bacdh 'Waaa Jodoh!'

Drama Series 49696

Hari ni Khaleeda sudah beritahu makcik Asma' pengurus rumah tahfiz hujung jalan dia tak ada buat masak-masak. Dia beritahu nak pergi ujian JPJ untuk lesen kereta.

Sedih hidup Khaleeda. Update diri pada orang lain sebab ibu bapa sendiri tidak ambil peduli. Makcik tu baik sangat. Budi bahasa dia bagus sungguh, segan Khaleeda. Langsung makcik tu tak menilai penampilan Khaleeda yang... hmmm.

Khaleeda suka berpakaian begini. Belum rasa nak berubah. Nantilah... kalau dia berubah sekarang bimbang tak istiqomah.

Masa muda ni la nak merasa berfesyen. Tapi dia tak ada buat perangai pelik yang lain-lain. Cuma tulah... aritu dia tersilap sebab main gogok saja.

Khaleeda sampai di kawasan sekolah memandu tapi masa belum 'time' jadi Khaleeda fikir baik dia alas perut dahulu. Tadi keluar rumah awal sangat, minum air pun tak sempat.

Khaleeda melangkah ke restoran mamak berhampiran tapi meja penuh. Penuh sebab meja untuk empat orang seorang seorang yang duduk. Lelaki pula tu.

Sedang tercangak-cangak meninjau, pandangannya terhenti di satu meja paling hujung. Waaa... jodoh!.

@@@@@@@

Yusoff pegang telefon bimbit tapi kepala ke lain. Dia sedang musykil yang amat. Apa kena dengan Hamzah? Apa masalah kawan seorang tu?.

Dia balik semalam pukul 11 lebih malam. Kalau rumah arwah mama jarang dia balik cepat. Kena tunggu Yunus. Penat hidup macam tu. Nak balik rumah sendiri pun serba salah.

Tapi semalam malam pertama tidur rumah Hamzah jadi dia balik cepat nak baring luruskan badan dengan selesa. Dah mandi, solat, baca buku sikit sebab ada dua kertas periksa lagi terus dia tidur.

Tengah malam terjaga nak ke tandas. Dia dengar bunyi esakan. Sayu amat bunyi esakan tu. Meremang jugalah bulu roma dia.

Dah dengar mestilah nak kena ambil tahu. Karang tertanya-tanya tak boleh tidur pula. Dia tolak perlahan-lahan pintu bilik Hamzah sebab bunyi tu dia yakin dari situ.

Hamzah menangis!.
Hamzah menangis atas sejadah. Menadah tangan ke langit berulang-ulang berdoa memohon keampunan Allah. Dia yang melihat pun jadi bergenang air mata. Menyentuh perasaan sungguh!.

Bagusnya Hamzah! dia banyak masalah dia mengadu pada Allah. Dia tahu Hamzah tertekan dengan masalah keluarga. Mama Hamzah tak suka dia sebab muka dia sebijik rupa Pakcik Adnan versi muda.

Tapi Yusoff musykil juga kalau sebenarnya Hamzah ada masalah lain. Atau masalah keluarga Hamzah lebih besar daripada sekadar sakit hati bekas isteri kepada bekas suami.

Cara Hamzah berdoa tu macam dia ada bunuh orang pulak. Biasanya mamat ni tak ada rahsia dengan dia. Bukan cara Yusoff nak desak-desak orang luah perasaan sebab dia pun suka simpan sendiri masalah hidup dia.

Tunggu sajalah kalau Hamzah nanti nak luah pada dia. Tapi serius... memang dia musykil sangat nak tahu!.

"Assalamualaikum..."

Yusoff tersentak.
Aik! awal sangat-sangat lagi scammer nak minta derma atau jual barang.

Lambat-lambat Yusoff angkat kepala apabila sosok seorang perempuan yang berdiri di tepi mejanya tidak beralih walau dia tidak menjawab salam dan hanya menjawab di dalam hati.

"Assalamualaikum..." sekali lagi.

Pandangan mereka bertaut. Mata bundar yang cantik itu seakan tersenyum seperti bibir tuannya. Mata tu bahaya sungguh!.

"Waalaikummussalam."

Tegas suara Yusoff. Dia kena kebal, dia tak boleh jadi macam budak-budak lain tu. Perempuan depan dia ni bawak virus.

"Boleh Di tumpang duduk sini? Meja lain dah penuh."

Yusoff yang tinggi lampai walaupun duduk senang sahaja meninjau ruang dalaman restoran. Orang tak adalah ramai tapi meja penuh sebab semua duduk satu meja seorang.

"Duduklah."

Aduh... dia dahlah belum dapat pesanannya lagi. Tadi ane mamak tu kata ada orang pesan untuk bungkus dalam jumlah yang banyak jadi kena tunggu lama sikit.

Budak tu dah duduk depan dia. Hari ni elok sikit pakaiannya. Baju kemeja warna biru tua kotak-kotak garis merah jambu, dipadankan dengan seluar jeans kain lembut warna biru cair. Rambut diikat tinggi gaya ekor kuda.

"Abang Usop nak test JPJ juga ke?"

Oh, budak ni ada ujian JPJ untuk lesen kereta rupanya. Eh, kejap! apa dia tanya aku tadi? Ingat aku sebaya dia ke?.

"Tak."

Sepatah dan tegas, bagi 'hint' pada si dia jangan tanya lagi rengus Yusoff. Berubah air muka budak zombie. Nampak jatuh terus bahu dia tak jadi menggedik nak senyum-senyum.

"Minum?".

Ane berbaju hijau datang sambil lap meja hadapan budak zombie padahal dah bersih. Miang!...

"Teh ais, roti telur satu."

Ane mamak berlalu pergi. Budak zombie terus senyap tak bertanya apa-apa lagi. Merajuk? Ada aku kisah!

@@@@@@@

Makanan dia dengan mamat perasan bagus di hadapannya sampai saing. Khaleeda mula menyuap tapi dia lihat roti tampal Yusoff dah habis separuh. Laju gila makan. Kebulur ke?.

Bila Khaleeda habis separuh Yusoff sudah angkat punggung berlalu ke kaunter meninggalkan meja dengan pinggan dan cawan teh tariknya yang sudah kosong.

Hmm... pinggan tak retak, nasi tak dingin, orang tak nak, aku pun tak ingin!

Ye ke Di? satu suara dalaman menyoalnya. Ingin... tapi kalau dah sombong macam tu baik tak payah. Merayu pada yang sudi kata nasihat orang dulu-dulu.

Ketika giliran dia pula sudah siap makan dan ke kaunter untuk membayar budak kaunter tu cakap makanan dia abang 'handsome' dah bayar.

Hihi...
Mungkin dia yang buruk sangka. Mungkin betul cakap Hamzah dan Michan cara Yusoff memang begitu dengan orang yang dia tak rapat.

Macam mana ye nak rapat dengan Yusoff?. Nak guna Hamzah... memang taklah kan!.

@@@@@@@

Mama dan Papa dan balik. Belikan Khaleeda set perhiasan mutiara dari Sabah. Cantik! tapi... hulur macam tu saja. Tak ada tanya khabar, tak ada tanya dah makan ke belum.

Mama dan Papa penat sangat nak rehat...

Itu saja dan berlalu ke tingkat atas. Tinggallah dia seorang diri di sofa dirasuah untuk bersyukur menerima hadiah set mutiara, ikan bilis, ikan kering dan udang kering Sabah.

Sabarlah Di...
Alhamdulillah ada sosok mak ayah, duduk rumah besar. Makan pakai cukup, duit belanja tak pernah putus. Untuk semua perkara itu ada harga pengorbanan yang harus dia bayar.

Okaylah...
Ikan bilis banyak ni dia nak buat sambal bilis kering banyak-banyak hantar kat pusat tahfiz hujung jalan sana.

@@@@@@@

Lebih dua minggu masa berlalu sejak...

Macam mana kalau...
Tangan Hamzah mengeletar. Nafas dia jadi pendek dan termengah-mengah. Tekaknya loya yang amat. Hamzah campak span ke dalam baldi berisi air sabun dan berlari ke longkang.

Uweekkk...

Segala isi perut yang tak berapa terisi keluar semuanya. Hamzah cuba berdiri berkuat pada dinding kedai basuh kereta. Pandangannya berbalam kerana kepalanya pening.

Dia betul-betul rasa tak sihat. Pagi tadi kertas akhir periksa STPM dia bantai tulis sahaja. Kepala dia kosong sekosong kosongnya.

Dia duduk di tangga belakang kedai dengan tubuh menggigil. Badannya rasa seram sejuk dia tak ada selera makan sejak malam kejadian.

Ya Allah...
Tolong ampunkan dia. Dia terkhilaf dia terpedaya dengan hasutan syaitan sementelah rasa suka dan sayang yang amat pada Khaleeda.

Dia mahu berterus terang, dia mahu bertanggungjawab.

Allah!!!
Berapa umur Khaleeda!?.
Bila hari lahir Khaleeda?.
Kalau bawah umur dia akan dituduh memperkosa!.

Allah!!!
Macam mana ni!?
Apa dia nak buat!?
Apa patut dia buat!?
Berterus terang?
Lari?
Pilihan mana yang bagus!?.

"Wei! Am!"
"You kenapa? Tak sihat ke?".

Hamzah buka mata terpejam yang sarat dengan air mata. Uncle Logesh di hadapannya memandang dengan wajah prihatin.

Lelaki sebaya bapanya itu duduk mencangkung di sebelah Hamzah kemudian memicit-micit perlahan bahu Hamzah.

"You kenapa? Sudah banyak hari uncle tengok you lain macam. Sudah jumpa doktor belum?"

Suara itu lembut dan ikhlas bunyinya tapi Hamzah tiba-tiba diserang rasa marah dan mahu dihambur rasa marah itu kepada uncle Logesh.

Semua ini terjadi sebab anak uncle Logesh. Kalau Kirtikesh tidak pelawa dia menyertai majlis hari jadi di karaoke pada hari kejadian mesti semua ini tak berlaku.

Mesti dia cuma jalan-jalan dengan Khaleeda dan hantar gadis itu balik ke rumah berkongsi teksi yang sama sahaja.

Kalau dia tidak sertai majlis hari jadi Kirtikesh mesti Khaleeda tidak tersalah minum minuman dalam tin. Kirtikesh yang kata semua makanan dan minuman halal.

Hamzah ramas kuat rambut di kepala dan tergeleng-geleng menidakkan takdir yang telah terjadi.

"Uncle rasa baik Am balik rehat. Tunggu sini, uncle panggil Mithran hantar awak pergi klinik lepas tu hantar awak balik okay."

Ya Allah! Ya Allah! Ya Allah!
Dia takut neraka jahannam!.

terima kasih yg sudi bce. okay tbe Bab ni Sy dh confused plk. nk buat Hamzah hero ke Yusoff hero. ce Komen. yg blom follow pls follow. tqvm. Sy skg asik teralih perhatian. msuk nk tulis tp nti Sy suka nk bce cite kwn2 lain. lps tu tk ckup mse nk msak la anak nk sklh la rmh lg tbe2 seben dh blik eh dh mlm nk kena tgok anak keje sklh plk. huhu sebenarnya idea tk brpe cantik. tulis2 padam smla. hmmm tu je nk mengarut. tqvm yg sudi bce, Komen dan follow

Share this novel

Nani Silong
2024-06-13 21:56:44 

Mlm ni ada update tak... Asyik jenguk kut ada dida


NovelPlus Premium

The best ads free experience