Bab 4

True Story Series 282

Ya, itulah pertama kali aku melihat wajah ayah. Namun tiada pelukan mesra seorang ayah. Dia datang dan pergi seolah-olah tiada rasa kasihnya terhadapku.

Namun aku tak pernah rasa apa-apa. Waktu itu yang aku tahu hanya bermain-main dengan teman sepermainanku.

Selepas kedatangan ayah tempoh hari, adik perempuan ayah pula datang bersama kekasihnya memaki hamun nenekku. Aku tidak tahu apa yang berlaku. Yang aku ingat, adik perempuan ayah cuba menarik aku untuk mengikutnya pergi.

Nenek dengan sepantas kilat menarik semula aku dan memeluk aku dengan kuat sehingga aku terasa sesak nafas. Nasibku agak baik kerana bapa saudaraku pulang ke rumah dengan cepat dan segera menghalau adik ayah keluar dari halaman rumah.

Adik mak mendapat tahu dari salah seorang jiran supaya segera pulang kerana ada berlaku sesuatu di rumah. Berkemungkinan aku akan dilarikan seperti mana abang dan kakakku.

Hari-hari yang berikutnya semua orang berwaspada. Semua orang akan memastikan aku pulang dari sekolah tepat pada masanya.

Apabila keadaan kembali reda. Semua beranggapan tiada apa yang akan berlaku lagi.

Namun, hari itu aku tidak pulang ke rumah seperti biasa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience