Bab 6 : Lembaga Hitam

Horror & Thriller Completed 71148

Tubuh Syafiq tiba-tiba menggigil kesejukan. Dia yang duduk di sebelah Alif menjarak kan sedikit jarak nya itu. Alif yang dari tadi diam mula mengangkat wajahnya seperti bersedia untuk mengatakan sesuatu.

"Tadi aku pergi dekat tempat kejadian tu Syafiq." Kata Alif perlahan.

"Whatttt? Kau pergi dekat tempat tu Alif? Kau dah gila ke apa?" Kata Syafiq terkejut mendengar kata-kata Alif.

Alif kembali mendiamkan dirinya. Dia merenung ke luar jendela. Dari riak wajahnya, dia kelihatan runsing. Mukanya sedikit pucat, bibirnya sedikit kekeringan.

"Aku tak boleh tidur semalam. Sepanjang malam aku berjaga. Kau tak faham apa yang aku rasa Syafiq. Kau tak faham." Kata Alif lalu menitiskan air matanya.

Syafiq yang merasa serba salah menghampiri Alif semula. Dia memeluk sahabatnya itu untuk menenangkannya. Syafiq bukannya apa, dia sebenarnya risau akan keselamatan sahabatnya itu. Buatnya dia terjatuh ke dalam gaung itu, kan susah nanti jawabnya.

"Aku bukannya apa Alif, aku risaukan keselamatan kau je. Pagi-pagi aku bangun kau dah tak ada. Malam aku balik kau tak ada lagi. Mana lah aku ni tak bising kalau kau cakap kau masuk ke hutan tu sorang-sorang. Apa salahnya kau cakap dengan aku dulu, at least boleh aku teman ke apa." Terang Syafiq agar Alif tidak terasa hati dengannya.

"Aku bukan tak nak ajak kau, aku gerak semalam pukul 3 pagi Syafiq. Kesian pulak nak kejutkan kau pagi-pagi buta. Kau pun tengah tidur nyenyak aku tengok." Kata Alif perlahan.

Syafiq terdiam mendengar kata-kata Alif itu. Matanya sedikit terbeliak. Pukul 3 pagi Alif keluar semata-mata untuk pergi ke tempat itu. Berani betul dia.

"Kau biar betul wei. Kau ni adui. Memang cari nahas. Pukul 3 pagi dengan keadaan gelap gelita macam tu, sunyi pulak tu berani kau pergi kan." Kata Syafiq terkejut.

"Kau tak tahu apa yang aku rasa Syafiq. Kau tak tahu benda apa yang datang kacau aku malam tadi. Kau tak rasa semua tu. Kau tak rasa!" Tiba-tiba Alif bersuara dengan nada marah.

Syafiq sedikit terkejut. Lalu dia terus mengusap belakang badan sahabatnya itu untuk menenangkannya.

"Sabar Alif sabar. Cerita dekat aku dari mula." Kata Syafiq ingin tahu.

Alif menarik nafas dalam. Dia cuba menenangkan dirinya. Dia menegakkan badannya lalu mula bercerita.

Pukul 1.00am hari sebelumnya

Suasana sunyi dan sepi. Cuma kedengaran bunyi sekumpulan cengkerik di luar bilik mereka. Syafiq sudah lena diulit mimpi, sedang Alif pula masih lagi memikirkan banyak benda di dalam fikirannya.

Alif memusingkan badannya ke kiri dan kanan, dia tidak mampu untuk melelapkan matanya. Dari tadi dia memikirkan kejadian yang menimpanya hari ini. Apa yang terjadi, macam mana perkara itu boleh terjadi, malah kenapa dia tidak mengalami apa-apa pun menjadi persoalan dalam benak fikirannya.

Sedang dia mengelamun, tiba-tiba kedengaran pintu bilik mereka dicakar dari luar. Nyaring bunyi cakaran itu menyebabkan Alif menutup telinga rapat. Dia memejamkan matanya rapat dan cuba menutup telinga nya agar tidak lagi mendengar apa-apa bunyi di situ.

Tidak lama selepas itu, dia membuka matanya perlahan. Dia menjeling ke arah pintu bilik mereka untuk melihat jika ada apa-apa di sana. Hatinya sedikit lega kerana tiada apa pun di situ. Dia kemudiannya merehatkan kembali kepalanya dan menjelinh ke arah Syafiq yang berada di katil di sebelahnya.

Alif terdiam. Dia menggigil ketakutan. Ada satu lembaga hitam bermata merah sedang berdiri di samping Syafiq. Matanya menjeling tepat ke arah Alif. Wajahnya tidak kelihatan. Namun dapat Alif bayangkan bagaimana buruknya rupa lembaga itu.

Sedikit demi sedikit, lembaga itu mula menghampiri Alif. Alif yang ketakutan menyelubungkan dirinya dengan selimut yang ada. Dia diam di bawah lindungan selimutnya itu.

"Kau pembunuh. Kau biarkan aku mati keseorangan dekat situ. Kau kejam. Kau pun patut mati!" Kedengaran suara garau lembaga itu menghampiri.

Alif menjerit ketakutan. Dia benar-benar merasakan lembaga itu mulai mencekik dirinya. Dia tidak mampu berbuat apa-apa, dia hanya mampu menjerit dan meminta pertolongan dari Syafiq.

Syafiq masih lena. Dia seakan tidak mendengar apa-apa. Alif menangis meminta pertolongan darinya. Lembaga itu basah, membuatkan seluruh tubuh Alif turut basah.

"Kalau kau nak selamat, kau pergi balik dekat tempat tu dan kau selamatkan aku. Kau faham tak?" Jerit lembaga itu kepada Alif.

Alif hanya menganggukkan kepalanya. Air matanya membasahi pipinya.

Pukul 1.00 pagi hari ini

"Habis tu kau terus pergi ke tempat tu ke Alif?" Tanya Syafiq yang semakin ingin tahu.

Saat Alif ingin mula berbicara, tiba-tiba kedengaran bunyi cakaran di pintu bilik mereka. Alif dan Syafiq mula berpandangan antata satu sama lain. Masing-masing mula ketakutan.

Syafiq yang baru sahaja mendengar cerita Alif terus beralih ke sebelah kiri Alif. Dia tidak mahu membuka apatah lagi mahu melihat dengan mata nya sendiri lembaga yanh diceritakan itu.

Tidak lama selepas itu bunyi cakaran itu hilang. Namun mereka masih merasa takut kerana risau lembaga itu akan mucul di dalam bilik mereka. Akhirnya Syafiq mencadangkan agar Alif tidur di sebelahnya. Alif pun bersetuju, lalu malam itu mereka pun tidur bersebelahan.

-0-0-0-0-

Jam menunjukkan tepat pukul 3.00 pagi. Syafiq dan Alif masing-masing sedang tidur dengan lenanya. Bunyi cengkerik semakin perlahan, hanya kedengaran perlahan kini bunyi cicak yang mencari makanan.

Syafiq terjaga dari lenanya. Dia mahu ke tandas kerana tidak tahan untuk membuang air kecilnya. Dia yang masih mamai hanya bangun lalu menuju ke pintu bilik mereka. Dibuka perlahan selak pintu itu lalu daun pintu itu dibuka. Dia memakai selipar nya lalu berjalan lemah ke arah tandas berhampiran.

Seusai membuang air kecil, Syafiq menuju ke arah singki untuk membasuh tangannya. Dia yang masih mengantuk membuka pili air itu lalu membasuh tangannya sedikit. Saat dia melihat ke arah cermin yang berada di hadapannya, dia menjerit kerana terkejut.

Alif sedang berdiri tegak di belakangnya. Badan Alif basah, rambutnya kotor. Mukanya sedih dan kelihatan luka-luka memenuhi badannya. Syafiq benar-benar kaget masa itu.

Dia memberanikan diri untuk menjeling ke belakang. Perlahan demi perlahan dia menjeling, namun apabila ditoleh tiada siapa yang berada di belakangnya. Dia melepaskan nafasnya.

Namun saat dia menoleh ke depan, betul-betul di hadapan mukanya itu, ada satu lembaga hitam sedang tersenyum ke arahnya. Syafiq menjerit sekuatnya lalu pengsan di situ. Lembaga itu tersengih lalu menghilang.

-0-0-0-0-

"Dik bangun dik. Kenapa tidur dekat depan bilik ni?" Tanya Mak cik cleaner saat melihat Syafiq tidur di hadapan biliknya itu.

Syafiq yang baru tersedar sedikit terkejut. Dia melihat ke sekelilingnya dan mendapati hanya ada mak cik itu di hadapannya. Dia lega.

"Subhanallah, saya pengsan malam tadi mak cik. Ada lembaga hitam yang kacau saya." Kata Syafiq yang sedang bangun dari lantai koridor itu.

"Kamu biar betul. Mak cik setakat ni belum pernah dengar lagi ada kes kes macam ni dekat blog ni. Kamu mengigau tak." Kata Mak cik itu tidak percaya.

"Betul mak cik. Lembaga tu bukan setakat kacau saya, dia kacau roomate saya sekali." Kata Syafiq beriya mahu meyakinkan Mak cik itu.

"Roomate?" Tanya Mak cik itu pelik.

"Aah roomate saya. Dia pun kena kacau 2 hari lepas." Kata Syafiq.

"Makin pelik Mak cik tengok kamu ni Syafiq. Kan kamu dah seminggu lebih tinggal seorang diri dekat sini. Bila pulak lah kamu ada roomate." Kata Mak cik itu yang mula berjalan pergi.

Syafiq terdiam. Dia pelik mendengar kata-kata Mak cik itu. Dia cuba berfikiran positif, mungkin Mak cik itu tidak terserempak dengan Alif lagi beberapa hari ni.

Syafiq kemudiannya masuk ke dalam biliknya. Daun pintu itu dibuka perlahan, risau dia menggangu Alif yang sedang lena di dalam biliknya itu.

Syafiq kaku di pintu biliknya itu. Alif tiada di dalamnya. Barang-barang Alif juga tiada. Semalam pagi-pagi dia sudah menghilangkan diri, hari ini pun dia hilang lagi. Syafiq terdiam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience