BAB 8

Romance Series 68164

Sofea turun semula ke bawah untuk membantu mak yam menyiapkan makan malam , "Datin dah sihat?" soal sofea apabila terserempak...

"Kau tengok aku ni macam dah nak mati ke? aku sihat la kau tak payah sibuk boleh tak" jawab datin..

"Saya cuba nak tahu berkembangan datin" kata sofea , datin mendengar bunyi kereta danish yang masuk ke kawasan perumahan mereka , secara tiba tiba datin melepaskan air kopi yang ada di tangannya...

"Aduh aduh ,apa ni sofea kenapa buat macam ni?" kata datin sofea sendiri terkejut dengan tindakkan datin , baru sofea nak ke arah datin terdengar suara danish yang menjerit..

"Oi perempuan apa kau dengan mama ha?" tanya danish dan terus berlari ke arah datin rahila , "Saya tk buat apa apa? saya tak "

"Mama okey ? kenapa jadi macam ni?" soal danish pada datin , "Mama bawak air kopi tu mungkin sofea tak nampak mama dia terlanggar habis tumpah , kaki mama panas" kata datin...

"Pak kasim , pak kasim" jerit danish

"Iya danish , knapa?"

"Tolong bawak mama pergi klinik cepat" arahnya , "Mak yam mana papa danisya?"

"Mereka belum balik lagi , tak apa biar mak yam ikut datin danish penatkan tak apa biar mak yam uruskan" ujar mak yam...

mak yam dan pak kasim membawak datin rahila ke klinik sebelum keluar dari sempat memberikan senyuman kepada sofea , "Apa benda yang kau tak puas hati dengan mama? minggu lepas irdina , hari ni mama aku , eh kau nak bunuh diorang ke?" soal danish

"Saya tak buat apa apa , saya tak langgar datin pun" jawab sofea..

"Kau" danish mendekat ke arah sofea tetapi sofea semakin kebelakang , "Kau mengelak? kau mengelak aku ke?" tengking danish...

Sofea yang baru nak berlari ke atas tetapi sempat di halang oleh danish , "Sakit la tolong lepaskan saya la" rayu sofea...

Danish menarik sofea ke bilik sampai sahaja bilik danish mebanting tubuh sofea ke katil , "Saya tak bersalah" kata sofea..

"Apa yang kau tak puas hati ha? kau cakap dengan aku apa mama buat dengan kau , itu air panas kalau aku siram muka kau pun boleh melecur la"

Danish mencengkam wajah sofea dan menarik sehingga sofea terpaksa berdiri , "Sakit" ucap sofea dan cuba melepaskan dirinya...

"Perempuan malang" satu tamparan pada pipi sofea , sofea cuba menahan kesakitan dan tangannya menolak kuat tangan danish sehingga cengkaman danish terlepas dari wajahnya dan sofea terus berlari ke pintu...

"Sial kau , berani kau lawan aku" danish terus menangkap sofea lalu di tolak ke lantai , "Argh"

"Kau berani lawan aku?" soal danish , "aargh sakit arghh sakit tolong perut saya sakit" adu sofea yang memegang perutnya..

"Kau tak payah mengada la , kau berlakon je kan eh perempuan macam kau memang banyak muka pandai cari alasan sebab tak nak kena belasah kan" kata danish yang tak peduli tentang sofea yang kesakitan...

"Sakit , arghhh" jerit sofea , danish memandang kaki sofea ia akan terkejut kerana ada darah yang mengalir di celah kaki sofea..

"Kau , kau"

"Anak saya" ucap sofea dan terus pengsan di situ , tanpa membuang masa danish terus mengangkat sofea untuk bawak ke hospital...

"Eh abang kenapa ni? eh darah" ujar danisya , "tak banyak masa dah jom ikut aku" ajak danish dan mereka pun sama sama ke hospital....

"Eh irdina kenapa balik awal ? biasanya kamu makan malam dekat rumah danish?" tanya datin samsiah bila irdina masuk ke rumah agam itu...

"Entah la danish tu , nak balik awal sebab papa dia ada benda nk bincang"

"Biasa la tu bussiness tengah maju mesti banyak benda nak di buat" sampuk datuk jamil pula , "Dad mommy salah ke kalau irdina tak nak anak?"

"Eh kenapa tak nak anak pulak? kalau kamu dah kahwin dengan danish kamu mesti kena ada anak sebab kita perlukan pewaris" jawab datin

"Tapi irdina tak nak anak , kalau ada anak badan irdina jadi tak cantik dan irdina akan nampak tua sebab ada anak"

"Fikiran kamu ni kenapa? anak tu kan rezeki dan dad tahu danish mesti nak kan anak sebab dia suka kam budak dan keluarga dia perlukan pewaris" ujar datuk pula...

"Ish malas la , anak anak anak , eh kan senang kalau ambik anak angkat je tak payah susah susah nak beranak" ucap irdina sambil naik ke atas..

"Anak awak tu kenapa? marah semacam" tanya datuk kepada datin , "Gaduh la tu dengan danish tu la yang moody je" jawab datin...

******************************


Setelah hampir setengah jam danish menunggu akhirnya doktor yang tangani sofea keluar dari bilik pemeriksaan , "Doktor macam mana?" soal danish...

"Keadaan isteri tuan agak lemah di sebabkan pendarahan yang berlaku , isteri tuan hanya perlu rehat yang secukupnya dan jangan bagi tekanan padaya , jangan risau kandungan isteri tuan selamat" ujar doktor..

"Dia mengandung?" soal danish dan doktor mengangguk...

"Usia kandungan isteri tuan baru masuk 2 minggu dan itu terlalu baru jadi kandungan lemah , itu la sebab berlaku nya pendarahan disebabkan terjadinya hentakkan di bahagia punggung" jelas nya...

"Kalau tak ada apa apa , saya minta diri dulu" kata doktor lalu pergi dari situ meninggalkan danisya dan danish...

"Sofea mengandung? anak abang ke?" soal danisya , "Anak aku" jawab danish dan terus masuk ke dalam bilik sofea...

Danish melihat sofea yang terbaring lemah di katil pesakit entah kenapa rasa simpati itu muncul , danish duduk di sisi kiri katil sofea dengan perlahan tangan danish bawak ke perut sofea yang masih rata...

"Maafkan papa , papa tak tahu kehadiran awak" kata danish sambil mengusap perlahan perut sofea...

"Mak sal kenapa ni ? gelisah semacam je ni?" soal syamsul

"Mak sal rasa sesuatu la , syam ada tak nombor datuk? mak sal nak call dia la tanya pasal sofea"

"Syam ada tapi mak sal nak tanya pasal apa? mak sal rindu sofea ya? kalau macam tu lusa kita pergi sana ajak pakcik sekali"

"Betul ni? syam nk bawak mak sal ke sana?"

"ye betul mak sal , nanti syam cuba pinjam kereta hisyam esok ya" kata syamsul dengan senyuman...Mak sal rasa seronok bila syamsul nak bawak dia berjumpa denga sofea rasanya sudah lama dia tak berjumpa dengan sofea sejak majlis sanding tempoh hari...

Sofea tersedar dari pengsan nya dan melihat sekeliling apa yang dia nampak adalah danisya yang tertidur di sofa dan danish yang tidur di sisi kirinya dengan tangan di atas perutnya...
Sofea terus duduk dan meraba perutnya , "Dah bangun?" soal danish sambil mengosok matanya..

"Anak saya ? anak saya macam mana?"

"Kandungan kau tak ada apa apa , nasib tak terjadi hal buruk"

Sofea melepaskan nafas lega , "Kalau saya gugur sekali pun itu semua salah awak" kata sofea dan terus danish memandang ke arah sofea..

"Kau yang melawan aku , siapa suruh kau lawan aku? kalau kau tak melawan semua ni tak akan jadi la sofea" marah danish pula....

"Salah saya apa? awak tak pernah percaya saya dan awak tak pernah anggap saya ni isteri awak , pernah awak cuba terima saya? saya belajar terima awak tapi awak langsung tak peduli perasaan saya" lawan sofea...

"Saya ni manusia , saya ada hati perasaan , saya" sofea menghentikan ayatnya oleh kerana sebak yang ia rasakan...

"Saya tahu awak tak sukakan saya dan awak mesti rasa kedatangan baby ni beban bagi awak , danish biarkan saya hidup dengan tenang lepaskan saya , saya tahu awak tak nak baby ni" ucap sofea dan itu membuatkan danish terdiam...

Danisya yang tertidur itu pun terbangun akibat bergaduha mereka berdua , "Aku tak akan lepaskan kau , dia anak aku jadi aku ada hak atas baby tu"

"Aku happy bila dengar kau mengandung" ucap danish kali ni sofea hairan dengan tingkah laku danish , Kerana dia ingat danish akan menyuruh gugurkan kandungan tu tetapi tidak...

"Aku tak sezalim tu sofea , walauapapun dia tetap anak aku , darah daging aku" kata danish dan terus keluar dari bilik itu...

"Kau sepatutnya happy sebab dia akan layan kau baik mulai hari ni , peluang kau untuk buat dia jatuh hati dengan kau dan lupakan irdina" ucap danisya secara tiba tiba..

"Kenapa? saya tak perlu buat macam tu sebab saya sedar kedudukan saya"

"Aku tak sukakan irdina dan aku juga tak berapa suka dengan kau , kalau di berikan pilihan aku akan pilih kau dari pada irdina sebab dia bukan perempuan baik" jawab danisya...

"Ini peluang kau , selama 9 bulan ni kau mesti boleh buat danish luluh dengan kau , just try the best" kata danisya...

Sofea terdiam dan memikirkan apa yang di katakan danisya , sebenarnya sofea berniat untuk lari dari danish oleh kerana dia takut akan berbuatan danish menjejaskan kandungannya tetapi reaksi danish berlawanan dengan apa yang di fikirkan......

*******************************

Hampir setengah jam danish meninggalkan sofea bersama danisya dan sekrang tepat pukul 9.30 malam , Kembali sahaja danish ke bilik sofea ia bawak banyak bungkusan makanan dan di letakkan di meja sofea..

"Nah makan , ada bubur dengan ayam makan la" kata danish pada sofea..

"Saya kenyang"

"Sofea jangan degil boleh tak? aku suruh kau makan sebab tu ha ada baby dalam tu dia perlukan makanan dan kau perlu makan" kata danish dan buka bekas bubur itu..

"Abang aku nak balik la , pasal mama nanti aku settle la"

"Ha balik la , call pak kasim suruh ambik kau dekat sini" Danisya mengangguk lalu beredar dari situ...

"Awak happy pasal baby ni? kenapa awak nak kan anak ni?" tanya sofea...

"Sebab tu anak aku , ke kau ada keluar dengan mana mana jantan selain aku? kalau ada mesti tu anak orang lain la kan?"

"Saya bukan"

"Ye aku tahu kau bukan perempuan macam tu , so tu anak aku la kan?" ucap danish lalu memandang wajah sofea..

Sofea mengangguk perlahan , "Jadi mulai hari ni aki akan berlembut dengan kau bukan sebab aku sayang kan kau tapi ini semua sebab baby , aku tak nak terjadi apa apa pada anak aku" ujar danish...
"Makan , ke kau nak aku suap?"

Sofea terus mengambil bekas bubur dan sudu , "Saya boleh makan sendiri , saya ada tangan" jawab sofea lalu makan bubur tersebut....

"Danisya mana kamu pergi? kenapa mama balik rumah sunyi je?" soal datin pada danisya yang baru masuk ke rumah...

"Ma sofea masuk hospital , mama nak tahu apa abang buat pada dia?"

"Apa perempuan tu nak? dia berlakon apa lagi?" tanya datin rahila..

"Dia tak berlakon tapi dia pendarahan , dia mengandung 2 minggu dan itu anak abang"

"haa , eh macam mana danish tahu tu anak dia? entah entah tu anak orang lain , danisya bawak mama ke sana sekrang mama nak tanya perempuan tu"

"Eh ma tk payah la" danisya menahan datin , "Apa kamu ni rahila? menantu kamu tu mengandung sepatutnya kamu happy sebab tak lama lagi kamu akan jadi nenek" sampuk datuk yang baru turun..

"Nenek? anak kepada perempuan kotor tu? abang sampai bila bila saya tak akan terima dia sebagai menantu saya dan anak dia tu pun bukan cucu saya" marah datin lalu naik ke atas...

"Biar kan mama kamu tu , nanti lama lama dia terima la sofea tu"

"Papa , danisya nak siasat la malam tu apa jadi"

"Kenapa tiba tiba?" tanya datuk dan danisya hanya tersenyum..

"Sebab danisya yakin sofea tu perempuan baik , jadi danisya nak buktikan pada mama dan abang" jawab danisya.....

Danisya tersenyum kepada datuk dan datuk pula hanya mengangguk faham dengan anaknya , selama ini danisya hanya memerhatikan sofea dan menilainya sendiri , selama sofea berada di rumah mereka sofea seperti mak yam yang tidak diam di rumah selalu sahaja cari kerja untuk di buat.....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience