Sebuah bot mewah mendarat tidak jauh dari pesisir pantai pulau peribadi milik keluarga Hardin.
Turun beberapa orang lelaki berpakaian koperat masuk ke dalam bot kecil menuju ke arah pulau berkenaan. Sampai sahaja di daratan, ketujuh mereka berjalan menuju ke arah MPV Lexus untuk pergi ke villa yang berada tidak jauh dari situ.
*
Selama beberapa hari Fiona dipindahkan, layanan yang diterimanya disini agak mengejutkan. Dia dilayan seperti seorang puteri. Pakaiannya serba indah dan berjenama. Makanan yang dihidangkan kepadanya juga bukan kebiasaan yang pernah dia makan sewaktu berada di rumah bawah tanah usang itu.
Setiap hari dia dihidangkan dengan pelbagai menu mewah.
Adakah dia sedang bermimpi?
Sekali lagi dia mencubit tangannya dengan kuat.
"Argh!" Dia menjerit sendiri saat merasa sakit pada pergelangan tangannya.
Ternyata ini bukan mimpi.
Fiona duduk dimeja makan. Hidangan stik yang berada dihadapannya ditatap lama. Dihadapannya terdapat hidangan lain selain salad, kentang, asparagus dan buah-buahan segar.
Seorang pelayan datang menghidangkan pencuci mulut.
"puding trifle" ujarnya lembut sambil tersenyum.
"Er, tapi..makanan dihadapanku ini masih banyak. Lihat saja piring dihadapanku ini" Fiona menunjukkan hirisan daging yang masih bersisa 70% dari porsi yang dia baru jamah.
Pelayan itu tersenyum.
"Tidak mengapa. Ambil sahaja seberapa banyak masa yang Miss ada"
Dia kembali berdiri tidak jauh dari situ, seolah-olah seperti pengawal.
Fiona terpinga.
"Kenapa berdiri disana? Lebih baik awak ikut duduk disini dan menjamah makanan ini bersama" luah Fiona tidak senang.
Wanita itu menunduk sebelum bersuara,
"Maaf, tidak boleh. Saya hanya menjalankan tugas" jawabnya patuh.
Fiona semakin bingung. Begitulah setiap hari apabila dia cuba mengajak wanita itu makan bersamanya.
'Tugas? Siapa yang tugaskan kepadanya?' Fikirnya keras.
Bunyi kata kekunci pintu berdenting satu persatu sebelum alarm buka berbunyi. Pintu besar terbuka.
Wanita yang berdiri di hadapan meja makan kaget.
Adakah Tuan Hardin datang? Kenapa tidak dimaklumkan padanya terlebih dahulu?
Eh! Kenapa harus dimaklumkan dahulu sedangkan dia hanya pekerja disini dan Tuan Hardin merupakan majikan dan owner pulau dan villa ini, desisnya dalam hati.
Terpancul susuk tubuh yang langsung tidak dia duga bersama 6 lelaki lain, kemas mengenakan pakaian koperat masuk ke dalam villa.
Kesemua mereka kaget ditempat termasuk pekerja wanita itu dan Fiona.
*
Sebuah motor bot mewah tiba di jeti pulau.
Hardin yang tadi sempat melihat sebuah bot mewah tidak jauh dari tempat mereka turun.
Dia mengamati bot tersebut dan dia kenal benar dengan pemiliknya.
'Damn!' kutuknya dalam hati.
"Itu bot siapa?" soal Fea sekadar ingin tahu.
"Nobody. Come honey" Hardin menarik tangan Fea pantas, berlari ke arah villa yang berada hampir 150 meter dari pesisir pantai.
*
"Siapa kamu? Bagaimana kamu boleh ada disini?" soal salah seorang lelaki yang agak berusia namun masih terlihat tampan dan bergaya.
Fiona gugup.
"M..m..maaf Tuan. Ini sahabat Tuan Hardin" jawab pembantu wanita itu gugup.
Lelaki itu masih menatap tajam ke arah Fiona.
"Tuan Hardin yang mengarahkan Miss Fiona tinggal disini buat sementara waktu, maaf" ucap wanita itu lagi sambil menunduk beberapa kali memohon maaf.
"Dimana Hardin!?" soal lelaki itu bersuara tegas.
"Tuan Hardin..."
Pintu besar terbuka. Sontak kesemua mereka menatap kearah pintu besar.
Hardin terkesiap. Wajahnya pucat pasi saat melihat pemilik utama villa ini disini.
"Hardin!" Suara lelaki itu lantang.
Hardin mara ke hadapan lelaki itu sebelum melonggarkan tali leher yang rasa mencekik lehernya sehinggakan membuatkan dia sukar untuk bernafas.
"Papa" ucapnya sambil menundukkan wajah.
Bill Mcnelly, bapa kepada Hardin juga merupakan pemilik sah pulau dan villa yang mereka berada sekarang ini. Merupakan seorang yang sangat tegas dalam setiap hal termasuk kehidupan peribadi anaknya. Dia juga merupakan antara 10 orang terkaya di negara Eropah. Untung sahaja dia ditakuti dan disegani oleh orang-orang tahap bawahan.
Fea tergamam. Dia fikir, Fiona bersendirian di pulau ini. Ternyata sangkaannya salah.
'papa?' hujung bibirnya terangkat. Hari ini merupakan hari bertuahnya. Buat pertama kalinya dia datang kesini lalu bertemu dengan bapa Hardin.
Fea menoleh kesamping.
'Fiona!' Tanpa menghiraukan yang lain, dia segera mendapatkan Fiona.
"Fi"
"Fea"
Kedua mereka berpelukkan buat beberapa ketika sehinggakan kesemua mata tertumpu kearah mereka.
"Awak ok?" soal Fea sebak sambil menilik tubuh dan tangan sahabatnya resah.
"Aku tak apa-apa.." jawab Fiona sambil tersenyum. Wajahnya tampak gembira bercampur sedih.
"Tapi tubuhmu susut sekali. Kamu sakit?" Fea kurang senang.
Fiona menggeleng pantas. Bulir jernih jatuh ke pipinya. Dia bersyukur kerana Fea berjaya menemuinya setelah hampir sebulan dia diculik.
"Ada apa ini? Lakonan apa yang kamu cuba buat di sini?" suara Bill tegas.
Fea dan Fiona tersentak.
Kedua mereka membetulkan kedudukan, mula berdiri menghadap lelaki itu.
'Ternyata lelaki tampan ini adalah bapa kepada Hardin.' suara Fiona dalam hati.
Dari pengamatannya, dia tahu, lelaki ini tentu tidak tahu apa sebenarnya yang dilakukan oleh anak lelakinya ini.
'Ini adalah masa yang terbaik' Fiona menyungging senyum.
"Ada sesuatu yang saya hendak sampaikan kepada Tuan." suara Fiona dengan berani.
Fea dan Hardin menoleh tepat ke arah Fiona.
Peluh mula membasahi dahi Hardin.
'Gawat! Papa tidak boleh tahu hal yang sebenarnya.' gerutunya.
"Katakan segera. Setelah itu, kamu semua sila keluar dari sini" tuturnya tegas. Dia tidak kenal dengan dua wanita muda ini. Jelas-jelas sudah ada papan tanda besar dihadapan jeti saat tiba di pulau ini,
KAWASAN LARANGAN! TANAH HAK MILIK PERIBADI!
"Baiklah" jawab Fiona tenang.
"Sebenarnya.."
"Kami semua mahu bercuti disini" celah Hardin pantas.
Bill yang tadi tertarik mahu mendengar penjelasan Fiona, kini mencerlung tajam ke arah anak lelakinya.
"Apa benar?" Soalan itu berbalik kepada Fiona semula. Fiona menoleh ke arah Hardin dan berbalik semula kepada Bill.
"Err.." Fiona mula gugup.
Dia menarik nafas dalam sebelum menghembuskannya dengan perlahan.
"Tidak!" jawab Fiona dengan berani sambil melawan tatapan mata Hardin.
Wajah Bill memerah.
"Jennifer" panggil Bill kepada pembantu wanita tadi.
"Tuan" jawabnya patuh.
"Tolong bawa keenam tetamu saya ke ruang rehat. Hidangkan dahulu mereka dengan makanan dan minuman" arahnya tanpa memandang ke arah pembantu wanita itu. Matanya masih lekat pada wajah anak lelakinya.
"Baik, Tuan" Keenam ahli koperat itu membuntuti langkah Jennifer. Kita yang tersisa disitu hanya Bill, Hardin, Fea dan Fiona.
Ketika mereka sedang berdiri tegak seolah-olah berhadapan dengan tuan besar saat menanti hukum.
"Katakan yang sejujurnya sebelum kamu berdua diambil tindakkan!" suara Bill. Nada suaranya mula perlahan namun masih ada ketegasan.
"Kamu berdua tahu ini adalah kawasan larangan dan jika disabit kesalahan, kamu akan didenda sebanyak 500 ribu US Dollar seorang." sambungnya lagi sekadar mengingatkan.
Fiona terkesiap!
"Papa.."
"Tuan, jika tidak keberatan, boleh saya tahu siapakah nama anda?" Fea mencelah. Tutur katanya begitu sopan dan lembut.
Bill memandang tepat ke wajah wanita muda dihadapannya.
"Kamu tidak mengenaliku?" suaranya hairan.
Kemudiannya dia tersenyum.
'Mana mungkin anak-anak muda taraf bawahan mengenalinya. Hanya golongan elit dan pembisnes sahaja yang mengenalinya.
Fea tersenyum seraya menggeleng.
"Aku Bill Mcnelly"
Fea tergamam. Dia cuba berfikir keras.
"Memiliki beberapa buah syarikat di setiap negara Eropah dan salah satu syarikat besarku berpusat di Kota London."
"TNT Microelectronics merupakan salah satu syarikat besar yang dimiliki dan sekarang ini pesat di Kota Perancis" celah Fea pantas.
Bill terdiam.
Hardin dan Fiona menoleh memandang ke arah Fea.
Fea menatap Bill lalu tersenyum. Dia kemudian menghulurkan tangannya, mahu berjabat salam dengan lelaki itu.
"Fea Greisy Reynard Ferguson, merupakan salah seorang COO di Co Lockwood di New York"
Sekali lagi Hardin dan Fiona tergamam. Ini merupakan pertama kalinya mereka mendengar nama panjang keluarga Fea yang sebelum ini tidak pernah diketahui kecuali para pembisnes level atasan.
"Reynard Ferguson? Rey..ayah kamu?" soal Bill dengan wajah terkejut.
Fea tersenyum lebar seraya mengangguk.
Lelaki itu menyambut huluran tangan Fea sebelum terkekeh ketawa.
"Aku pernah hadir ke majlis ulangtahun Rey dan aku tidak pernah tahu, Rey mempunyai seorang puteri secantikmu"
Fea menunduk malu saat menerima pujian itu dari Bill.
"Terima kasih" ucap Fea lembut.
"Mari, kita berborak disana" keempat mereka berjalan ke arah ruang tamu lalu duduk di sofa.
"Bagaimana keadaan ayahmu sekarang? Sudah lama aku tidak berjumpa dengannya. Terakhir kali aku berjumpa saat dia datang ke Paris menghadiri majlis konvokesyen anaknya."
"Itu majlis konvokesyen saya" jawab Fea jujur.
"Owh, begitu." ujarnya sambil ketawa.
Suasana yang tadinya tegang kini bertukar ceria.
"Ada apa kalian kemari? Tempat ini jarang berpenghuni. Selalunya dibiarkan kosong kecuali jika ada majlis atau keramaian. Hanya ada beberapa pembantu yang sesekali akan datang dan berkemas." ceritanya panjang lebar.
"Har bawa mereka untuk bercuti disini" helah Hardin tanpa membenarkan Fea atau Fiona bersuara.
Fea dan Fiona sekadar tersengih.
"Sebenarnya.."
Bunyi derapan sepatu di luar villa mengejutkan mereka.
"Siapa?" Bill bangun menuju ke jendela besar. Dia meninjau disana namun tidak terlihat kelibat sesiapa pun.
Dia melangkah ke muka pintu.
"Pa.." kata-kata Hardin terhenti saat pintu besar telahpun dibuka oleh Bill.
Siapakah tetamu Bill Mcnelly kali ini? Apa pula tektik yang Hardin cuba berselindung dari Bill? Selamatkah Fea dan Fiona dari Hardin?
Share this novel