Pagi ini selepas sembahyang subuh Maisarah pergi ke dapur untuk menolong Mak Cik Salbiah membuat sarapan. Maisarah lihat Mak Cik Salbiah sedang memasak bihun goreng. Maisarah agak hairan melihat Mak Cik Salbiah hari ini kerana tidak memanggilnya supaya menolong.
Selalunya Mak Cik Salbiah akan menyuruh Maisarah supaya membuat sarapan untuk suami dan anaknya. Tapi hari ini Mak Cik Salbiah melayannya agak baik dari biasa. Selama Mak Cik Salbiah tinggal bersama dengan Maisarah belum pernah lagi Mak Cik Salbiah berbuat baik seperti hari ini. Mak Cik Salbiah adalah adik pada arwah ayah Maisarah. Apa yang pernah Opah cerita padanya Mak Cik Salbiah kahwin dalam usianya yang agak muda. Kerana keinginan Mak Cik Salbiah sendiri ingin berkahwin dengan suaminya.
Arwah ayah pula berkahwin di usianya yang agak lewat sikit dari Mak Cik Salbiah, walaupun ayahnya anak yang sulung. Mungkin juga sudah jodoh Mak Cik Salbiah berkahwin di usia yang muda dengan suaminya.
Selepas kedua orang tua Maisarah meninggal dunia, Maisarah tidak pernah bertemu dengan keluarga sebelah ibunya. Dia dijaga oleh Opah dari kecil, keluarga sebelah ibunya tidak pernah datang untuk berjumpa dengan Maisarah. Jadi Maisarah tidak mengenali keluarga sebelah ibunya.
"Mak Cik nak Sarah tolong apa?" tanya Maisarah kepada Mak Cik Salbiah.
"Kamu tak payah tolong. Lagipun nak siap dah pun bihun goreng ni," jawab Mak Cik Salbiah.
"Kalau macam tu Sarah bancuh air je la. Nak bancuh air apa Mak Cik pagi ni?" tanya Maisarah sambil tangan mula mengambil jag air.
"Kamu bancuh je air kopi dalam jag tu," kata Mak Cik Salbiah lagi.
"Baiklah" Maisarah mula meletakkan serbuk kopi dan gula serta air panas.
"Hari ni Sarah pergi la kerja naik motor Sarah tu," kata Mak Cik Salbiah agak lembut suaranya tidak seperti selalu.
"Tak nak la, risau motor tu minyak dia kering pula" kata Maisarah berterus terang.
"Jangan risau Mak Cik dah suruh Harris isi minyak motor tu. Kalau tak percaya Sarah boleh buka tengok tangki minyak motor tu," kata Mak Cik Salbiah.
Mendengar apa yang dikatakan oleh Mak Cik Salbiah membuatkan hati Maisarah senang dan lega. Hari ini tak perlulah dia mengayuh basikal pergi kerja. Walaupun aku sedikit agak hairan dengan perubahan Mak Cik Salbiah.
Selepas sarapan Maisarah pergi ke arah motorsikal. Dia melihat terlebih dahulu minyak motor di dalam tangkinya. Risau juga kalau Mak Cik Salbiah menipu. Nanti tengah jalan tak pasal-pasal terpaksa menolak motor ni pula. Seperti yang dikatakan oleh Mak Cik Salbiah memang betul tangki minyak motosikal agak penuh.
Mak Cik Salbiah tidak berbohong. Selepas menutup kembali tangki minyak Maisarah pun mula naik ke atas motor dan menghidupkan enjinnya. Lalu menungang motosikal ku ke arah tempat bekerja.
Hari ini dia sampai awal sedikit ke kedai runcit tempat kerjanya. Pak Tam dan isterinya sedang membuka kunci pintu kedai. Pak Tam adalah tuan punya kedai runcit tempat Maisarah bekerja. Pak Tam dan isterinya memang agak baik padanya.
Melihat Pak Tam dan isterinya baru membuka kedai, dia segera menolong Pak Tam dan Mak Tam menyusun dan meletakkan barang di tempat sepatutnya.
"Awal hari ni kamu sampai Sarah," tegur Mak Tam bila melihatku yang sedang menyusunkan barang di rak.
"Hari ni Sarah dapat naik motor, tu yang boleh datang awal," kata Maisarah sambil tersenyum pada majikanku itu.
"Baguslah macam tu, kesian Mak Tam tengok kamu ni datang kerja kayuh basikal," kata Mak Tam.
"Hari ni Mak Cik Salbiah berubah agak baik dengan Sarah. Minyak motor pun dia dah suruh anak dia isikan bagi penuh," cerita Maisarah dan dia nampak sedikit ceria hari ini bila mengingatkan ibu saudaranya melayan agak baik dari sebelum ini.
"Tapi kamu jangan seronok sangat dengan perubahan Mak Cik Salbiah kamu tu. Mak Tam risau dia ada niat lain je," kata Mak Tam memberi nasihat supaya aku berhati-hati dengan Mak Cik Salbiah.
"Baik, tapi rasanya Mak Cik tak akan buat apa-apa dengan Sarah kut," balas Maisarah polos kepada Mak Tam.
"Kalau betul Mak Cik kamu tu tak ada niat yang bukan-bukan dekat kamu baguslah," kata Mak Tam.
"Mak Tam, Sarah nak pergi tengok barang yang ada dekat stor sekejap," kata Maisarah sambil kakinya melangkah ke arah stor.
"Pergilah, Mak Tam dengan Pak Tam ada hal hari ni. Kami harap dekat Sarah dan Azlan je la jaga kedai hari ni. Tu Azlan pun dah sampai," kata Mak Tam sambil tersenyum melihat pekerjanya.
"Baik, Mak Tam."
Di kedai runcit ini hanya ada dua orang pekerja sahaja Maisarah dan Azlan. Azlan selalu tugasnya menghantar tong gas ke rumah pelangan bila ada pelangan yang kehabisan gas. Kekadang Azlan juga akan menyusun barang-barang di dalam rak. Maisarah pula akan mengambil tugas sebagai cashier dan kadangkala mengemas kedai.
Petangnya habis kerja pukul 6.30 petang. Sampai di rumah Maisarah memarkirkan motosikal di tempat biasa. Maisarah masuk ke dalam rumah dan melihat Mak Cik Salbiah berada di ruang tamu menonton tv. Tapi tidak melihat Harris dan suaminya.
Tiba-tiba Mak Cik Salbiah memanggil Maisarah.
"Sarah, mai sini sekejap," panggil Mak Cik Salbiah.
Maisarah hanya menurut dan berjalan ke arah Mak Cik Salbiah yang ada di ruang tamu.
"Ada apa Mak Cik panggil Sarah ni?" tanya Maisarah ingin tahu.
"Nanti lepas Sarah mandi dan makan datang jumpa Mak Cik dekat sini. Ada perkara penting yang Mak Cik nak bincang dengan Sarah ni," kata Mak Cik Salbiahdengan senyuman manis dan membuatkan hati Maisarah tidak senang.
"Yalah, Sarah mandi dulu. Nanti Sarah jumpa mak cik," balas Sarah dengan wajah letihnya.
Terus saja Maisarah terfikir-fikir tentang perkara apa yang Mak Cik Salbiah mahu sampaikan kepadanya. Nampak macam serius. Maisarah segera masuk ke dalam bilik dan mengambil tuala untuk mandi.
Selepas menyudahkan semua perkara, barulah Maisarah berjumpa Mak Cik Salbiah yang berada di ruang tamu. Sampai di ruang tamu hanya mereka berdua.
"Ada perkara apa yang Mak Cik nak bagitahu Sarah ni?" tanya Miasarah sambil matanya memandang tepat Mak Cik Salbiah.
"Macam ni Sarah, minggu depan ada orang akan masuk minang Sarah. Mak Cik harap Sarah terimalah orang tu nanti," terang Mak Cik Salbiah.
Berderau darah Maisarah. "Meminang? Kenapa Mak Cik benarkan diorang masuk minang Sarah. Sarah tak nak! Sarah nak sambung belajar lepas dapat keputusan SPM nanti.”
"Kamu kena ikut cakap Mak Cik! Minggu depan kamu bertunang lepas 2 bulan kamu akan bernikah dengan lelaki tu. Mak Cik dah jumpa dengan keluarga lelaki tu dan Mak Cik dah setuju dengan pertunangan ni," kata Mak Cik Salbiah agak tegas.
"Kenapa Mak Cik buat macam ni dekat Sarah? Apa salah Sarah pada Mak Cik?" tanya Maisarah dengan perasaan kecewa dan sedih.
"Kamu tu menyusahkan aku je. Opah dah banyak habiskan duit untuk kamu tahu tak. Sedangkan Harris tu cucu lelaki satu-satunya, tapi Opah tak pernah beri apa-apa dekat Harris" kata Mak Cik Salbiah.
Miasarah hanya terdiam bila mendengar kata-kata Mak Cik Salbiah. Apa yang dikatakan oleh Mak Cik Salbiah tu ada benarnya. Nampaknya dia terpaksa menerima sahaja apa yang Mak Cik Salbiah lakukan. Benarlah, dia sudah tiada sesiapa lagi.
"Siapa lelaki yang akan bertunang dengan Sarah tu?" tanya Maisarah ingin tahu walaupun hatinya masih tidak dapat terima dengan tindakan ibu saudaranya itu.
"Hari bertunang nanti baru Sarah boleh tahu siapa lelaki tu," jawab Mak Cik Salbiah sambil berjalan meninggalkan ku di ruang tamu.
Bersambung...
Share this novel