BAB 16

Drama Completed 19693

"Ta-da.....ni persalinan untuk adik kesayangan...Ku ini..."ucap Kak Noreen membawa persalinan berwarna merah jambu lembut itu.

Naurah memandang wajah Kak Noreen.

"Akak..nak ke Sood tu jadi adik ipar akak?.Naurah tak naklah...apa ni?"soal Naurah sambil menghentak kakinya.

"Apa buat perangai ni?.Orang dulu kata jodoh pilihan ibubapa ni adalah jodoh yang terbaik.Manalah tahu Sood akan gembira adik akak ni.. lagipun.... adik tidur jimat bantal..."gurau Noreen.

Dahi Naurah berkerut.

"Apa...apa maksud akak jimat bantal?"soal Naurah yang tak faham.

"Ialah Sood tu kan dah macam bantal peluk.Sekali sauk...lena sampai pagi..."gurau Noreen sambil tergelak.

"Akak...!!! Naurah tengah serabut...ni... khemah dah pasang...pelamin pun tengah pasang....ishh... Naurah nak lari balik Kuala Lumpur macam...ni.."ucap Naurah mengugut.

Noreen memegang tangan Naurah.Dia menarik Naurah duduk disebelahnya.

"Akak nak tengok Naurah merana seumur hidup ke kahwin dengan orang yang Naurah tak cinta..."ucap Naurah dengan nada sedih.

"Habis ..Naurah bukan ke single ..tak ada pakwe...bolehlah tu..."ucap Noreen.

"Naurah ni...dah berpunya...hak milik orang tau..."ucap Naurah walaupun dia tak pasti betul ke tidak.

"Takpelah dik..lupakan jelah...dah tidur...besok pagi nak bangun awal...pakai inai..."ucap Noreen terus bangkit dan keluar dari bilik.

Dia memandang baju persalinan itu.Dia ambil dan disimpan dalam almari.

"Aku tak akan pakai baju tu...nasiblah apa nak jadi esok"ucap Naurah masih kesal.

***********

Noreen berjalan ke arah Puan Tihani yang sedang menyiapkan bunga telur.

"Marah ke dia?"soal Puan Tihani.Noreen mengambil bunga telur didepannya.

"Marahlah juga...dia bantah betul tak nak dengan Sood tu...saja kacau cakap tidur jimat bantal...terus merah muka dia..."ucap Noreen sambil tergelak kecil.

"Pasal budak lelaki yang kamu cerita tu...Naurah masih ada jumpa lagi ke?"soal Puan Tihani.

Noreen berfikir.

"Tak ada...pulak...senyap macam tu je... lagipun Umi budak tu cina...kalau dia suka Naurah..mestilah dia kena mendalami islam dulu...mana boleh terjah macam tu je.."ucap Noreen memasukkan telur rebus dan mengikat.

Puan Tihani mengangguk.

"Betul tu...kita orang melayu ada adat...Fahmi dah sampai ke?"soal Puan Tihani.

"Tadi lepas magrib dia dah sampai homestay Kak Lina sekali dengan orang sebelah.."ucap Noreen.

"Alhamdulilah...besok pagi..tinggal nak masak lauk dua tiga jenis..je..yang lain mak tempah..tak larat mengemas lepas kenduri..."ucap Puan Tihani.

"Takpelah Umi...kalau nak rehat pergilah...Noreen tunggu orang pasang pelamin siap baru masuk tidur.. lagipun tadi Abah dah masuk bilik.."ucap Noreen.

"Yelah...nanti jangan lupa kunci pintu.."ucap Puan Tihani bangkit dan menuju ke bilik.

Naurah mundar-mandir dalam bilik.Dia cuba memikirkan kebarangkalian sekiranya dia masih dekat sini.

"Aku nak lari macamana...aku datang sini dengan Kak Noreen... kalau aku tak lari..besok aku jadi tunang si Sood...tu..."ucap Naurah yang tidak bentah.

*********


Naurah terperap dalam bilik.Dia segan nak keluar menyapa saudara maranya.Riuh rendah dekat luar tingkap biliknya orang sedang merewang.

"Ya Allah...tolonglah hantar sesiapa culik aku sekarang...yang penting pastikan kacak dan kaya...baru aku ikut" doa Naurah sebelum keluar dari bilik.

Dia berjalan ke arah dapur.Dia menarik nafas dalam-dalam.

"Ahh!!!"

"Oh mak kau!!"Naurah melatah sebaik belakangnya ditepuk oleh Mak Lang Ina.

"Mak Lang..."

"Bakal tunang...terhendap-terhendap...cari apa?"soal Mak Lang Ina.

Naurah tersenyum.

"Tak ada apa...cuma nak tengok keadaan je..."

Puan Tihani melihat Naurah yang berada di dapur.

"Yang kamu tak siap lagi kenapa? Kejap lagi orang yang nak solek kamu tu datang..dah...dah pergi masuk bilik...."halau Puan Tihani.

"Tapi...Umi... Kak Noreen....mana..?" soal Naurah terus dihalau oleh Puan Tihani ke bilik.

Setelah setengah jam disolek barulah dia melihat wajahnya dicermin.Kenapa baru pertama kali aku tengok orang yang bakal tunang tak ceria?.

"Cantik kulit awak...sawo matang..tapi bersih je...pakai produk apa?"soal Jurusolek.

Cantik?.Produk apa?.Akulah manusia paling malas nak produk.

Naurah tersenyum sedikit.

"Mungkin kesan ambil wuduk guna air coway...tak gurau...ambil wuduk.."ucap Naurah cuba berseloroh menghiburkan hatinya yang sudah banjir.

Setelah jurusolek keluar dari biliknya dia menuju ke tingkap dan melihat rombongan Sood sudah sampai.Dia mengerling jam di dinding biliknya menandakan kejap lagi dia bakal bertukar status tunangan orang.

"Tak boleh jadi... aku kena keluar demi masa depan aku...masa depan anak-anak aku..."ucap Naurah terus mencapai kerusi dan diletakkan berdekatan dengan tingkap.

"Asalamualaikum....tuan rumah...harini kami datang ada hajat satunya hajat dari pihak keluarga Mohd Fahmi Bin Mohd Asyraf untuk Noreen Adibah Binti Bakar dan yang kedua hajat dari Ma'sood Bin Maarof untuk Naurah Edlina Binti Bakar"

Perbincangan antara kedua belah pihak sedang berlangsung.Naurah terus berlari dengan baju kurungnya serta selipar jepun entah siapa-siapa dia rembat keluar ke jalan.

Dia penuh berhati-hati risau kalau ada orang yang ternampak dia keluar.Dia harus ke jalan besar secepat mungkin.

Zukie memandu kereta memasuki simpang dan hampir bertembung dengan orang yang sedang berlari.

Dia sempat menekan brek.Althaf memandang gadis yang berbaju kurung putih itu.Dia membuka tali pinggang keselamatan dan keluar dari kereta.

"Bos!!"panggil Zukie melihat lelaki itu meluru keluar.

Naurah yang sedang berjalan terkejut lengannya ditarik dan seseorang mengangkatnya dan berjalan kembali ke arah simpang masuk rumahnya.

"Lepaskan!!! turunkan saya!!!"jerit Naurah sambil menarik rambut itu.

"Arghhh!!!! "jerit Althaf menurunkan Naurah dan mengosok rambutnya.

"Encik ni!!!"jerit Naurah sebelum terdiam.Macamana Althaf dan Zukie boleh ada dekat sini.

"Nak lari ke?"soal Althaf.Dia melihat gadis itu atas bawah dengan persalinan berwarna putih itu.

Naurah baru tersedar.

"Bos...tolong saya...bawa saya lari dari sini..."ucap Naurah memegang lengan Althaf.

Althaf tersenyum sinis.

*********

"Pakcik Bakar mana ni...saya dah tak sabar nak bergelar tunang Naurah ni..."ucap Sood yang sudah tidak duduk diam.

Encik Bakar juga tidak bentah apabila diberitahu oleh Noreen yang Naurah sudah lari.

Naurah memandang luar.Kenapa Zukie memandu ke rumahnya.

"Zukie...apa awak buat ni?.Awak...kata nak bawa saya lari..."ucap Naurah pada Althaf yang duduk didepan.

"Saya nak bawa awak larilah ni...jom..."ucap Althaf keluar dari keretanya.

Naurah bingung.Dia hanya menunggu sahaja dalam kereta.

"Encik Bakar! ada orang datang..."jerit Adan sebaik melihat kerete besar dan mewah itu.

Mereka keluar dari rumah dan memandang anak muda didepan mereka.

Naurah cuba sembunyikan diri dibelakang tempat duduk.Althaf membuka pintu kereta.

"Jom..keluar..."

"Saya tak naklah...awak nak suruh Abah kerat saya ke?Awak kata nak bawa saya lari...?"soal Naurah.

Althaf menarik lengan Naurah keluar dari keretanya.

"Ehh....itu Naurah....kenapa dia?"soal Sood.Encik Bakar hanya diam.

Althaf mengheret Naurah untuk berjalan dengannya.Naurah menundukkan pandangan.

"Saya datang nak nyatakan hasrat saya nak memperisterikan Naurah Edlina Binti Bakar"ucap Althaf dengan tanpa teragak-agak.

Naurah mengangkat wajahnya memandang lelaki itu berkali-kali.Encik Bakar merenung mata lelaki yang berani mengacau majlis harini.Sood sudah terkejut dibelakang Encik Bakar.

Berani sungguh seorang lelaki membuatkan kucar-kacir hari bersejarah keluarganya ini.

"Awak...."

Althaf memandang Naurah dengan wajah serius.Tangan Naurah masih digenggam kemas.Betul ke lelaki ini nak kahwin dengan dia?.

Althaf memandang Naurah dengan wajah serius.Tangan Naurah masih digenggam kemas.Betul ke lelaki ini nak kahwin dengan dia?.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience