwin. I tahu you tak suka. I takkan paksa you lagi dah!" bersungguh-sungguh Hana meminta maaf.

Tidak mahu kerana egonya, dia kehilangan Hazim. Sungguh dia tidak bisa walaupun berjauhan dengan Hazim.

"I takut hilang you..." bisik Hana.

Hazim mengeluh berat sambil mengemaskan pelukan. Memang dia tidak suka dipaksa, namun dia juga tidak mampu untuk marahkan Hana lama-lama.

"Salah i. I tak patut marah you. Sorry sayang, it wont happen again." Dahi Hana dikucup.

Tangisan Hana merupakan kelemahan terbesar Hazim. Tidak mahu dia menjadi punca Hana mengalirkan air mata.

Dalam hatinya tidak putus-putus mengucapkan kata maaf. Tahu selepas-selepas ini tindakannya bakal menyebabkan Hana makin sedih.

Hazim memejam mata, tidak mahu membayangkan seandainya suatu hari nanti Hana akan membencinya.

Biarlah ketakutan itu dia simpan sendiri. Dia hanya mahu bersama Hana ketika ini. Hanya mahu memikirkan soal hubungan mereka tanpa campur tangan orang luar. Hanya mahu menikmati saat-saat berharga dengan gadis kesayangannya ini sebelum segalanya berubah.

'Maafkan i, Hana sayang.. '

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience