Part 26

Humor Series 90875

Isnin.

Isnin hari kelahiran junjungan Nabi Muhammad SAW, sepatutnya tiada istilah Monday Blues atau 'Isnin yang Biru' tetapi sayangnya aku lebih menggemari terma 'Black Monday', Isnin yang gelap. Segelap perasaanku ketika ini. Segelap hari-hariku bersua muka di rumah. Genap hari ini, sudah 3 hari Emir tinggal di rumah sewaku. Kesian dengan Amira, terpaksa bertudung tatkala Emir berada di rumah. Namun, di sebalik semua itu, aku lihat Emir semakin jarang membuat hal di sekolah. Walaupun ada masanya aku terasa mahu berlari marathon mengejar Emir menggunakan penyapu. Malah, ketika di dalam kelas, perhatiannya tertumpu semasa sesi PdPc.

Mungkin ada hikmahnya Emir bermalam di rumah sewaku. Senang untuk memantau Emir sama ada dia ada belajar ataupun tidak. Sekurang-kurangnya, terlihat perubahan sedikit dalam dirinya. Think positive Althea, walapun kau rasa macam nak humban Emir dalam gaung ketika ini. Dalam baiknya, ada jugak sakit hatinya.

Aku tarik nafas dalam-dalam. Melepaskan beban yang terasa berat di pundakku. Semakin berat bila menghampiri STPM. Barisan guru yang mengajar pelajar STPM ini bertambah-tambah sakit perutnya bila semakin dekat dengan peperiksaan tersebut walaupun dah terbiasa untuk setiap tahun. Bila mengajar, kepuasan yang paling penting diriku adalah pelajar tersebut faham dengan ilmu dan pengetahuan yang diajar dan dapat mengaplikasikannya dalam peperiksaan. Bila mereka berjaya, terasa kepuasan mengajar lebih-lebih lagi jika mereka menjadi orang yang berguna. Dengan keadaan sekarang yang makin mencabar, kerja guru yang semakin bertambah dan tiada undang-undang yang boleh melindungi guru aku rasakan guru semakin tercabar dengan anak-anak zaman millennium ini.

Kalau dibandingkan dengan zaman dahulu, biasanya hukuman yang diberikan pada murid tidak menjadi masalah bagi ibu bapa. Malah, kadang kala ada murid yang tidak mahu memberitahu kesalahan yang dilakukan oleh mereka kepada ibu bapa, takut dihukum kali kedua. Tetapi sekarang? Sentuh sikit anak terus bawa ke mahkamah. Itu belum lagi mereka tahu perangai anak mereka semasa bersekolah. Tidak dinafikan bahawa ada kalanya, guru itu kehilangan tahap kesabarannya, tapi sebagai ibu bapa mereka perlulah faham. Anak mereka bukan seorang sahaja yang perlu diberi perhatian. Andaikan seorang guru ada 5 kelas untuk diajar, paling-paling 150 ragam yang terpaksa dihadapi. Kalau spesis murid yang baik, penyejuk mata dan perut ketika mengandung, itu memang sejuk hati cikgu nak mengajar. Tetapi kalau spesis badboy Emir tahap masuk balai polis? Anda rasa ? Kalau 150 berperangai seperti Emir? Mampu ke ibu bapa nak menghadapinya?

Aku tak tahu. Jadi fikirkanlah. Sebagai ibu bapa, anda pernah bersekolah dan pernah menerima pendidikan terlebih dahulu daripada anak-anak anda. Jadi, bagaimana ibu bapa melihat sendiri perubahan-perubahan yang berlaku semasa zaman mereka dan zaman sekarang? Kalau nak dibandingkan dengan sistem pendidikan zaman dahulu, sejujurnya aku lebih suka zaman dahulu. Kemenjadian murid itu berlaku dan boleh dikatakan menjadi manusia. Sekarang, aku tak tahu? Bak kata pepatah, hendak melihat bagaimana pemimpin masa akan datang, lihatlah pada generasi sekarang. Generasi sekarang yang dipengaruhi dengan pancaroba-pancaroba dan anasir yang bukan datang dari dalam tetapi lebih hebat jangkauannya ke luar negara apabila melibatkan penggunaan medium ICT. Perkongsian pintar yang ada pro and cons tersendiri.

Tidak dinafikan bahawa sistem pendidikan perlulah seiring dengan perkembangan era globalisasi ini, maka telah mewujudkan PPPM 2013 - 2020 dan membentuk Aspirasi Pendidikan dan Aspirasi Murid yang menjadi akses kepada perkembangan kokurikulum yang hendak diimplementasikan dalam pembelajaran.

Woahh, Althea, apa kau membebel pagi-pagi buta ni. Daripada hal Emir terus masuk ke dasar kerajaan. Aku garu kepala sendiri. Mungkin inilah akibatnya tinggal bersama dengan Emir. Tiga  hari Emir tidur di rumah sewa membuatkan jantungku berdetak lebih hebat daripada normal. Contohnya, malam pertama dia tidur, aku rasa mahu meraung sekuat hati apabila dia dengan selamba sahaja tidur di sebelahku, memeluk pinggangku dan hanya berseluar pendek. Perghhh, nasib baik dia tak pakai boxer masa tidur. Mahu stop jantung aku dibuatnya. Sudahnya, Emir aku tolak kuat sehingga terjatuh dari katil. Akibatnya Emir mengamuk dan aku lari ke bilik Amira.

Amira? Mungkin itu definisi yang dikatakan sebagai sahabat sejati dunia dan akhirat agaknya. Dia dengan selamba cicak tak bagi aku masuk bilik dan tidak mahu bersama-sama membuat dosa free. Amboii ayat rasa macam nak terajang Emir dan Amira ketika itu jugak. Akhirnya, dengan pilihan yang ada aku tidur di ruang tamu sahaja. Emir conquer tilam aku!!

Malam kedua, aku buat perjanjian dengan Emir. Aku tidur bilik aku, dia tidur di ruang tetamu. Itupun setelah aku berusaha bermati-matian menyuruh Yang Berhormat Datuk Emir Hafiz ni balik, tetapi gagal dengan jayanya. Malah, dia keluarkan hujah-hujah yang mempu membuatkan lidah petahku terasa bergulung-gulung dalam mulut. Dalam soal hubungan suami isteri boleh pulak dia keluarkan hujah. Kenapa dalam sejarah hujah dia tak menyokong fakta yang diberikan malah tersilap fakta dan hujahnya pulak berbeza umpama hemosfera utara vs hemosfera selatan?

Aku naik geram. Nak gumpal-gumpal kertas soalan sehingga aku rasa macam nak rendam aje buku sejarah dalam ari buat jadi ubat, mana tahu fakta yang terendam sekali bersama dakwat dan kertas tersebut boleh laru dan meresap masuk dalam otak mereka?

Kan?

Akhirnya malam kedua dan 'bakal' malam-malam seterusnya, Emir tidur atas toto, tepi katil aku. Nak suruh dia tidur ruang tamu? Dia ugut nak call babah. Urrr, seram dow! Nak kena jentik dengan babah? Sampai ke Thailand telinga aku boleh membesar nanti. Babah nampak macam sayangnya kat menantu sulung dia ni. Aku tak tahu mandrem apa yang Emir bagi dengan babah.

"Morning Thea."

Sapaan dari arah belakang membuatkan aku menoleh sekejap. Mahu terhenti nafasku sesaat melihat senyuman manis pembuluh darah CIkgu Ilham. Aduhh, yang ni sekor. Sejak peristiwa dia menelefonku, dan meminta tukar panggilannya, boleh dikatakan hari- hari ada saja Whatapps darinya. Bertanya khabar, sihat ke? Makan dah ke? Kenapa tak tanya aku dah beranak ke belum?

Stress aku! dengan Emir yang sememangnya 24 jam menyakitkan hati, ditambah pulak dengan CIkgu Ilham sekarang ni. Bukan aku tak faham bahasa tubuhnya dan gayanya, tapi aku sebenarnya malas nak faham. Malas nak ambil tahu. Selagi aku tak tunjuk dan balas, aku harap dia faham. Jangan melebih-lebih kerana ada batas yang perlu aku jaga. Sungguhpun aku tidak sukakan Emir, tapi status sebagai isteri aku akan jaga. Bak kata mama, jangan pilih untuk jadi isteri derhaka walaupun macam mana sekalipun perangai suami. As long Emir tak angkat tangan maka aku pun tak angkat kaki.

See, easy peachy. Kalau Emir angkat tangan, nescaya aku double angkat tangan dan kaki sekali. Sarang tebuan jangan dijolok. Ada sebab pepatah tersebut diwujudkan. Tahan sabar sampai satu tahap meletus, maka bersiap sedialah.

"Morning, Cikgu Ilham." Aku tarik senyum hujung bibir. Ikhlaskan hati, Althea.

Ilham kerut dahi. Sambil itu, dia melangkah bersama aku, keluar dari Pejabat Pentadbiran.

"Kan dah pesan aritu, panggil Ilham aje. Takyah panggil 'cikgu' lagi."

Aku tertawa. Kayu dan tiada perasaan. Berkali-kali pesanan dititipkan namun lidahku masih janggal untuk menggugurkan perkataan 'cikgu' di depan pangkal nama Ilham. Akward.

"Rasa macam awak ni anak murid saya aje. Dahlah awak kecik molek aje orangnya. Sekali tengok macam boleh disamakan dengan budak form 5 aje."

Aku ketawa lagi. Hal itu memang tak dapat dinafikan. Pertama kali masuk ke bilik guru, aku disalah tafsir sebagai murid baru, kononnya mencari guru kelas. Terpinga-pinga sekejap guru yang berhampiran apabila aku menjelaskan hal sebenar. Sungguh, kalau dikenang semula, itu adalah salah satu peristiwa yang memang tidak dapat dilupakan.

Mungkin adakah sebab fizikal aku yang pendek ini menyebabkan Emir dan kelas Tingkatan Enam Pluto sesuka hatinya memijak kepalaku. Sesuka hati mereka sebab mereka tidak takut atau tidak hormatkan aku sebagai guru?

"Ada-adalah Cikgu Ilham ni."

"Betullah, kali pertama nampak awak, comelnya budak ni. Tapi bila awak cakap awak cikgu baru, masa tu sungguh saya terkejut. Tak sangka budak comel tu cikgu baru rupanya. Nasib baik tak kahwin lagi kan."

Aku terbatuk. Nasib baik takde air atau makanan ketika ini, kalau tidak percayalah, memang tersekat terus kat farinks, lepas tu memang tak boleh bernafas terus sebab saluran pernafasan tertutup.

"Okey. Biasalah cuaca sekarang tak menentu. Kejap hujan, kejap panas." Aku beralasan.

Memang betul, beberapa minggu ni cuaca tidak menentu. Adakah sedang menghampiri hujung tahun, musim tengkujuh bakal bermula juga nanti. Maka, bersiap sedialah untuk menghadapi banjir terutama di kawasan rendah.

Masuk sahaja di bilik guru, aku dan Ilham berpisah haluan. Dia menuju ke Division Vokasional manakala aku ke Division Kemanusiaan. Hari ini adalah hari Kantin sekolah, jadi pembahagian untuk tugas para guru yang terlibat dalam hari Kantin sudah diagihkan. Aku bersama Cikgu Ilham dan Cikgu Jasmin terlibat dalam penyediaan juadah yang bakal dijual nanti. Kami dibantu beberapa orang murid untuk menjual makanan nanti semasa rehat. Mujurlah sekarang hanya minggu untuk latih tubi bagi pelajar Tingkatan Enam. Makanya, aku telah menyediakan seberapa banyak latihan yang perlu bagi membantu mereka untuk peperiksaan nanti.

"Aippp, Thea. Bunga- bunga cinta sedang berputik ke?"

Aku pandang CIkgu Ismadi yang menyengih di tepi mejanya. Awal-awal pagi cikgu seorang ni bergosip.

"Saya tak tanam lagi pokok bunga cikgu. Nak berputik macam mana sedangkan pokok tak tanam lagi. Sekarang ni saya malas nak tanam. Takde feel nak tanam dulu cikgu. "

Aku membalas CIkgu Ismadi. Sungguh dalam bahasa yang aku gunakan. Mohon lepas ni Cikgu Ismadi membaca yang tersurat dan tersirat di sebalik makana ayatku.

"Deep tu Althea."

Komen Cikgu Jasmin yang berada di sebelahku disambut dengan sengihan. Aku tayang gigi yang tak berapa nak tersusun. Tidak seperti Emir, giginya terletak elok dan putih. Sungguh, aku jealous. Ehhh, kenapa nama Emir yang muncul pulak sekarang ni.

"Thea memang tak minat Ilham ke? Ke Althea memang dah ada orang lain sebenarnya ni?" Cikgu Jasmin bertanya.

Aku senyum. "Saya takde siapa-siapa pun Kak Min. Entahlah, saya tak pernah terfikir nak ada hubungan apa-apa sekarang ni. Saya fikir nak kerja dulu, tunggu stabil dulu baru fikir nak kahwin."

"Yeke? Bukan sebab Althea memang dah ada someone special tapi tak nak kamboh dulu. Or sebab Thea ni sebenarnya crush dengan Emir?"

Ok, soalan terakhir Cikgu Jasmin ni memang tahap nak korek rahsia aku. Gila nak jawap ' eh, Emir tu sebenarnya laki saya cikgu'. Tak kejung terus semua cikgu kat bilik guru nanti. Entah-entah, penangan dengan CIkgu Ilham aku tak boleh bayangkan lagi. Bayangkan?

Ohh, jangan bayangkan. Aku sendiri tak sanggup nak announce Emir tu laki aku. Aku sanggup tukar sekolah daripada Emir announce dia suami aku. Mana nak menyorok? Bawah kuali? Apa pulak tanggapan para guru nanti? Menggatal nak kahwin dengan anak murid? Atau desperado sebab takde orang nak? Atau sebenarnya dalam benci tu aku sebenarnya dengan Emir ni bercinta?

Woahhhh! Althea! Hold on! Tarik balit part kau dengan Emir bercinta tu.

" Kenapa ni Althea? Kejap angguk, kejap geleng?"

Aku gelak tutup perasaan gugup sambil garu kepala yang tidak gatal. Aduh, boleh pulak kepalaku seiiring sejalan dengan perkara yang tengah aku fikirkan ketika ini.

"Saya tengah fikir tentang juadah Hari Kantin nanti."

"Ohh, itu jangan risau. Thea reti buat burger kan."

Aku angguk kepala. Memang reti sebab kat kampung, adik-beradikku menjual burger di tepi rumah. Kadang kala bila aku balik kampung aku akan turun padang sekali. Bersama menjual burger.

"Jomlah, semua dah tunggu."

CIkgu Jasmin tarik lengan aku menuju kea rah kantin sekolah. Gara-gara Hari Kantin, pihak kantin sekolah ditutup untuk memberi ruang kepada kami, Sidang Redaksi Majalah sekolah untuk menjayakan Hari Kantin yang telah dirancang.

Sampai sahaja aku disambut dengan senyuman pembuluh darah CIkgu Ilham. Kebetulan dia bersama aku untuk menyediakan burger dan sandwich, manakala Cikgu Jasmin bertanggungjawab dengan makanan lain. Entah mengapa semasa aku sibuk membuat burger terasa ada pandangan tajam yang menyeroti setiap langkahku. Aku angkat pandangan.

Hampir terkuncil aku ketika itu apabila melihat mata helang Emir yang tajam memandangku. Aku telan air liur. Apa pulak kali ini? Mukanya sudah menunjukkan riak tidak puas hati dan marah. Kebetulan ketika ini, posisi Cikgu Ilham begitu dekat denganku akibat ruang yang agak sempit.

Aku buat tak kisah, namun pandangan Emir kadang-kadang boleh membuatkan jantung aku berhenti sesaat, terutama ketika saat sekarang. Mulutnya seakan-akan menuturkan sesuatu, namun, jarak yang agak jauh antara kami berdua menyebabkan aku tidak mendengarnya.

"Kenapa ni ?"

Soalan Cikgu Ilham membuatkan aku kembali menyambung tugasanku.

"Takde apa-apa."

"Yeke? Tapi saya lihat Emir macam nak telan awak aje sekarang?"

Eh? Aku segera pandang ke arah hadapan. Memang betul apa yang dikatakan oleh Cikgu Ilham. Pandangan membunuh Emir membuatkan aku terasa mahu berlari dari tempat ini sekarang. Kakiku sudah bersedia untuk berlari. Sungguh kalau mukaku ditoreh sekarang, percayalah darah putih yang keluar. Darah merah sudah habis dihisap oleh Emir yang semakin dekat.

Nak lari ke tak?

Lari aje Althea oiiii!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience