Bab 14

Romance Series 72307

“RHEA, nanti dulu...” Hayyan mengejar langkah Rhea yang laju masuk ke dalam rumah. Dia tahu isterinya itu saja mengelak daripadanya. Sepanjang mereka keluar tadi pun, Rhea lebih banyak diam.

Rhea sengaja lajukan lagi langkahnya bila dengar Hayyan memanggil namanya. Dia memang sengaja! Sakit hati ini bila tahu Hayyan menipunya. Kenapa Hayyan tak jujur je yang Trisha bagi dia kereta mewah tu?

Kalau daripada awal dia tahu Trisha yang bagi Hayyan kereta tu, dia tak akan naik!

“Rhea, dengarlah dulu.”

Langkah Rhea terhenti. Dia terus memusingkan tubuh memandang Hayyan yang ikut sama hentikan langkah.

“Abang tipu Rhea. Abang cakap kereta tu kereta company.”

“Saya minta maaf. Saya bukan sengaja nak tipu awak. Kalau saya beritahu hal yang sebenar, mesti awak akan...”

“Akan apa? Marah? Ya, memang Rhea marah.” Tertahan-tahan suara Rhea. Dia cuba mengawal dirinya supaya tidak meninggikan suara pada Hayyan.

“Saya tak nak pun kereta tu tapi Trisha yang bagi.”

“Kenapa abang tak tolak? Kalau abang tolak, abang takut dia merajuk? Abang takut dia marah abang?”

Hayyan terdiam.

“Rhea saya...”

“Rhea tak sangka abang sanggup tipu Rhea disebabkan perempuan tu.” Suara Rhea jelas kedengaran betapa kecewanya dia saat mengetahui kebenaran yang satu itu.

“Perempuan tu ada nama, Rhea!” Suara Hayyan naik satu oktaf. Matanya mengerling garang melihat Rhea.

Rhea terdiam. Matanya berkaca memandang Hayyan. Sekali lagi, hatinya terluka...

“Rhea, saya dah cakap daripada awal lagi yang saya masih cintakan Trisha. Ya, saya tahu awak isteri saya. Tapi bukan awak yang saya cinta. Hati saya pada Trisha. Bukan awak.”

Terpejam mata Rhea mendengar ujaran Hayyan. Air matanya mengalir lebat menuruni lekuk pipi. Dadanya terasa sesak.

“Abang, abang tengah sakit. Abang tak ingat Rhea sekarang ni. Rhea percaya bila abang dah betul-betul sihat sepenuhnya, abang akan sedar yang abang cintakan Rhea bukan Trisha. Dia cuma masa lalu abang.”

“Abang penat kan? Pergilah rehat. Rhea masuk bilik dulu.” Usai itu Rhea terus berlalu masuk ke dalam bilik, meninggalkan Hayyan sendirian di situ.

Hayyan mengeluh berat. Wajahnya diraup kasar. Bagaimana dia ingin meneruskan semua ini? Dia ikut sama terluka setiap kali melihat Rhea menangis kerananya. Dia tak tega menyakiti hati Rhea lagi tapi dalam masa yang sama dia tak mampu untuk menjauh daripada Trisha.

TRISHA melangkah keluar daripada sebuah kafe. Bibirnya tak lekang dengan senyuman. Tidak sabar mahu berjumpa dengan Hayyan malam ini. Lelaki itu sudah berjanji untuk menyambut ulang tahunnya bersama.

“Hi baby.”

Trisha tersentak mendengar suara garau itu. Dia langsung menoleh ke belakang. Riak wajahnya nampak terkejut saat melihat lelaki itu.

Luth.

“You nak apa?” soalnya dingin.

Luth tersenyum sinis. “Amboi... Garangnya.”

“Jangan kacau I Luth! Kita dah tak ada apa-apa.”

“You masih ingat I? Baguslah. I takut juga kalau you pun sama-sama hilang ingatan macam lelaki tu.”

“Luth!” Mencerlung mata Trisha. Pasti lelaki itu mengikutinya selama ini. Kalau tak, takkanlah Luth boleh tahu tentang Hayyan.

“Kenapa? Terkejut sebab I tahu?”

“Kalau you sentuh Hayyan, I bunuh you!”

Luth ketawa kuat. “Hei, relaks. Muka I ni nampak macam pembunuh bersiri ke? Kalau I ni pembunuh, I guess you orang pertama yang I bunuh. Maybe...”

Trisha telan air liur yang terasa kesat. Bukannya dia tak kenal perangai gila Luth. Hampir empat tahun dia bercinta dengan lelaki itu. Luth akan buat apa saja untuk puaskan hatinya!

“Apa you buat ni Trisha? Sejak bila you jadi penyondol rumah tangga orang pula? You ambil kesempatan dengan apa yang jadi pada Hayyan.”

“I tak rampas dia daripada sesiapa. Daripada dulu lagi, Hayyan hak milik I. Kalau tak disebabkan family I, I takkan tinggalkan dia.”

“Hak you? You merepek apa ni? Dia dah ada isteri dan anak. You lupa you buang dia macam anjing kurap dulu sebab nak bersama dengan I?”

“I buat semuanya sebab family I! Kalau family I tak ugut untuk hancurkan hidup Hayyan, I takkan tinggalkan dia. I tak pernah cintakan you pun lah!”

“Auw! Sakitnya hati I ni bila dengar pengakuan you...” Luth pegang dadanya pura-pura seperti ditikam di situ.

“Jangan ganggu I. Apa yang I buat sekarang ni tak ada kena-mengena langsung dengan you.”

“I tak nak you bina kebahagiaan di atas air mata perempuan lain. Cuba bayangkan kalau you yang berada di tempat isteri Hayyan. Apa perasaan you?”

“I tak peduli. I lebih terluka sebelum ni. Tapi tak ada siapa yang kisah.”

“Macam mana dengan I? You ingat I tak terluka bila tahu yang selama ni you cuma berpura-pura cintakan I?”

“Itu masalah you!”

“Trisha, cuba you bayangkan kalau Hayyan dah ingat semula nanti. You rasa dia masih nak bersama dengan you? Lepas dia ingat you buang dia macam anjing kurap dulu, I percaya yang dia akan tinggalkan you serta-merta dan kembali pada keluarga dia.”

Trisha mengetap kuat bibirnya. Itulah satu-satunya hal yang paling dia takutkan sekarang. Dan kerana itulah Trisha mahu merebut Hayyan daripada Rhea sebelum ingatan lelaki itu kembali pulih.

Walau apa pun yang berlaku, dia tetap mahu memiliki Hayyan.

“You jangan berani-berani nak buka mulut.” Trisha memberi amaran.

“Trisha, Trisha... Kalaulah you bukan hati you untuk cintakan I, tak adalah you perlu jadi perampas suami orang. Pintu hati I masih terbuka untuk you.”

“I don’t care! I cuma mahukan Hayyan. Ingat, kalau you ganggu dia, siaplah you!” Trisha terus masuk ke dalam keretanya.

Dia benar-benar tak sangka dia akan bertemu kembali dengan Luth. Hampir setahun dia tidak mendengar khabar berita lelaki itu. Tiba-tiba hari ni muncul di depannya pula. Dan yang paling mengejutkan, Luth tahu semuanya!

Luth hanya memerhati sehingga kereta Trisha hilang daripada pandangan matanya. Dia tak akan biarkan Trisha terus bersama dengan Hayyan. Dia akan kembali merebut cinta gadis itu.

RHEA mengeluarkan barang-barang dapur yang baru dibelinya tadi daripada troli lalu disusun masuk ke dalam bonet kereta.

Tiba-tiba seorang lelaki datang menghampirinya.

“Assalammualaikum.” Troli Rhea ditarik ke tepi.

Rhea tersentak. Cepat-cepat dia menarik kembali trolinya. “Awak ni siapa?” Matanya meliar memandang sekeliling. Dia sudah bersiap-sedia untuk menjerit meminta pertolongan jika lelaki di hadapannya ini tiba-tiba melakukan tindakan yang tak terduga ke atasnya.

“Relaks okey... Jawab salam I dulu.” Luth menanggalkan cermin mata hitam yang dipakai. Kesian pula dia tengok Rhea. Wanita itu nampak begitu takut.

“Awak nak apa?” Rhea pura-pura berani je padahal jantung macam dah nak tercabut sekarang ni.

“You isteri Hayyan?” soal lelaki itu.

Dengar nama suaminya disebut buatkan tubuh Rhea mengeras. Lelaki di hadapannya ini kenal Hayyan? Tapi apa hubungannya dengan Hayyan?

Selamat hari raya! Happy reading semua.

Share this novel

ina @ sabariah
2024-05-15 13:06:07 

lama tggu,... mn sambungan nyer

3 Little B's
2024-05-14 20:15:35 

bila nak sambung..citer nie best

Nana Kevin
2024-04-15 08:17:51 

selamat hari raya author


NovelPlus Premium

The best ads free experience