BAB 13: Hangar 9

Thriller Series 558

BAB 13: Hangar 9

ASYWINA melihat ke sekelilingnya. Blok-blok kontena panjang di lihat bersusun-susun di kiri dan kanan bersama dengan timbunan kotak-kotak gudang.

Sektor gudang kapal yang luas itu terbahagi kepada beberapa stor yang di panggil sebagai Hangar. Setepatnya Asywina kini berada di hangar nombor 9. Ia ada tertera di atas kren besi palang gudang.

Lori treler kontena hitam yang misteri itu kini benar-benar berada di sisinya. Muatan kontena itu di perhatikan.

"Apa sebenarnya dah terjadi kat lori treler ni? Kotornya.."katanya Asywina ketika jarinya menyentuh kotoran lumut basah yang melekat pada muatan terbabit.

Tiba-tiba suatu panggilan menujah masuk ke telefon bimbit Asywina. Nombor si pemanggil tertera nama informer yang bertanggungjawab menyalurkan maklumat berkaitan lori kontena misteri itu kepada Asywina sebelum ini.

Panggilan pun di jawab.

"Hello..aaa i pun memang dah kat gudang kapal lah ni"balas Asywina.

"Sori cik Wina..saya lupa nak cakap you tentang sesuatu waktu kita jumpa semalam"

"Okey..apa dia tu?"

"Tolong jangan hampiri stor gudang hangar no. 9"

"What? kenapa pulak?"

"Pekerja pelabuhan sendiri pun tak berani sangat pergi ke hangar 9 tu. Tempat tu agak 'keras' sikit"

"Are you kidding me? I tell you..i dah berjaya pun kejar lori kontena hitam misteri tu sampai sini..and guest what?"

"Apa?"

"I memang sedang berada kat hangar 9 pun ni"

"Oh tidak..cik Wina lebih baik you beredar dari situ sekarang. Saya dan pihak pengurusan pelabuhan tak boleh jamin keselamatan you dekat hangar 9 tu"

"No thanks..i okey je kot"

"Oh kalau macam tu baiklah. Kalau apa-apa better you call the police cik Wina. Tapi sebaik-baiknya you bawa seseorang untuk menemani you"

"Yeah orait. Don't worry about me"

Tak lama panggilan pun berakhir.

Asywina pun cuba menghubungi beberapa rakan wartawan lain dan meminta kepada sesiapa yang sudi dan berkelapangan untuk menemaninya.

"Uhuhu iye aku dah mengantuk lah..uhuhu baru lepas makan rendang santan banyak ya..uhuhu"

"Ahahaha it's okey lah Yeob. Aku call abang Harun atau kak Yana je"

"Uhuhu iye baik..baik..sekian"

Yana tak dapat di hubungi. Telefonnya langsung tutup. Nombor telefon Harun pula cuba di dail oleh Asywina.


_______________

HARUN berbaring tidur di bantal dengan beralaskan lengan. Matanya masih belum mengantuk. Dia merenung ke kipas siling bilik hotel yang ligat berpusing sambil mengusap di belakang tubuh wanita yang tidur di sisinya. Atau mengucup cumbu ke ubun-ubun kepala wanita berkenaan.

Di atas meja kecil tepi katil ada beg tangan,i-phone dan tudung wanita tersebut. Ibu cantik anak tiga bertudung sanggul tinggi dan berstatus isteri orang itu Harun kenali dari laman sosial. Entah isteri siapa Harun tak pun tidak tahu.

Yang pasti Harun dan wanita berkenaan baru sebentar tadi tersadai sejurus selesai mereka bersekedudukkan.

Lamunan Harun terhenti.

Panggilan telefon dari Asywina membuat mata Harun semakin bertambah segar-bugar.

"Apa? you dah dapat kejar lori treler misteri tu dekat sektor gudang kapal?"

"Yup..abang Harun..i ada kat stor hangar nombor 9 ni. Informer i kata tempat ni keras sikit"kata Asywina.

"Okey you tunggu sana Wina. i'll be there"

Panggilan tamat.

Harun bergegas turun dari katil dan menyarung pakaian sebelum beredar.


___________________

ASYWINA meraba ke kocek jaket dan membawa keluar sebiji lampu picit. Dia pun menyuluh ke segenap badan lori treler hitam dan muatan kontena yang di bawanya.

Kemudian wartawan wanita india muda itu memanjat ke pemijak kaki yang biasa di guna untuk memanjat masuk ke dalam ruang pemandu lori kontena. Dia pun mengintai ke dalam melalui luar tingkap.

Gelap dan tiada pemandu pun di dalam treler panjang terbabit. Keberanian Asywina tidak setakat sampai di situ,malah dia memanjat pula ke atas muatan kontena panjang di atas badan lori treler hitam itu.

Tiada apa yang menimbulkan kecurigaan. Hanya kesan lumut dan lumpur. Asywina duduk bertinggung seketika sambil merakam dengan kamera video digital.

GRENGGG!

Tiba-tiba enjin lori treler kontena panjang itu kembali hidup. Lampu-lampunya pun menyala. Asywina sedikit terkejut. Dia cuma bimbang kalau-kalau lori itu tiba-tiba gostan ke belakang dan melanggar keretanya.

Sangkaannya meleset. Lori kontena itu mulai bergerak perlahan ke hadapan.

"Alamak..dia nak berjalan pergi mana pulak ni?"getus hati Asywina.

Wartawan itu masih berdiri di atas muatan kontena panjang dan cuba mengimbangkan dirinya ketika lori treler itu lalu di laluan tengah di mana terdapat blok-blok kargo kontena bersusun di sepanjang kiri dan kanan.

"Tak apa..biar aku tengok kau nak bawak aku pergi mana je sebenarnya"

Sekali lagi ada perkara pelik berlaku. Lori itu terus menuju ke arah suatu pintu garaj di belakang gudang.

"Aaaaaaaaa!!!"

Asywina terjerit ketakutan. Dia sudah boleh mengagak yang lori itu ingin merempuh pintu garaj besi terbabit.

BRANKK!

Remuk dan kemik pintu garaj besi di langgar sebelum ia terkopak dan tanggal terus!. Lori kontena itu pun berhenti di situ. Enjin dan lampunya masih hidup. Asywina cepat-cepat turun dari muatan kontena itu melalui tangga.

"Apa dah jadi ni?"

Dia pun jenguklah di pintu garaj yang sudah terbuka. Rupanya ia membawa ke bahagian belakang gudang di mana terdapat hutan dan paya di situ.

Bulan juga mengambang penuh di dada langit. Bunyian unggas-unggas,cengkerik dan katak bersahut-sahutan.

Lori misteri itu kembali bergerak dan merempuh ke dalam hutan dan paya. Asywina juga tidak mahu terlepas mengekorinya demi membongkarkan misteri yang terselubung membabitkan lori treler berkenaan.

Langkahnya di susun cermat dan berhati-hati meniti denai dan semak. Mujur ada batang-batang pohon berguguran di sekitar situ untuk di jadikan tempat berjejak agar kaki tidak terbenam ke dalam paya.

Rupanya tak jauh di hadapan ada sebuah tasik terperuk di pagari hutan. Cahaya bulan melimpahi permukaan air tasik.

Suatu pusaran muncul di tengah tasik.

Lori treler hitam dengan muatan kontena usang dan berlumut itu pun mulai bergerak masuk ke dalam tasik sebelum di sedut oleh pusaran misteri tasik.

Perkara pelik dan aneh yang sedang terjadi itu terus di rakam oleh Asywina dengan video kamera digitalnya.

Tiba-tiba terdengar suara orang berteriak dari arah belakang. Setepatnya datang dari pintu garaj tadi.

"Asywina! You ada kat mana tu?!"

"Abang Harun! terus go straight dari pintu garaj tu!"balas Asywina.

Harun tiba di tepian tasik hutan terpinggir sambil berdiri tercegat bersama Asywina memerhatikan lori kontena misteri itu terus di sedut ke dalam pusaran sehinggalah ia hilang dari pandangan.

Pusaran aneh yang terjadi pun hilang. Air tasik kembali tenang seperti sediakala.

"Abang Harun..now i dah tahu dari mana asal datangnya lori treler usang basah dan berlumut tu. There must be an untold incident happen here. And the story about it was drowning in this lake long long time ago"kata Asywina.

Harun menoleh kepada Asywina sambil tersenyum.

"Another interesting mystery thing revealed"katanya.

"Yup!"Asywina tersenyum sambil menutup video kamera.

Dua wartawan itu pun berjalan pulang.

Sehari kemudian,Asywina di beritahu oleh penyampai maklumatnya bahawa perkara misteri dan 'keras' berkaitan hangar 9 ialah pintu garaj besi di belakang gudang sering di temukan terkopak dan rosak seperti di langgar oleh sesuatu. Perkara itu kerap berulang walaupun pihak pengurusan gudang membaiki pintu tersebut berulang kali.

Itulah sebabnya mengapa sektor gudang kapal di hangar 9 tidak lagi beroperasi dan di gunakan.

BERSAMBUNG...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience