BAB 15

Drama Completed 19693

Naurah masih tegak berdiri.Dia terdiam dengan apa yang baru dia lihat.Althaf meletakkan sejadah dan mula melangkah ke hadapan.

"Berhenti...."

Langkah kakinya berhenti.Gadis itu memandangnya dengan tepat.Althaf tak kisah sekiranya dia dimarahi sekarang.

"Bila Tuan muncul?.Tolong jelaskan apa yang saya nampak tadi?"ucap Naurah.

"Naurah....saya harap awak boleh terima benda ni.Isaac dah hilang dari badan saya"ucap Althaf.Dia tak perlu untuk rahsiakan tentang itu pada Naurah.Gadis itu berhak tahu.

"Hilang?.Maksud Tuan?"soal Naurah meletakkan bekas bubur itu atas meja.

"Dia takkan ada lagi dalam hidup saya.Dia tak nak rosakkan badan saya"

Naurah terdiam.Dia mengusap cincin dijarinya.

"Dia tak boleh buat macam tu....lepas apa yang dia buat...dia hilang macam tu je...betullah lelaki semua sama... bagi harapan ..lepastu menghilang ..."ucap Naurah.

Althaf mendekatkan diri.Dia tahu Naurah cuba sembunyikan kesedihannya.

"Saya....minta maaf....sebab tak bagitahu awak malam semalam...saya pun tak sangka...dia akan buat tinggal macam tu...je...tapi saya yakin...dia mesti...ada sebab tertentu..."ucap Althaf.

Naurah memandang lelaki itu.

"Kejap....jadi semalam..dekat atas bumbung...Tuan...ke yang saya cuba halang...lepas tu..saya menangis teresak-esak...sampai keluar hingus...maknanya saya nangis depan Tuan?. Allah!! malunya saya!!!"jerit Naurah tanpa sedar.

Althaf menutup mulutnya dengan tangan.

"Apa awak ni? Jerit subuh-subuh ni?"soal Althaf.Naurah menepis tangan Althaf.

"Apa pegang-pegang saya ni?"soal Naurah dengan marah.

Althaf tersenyum sinis.

"Wow... dengan Isaac bukan main lembut layan dia...dengan saya bukan main kasar..."ucap Althaf.

Naurah memandang atas badan.Dia tiba-tiba rasa annoying.

"Mana ada...saya layan semua orang sama je... Tuan tu yang feeling lebih..."ucap Naurah memeluk tubuhnya.

Perut Althaf berbunyi menandakan perlu diisi kerana semalam dia tak makan.

"Saya ada bawa bubur ayam...tapi saya tak tahulah kena atau tidak dengan tekak Tuan...kalau tak kena saya pesan makanan yang lain..."ucap Naurah memuncungkan bibirnya pada bekas bubur atas meja.

"Terima Kasih walaupun awak bawa untuk Isaac...saya minta maaf sekali lagi..."ucap Althaf.

Naurah duduk memerhati Althaf makan.Althaf memandang Naurah.

"Saya nak tanya soalan dekat awak boleh?"soal Althaf.

"Tanyalah...apa dia?"soal Naurah.

"Awak tak sedih ke Isaac pergi tanpa bagitahu awak?.Dia kan suka dekat awak.Layan awak lebih baik.."ucap Althaf.

Naurah tersenyum.

"Biasa je...mana ada sedih...ehh.. Tuan saya sakit perut...saya pergi tandas kejap... Tuan habiskan bubur tu..."ucap Naurah bangkit terus keluar dari bilik.

Naurah masuk ke dalam tandas dan memerhati setiap pintu tandas memastikan tiada orang.Dia masuk ke salah satu tandas dan duduk.

"Arghhhh!!!!! Kenapa awak tinggalkan saya macam tu je!! Isaac!!! Tak guna punya cina!!!!"jerit Naurah.Rasanya bergema satu wad.

Althaf yang sedang duduk terdengar suara orang menjerit.Pintu wad dikuak dan muncul Naurah sambil memegang tin air minuman dengan wajah muram.

"Kejap lagi Zukie datang saya baliklah...sebab saya ada urusan"ucap Naurah menipu.

Althaf mengangguk perlahan.

"Takpe ..Zukie ada untuk tolong saya.Anyway terima kasih sedap bubur ayam awak masak macam ada rasa Chinese style sikit"ucap Althaf.

Naurah tersenyum sedikit.

**********

Dia memandang cincin dijarinya.Kalau Isaac dah tak ada, Apa maknanya cincin ni pada aku?.Patutlah dia nampak lain sangat malam tu.Dia nak buat semua benda dengan aku.Ini ke rasa kalau kita hilang orang yang kita sayang?.

Naurah mengeluh untuk yang ke berapa kali pun dia tak tahu.Dia menyimpan cincin itu dalam laci.Buku kecil dari begnya juga dibuka.Lukisan dan lakaran yang ringkas tapi seakan mempunyai jiwa milik Isaac.

Dia meletakkan sekali dalam laci sebelah katilnya.Airmatanya diseka.

"Kau kena kuat Naurah.Dia pun mesti nak kau happy.Move on"ucap Naurah pada dirinya.

Noreen masuk ke dalam bilik Naurah.Dia melihat keadaan bilik Naurah yang bersih dan teratur.

"Baru lepas kemas bilik ke?"soal Noreen.

"Macam tulah Kak Noreen..."ucap Naurah.Noreen duduk disebelah adiknya.

"Adik...besok nak ikut akak balik kampung tak?.Jomlah Umi dan Abah dah tanya.Lagipun adik kan tak kerja lagi...kita balik sana lama sikit..Kak Noreen dah ambil cuti..boleh ya?"soal Noreen.

Naurah mengangguk perlahan.Memang sudah lama dia tak balik kampung.Nampaknya masa ini akan dia gunakan untuk healing betul-betul.Lupakan segala masalah.

"Kak....boleh tak jangan bagitahu Umi yang Naurah kena buang kerja.Naurah tak nak Umi dan Abah bising...boleh ya?"soal Naurah.

"Insyallah...kalau akak terlepas cakap...."ucap Kak Noreen main-main.

"Kak!!!"

Noreen sudah tergelak melihat muka cemberut adiknya itu.

*********

Naurah keluar dari bilik melihat Uminya sedang menghidangkan sarapan.

"Wow nasi lemak..."ucap Naurah terus duduk dimeja.Encik Bakar juga turut serta duduk dimeja makan.

"Bukan nak tolong...tahu makan je...."ucap Noreen.Naurah menghidangkan nasi lemak kepada Umi dan Abah.

"Alah...Kak harini Naurah terlajak tidur sejuk bangun pagi-pagi"ucap Naurah.

Puan Tihani menuangkan air kopi panas.

"Lepas ni kalau dah kahwin tak baik buat macam tu.Sebab tu kena belajar dari sekarang"ucap Puan Tihani.

"Harini orang tu pasang khemah datang ..lepas sarapan katanya"ucap Encik Bakar.

Khemah?. Naurah memandang Noreen dan Umi.

"Khemah untuk apa bah?"soal Naurah sambil menyuap nasi lemak ke dalam mulutnya.

"Untuk majlis pertunangan lusa"ucap Encik Bakar.

"Tunang??.Siapa yang tunang?"soal Naurah.

"Adiklah...dengan Sood anak tokey getah kampung kita ni...kan Abah pernah cakap kalau balik sini tak ada kerja Abah akan tunangkan adik dengan dia"ucap Noreen dengan serius.

"Umi!...Abah!... apa ni?.Adik tak bolehlah...Sood...?.Umi dan Abah tahu tak dia tu kaki buli dari zaman sekolah...lagipun...Umi dan Abah nak ke orang ni naik pelamin senget sebelah..."ucap Naurah.Dia menggambarkan bagaimana pelaminnya akan jadi pelamin anganku musnah.

"Abah tak kisah janji dia berharta.. Abah tak nak hidup anak-anak Abah susah lepas kahwin..."ucap Encik Bakar.

"Abah...

Naurah memandang kedua-kedua orang tuanya.

"Umi...Abah....adik tak naklah tunang...dengan orang yang adik tak suka...Sood? Abah...Sood tu dahlah kaki buli masa zaman sekolah...Umi..."ucap Naurah memandang Puan Tihani.

"Umi ikut Abah kamu..."ucap Puan Tihani.

Naurah bangkit dari kerusi.

"Sampai....nya hatimu....melukakan aku....dimana kah janji mu yang dahulu...."nyanyi Naurah terus keluar dari dapur.

"Ishh suka hati je nak ubah lagu kumpulan Spring..."ucap Encik Bakar.

**********

"Tidak kesampaian....cinta kita....Ku bawa harapan...ku pendam...rahsia...."nyanyi Naurah sambil melihat ke luar tingkap biliknya memandang orang memasang khemah.

"Apa nasib aku ni? Isaac hilang....Umi dan Abah nak tunangkan aku....dengan Sood...Umi dan Abah pun agaklah...nak carikan aku jodoh...aku yang cun ni dia nak satukan dengan Sood tu...apa punya kelaslah Umi dan Abah ni...Ni mesti tak habis...tuntut ilmu ni...."ucap Naurah membebel sorang-sorang.

Dia membenamkan mukanya pada bantal dan menjerit kuat.

Mereka yang diluar terkejut mendengar orang menjerit.Dan mula mencari mana datang jeritan itu.

Apalah nasib Naurah?.

********

5.00 petang Perhentian Rehat Dan Rawat (RnR) Seremban

Zukie masuk ke dalam kereta dan memberikan kopi kepada Tuan Althaf.

"Betul ke keputusan Tuan ni?"soal Zukie memandang majikannya itu.

Althaf menyisip kopi panas itu dan memandang luar.

"Heroes always come last"ucapnya tenang.

"Heroes always come last"ucapnya tenang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience