BAB 3

Family Completed 1384

Adakah itu keranda? Ataupun mungkin tong sampah? Minda Allyssa sudah ligat berfikir. Perasaan ingin tahunya mula membuak-buak. Allyssa diam sejenak.

Jika benar apa yang dilihatnya di depan mata ialah sebuah tong sampah, sudah tentu makanan ada di dalamnya. Sisa-sisa makanan pun boleh asalkan dia dapat mengalas perutnya itu.

Bunyi tadi kembali menakutkannya. Wuu!

Dia menoleh ke belakang. Dia mengusap-usap dada dengan lembut. Angin rupanya. Lega sedikit rasa di hati. Jika tidak pasti dadanya berombak dan tubuhnya menggeletar.

Dia menghiraukan bunyi angin tadi lalu mendekati kotak tersebut. Langkah kaki dibuka perlahan-lahan. Tangan kecilnya mula dimasuk ke dalam kotak besar itu.

Tidak nampak pula apa-apa yang berada di situ. Jadi, dia terpaksa meraba-raba barang yang ada di situ. Mana tahu rezekinya pada waktu itu. Boleh jadi ada roti, biskut atau kacang-kacang.

Tidak sampai lima minit, dia terpegang sesuatu. Dia tidak pasti tetapi hatinya kuat menyatakan benda yang dipegangnya ialah makanan. Kenyal dan lembut. Malah ada air yang mengalir di situ. Mungkin roti yang berkrim.

Lagipun mungkin krim itu sudah cair kerana terkena tempias hujan.

Disebabkan keadaan yang gelap, dia membawa sesuatu yang dipegangnya tadi ke tempat yang lebih cerah. Hatinya mula berbunga-bunga. Tidak sabar mahu menikmati makanan.

Pandangan mata Allyssa menangkap cahaya yang samar-samar. Agak jauh sedikit dia berjalan untuk mendapatkan cahaya.

Pasti puas apabila dapat menikmati makanan di bawah sinaran cahaya. Dia duduk bersila di bawah sinaran cahaya.

Terima kasih kepada lampu jalan yang masih berfungsi. Walaupun tidak terang seperti matahari, cukuplah lampu jalan itu menggembirakan hati Allyssa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience