Entah berapa lama Hana Aishah tidak tahu tetapi pandangannya masih terpaku melihat mahligai yang tersergam indah di hadapannya. Mahligai milik Tan Sri Fadhil yang menjadi saksi bermulanya episod dia dan Fakhrul. Memori manis yang ditenggelamkan oleh memori pahit yang menggunung.
Dia cuba mengingatkan dirinya dengan memori manis untuk dia melangkah masuk ke mahligai itu tetapi dalam sesaat segala penghinaan dan cercaan yang dilemparkan kepadanya kembali mengasak minda.
Hari pertama sebagai suami isteri dia sudah dapat melihat perangai Fakhrul tetapi matanya dipejam. Dia mencuba dalam setiap helaan nafasnya untuk mengikut rentak Fakhrul, menguburkan cita – citanya demi impian suaminya yang mahukan sebuah keluarga yang sempurna tetapi itu semua tidak bererti.
“Hana. Kenapa duduk dalam kereta tu lama sangat?” panggilan Puan Sri Maria mengejutkan dia daripada dibuai memori silam. Pipinya yang terasa lembap itu dilap pantas menggunakan blaus berwarna hitam yang digayakannya hari itu.
“Coming ma” degupan dadanya yang semakin laju dalam setiap langkahnya mendekati pintu masuk rumah itu cuba ditolak ketepi. Puan Sri Maria yang sedang berdiri sambil memeluk pinggang Fakhrul sedang tersenyum gembira memandang ke arahnya. Kesakitan yang sedang dia rasai saat itu tidak dapat dia ungkap.
“Dah mengandung anak haram sekarang anak aku kena jadi pak sanggup. Don’t call me mama. You lost the right the moment you hurt my son” tubir matanya kembali hangat saat kata – kata yang dihamburkan kepadanya di pagi raya sewaktu Hana Aishah mahu menyalami tangan ibu mertuanya. Raut wajah yang saat ini tersenyum gembira menanti dia melangkah ke laman rumah itu , suatu masa dahulu pernah memandangnya penuh jelek.
Nafasnya dikawal dalam masa yang sama dia mencuba dengan sedaya upayanya untuk menolak sakit itu jauh ke dalam lubuk hatinya.
“Balik dah anak mama” kata – kata itu meniti bibir Puan Sri Maria sewaktu tubuh Hana Aishah dipeluk rapat. Air matanya yang semenjak tadi bertakung di tubir matanya mengalir tanpa dapat dia tahan lagi.
Anak matanya bertembung dengan anak mata Fakhrul saat itu. Untuk tika itu kedua – dua mata mereka seperti mencerminkan perasaan satu sama lain. Luka yang ditanggung kedua – duanya terlalu dalam dan sudah terlalu lama dibiarkan.
“Its us. It will always be us. Me , you and the kids. I will not stop praying because you are the only one for me and will be the mother of our child. Sayang doa … pray for whatever you want. Abang tak akan halang but I will not stop fighting for us. Until my last breath” pelukan Fakhrul beberapa malam lepas saat kata – kata itu dibisikkan ke telinganya masih dapat dia rasai.
Rasa itu tidak sepatutnya ada lagi. Lelaki itu punca malamnya tidak pernah lena. Lelaki itu punca matanya tidak mampu dia lelapkan kerana setiap kali itu mata anak sulungnya yang menanggung seribu kesakitan akan terpancar. Lelaki itu punca dia hilang segala harga dirinya. Maruah dia sebagai isteri dipijak bukan saja oleh Fakhrul tetapi oleh terlalu ramai insan dan Fakhrul hanya diam membiarkan.
Setiap perlakuan lelaki itu mendatang bukan satu dua , tetapi derita di setiap helaan nafasnya. Tetapi kenapa rasa itu masih ada. Kenapa dia masih lagi memikirkan tentang lelaki itu? Kenapa dia masih rasa bertanggungjawab untuk membahagiakan Fakhrul?
“Lets go inside. I`m so happy today. Happiest if im being frank” Puan Sri Maria mengelap air mata Hana Aishah sambil ibu mertuanya memberitahu ceria.
Hana Aishah menurut ibu mertuanya yang sedang memimpin tangannya masuk. Kakinya berat , berat mahu melangkah masuk ke rumah itu tetapi dia meneruskan jua langkahnya. Setelah hampir seminggu berdalih – dalih dia sudah kehabisan alasan mahu ke mahligai Tan Sri Fadhil itu.
Menyusuri laluan dan melintasi ruangan – ruangan yang sudah dia hafal , semakin sesak nafasnya terasa. Langkahnya semakin memberat oleh itu untuk seketika dia berterima kasih saat menyedari tangan Fakhrul yang sudah melingkari pinggangnya. Dari kejauhan kedengaran suara anak lelaki tertawa girang diselangi dengan tawa Mary Irina.
Saat Hana Aishah sampai ke ruangan yang sama Fakhrul bawanya pertama kali dia tanpa rela dipaksa ke situ oleh Fakhrul lima tahun lepas. Adam sedang merangkak sambil dikejar Mary Irina di atas permaidani yang sudah bertukar semenjak kali terakhir dia ke situ.
“Kakak. Kakak” perkataan baru yang Adam belajar semenjak bertemu Mary Irina kedengaran diselangi tawa anaknya.
“You`re so fast Adam. Kakak cant catch you. I`m tired” lagilah bertambah semangat anaknya merangkak saat mendengar suara kakak sepupunya yang memperlahankan langkah untuk mengikut rentak Adam itu.
“Zi! Oh Zi oi. Kenapa tak alas karpet tu. Sakit lutut cucu saya merangkak atas karpet” tidak sampai sesaat Puan Sri Maria sudah membebel melihat cucunya yang hanya memakai seluar pendek itu merangkak laju.
Genggaman di tangan Hana Aishah dilepaskan Puan Sri Maria apabila ibu mertuanya melangkah mencari gerangan pembantu bernama Zi itu. Secara automatik tubuhnya dirapatkan ke tubuh Fakhrul menghilangkan rasa kosong yang menyelubungi diri Hana Aishah saat itu. Bibir Fakhrul mengukir senyuman dan tanpa dalam ketidak sedarannya helaan nafas lega dilepaskan Fakhrul saat dia dapat merasai tubuh isterinya yang merapatinya.
“Lets settle in” suara tenang lelaki itu menampar gegendang telinga Hana Aishah sekaligus tubuhnya ikut bergerak mengikuti rentak Fakhrul. Rumah yang satu masa dahulu dianggap sebagai salah satu tempat kegemarannya saat itu terasa asing.
Hana Aishah mengambil tempat di sofa yang sudah bertukar corak. Segalanya tentang rumah itu banyak yang diubah tetapi aura nya tetap sama. Mendatangkan perasaan janggal sama seperti pertama kali dia ke situ.
“Sampai pun budak sorang ni. Mama tu dari semalam tak duduk diam tunggu menantu kesayangan dia datang. No offense sweetheart” usikan Fakhih membuatkan Hana Aishah berpaling memandang kea rah pasangan itu. Idora yang kelihatan sarat itu merenung ke arahnya sebelum mengariskan satu senyuman pendek. Janggal. Itu yang dirasai Hana Aishah.
“Mary be gentle with adik” fokus Idora terus beralih dalam sesaat. Idora menegur anak daranya yang sedang cuba menduduk Adam di sofa kecil kepunyaan Mary Irina itu.
Hendak rasa apa pun Hana Aishah sudah tidak pasti. Hubungan mereka tidaklah akrab sewaktu dia masuk ke dalam keluarga Tan Sri Fadhil tetapi dia yang sememangnya ramah dengan semua orang itu sentiasa cuba bermesra dengan birasnya itu tetapi kejadian malam raya itu meninggalkan satu parut yang sukar untuk hilang.
“Hows your mom?” Fakhih bertanya sekaligus melarikan Hana Aishah daripada terus membuat teori dan melukakan lagi hati yang sudah cukup terluka itu.
“Ok Along. Getting better” diceriakan suaranya membalas.
“Glad to hear that” seperti selalu Fakhih secara tidak lansung akan membawanya pergi daripada terus dibuai emosi. Dari satu topik ke satu topik yang lain abang iparnya itu menyambung.
Daripada Puan Sri Maria hilang dari pandangan sehinggalah ibu mertuanya kembali dengan wajah cemberut sambil dipimpin Tan Sri Fadhil, Fakhih masih terus berbicara. Sesekali Hana Aishah membalas. Debaran di dadanya masih belum hilang. Tangannya tanpa dia sedari masih di dalam pautan Fakhrul.
“Sudahlah tu Ria. She didn’t notice. Ria bagi banyak sangat instruction kot” perhatian Fakhih beralih kea rah bapanya saat mendengar suara Tan Sri Fadhil memujuk Puan Sri Maria.
“You memang. Semua menangkan orang lain. I told her specifically to make sure the playmat is secured. His knees gonna get burn from all the friction from the carpet. Tengok tu” Puan Sri Maria merungut sambil berjalan menuju kea rah cucunya yang sedang duduk di sebelah kaki Hana Aishah sambil bermain dengan permainan lego.
“Kesian cucu Tok Ma. Come here Adam. Let Tok Ma see your knee” kerisauan Puan Sri Maria jelas kedengaran sebelum tubuhnya diturunkan perlahan – lahan untuk duduk di karpet itu.
“Ma. Careful. Mama tak payah lah duduk bawah. Hana letak Adam on your lap” cadangan Hana Aishah ditolak mentah dan senyuman lebar terukir saat tangan mertuanya duduk membelas rambut lebat Adam.
“Focus nya cucu Tok Ma ni. You like the lego that much” jelas kegembiraan di sebalik anak mata ibu mertuanya.
“Like like gogo” Adam dengan nada serius dan fokusnya masih pada lego yang sedang di bentukkan itu.
“He is forming sentences now” suara gembira Tan Sri Fadhil kedengaran lega. Hana Aishah dapat melihat kerisauan bapa mertuanya saat itu. Selama ini dia tidak pernah tahu mengenai kerisauan bapa mertuanya.
“His vocabulary has increase and yeah his word started to makes more sense now” Hana Aishah membalas dan dia dapat melihat kegembiraan di wajah bapa mertuanya.
“Alhamdulillah” perasaan Hana Aishah bercampur saat mendengar kata – kata bapa mertuanya. Bersyukur kena dapat melihat kasih sayang tidak bertepi bapa mertuanya tetapi dalam masa yang sama sedih melihat lelaki itu risau kerana perkembangan lambat anaknya.
“Babah is with Adam. Sebab tu Adam laju je belajar semua benda. Adam wants to be exceptional like Babah right” Adam yang sudah diribakan Puan Sri Maria itu tersengih menampakkan sebaris gigi yang sempurna mendengar kata – kata neneknya.
Hana Aishah mengawal reaksi wajahnya saat itu. Perasaan negatif yang mula menyesakkan mindanya dan hatinya.
“Look at you building a ship. Adam Tok Pa is a genius” Tan Sri Fadhil ikut duduk di atas karpet untuk bermain dengan cucunya.
“Adam is clever right Tokpa” Mary Irina melabuhkan punggungnya di atas riba Tan Sri Fadhil sebelum mengusap pipi Adam yang kemerahan itu.
“Clever like Mary Irina” pipi cucu sulungnya dikucup pula.
“She`s so good with Adam. Apalah yang along risau sangat dengan Mary with the new baby later” Puan Sri Maria membebel kepada anak sulungnya yang sedang fokus dengan telefon bimbit sampai bersilang kaki.
“Ni baru je ok Ma. Mama tak percaya , tu tanya mommy dia” Fakhih membalas bersahaja.
“Ye ke Idora?” Idora tersenyum mendengar nada ibu mertuanya.
“She didn’t understand I think. Now Adam is here, she can practise already. Plus our focus has been on the baby since beginning, she felt neglected kot” Idora membalas. Hana Aishah memerhatikan renungan Idora pada Adam semenjak awal tadi. Susah dia mahu membaca isi hati birasnya itu.
“Hana” saat suara yang selalu membuatnya tenang setiap kali di ke rumah mertuanya sampai ke gegendang telinganya, segala persoalan yang bermain di mindanya terbang. Tangannya yang tadi di dalam genggaman Fakhrul terus ditarik sebelum di menuju kea rah tubuh yang semakin susut itu.
“Mak Zah” erat pelukan Hana Aishah saat itu. Seerat – eratnya di peluk untuk melepaskan rindu dan juga mencari ketenangan yang hilang semenjak dia melangkah masuk ke rumah itu.
“Ya Allah Hana” suara Wanita itu sebak memanggil. Pelukan yang selalu membuatkan dia rasa tenang saat berada di mahligai itu memeluk erat.
“Mak Zah rindu Hana” air mata yang Hana Aishah tahan gugur saat mendengar pengakuan ikhlas Wanita yang sudah dianggap seperti ibunya itu.
****************************************************
“Adam sayang. Don’t spill food everywhere” suara Hana Aishah kedengaran menegur Adam yang sedang menyusun buah tembikai di atas kerusi bayi itu.
“One , two , tee , four , if , ix , ven , ee , I , ennn!” Adam tidak mengendahkan ibunya itu terus mengira buah tembikai yang di susunnya itu sebelum menepuk tangan sendiri.
“Pandai nya Adam kira” Fakhih yang sedang menyuap nasi itu memuji.
“Itu jelah yang dia pandai along” Hana Aishah mengomel sebelum dia bangun dari pendudukannya. Nasi di dalam pinggannya tidak berusik pun.
“Hana, just eat. Later the helper will clean up everything” Tan Sri Fadhil menegur menantunya.
“Its ok pa. Nanti bersemut karpet” Hana Aishah membantah tetapi Fakhrul laju memaut lengannya menegah.
“Sayang makan” Hana Aishah menjadi panas hati mendengar arahan Fakhrul itu. Niat baik suaminya dikaburi dengan amarah masa silam.
“I do what I want. Don’t dictate me” Hana Aishah merentap tangannya sambil menjeling kea rah lelaki itu. Sesisi meja saat itu terdiam melihat kekasaran Hana Aishah.
“Stop spilling food Adam. Umi is telling you one more time. If you don’t listen to me, you will get your time out” Hana Aishah memberi amaran kepada anaknya sambil mengutip nasi yang sudah bertaburan.
“Adam is babah good boy right. Listen to umi ok” suara Fakhrul kedengaran sedih tetapi sikit pun tidak mengubah pendirian Hana Aishah. Penat dia hendak berpura – pura. Dia cuba tetapi dia pun manusia kan.
“Ya Allah. Hana , jangan kutip. Nanti Mak Zah suruh budak – budak ni bersihkan . Penat Mak Zah masak lauk favourite Hana. Cepat makan” bebelan Mak Zah disambut dengan senyuman Hana Aishah.
“Macam mana nak makan semua. Banyak sangat lah Mak Zah. Kena staggered sikit. Baru muat perut” Hana Aishah berseloroh saat dia kembali duduk di sebelah Fakhrul. Memang sengaja lelaki itu mahu mengenakannya dengan meletakkan kerusi Adam di situ supaya dia tiada pilihan lain.
“Ye lah. Mak Zah pening, nanti kalau masak sikit tak puas makan. Dah lama Hana tak balik sini. Mak Zah kena masak semua lah” Hana Aishah tersengih mendengar bebelan Mak Zah. Fakhrul yang tadi berselera sampai putus selera selepas dikasari sebegitu tidak diendahkan.
“Zah, duduk makan sekali” Tan Sri Fadhil mengarah tetapi pembantu rumah yang sudah seperti keluarga itu laju menolak.
“Tak apa Tan Sri. Saya suap Adam makan. Biar Umi Adam puas sikit makan. Nanti saya makan sekali dengan budak dua orang kat belakang tu” Tan Sri Fadhil membalas dengan senyuman sahaja.
“Banyaklah alasan awak ni Zah kalau ajak makan sekali” Puan Sri Maria sempat mengomel. Suasan menjadi tenang apabila , Adam disuap Mak Zah.
“Sukalah dia , nenek suap ye” Mak Zah mengagah dan Adam mengekek ketawa.
“Hana stay lama kan. Mama tak puas main dengan Adam” mendengar permintaan Puan Sri Maria , Hana Aishah terdiam sejenak. Daripada dia sampai ke situ sehinggalah saat ini , pergerakannya di hadkan ke tempat – tempat yang tidak membawa memori pahit kepadanya tetapi tunggu masa sahaja untuk dia naik ke bilik lelaki itu. Lagi lama dia di situ lagi lamalah dia perlu memendam rasa.
“Weekend ni nak pegi rumah Kina mama. Nak merisik” Hana Aishah membalas perlahan. Tidak mahu menyakitkan hati ibu mertuanya dalam masa yang sama dia betul – betul risau sekiranya dia meletup seperti tadi.
“I thought you were suppose to go last weekend?” Tan Sri Fadhil bertanya pelik.
“Aek tu banyak sangat alasan. Tiba kerja lah , pastu demam lah pastu tayar pancit lah” Hana Aishah membebel mengingatkan Zarik.
Sepatutnya memang minggu lepas mereka akan pergi tetapi lelaki itu punya alasan memang tidak masuk akal lansung. Setelah dibebel sehingga migrain barulah Zarik mendengar kata.
“Zarik is one of out engineer right Along?” Fakhih yang sedang meratah kari ketam itu menganggukkan kepalanya.
“He was in Sarawak and then he asks for transfer. Time tu baru along tahu , girlfriend dia BFF Hana” Tan Sri Fadhil menganggukkan kepalanya mendengar penjelasan anak sulungnya itu.
“Gaji ok , ada career , can proceed je la. I don’t think there will be objection from Sakinah parents” Hana Aishah tersenyum tawar mendengar pandangan bapa mertuanya.
“Aek is fatherless. His mom passed away already when he was sixteen. So he feels like he is not worthy for any woman. Eee Hana rasa nak ketuk je kepala budak tu. Sendiri suka put down himself” Hana Aishah merenung kea rah ketam yang kelihatan menyelerakan itu tetapi mengingatkan Zarik , mati terus seleranya.
“That is his parent. Dia baguslah. I can vouch for him. When our Sarawak branch got into feud with the local there, he handled it without my help. Along ingat nak jadikan dia branch manager dekat sana tapi dia mati – mati mintak tukar sini. It’s a loss for our Sarawak branch but at least he is still with the company” Hana Aishah merasa gembira untuk Zarik. Syukur dia kerana Zarik berjaya menjadi seseorang.
“Ye Along tapi mak bapak ni lain. Lagi kalau anak perempuan. They must think about her daughter life after marriage. If there is no family for the guy to fall back to , how is their daughter`s life will be like” Puan Sri Maria membalas sekaligus mematikan kegembiraan yang baru muncul di dalam hatinya semenjak bertandang ke rumah itu.
“That doesn’t apply anymore ma. We are a family but still Hana get hurt. So whats the function of us a “supposed family” in helping her. Lagi sakit adalah si Hana ni. We cant even protect her and arwah Adam” komen jujur Fakhih mengubah suasana di meja makan itu menjadi janggal.
Puan Sri Maria dapat melihat wajah Fakhrul yang terluka. Jelingan daripada Tan Sri Fadhil cepat – cepat menyedarkan Fakhih tentang keterlanjurannya. Hana Aishah merenung kea rah nasi yang masih banyak berbaki itu. Seleranya benar – benar mati saat itu. Hakikat yang menyakitkan tetapi benar itu , merobohkan tembok yang dia cuba bina untuk menghalang daripada memori pahit itu bermain di fikirannya.
“Mimi. Mimi” tangan gebu Adam memaut lengannya memanggil.
“Mamam. Mi mamam” kata – kata Adam membuatkan hatinya sebak.
“Adam mamam angel. Umi is full already. Do you want me to feed you” Hana Aishah tersenyum tawar memandang anaknya. Adam merenungnya beberapa saat sebelum bibir itu dimuncungkan.
“Mimi chu. Chu” dan untuk saat itu di bersyukur kerana Hana Aishah mahu lari daripada situ. Tanpa menunggu sesaat pun , Hana Aishah merangkul Adam ke dalam pelukannya dan dibawa anaknya pergi ke bilik tamu yang menjadi tempat dia bersolat tadi.
“Sakitnya Ya Allah. Tolong tunjuk dekat aku jalan mana yang perlu aku lalu. I`m so lost inside this painful maze” Hana Aishah berdoa perlahan saat dia merenung ke luar jendela yang bertentangan dengan kolam ikan. Kolam ikan yang membawa memori manis di mana Fakhrul memeterai janji akan memberinya satu jalan cerita cinta yang indah.
Empat tahun kemudian , yang ada adalah Hana Aishah yang sedang menanggung derita sambil menyusukan anak kedua mereka setelah dia gagal menyelamatkan anak sulung mereka daripada disakiti. Yang ada adalah memori pahit yang menenggelamkan beberapa memori indah bersama lelaki itu. Dimana indahnya jalan cerita cinta mereka?
******************************************************
“Jauhnya menung” Hana Aishah sedang duduk merenung ke langit yang kelihatan gelap tanpa bulan mahupun bintang malam itu tersenyum saat mendengar suara yang sudah dia cam itu. Langit malam itu seakan memahami hatinya yang sedang bergelut dengan memori silam.
“Sikit nya makan. Tak sedap ke lauk Mak Zah masak” Hana Aishah menggelengkan kepalanya perlahan. Matanya masih merenung ke langit. Semenjak tengah hari tadi dia merasa kekok.
“Sedap. Thanks Mak Zah masak lauk favourite Hana. Ingat lagi Mak Zah dengan my favourite dishes” tangan kasar Wanita yang menjadi tulang belakang keluarga Tan Sri Fadhil menarik tangannya ke dalam genggaman. Seperti malam raya pertama dia sebagai seorang isteri , tangan kasar itu mengusap tangannya lembut.
“Mestilah Mak Zah ingat. Hana ni memilih kalau makan, so Mak Zah kena ingat nak kena masak apa kalau Hana datang” Mak Zah merenung menantu majikannya itu. Raut wajah yang selalu menanggung beban itu seperti tidak pernah tersenyum gembira.
“Sama je perangai mak budak ni. Kalau sedih sampai hilang selera makan. Badan kena ada zat cukup. Nak Mak Zah suap ke ni?” Hana Aishah tertawa pahit. Sayangnya pada Wanita seorang ini tidak dapat dia ungkap.
“Macam malam raya tu. Bila bersuap , licin dua pinggan” Hana Aishah menelan gumpalan yang mulai menyesakkan di tekaknya. Mengingatkan memori malam raya itu, hatinya kembali sakit.
“Malam paling sunyi dalam kamus hidup Hana” bibirnya mengungkap kembali kata – kata yang pernah dituturkan kepada Mak Zah malam itu.
“Hana..” Hana Aishah menggelengkan kepalanya laju. Dia tahu seperti selalu Wanita itu akan memujuknya.
“Hana tak nak ingat Mak Zah. Tapi semua benda ingatkan Hana dekat memori pahit dekat rumah ni. Hana tak nak ingat yang sakit. Hana nak ingat yang happy je tapi…” nafasnya ditarik dalam melegakan sesak di dada mahu meneruskan bicaranya yang tergantung itu.
“Sakit Mak Zah” kepalanya dibaringkan di baju yang sasa itu. Bahu yang menjadi bukti kerja keras Wanita itu. Mereka sama – sama diam menghadamkan segala butir yang baru ditutur sebentar tadi.
“Mak Zah tengok Hana kan, Mak Zah selalu teringat cerita Asiah dengan Firaun tu. Tapi tu la , Firaun tu memang pilih nak jadi jahat” Hana Aishah tertawa hambar mendengar kata – kata Mak Zah.
“Mak Zah faham dua – dua belah. Mak Zah tahu apa yang Fakhrul buat tu tak adil dekat Hana tapi dalam masa yang sama apa yang Puan Sri dan Tan Sri buat dekat Fakhrul pun sama tak adil. Fakhrul tak mintak jadi macam tu. Keadaan waktu tu menyebabkan dia jadi macam tu” malam itu Mak Zah membuka cerita dan dia mahu Hana Aishah tahu cerita sebenar.
“Benda yang Mak Zah cerita ni dari pandangan mata Mak Zah. Setiap orang ada pandangan masing – masing kan. Mak Zah kesian dekat Fakhrul tu. Dia cuba bukan dia tak cuba tapi mungkin waktu tu keadaan keluarga Tan Sri sendiri tak stabil untuk diorang fokus dekat Fakhrul” keluhan berat dilepaskan Mak Zah diakhir kata itu.
“Mak Zah tak terkira berapa kali si Fakhrul tu menangis waktu dua tiga tahun pertama dia duduk dekat rumah ni. Kalau malam je, Mak Zah memang dah biasa pergi jenguk Fakhrul. Tiap malam Mak Zah dengar bunyi Fakhrul menangis kalau duduk luar pintu bilik tu tapi kalau Mak Zah bukak pintu terus berhenti nangis. Haihhhh” mengingatkan memori silam membuatkan rasa sedihnya kembali. Rumah banglo mewah ini dari luar sahaja nampak gah, hakikatnya kesemua ahli rumah itu menanggung kesakitan tersendiri.
“Along tu memang dari baby dah biasa dengan Mak Zah. Pengecutnya Ya Allah si Along tu” Hana Aishah tertawa mendengar omelan Mak Zah.
“Kalau datang angin pengecut dia , memang sebulan lah Mak Zah teman Along tu tidur. Tapi Fakhrul tu lain sangat” Mak Zah tersenyum pahit mengingatkan anak kedua Tan Sri Fadhil itu.
“Tapi yang betul – betul buat Fakhrul terus matikan perasaan dia time sekali tu. Mak Zah sampai sekarang tak boleh lupa reaksi muka Fakhrul” Hana Aishah mengangkat sedikit wajahnya. Dia dapat melihat wajah suram Mak Zah.
“Mak Zah tak boleh nak marah Fakhrul tak kiralah salah besar mana pun dia buat. Sakit yang Fakhrul tanggung bukan setahun dua. Dari budak tu umur 4 tahun sampai lah dia pergi Amerika” Hana Aishah dapat merasakan debaran di dadanya menggila menanti bicara seterusnya.
“Mak Zah balik kampung waktu tu. Ayah meninggal tiba – tiba sebab serangan jantung. Tan Sri bagi cuti sebulan tapi nasib baik Mak Zah ikut kata hati Mak Zah. Ya Allah, memang betullah firasat Mak Zah waktu tu” wajah yang sudah berkedut itu bertambah berkerut saat itu.
“Waktu Mak Zah sampai tu, terkejut Mak Zah tengok keadaan Fakhrul. Tan Sri out station sebulan. Along ikut sekali sebab Tan Sri hantar summer camp dekat London. Mak Zah pun tak tahu la kenapa Fakhrul tak dibawak sekali” Mak Zah menggelengkan kepalanya perlahan mengingatkan Fakhrul.
“Hati Mak Zah jadi tak sedap bila tengok rumah sunyi waktu tu. Mak Zah dok teriak panggil tapi tak ada orang sahut. Kereta dua – dua tak ada. Bila Mak Zah sampai bilik Fakhrul , Ya Allah bersepah macam lepas gempa bumi” Hana Aishah dapat mendengar ketidak puasan hati Mak Zah saat itu.
“Tapi tu Mak Zah boleh terima lagi. Ya Allah , bila Mak Zah tengok keadaan Fakhrul yang terkunci dalam bilik air tu, astaghfirullahal azim” Mak Zah tidak dapat mengawal sebaknya saat itu.
“Puan Sri sakit balik waktu tu tapi Mak Zah tak boleh terima bila Mak Zah tengok keadaan Fakrul waktu tu. Entah berapa lama budak tu terkunci dalam bilik air tu dengan kurus mereheng nya. Ya Alllah, ya Allah” air mata yang ditahan Mak Zah mengalir.
“Mama pegi mana?” Hana Aishah mencelah. Dadanya terasa sesak mengingatkan perasaan Fakhrul waktu itu. Apabila dia membayangkan Adam dalam situasi itu, hati seperti dihiris sembilu tajam.
“Puan Sri kalau datang sakit dia kadang dua tiga hari tak balik. Mak Zah tak tahu macam mana Fakhrul boleh terkunci dalam tu , berapa lama budak tu duduk dalam tu … tapi mata tu. Sampai hari ni Mak Zah tak boleh lupa” Hana Aishah menelan air liurnya kesat. Dia tahu apa maksud Mak Zah.
“Beku. Kosong. No emotion” getaran di sebalik suara Hana Aishah saat itu tidak disembunyikan lagi. Mak Zah merenung anak mata coklat yang sentiasa menanggung kesakitan itu.
“Mama … mama sakit apa?” wajah Mak Zah kelihatan serba salah saat mendengar pertanyaan Hana Aishah.
Sekalipun Hana Aishah tidak pernah mendengar tentang cerita silam Fakhrul. Setiap insan yang melihat suaminya membesar sentiasa memberinya bayangan tetapi tidak pernah menceritakan perkara sebenar. Kenapa baru malam ini cerita ini dibuka?
“Sayang. Sayang” sayup – sayup suara Fakhrul kedengaran menghentikan terus perbualan mereka. Mak Zah mengelap air matanya yang mengalir itu pantas. Saat Fakhrul muncul , kedua – dua Wanita itu sedaya upaya menyembunyikan wajah sembap mereka.
“Sayang dekat sini. Puas abang cari satu rumah” suara ceria lelaki itu menegur saat Fakhrul muncul di pintu belakang banglo itu.
“Sayang buat apa dengan Mak Zah dekat belakang ni?” Fakhrul menuju kea rah mereka sambil bertanya.
“Mak Zah masuk dulu. Banyak pinggan mangkuk tak cuci tu” kelam kabut Wanita itu beralasan sebelum berlari anak masuk. Fakhrul memandang tubuh Wanita yang menghilang di sebalik pintu itu pelik.
“Is she alright?” Fakhrul bertanya kepada isterinya sebelum melabuhkan punggung di tempat yang didiami Mak Zah tadi.
“I nak masuk” Hana Aishah menjawab sepatah tetapi sebelum sempat dia bangun Fakhrul laju memaut pinggang Hana Aishah.
“Ish apa ni!” suara Hana Aishah naik satu oktaf.
“Sorry sayang” suara lelaki itu kedengaran terluka di saat yang sama tangan yang tadi memaut pinggangnya dilurutkan.
Tidak mahu memandang lagi raut wajah itu sekaligus melarikan diri daripada perasaan yang sudah lama dia matikan yang mulai tumbuh saat itu, Hana Aishah melangkah pergi meninggalkan Fakhrul yang terluka dengan perlakuannya.
Kaki dia melangkah tidak tahu arah saat itu. Cerita Mak Zah , bayangan wajah kanak – kanak Fakhrul di dalam bilik air menanggung seribu rasa , wajah Puan Sri Maria dan segala perlakuan Fakhrul bersilih ganti bermain di mindanya.
“Don’t lock the bathroom door. Abang tak suka” arahan Fakhrul sewaktu minggu pertama dia berpindah ke rumah banglo lelaki itu bermain di mindanya.
“Mama yang salah. Mama jahat” kata- kata Puan Sri Maria minggu lepas sewaktu ibu mertuanya mengongoi di dalam pelukannya menyesakkan dadanya pula. Mindanya berkecamuk saat kakinya terus melangkah tidak tahu arah.
“Puan Sri sakit” cerita Mak Zah yang tergantung mendatangkan seribu persoalan di dalam kehidupannya yang sememangnya sudah dipenuhi tanda tanya itu.
“I`m a bad mother. I cant even take care of my own child. I hurt him” semakin lama suara – suara yang bersilih ganti bermain di mindanya membuatkan nafasnya menjadi semakin laju. Salur pernafasannya terasa semakin menyempit.
Peluh mulai memercik keluar dan seperti selalu asid pahit mula menyerbu naik dalam rongga mulutnya. Mata Hana Aishah meliar mencari tempat untuk melegakan gelodak di perutnya tetapi yang ada di pandangan matanya hanyalah perabut – perabut mewah dan hamparan permaidani yang bernilai belasan ribu itu.
Saat rasa panik mula menyerang dirinya pada tahap maksima, mata Hana Aishah melekat kepada sepasang mata yang tidak mahu dia lihat lagi. Pemilik tubuh yang menjadi punca deritanya hadir tanpa henti. Pemilik tubuh yang bukan sahaja menyakitkan dia tetapi menjadi punca anaknya yang hidup selama 17 hari itu pergi dengan penuh derita.
“Ya Allah. Hana!” saat dia mendengar suara yang sayup itu, matanya sudah melihat dot – dot hitam. Tubuhnya terasa seperti di awangan sebelum satu kesakitan yang tidak terperi dirasai di segenap tubuhnya.
Imej terakhir di mindanya sebelum segalanya menjadi gelap adalah raut wajah Fakhrul.
Share this novel
eve cara berfikir kita tak sama. if i mati hidup blk pon tak mungkin i biarkan hati i terluka lg. nk merawat hati yg sakit memerlukan tempoh masa yg lama. kalaupun i nk menyantuni org, i akan berusaha tidak menyakiti diri i sendiri. hidup ni singkat je. carilah kebahagiaan dan ketenangan diri. jangan cuba melawan arus. nanti diri sendiri yg lemas. jgn pernah jebakkakn diri dengan insan yg pernah terlalu bnyk menyakiti kita. memori hitam x kan pernah luput dr ingatan. move on ke chapter baru dlm hidup. masih ada insan yg sedang berdia menunggu utk membahagiakan hana. semoga penantian mika tak sia sia