Bab 2

Romance Series 15780

Bab 2
ALAYNA cepat-cepat keluar dari rumah keluarganya dengan beg-beg pakaiannya. Dia masukkan semua barang dia ke dalam GrabCar yang tengah tunggu kat luar.

"Anak tak tahu malu, ikut perangai mak kau yang macam pelacur tu. Macam mana kau boleh harap Megat Zafran nak cintakan kau, sedangkan dia ada kakak kau. Anak sulung keluarga Dato Haris? Kau memang tak sedar diri, kan?" jerit seorang perempuan lingkungan pertengahan umur 50an pada Alayna.

Alayna diam kerana malas nak layan perempuan yang sibuk menghina dia dan mak kandung yang dia tak pernah kenal.

Sejujurnya, sepanjang hidup Alayna, dia hanya kenal Datin Mona sebagai maknya.

Tapi, hakikatnya, itu semua tak betul. Datin Mona bukan mak kandung dia. Papa Alayna, Dato Haris selalu cakap yang dia anak angkat dalam keluarga ini tapi Datin Mona dan Batrisya selalu cakap dia anak luar nikah Dato Haris yang dijadikan sebagai anak angkat untuk menutup malu.

Datin Mona selalu tuduh Alayna sebagai anak luar nikah Dato Haris dengan perempuan simpanan yang tak diketahui siapa. Sebab tu, Alayna dilayan macam orang asing dalam rumah tu.

Dato Haris pula? Langsung tak peduli. Dia tak pernah perasan macam mana Datin Mona dengan Batrisya layan Alayna macam sampah.

Dalam keluarga Dato Haris , Alayna tidak ada sesiapa kecuali dirinya sendiri dan lelaki yang dia cintai, Megat Zafran. Namun, ternyata semuanya hanyalah kepura-puraan daripada lelaki itu sehingga hari ini.

Alayna rasa dirinya tidak lagi mempunyai tempat dalam keluarga itu dan memutuskan untuk keluar. Itu adalah keputusan yang terbaik. Dia tidak boleh tinggal di sana lagi.

"Cik Alayna? Nak pergi Pantai Klebang," tanya pemandu itu dengan sopan.

"Ya," jawab Alayna sambil menyeka air matanya dengan belakang tangannya buat kali terakhir untuk pergi dari rumah yang dipanggil Neraka Dunia.

ALAYNA sampai ke rumah yang boleh dijadikan tempat persembunyian yang sempurna buat dirinya. Bagaimana dia memiliki rumah secantik ini masih menjadi sesuatu yang sukar dipercayainya.

Dua tahun lalu, Alayna bertemu dengan seorang wanita tua yang cedera lalu dia membantunya. Rumah ini adalah milik wanita tua itu yang tinggal bersendirian di sini.

Sejak pertemuan Alayna dengan wanita itu yang dipanggil Nek Bonda, Alayna sering melawat wanita tua itu malah menguruskan keperluan Nek Bonda seperti keluarganya sendiri. Malangnya, beberapa bulan lalu Nek Bonda telah meninggal dunia tapi wanita tua itu telah meninggalkan sesuatu buat Alayna.

"Alayna, Nek Bonda ada tinggalkan sesuatu untuk you dalam wasiat dia," kata seorang lelaki muda ketika Alayna menziarahi kubur Nek Bonda.

Lelaki itu adalah cucu sulung Nek Bonda yang diberi amanah menguruskan wasiat wanita tua itu.

“I jaga Nek Bonda dengan ikhlas. I tak harapkan apa-apa balasan pun,” tolak Alayna sopan.

"Sorry, Alayna, tapi ini bukan sesuatu yang you boleh tolak. Sebelum Nek Bonda meninggal, dia dah pesan kat I untuk pastikan you terima pemberian dia. Itu adalah hasrat terakhir dia, dan I janji untuk tunaikan permintaan dia," jelas Rayyan, cucu Nek Bonda.

Alayna angguk faham dan terpaksa menerima juga pemberian Nek Bonda itu.

"Rumah kat tepi pantai ni akan jadi milik you. Nek Bonda tahu you boleh jaga rumah ni dengan baik seperti dia jaga selama ni.”

Alayna terdiam. Dia tidak mampu berkata apa-apa. Dia langsung tak sangka akan menerima hadiah sebesar itu daripada wanita tua itu.

"Selain itu," Rayyan menyambung lalu hulurkan sesuatu pada Alayna. "Nek Bonda juga arahkan supaya parcel ini diberikan kepada you."

Alayna agak ragu-ragu untuk menerimanya tetapi Rayyan sudah menarik tangan Alayna untuk terima sampul tersebut. Alayna memandang sampul itu dengan keliru. Semua ini terasa seperti mimpi baginya.

"Nek Bonda nak you buka sampul ini hanya bila you dalam situasi yang sangat mendesak dan perlukan bantuan," tambahnya lagi.

"Terima kasih. Terima kasih banyak, Rayyan," ucap Alayna.

"Sama-sama. Kalau you perlukan apa-apa, jangan ragu-ragu untuk hubungi I. You adalah orang kesayangan Nek Bonda, dan dia nak I sentiasa bantu you."

Rayyan mengeluarkan kadnya dari poket dan menyerahkannya kepada Alayna. "Feel free to call, Alayna."

"Terima kasih. I akan guna kalau betu-betul I terdesak," jawab Alayna sambil tersenyum kecil.

"I harap you akan guna.”

Untuk permulaan ini Alayna akan guna rumah Nek Bonda sebagai tempat untuk dia berteduh kerana keadaan dia belum sampai terdesak selain perlukan tempat tinggal sahaja.

Alayna tak sabar nak pergi bersiar-siar di kawasan rumah ini untuk menenangkan jiwa lukanya.

TENGKU QARIZH sudah tiba di Pulau Besar. Kemunculannya dinantikan beberapa orang di situ. Sempat dia mengira jumlah pihak lawan yang perlu dia tumpaskan jika ada pergelutan berlaku.

"Bagus, setakat berapa orang ni aku boleh handle," bisik Tengku Qarizh dengan yakin bila melihat sekumpulan lelaki sedang mengeliling sebuah bulatan.

Mata Tengku Qarizh terpandang sepasang kasut dan kaki perempuan yang berada di tengah bulatan itu mula rasa panik.

‘Relaks, Rizh.” Tengku Qarizh perlu kekal tenang dan tidak mahu musuh membaca sebarang tanda kerisauan darinya.

"Mana dia?" tanya Tengku Qarizh.

"Relaks bro, buat bertenang. Kau follow arahan kitorang dulu baru kau boleh dapat jumpa dia," ujar salah seorang lelaki dari sekumpulan itu.

"Aku nak tengok dia dulu!" Tengku Qarizh menjerit dan suaranya mula hilang kawalan.

"Kat sini kau yang kena ikut cakap kitaorang. Bukan kitorang yang kena ikut cakap kau macam kuli kau," ujar lelaki kedua yang memakai sut hitam.

"Korang jangan berani sentuh sehelai rambut dia pun. Aku akan bunuh korang,” ujar Tengku Qarizh bagi amaran.

"Kau yang perlu patuh cakap kitorang kalau nak dia selamat.”

Kali ini Tengku Qarizh pula yang diberi amaran.

"So? Apa yang korang nak dari aku? Korang nak duit?” jekah Tengku Qarizh.” Berapa korang nak? Cakap! Aku boleh bagi. Lepaskan dia.”

"Ini bukan soal duit, bro. Kalau kau nak dia selamat…Ikut syarat kitorang. Syarat pertama kau kena sign dokumen ni."

Salah seorang dari mereka hampir Tengku Qarizh lalu menyerahkan dokumen yang mereka mahukan Tengku Qarizh tandatangani.

Tengku Qarizh memandang tajam pada mereka sebelum perlahan-lahan matanya membaca dokumen tersebut.

‘Sial!” Maki Tengku Qarizh dalam hati bila melihat dokumen apa yang perlu dia tandatangan.

“Kau tak nak sign?” jerit seorang lelaki. “Mungkin kalau kau tengok ‘hadiah’ yang kitorang sediakan…Gerenti kau tak teragak-agak nak sign.”

Mata Tengku Qarizh terbeliak bila dia nampak ‘hadiah’ yang dimaksudkan oleh mereka.

Seorang wanita muda diikat sepenuhnya pada kerusi dengan tali yang tebal. Tangannya ditarik ke belakang dan diikat. Begitu juga kakinya yang diikat pada pergelangan kakinya.

Wajahnya tidak kelihatan dan suaranya tidak dapat didengar kerana mulutnya disumbat dan kepalanya ditutup dengan kain hitam tetapi Tengku Qarizh tahu wanita kesayangannya itu sedang meronta-ronta mahu melepaskan diri.

Tiba-tiba, sesuatu menarik perhatian Tengku Qarizh. Dia memfokuskan pandangannya pada objek di antara tali yang terikat pada pinggang wanita itu.

‘Bom! Bullshit! No, Emelia.” Tengku Qarizh mula cemas. Laju dia berlari ke arah wanita itu.

Sebelum Tengku Qarizh sempat melangkah lebih dari tiga langkah, lelaki-lelaki itu menutup jalan dan menghalangnya.

"Hey, hey, hey! Relaks dulu. Nak pergi mana?" Sinis lelaki yang cuba halang Tengku Qarizh.

"Tepi!," Tengku Qarizh menjerit pada lelaki itu sambil mengepal penumbuk.

Kedua-dua lelaki itu tertawa kecil apabila melihat perubahan ekspresi wajahnya.

"Sign dokumen ni or transfer 5 juta ke akaun ni,” arah lelaki itu.

Tengku Qarizh memandang mereka dengan amarah. "In your dreams."

Tengku Qarizh terus campak dokumen tersebut. Biar hanyut dibawa arus.

"Shit!” Salah seorang lelaki menjerit dan bergegas ke tepi jeti untuk menangkap fail itu tetapi sudah terlambat. Fail itu jatuh ke dalam air dan mula basah.

"Kau memang cari nahas la, bodoh!" jerkah lelaki yang lain pula.

Tanpa tunggu lama mereka semua menyerang Tengku Qarizh. Pada awalnya Tengku Qarizh dapat menewaskan beberapa orang yang menyerangnya dulu tetapi pihak lawan sanggup cederakan Emelia di depan mata Tengku Qarizh menyebabkan lelaki itu tersungkur di tangan mereka. Habis Tengku Qarizh dibelasah teruk.

"L–LEPAS... lepaskan dia," ujar Tengku Qarizh sambil mengerang kesakitan.

Salah seorang lelaki tarik kepala Tengku Qarizh dengan kasar. Tengku Qarizh hanya menahan sakit dengan sisa kudrat yang ada. Bukan dia tidak mampu melawan pada awalnya tapi dia tak sanggup Emelia menanggung sakit akibat tindakannya.

"Kalau kau sanggup melutut…merayu kat kitorang…Kitorang bagi peluang kedua kat kau," herdik lelaki yang menarik rambut Tengku Qarizh dengan nada menyindir.

"Bagi aku jumpa bos…"

Belum sempat Tengku Qarizh habiskan ayatnya, sekali lagi dia ditumbuk kasar.

"Kau dah cukup baik dengar cakap kitorang datang seorang. Cuba kau terus dengar cakap kitorang. Ni kau degil dan sekarang…Kau tengok la sendiri apa akibatnya."

Tengku Qarizh dipaksa melihat Emelia diseksa berkali-kali di depan matanya sehingga darah pada leher Emelia mula mengalir keluar.

"No!!!."

Tengku Qarizh menjerit bila nampak luka kat leher Emelia. Badan dia menggigil sebab marah, dan bersedia nak menyerang mereka sekali lagi dengan sisa kudrat.

Dengan kekuatan yang ada Tengku Qarizh bangkit mula melepaskan diri dengan menyerang beberapa lelaki yang mengunci pergerakannya tadi.

‘Emelia, I’m sorry. I akan selamatkan you,’ ujar Tengku Qarizh dalam hati sambil terus meluru ke arah lelaki yang memegang Emelia setelah berjaya menumpaskan musuh yang lain.

Tapi belum sempat Tengku Qarizh melangkah lebih jauh, lelaki yang bersama Emelia itu telah tekan alat kawalan dan aktifkan bom sebelum menolak Emelia jauh daripadanya.

Jeritan Emelia kedengaran apabila cuba melepaskan ikatan tapi malangnya tinggal beberapa saat saja lagi sebelum bom meletup.

Semua penjahat sudah tinggalkan Tengku Qarizh dan Emelia dan melarikan diri menggunakan bot kecil di situ.

"Emelia... I–I’m sorry."

Tengku Qarizh hulur tangan ke arah Emelia dari jauh sebelum dia juga terpelanting akibat letupan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience