Bab 1

Drama Series 33776

Prolog

Berkahwin dengan orang kaya dan menjadi satu-satunya lelaki yang mencintai kita adalah idaman setiap gadis, begitu juga Airin. Namun, masalah yang tidak pernah dia jangkakan ialah semua kebahagiaan itu akan menjadi mimpi ngeri buatnya selepas berkahwin dengan insan yang di anggap sempurna itu.

Sejak setahun yang lalu, Airin selalu menerima layanan buruk daripada suaminya.

Pembunuh!

Perempuan murahan!

Wanita licik!

Perempuan tak guna!

Setahun yang lalu juga, Afdan Mikhael mengahwininya semata-mata untuk membalas dendam atas kematian bakal tunang lelaki itu, iaitu kawan baik Airin. Ketika itu Lila terjatuh dari tangga menyebabkan wanita itu bermandi darah.

Kejadian itu berlaku di hadapan mata Afdan. Dari kejadian yang di lihat itu dia menuduh Airin menolak Lila sehingga dia terjatuh dan cedera parah. Apa yang membuatkan Afdan lebih hancur, ternyata Lila sedang mengandungkan anaknya.
Namun Airin tidak berfikir begitu!

Tetapi, betulkah masih ada kebahagiaan dalam hidupnya? Airin tidak fikir begitu! Kerana selepas ibu bapanya pergi, Airin merasakan kebahagiaan tidak lagi ada untuknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience