"Hai!".
Teruja suaranya menyapa! Lelaki kacak datang lagi. Waktu yang sama setiap kali dan seminggu selepas terakhir kali yang lalu.
"Hai".
Kuat, ceria, bersemangat, berketerujaan berserta senyuman miang dan menggodanya seperti yang dia harapkan.
Akhirnya.
Seminggu yang lepas Ami kata lelaki itu bertanya tentang musuh tiba-tibanya. Mencari perempuan itu. Bertanya juga jika Ami atau kedai tahu alamat dan meminta nombor telefon perempuan itu.
Ami kata tak ada. Ami temberang lelaki kacak itu kata musuh tiba-tibanya itu sebenarnya anak bermasalah yang lari dari rumah. Sudah berjaya dikesan ibu bapanya dan pihak polis.
Bijak sungguh Ami. Terpaksa dia belanja Ami makan piza pada petang seminggu yang lepas kerana didesak Ami membalas jasa bijak berkata-kata.
Tak apa...
Setakat piza...
Amatlah berbaloi segala usaha. Lelaki kacak kembali menggodanya dengan kata-kata nakal dan lucu.
Sukanya!
@@@@@@@
"Hai!".
Satu suara teruja menyapa! Lelaki kacak! Datang pada waktu ini!?.
Ahhh...
Seronoknya, sesuai sangat!.
"Hai".
Perlahan, hampir tidak kedengaran kerana terlalu teruja. Dia sudah tersimpul-simpul tersenyum miang. Terkeseng-keseng, menggoyang tubuhnya seratus lapan puluh darjah.
Selepas sekian lama, ini pertama kali lelaki kacak datang kepadanya menyapa pada waktu yang sesuai. Waktu dia pulang kerja.
Telefon di tangan Rita pandang sekilas. 6:10 petang. Dia masuk shift pagi. Kedai ini kecil sahaja jadi dua orang pagi dan dua orang masuk pukul dua petang sampai sepuluh malam.
"Nak balik ke?".
"Ermm."
Soalan si lelaki Rita jawab dalam gumaman dan senyum meleret. Berdebar-debar jantungnya. Mengharap sangat dia dan si kacak dapat saling kenal mengenali lebih jauh lagi.
"Kalau saya nak belanja makan... awak sudi tak?".
Aaaaa...
Rita lompat bintang dalam fikiran. Sukanya! sukanya!.
Rita angguk malu-malu. Sengaja cuba-cuba berlakon ayu macam gadis melayu terakhir.
Si kacak yang semanjang tersenyum manis benar-benar mengembirakan hatinya yang berbunga-bunga.
"Kereta saya kat sana."
Pandangan Rita mengikut arah tercokeng jari telunjuk si kacak. Ke arah petak letak kereta OKU di hadapan kedai sebelah.
Waaaaah!.
Hondaaaaaa!
Si kacak memberi laluan agar Rita berjalan dahulu. 'Gentleman' sangat!
Sukanya! sukanya!.
@@@@@@@
Ini pertama kali.
Sudah banyak kali dia teringin masuk tempat seperti ini tapi tiada siapa dikalangan rakan-rakannya yang pernah dan mahu ke sini. Baru kali ini berpeluang setelah dibawa oleh lelaki kacak.
Kacang yang mahu disuap ke mulut jatuh sebiji di atas riba. Rita kebas sekali dari ribanya kemudian meraup gaun separas lutut yang dipakai.
Rita tersenyum meleret. Suka dengan gaun barunya. Cantik berwarna merah jambu dan berbunga kecil warna kuning.
Tadi...
Naik kereta Honda si kacak pergi makan di sebuah restoran mahal di dalam sebuah pusat membeli-belah. Selesai makan di bawa membuat rambut di salun kemudian membeli gaun yang dipakainya sekarang kerana si kacak mahu membawanya ke sini.
Muzik rancak berdentam-dentum segenap ruang pub. Seronoknya melihat anak muda berpakaian cantik menari di tengah ruang.
Dia yang sedang duduk di sofa empuk sekadar menghentak-hentak kecil kakinya yang berkasut baru bertumit tinggi. Tersenyum lagi melihat kasut barunya yang cantik.
Pandangan dilatari lagi ke seluruh ruang pub. Terhenti di kaunter minuman yang ada bangku tinggi di hadapan kaunter. Dia mengangkat tangan kerana si kacak yang sedang berbual dengan seseorang di situ mengangkat tangan melambai dan sedang tersenyum memandangnya.
Dia diminta duduk sebentar di situ kerana si kacak ada urusan perniagaan yang tidak boleh dielak. Dia tersenyum lagi, tidak sia-sia usahanya menonjolkan diri dan menengelamkan musuh tiba-tibanya hari itu.
@@@@@@@
"Tak boleh harga tu."
"Aduhh... bolehlah! Aritu kau dah janji bolehkan!".
Lawan berbualnya menoleh ke satu sudut. Merenung ke situ. Dia ikut menoleh kemudian tersenyum kacak dan mengangkat tangan tinggi melambai kecil.
Subjek ikut mengangkat tangan melambai kepadanya. Tersenyum lebar kemudian bergoyang kecil mengikut bunyi muzik yang berdentam-dentum.
"Kau bagi gambar video lain, yang datang lain."
"Kalau yang dalam gambar video aku boleh bagi harga aritu yang aku janji."
"Budak tu dah tak ada, dah berhenti kerja. Kata kawan dia budak tu sebenarnya lari dari rumah, mak bapak dia cari, polis cari. Tak nak aku terlibat masalah."
"Yang ini senang... tengok menyerah diri. Mengikut aje."
Mereka berdua menoleh lagi kepada subjek. Dia senyum lagi sambil bagi isyarat tangan tunggu sekejap.
"Muka tu boleh make up kan. Body okay apa. Aku sendiri belum test barang baik ke tak."
Jeda seketika hanya muzik berdentam-dentum.
"Ni final."
Lawan berbualnya menghulur muka telefon bimbit mendekat, menunjuk isi di muka telefon.
Hmm... bolehlah dari harga sebelumnya.
"Aku nak test. Kau uruskan."
Dia tidak jadi bangun. Duduk kembali ke bangku tinggi. Menghabiskan minuman di dalam gelas kemudian menadah tangan.
Lawan berbualnya menyeluk kocek seluar kemudian bersalam erat dan meninggalkan sesuatu ke dalam genggaman tangannya.
Dia bangun dan berjalan menuju ke subjek sambil tersenyum lebar. Senyuman paling kacak.
@@@@@@@
Dua buah kereta peronda polis terpakir di hadapan kedai serbaneka. Keliling luar kedai penuh dengan orang awam yang tertinjau-tinjau.
"Eyyy..."
"Uiii..."
Dua lelaki yang bertembung di hadapan pintu kedai serbaneka saling bersalaman. Berpakaian uniform biru tua dengan paku berlainan di lengan atas.
"Kalau tak ada kes besar susah nak bertembung."
"Iyalah."
"Apa yang dah dapat?. Petunjuk? Saksi? Ada?".
"Ada juga dua tiga. Masuklah. Suami mangsa pun ada tu."
"Yang duduk kat depan tu."
"Seorang lagi staff kedai yang sepatutnya masuk pagi saing mangsa tak datang sebab MC hari ni."
Kedua mereka menoleh ke dalam kedai yang pintu shuttle naik hanya separuh dan sebelah sahaja.
"Okay... Thanks."
Anggota yang bertembung tadi, seorang masuk ke dalam dan satu lagi melangkah keluar dari tempat kejadian.
Lelaki anggota polis berhenti seketika di ruang hadapan kedai. Lebih tepat di hadapan kaunter bayaran. Melatari ruang dalam kedai dari sudut pandangannya.
Anggota forensik sedang melakukan tugas mereka ke atas satu tubuh yang terbaring di atas lantai kedai di antara dua rak yang tinggi dan bertingkat-tingkat.
Melangkah tiga tapak ke hadapan lagi dan berhenti di hadapan seorang lelaki yang duduk termenung menundukkan wajah memandang lantai kedai.
"Encik Jepry?".
Lelaki itu mendongak. Berwajah pucat dan bibirnya mengeletar kecil.
"Saya Sarjan Bahar. Takziah atas kehilangan encik. Tapi... boleh encik ceritakan apa yang berlaku?".
"Ermm... ermm..."
Anggota polis bergerak ke peti sejuk berdekatan. Mengambil sebotol air mineral kemudian menolong lelaki itu meminumnya. Situasi biasa dia hadapi untuk saksi kes jenayah berat seperti sekarang. Lebih-lebih lagi kepada ahli keluarga sendiri.
Dia biarkan saksi bertenang seketika dan bercerita apabila sudah bersedia.
"Bini saya tertinggal bekal makanan dalam bakul motor. Saya dah sampai bengkel kerja, cakap boss nak pusing balik datang sini."
"Sampai sini rasa pelik, sebab dah pukul sepuluh pintu shuttle tak naik."
"Saya nak ketuk pintu, tiba-tiba pintu shuttle naik... lelaki tu keluar terburu-buru, lepas tu terus lari bila nampak saya."
"Saya masuk dalam nampak bini saya atas lantai berdarah tak bergerak."
Kedua tapak tangan lelaki itu pekup ke muka. Menangis terhinggut-hinggut bahu dalam senyap. Anggota polis tepuk bersekali cengkam ke bahu cuba menenangkan.
"Saya ralat... saya dah pernah nampak lelaki tu ada dekat kawasan kedai masa bini saya nak buka kedai. Dulu... saya pernah tunggu sampai dia selesai buka pintu kedai tapi dia marah... dia salah faham. Dia ingat saya nak ngurat kawan kerja dia."
"Saya cuma nak lelaki tu pergi sebab nampak saya ada dengan dia setiap pagi sampai pintu kedai buka."
"Baik, nanti encik tolong pihak polis untuk kenal pasti rupa lelaki tu supaya kita dapat segera tangkap dia."
Anggota polis itu memanggil seorang anggota lain untuk mengambil keterangan saksi dan membantu saksi.
"Sarjan, semua urusan di sini dah selesai. Dah boleh balik ke balai."
Seorang anggota lain datang memberi laporan. Satu buku yang dipegang anggota terbabit dia ambil dan baca ringkas.
"Okay."
Dia menjawab sepatah. Menghulurkan kembali buku kepada anggota bawahannya. Kemudian bertanya satu soalan tambahan.
"Kedai ni ada satu kes lain kan enam bulan lepas? Orang hilang?."
"Ya Sarjan. Tapi rasanya kes itu dan kes ini tidak bersangkutan."
Dia mengangguk-angguk sambil pandangan melatari sekali lagi seluruh ruang kedai.
Mayat sudah tiada di lantai. Sudah di bawa pergi ke hospital terdekat untuk proses bedah siasat.
@@@@@@@
Dia minggir ke tepi. Memberi laluan kepada beberapa orang yang mahu keluar dari bilik bercahaya suram bersama sekujur tubuh.
Menggigit genggaman buku jari agar tidak mengeluarkan apa-apa bunyi. Bimbang dikasari lelaki-lelaki berbadan besar dan berwajah bengis.
Apabila mereka sudah hilang ke lantai bawah baru esakan kecilnya terlepas. Satu tangan mencengkam lengannya dan menarik dia ke dalam pelukan.
"Jangan nangis. Nanti kita semua kena."
Dia mengangguk kemudian melorot di dinding hadapan muka pintu bilik bercahaya suram.
"Apa nasib kita lepas ni?"
Soalnya sedih.
"Entahlah".
Sepatah jawapan pasrah dari lawan bualnya. Seorang perempuan yang senasib malang sama dengannya.
"Dia mati sebab sakit tu ke?".
"Bukan. Dia orang bagi dadah overdose pada dia."
"Kata budak senior itu cara dia orang nak buang mayat tu supaya polis fikir dia bunuh diri sebab ada penyakit kelamin tu."
Rita terpejam rapat matanya. Air mata jatuh kasar-kasar. Terlalu sedih dan ngeri mendengar cerita itu. Nasibnya dan kematiannya tidak mustahil sama begitu.
"Jom, bangun bersiap."
"Takut kena pukul lagi macam semalam."
Tangannya ditarik supaya ikut bangun seperti lawan berbualnya. Dia tidak berdaya mahu bangun tubuhnya lemah. Semangat hidupnya sudah hilang.
"Bangun! Kau tak kesian aku ke? Nanti bukan kau aje kena... dengan aku sekali kena pukul."
Sesal!.
Sungguh dia menyesal!.
Share this novel