SAYRA mencapai plastik yang berisi bawang itu lalu di campakkan ke lantai dengan kasar dan sengaja. Bawang yang berterabur di lantai itu di pijak sehingga bawang tersebut lenyek. Suhaila kelam-kabut mengatur langkah kakinya mengutip bawang yang di pijak oleh sepupunya itu.
" Sayra .., kenapa dengan Sayra ni.." ujar Suhaila.
Sayra terus menolak Suhaila dengan kuat ke lantai, kaki wanita itu di pijak dengan kasar sambil bibirnya mengukir senyuman sinis memandang ke arah Suhaila yang wajahnya sudah ketakutan.
" Opss sorry Suhaila, janganlah marah " ujar Sayra sambil tertawa di hujung ayatnya itu.
Perlahan-lahan Suhaila bangun dari lantai tersebut, dan kini berdiri di hadapan Sayra yang sedang memandang ke arahnya dengan pandangan yang tajam.
" Kau dengar sini baik-baik ehh, kau tak payah nak berlagak baik depan semua orang. Aku muak tahu tak"
" Kau sengaja kan jaja cerita buruk pasal aku? mentang-mentanglah kau belajar overseas kau nak berlagak"
" Apa kau ingat orang yang tak sambung belajar bodoh ke" Kepala Suhaila itu di tunjal dengan kuat.
" Sayra, Ila tak pernah jaja cerita apa-apa pasal Sayra dekat orang. Ila minta maaf kalau ila ada sakitkan hati Sayra"
" Hey diamlah! bingit lah dengar suara perempuan berlagak baik macam kau"
" Kau dengar sini ehh, aku tak nak kau datang rumah aku lagi. Kau tak payah sibuk nak jaga mak aku, aku boleh jaga dia lah"
" Aku ni tak mati lagi, kau pergi jaga mak kau yang gila harta tu sana! Lagi sekali aku nampak muka kau dekat rumah aku"
" Muka berlagak naif kau ni aku celup dalam parit sana!" tengking Sayra sebelum kakinya beredar meninggalkan Suhaila terkulat-kulat di hadapan kedai runcit itu.
Kak Kinah yang merupakan penjaga di kedai runcit itu terus mengatur langkah kakinya ke arah Suhaila.
" Ila okey ke? haihh kurang ajar betul lah si Sayra tu kan"
" Tak per lah kak, memang salah Ila pun." ujar Suhaila sambil melihat lengannya yang lebam akibat di cengkam dengan kuat oleh Sayra.
Kakinya juga terasa amat sakit, akibat di pijak oleh Sayra tadi. Dia dan sayra memang tidak pernah rapat, dia ada cuba untuk rapat dengan sepupunya itu namun Sayra tidak memberikan ruang itu kepadanya.
Suhaila sendiri tidak tahu mengapa Sayra membencinya begitu sekali, sedangkan dia tidak pernah melakukan kesalahan kepada Sayra.
KRING! KRING! KRING!
Bunyi telefon bimbitnya itu mengejutkan Suhaila saat ini, wanita itu terus mengeluarkan telefon bimbitnya itu dan melihat nama Mika yang tertera. Bibirnya mengukir senyuman apabila nama tunangnya tertera di skrin telefon bimbitnya itu.
" Hello sayang.." ujar Rufka melalui corong telefon bimbitnya itu.
" Mika.. berapa kali Ila cakap setiap kali bila angkat telefon kena cakap apa?" lembut sahaja suara Suhaila berkata.
" er.., hehhe. maaf Ila, assalamualaikum sayang Mika ni.." ujar Rufka sekali lagi.
Suhaila tertawa kecil.
" Waalaikumsalam, ya ade ape call ila ni? "
" Aikk nak call tunang sendiri pun salah ke? Mika rindu lah dekat Ila. Ila tak rindu Mika ke? Tak call langsung Mika " ujar Rufka dengan suara yang pura-pura merajuk.
" Mestilah Ila rindu, sorry lah. Ila kan baru balik kampung mestilah nak luang masa dengan ibu kan? "
" Hurmm, Mika faham. Ohh, bila Ila balik Kl? nanti kalau balik bagitahu tau. Mika nak jumpa boleh kan?"
" Ya sayang, okey lah Mika Ila nak balik dah ni.. Nanti Ila call ya "
" ermm, okey bye assalamualaikum "
" waalaikumsalam " Balas Suhaila lalu mematikan panggilan telefon bimbitnya itu.
SAYRA Hareesya merebahkan tubuh ke atas tilam empuk di dalam bilik kecilnya. Nafasnya masih bersisa laju, namun senyuman puas sudah pun mengukir di bibirnya. Matanya merenung siling sambil hatinya mengulang semula babak yang berlaku di kedai runcit tadi bagaimana kaki kanannya melekat padu di betisnSuhaila, bagaimana suara lantangnya memecah ketenangan di itu.
“Biar dia tahu siapa Sayra Hareesya yang sebenar.”
Namun ketenangan itu tak bertahan lama. Bunyi ketukan pintu yang kasar dan tergesa-gesa membuatkan dahinya berkerut.
Duk! Duk! Duk!
" Adik.. assalamualaikum adik.. adik " Suara lelaki dari luar menambahkan rasa geram di dadanya.
Sayra bingkas bangun, langkahnya berat dan malas. Tangan memulas tombol, dan sebaik sahaja daun pintu terbuka, wanita itu menayangkan wajah menyampah.
” Kau nak apa ni? " soal Sayra malas, apabila melihat abangnya itu kini berdiri di hadapannya saat ini.
Hakimi berdiri di depan pintu bilik Sayra, tangan kanan menggenggam bungkusan plastik berisi nasi goreng kampung yang dibelinya di gerai bawah. Dia tahu Sayra suka makanan tu. Dia hafal semua kesukaan adik perempuannya itu walaupun Sayra tak pernah ambil tahu langsung pasal dia.
“ Adik, … ab.. bang belikan nasi goreng kampung. Adik suka, kan?” Hakimi hulurkan bungkusan itu, senyum perlahan.
Sayra yang sedang berdiri di hadapan muka pintu menayangkan wajahnya yang masam mencuka. Dia menjeling tajam pada abangnya yang berdiri seperti orang bodoh di depan pintu.
“Kau ni kenapa suka sangat kacau hidup aku, hah?! Boleh tak jangan tunjuk muka kau depan aku. Aku geli lah " ujar Sayra lagi.
Hakimi masih tegak berdiri. Matanya tertunduk, menggigil kecil.
“ Abang cuma… risau. Adik tak makan apa-apa tadi…”
Sayra bangun, langkahnya deras menuju pintu. Dia rampas bungkusan dari tangan Hakimi dan lemparkannya ke lantai.
" Nasi jatuh, nasi jatuh" Ujar Hakimi berkali-kali.
Sayra meraup rambutnya itu ke belakang dengan kasar, sambil melepaskan keluhan kasar.
“Risau?! Kau tu patut risau pasal diri kau sendiri, bukannya aku! Kau tengok diri kau tu! Lembam, bengap, menyusahkan semua orang. Dari kecik sampai besar aku kena hadap malu ada abang macam kau!”
" Macam mana kau nak jaga aku, kalau diri kau sendiri pun kau tak boleh jaga!"
Hakimi terdiam. Dia pandang nasi yang berselerak atas lantai. Perlahan-lahan dia membongkok, nak kutip semula bungkusan tu. Tapi Sayra sepak tangan dia.
“Jangan sentuh! Menjijikkan! Aku tak nak makan apa yang tangan kau pegang! Eii, kenapalah Tuhan lahirkan aku dengan abang macam kau, hah?! Kau ingat aku bangga ada abang yang macam budak-budak gila tu?!”
Hakimi menggigil. Tapi dia tak marah. Tak menjerit. Dia cuma telan air liur, perlahan-lahan berdiri. Matanya basah, tapi dia senyum.
" Adik..,ab..abang minta maaf .”
Sayra mengeluh kasar.
“Cukup! Aku tak nak dengar satu patah perkataan pun dari mulut kau lagi. Keluar dari bilik aku sekarang. Aku tak perlukan kau,. Aku tak nak ada kaitan langsung dengan kau. Dan… aku malu mengaku kau abang aku!”
Tanpa tunggu jawapan, Sayra hempas pintu biliknya. Hakimi berdiri di luar. Lama. Sunyi.
Dan dalam senyap tu, hanya satu ayat berlegar dalam kepala Hakimi, Tanpa Hakim sedar matanya mula berkaca-kaca.
" Adik penat tu, ya.. adik penat aku tak boleh.. aku tak boleh kacau adik.." Perlahan-lahan Hakimi menundukkan badannya itu dan mengutip satu persatu sisa nasi yang berterabur di atas lantai saat itu.
Hajah Lijah mengeluh perlahan sambil menolak perlahan kerusi rodanya ke arah Hakimi yang sedang terduduk di lantai berhadapan bilik adiknya itu. Nasi berlambak di sekelilingnya, tumpah hasil sepakan Sayra yang panas baran. Tangannya yang lembut tapi sudah uzur, cuba menggapai bahu anak lelakinya.
“Hakimi, sudah… sudah, nak. Biar mak kemas semua ni,” ujar Hajah Lijah, suaranya serak, matanya berkaca.
Hakimi, yang masih menggenggam nasi yang bertaburan, hanya menggeleng perlahan.
“ Tak per.. Tak per, biar kimi bersihkan. Kimi bersihkan.. Maaf ibu.. maaf " ujar Hakimi.
Dari kerusi rodanya, Hajah Lijah mengusap kepala anak lelakinya itu. Hatinya luluh melihat Hakimi yang sentiasa meminta maaf walaupun tak bersalah.
“ Kimi jangan ambik hati ya, kimi tahu kan adik tak der niat nak cakap macam tu pada kimi. Mungkin adik penat kan "
Tangisan kecil pecah dalam dada wanita tua itu. Kerusi rodanya berkeriut perlahan saat dia cuba tunduk untuk mengelap nasi di lantai, walaupun tangannya sendiri sudah lemah.
Hakimi mendongak sedikit. Dia pandang wajah ibunya yang semakin berumur, dan tetap tak pernah membela dia di hadapan Sayra.
“ Kimi tak apa, mak. Betul… kimi tak apa.”
" Lagipun kimi salah, kimi kacau adik berehat. Kimi tak kacau adik dah. Adik nak rehat.. Ya adik nak rehat" ujar Hakimi lagi.
Dan seperti biasa, dia terus berdiam. Sakitnya, hanya Tuhan yang tahu.
KONDOMINIUM mewah yang dihuni Rufka Al Mika itu sunyi seperti biasa, hanya kedengaran derap langkah kasut kulitnya yang memasuki ruang tamu setelah pintu utama ditolak perlahan. Lelaki itu baru sahaja pulang dari kerja penat jelas terlukis di wajahnya, namun gayanya tetap kemas, menggambarkan disiplin dan statusnya sebagai seorang ahli perniagaan muda yang berjaya.
Jam tangan mewah di pergelangan tangan ditanggalkan, diletak berhati-hati di atas meja kaca. Tali leher yang membelit lehernya juga dilonggarkan, melepaskan sedikit tekanan yang menghimpit sejak pagi.
Rufka mencapai telefon bimbitnya dari dalam poket kot, lalu skrin disentuh dan wajah seseorang terpampang di sana. Senyuman perlahan terukir di bibirnya.
Nur Suhaila.
Wajah lembut itu dipandang lama, matanya penuh dengan angan yang tak tersembunyi. Bayangan gadis itu dalam busana pengantin, berjalan ke arahnya di pelamin, bermain-main dalam fikirannya.
Dia menyandarkan tubuh ke sofa, satu tangan diletakkan di atas dahinya.
“ Tak lama lagi kita akan bersama Suhaila, dan Mika tak sabar nak tunggu hari tu tiba " ujar Rufka perlahan.
SUASANA rumah kelihatan tenang, hanya bunyi pinggan yang berlaga halus sewaktu Suhaila melangkah perlahan menuju ke sinki. Namun, langkahnya terhincut-hincut. Wajahnya menahan perit. Lengan kirinya kemerahan, jelas bekas ditampar atau dicengkam kasar.
Nek Faridah yang sedang duduk di sofa ruang tamu sempat menjeling tajam. Matanya menangkap segalanya. Tidak sampai beberapa saat, dia sudah mengatur langkah kakinya menghampiri anak gadis itu.
“Suhaila… apa benda ni?” Tegas suara Nek Faridah, jari telunjuknya menghala ke arah lengan merah itu.
Suhaila tersentak.
“Tak ada apa, Mak…”
“Tak ada apa konon! Kau ingat aku buta? Kau jalan pun dah macam orang kena lenyek lori, tangan pulak merah macam udang kena rebus! Siapa yang buat?!”
Suhaila menggigit bibir. Dia tunduk, cuba mengelak dari memandang mata ibunya.
“Mak tanya ni, Suhaila! Jangan nak sembunyikan! Atau kau memang bodoh sangat sampai sanggup biar orang buat kau macam ni?”
“Dia tak sengaja, Mak…” ujar Suhaila takut-takut.
“Dia?!” Mata Nek Faridah membulat. Hatinya terus meluap-luap.
“Sayra! Aku tahu ni kerja budak tu! Dah banyak kali aku cakap, budak tu memang pembawa sial! Mulut celupar, perangai macam setan! Kau degil sangat, itu yang jadi!”
" Mak.., janganlah cakap macam tu tak baiklah. Sayra bukan macam tu"
Kepala anak perempuannya itu di tunjal dengan kasar.
" Hey kau ni kenapa bengap sangat ni? Kau pergi pakai tudung ikut aku sekarang!" Tengking Nek Faridah
" Pergi mana mak? janganlah cari pasal" ujar Suhaila lagi.
" kau diam Ila! ikut aku sekarang!"
Nek Faridah terus mengatur langkah kakinya beredar. Suhaila melepaskan keluhan perlahan.
SAYRA tertawa terbahak-bahak di hadapan televisyen. Drama yang ditontonnya benar-benar menghiburkan, seolah-olah seluruh dunia kini hanya miliknya seorang. Tubuhnya bersandar malas di sofa, tangan memegang bantal peluk, mulut tak henti-henti mengulas setiap babak yang ditayangkan.
Namun, suasana tenang itu bertukar tegang apabila kedengaran bunyi ketukan pintu yang kuat, nyaring dan bertalu-talu, seolah-olah mahu runtuh daun pintu rumah.
DUM! DUM! DUM!
Sayra tersentak. Ketawanya mati serta-merta. Riak wajahnya bertukar masam. Suara yang berteriak dari luar itu memang dia kenal sangat.
“ Siapa pulak kacau aku ni ! Nak roboh rumah ke apa?” Sayra mengeluh kasar, matanya melirik tajam ke arah Hakimi yang sedang mengelap meja makan dengan penuh fokus.
“Buka pintu cepatlah, Kimi! Kau pekak ke apa?!”
Terkejut dengan tengkingan Sayra, Hakimi bergegas ke pintu. Tangannya menggigil sedikit, tapi dia patuh seperti biasa.
Sebaik sahaja daun pintu dibuka, kelihatan Nek Faridah berdiri di hadapan, berwajah bengis bersama Suhaila yang menunduk lesu di sisi.
Tanpa sebarang salam atau kata, Nek Faridah terus meluru masuk seperti ribut dan terus menyerbu ke arah Sayra yang masih duduk di sofa. Tanpa amaran, tangan wanita itu melayang ke pipi Sayra.
PLAKK!!!
Satu tamparan kuat hinggap tepat ke wajah Sayra, membuatkan tubuhnya terdorong ke sisi dan jatuh ke lantai.
“Kau perempuan tak tahu adab! Kau buat apa dengan anak aku?! Tengok ni, jalan pun dah tak betul, badan pun lebam!”
" Kau ni memang kurang ajar! kau jangan nak berani sentuh anak aku!" tengkingnya lagi.
Sayra tergamam beberapa saat. Panas terasa membakar pipinya, tapi bukan itu yang membangkitkan amarahnya ia adalah tindakan biadab Nek Faridah yang menyentuhnya tanpa hak.
Done chapter 1 :)
Share this novel