BAB 1

Romance Series 11762

"CUT! Okay guys we wrapped up for today. Tomorrow just scene Ika dan Damien. So, yang lain boleh berehat lah ya," ujar Ezad selaku pengarah produksi JelitaEva Sdn Bhd.

Zulaika Imani menapak terus ke bangku untuk melepaskan penatnya dahulu. Lepas itu, barulah dia akan ke exchange camp untuk penukaran baju.

Sambil memutar penutup botol air mineral. Mata yang sudah ditanggalkan fake eyelashes memerhati tingkah Damien yang sedang berbincang sesuatu dengan Ezad. Mungkin untuk babak keesokkan hari, kut.

Tersenyum sendirian bila teringatkan babak romantis mereka tadi.

"Eh, nyah kau menung apa? Kau ni kan dari dok usyar mamat Damien tu dari jauh je kan... baiklah kau pi cakap kat dia yang kau ni dah lama syok kat dia. Ini tak, dok usyar pastu tersenyum-senyum. Tersenyum-senyum macam orang mabuk kepayang," tegur Didi Elias a.k.a Hadi Elias tukang mekap produksi JelitaEva.

"Kau ni kan, nok. Nasib baiklah aku ni tak ada serangan heart attack. Kalau tak ke?" Bidas Zulaika cuba menutup, tindakan mengintip sang pujaan hati dari jauhnya tadi.

Didi Elias yang terkipas-kipas mukanya itu hanya tersenyum simpul serta sinis. Cemik-cemik bibirnya.

Damien pula setelah selesai berbincang terus melangkah ke arah meja di mana adanya Zulaika Imani dan Didi Elias.

"Hah, tu. Tu, buah hati pengarang jantung kau dah datang tu. Aku bangunlah dulu ya, nok... gud luck..." Usik si Didi Elias dengan tubuh geliat-geliutnya itu.

Nak saja rasanya Zulaika Imani menduku kepala berambut kepuk-kepuk ala Nicki Minaj itu, dengan botol mineral kosong di tangannya itu.

"Eh, sorry. Sorry bang..." ucap budak bahagian wardrobe itu. Dia tidak sengaja.

"Takpe. Takpe, bawalah sikit-sikit lain kali baju-baju tu," ujar Damien ramah. Tanpa sedikit pun ada rasa marah.

"Ye, bang..." Jawab si budak Wardrobe itu sambil tertunduk-tunduk. Tangan penuh semula dengan beg-beg khas pakaian para pelakon.

Setelah budak itu pergi. Damien tersenyum pada Zulaika Imani. Dia tahu, gadis itu juga sedang menanti ketibaan dia di meja.

'Seriuslah... kenapalah dia ni hensem sangat. Dahlah muka mirip Hun pelakon peberet aku...' Desis hati miang Zulaika Imani.

Tangan mencapai beg. Beg yang terbuka itu terus dia tarikkan zip nya tanpa menyedari ada sampul surat di dalamnya.

Damien yang tetap dengan wajah manisnya sudah pun tiba. Tanpa di pelawa, dia terus saja duduk mendepani Zulaika Imani.

"So, how for today? Esok scene kita berdua saja kan? Nak praktis tak before we go back? Lagipun, dalam lapan malam nanti I ada studio photoshoot pula. You?" Soal Damien.

"Same also. Got shoot but on nine. So, kalau you takde apa-apa hal nak praktis. I okay saja," jawab Zulaika Imani.

"Okay. Why not kan," jawab Damien dan mereka berdua langsung membuka skrip drama bertajuk' Dia Mimpi Aku'.

Sehingga ke saat itu, kesemua pelakon mengingatkan skrip itu hasil tulisan si tuan pengarah tetapi yang sebenarnya Ezad dapat dari emel tanpa dia ketahui siapa.

Ezad membaca skrip itu terlebih dahulu. Dan iya, dia juga menyukai jalan ceritanya. Dan lebih menguntungkan dia si ghost writer itu terus memadamkan emelnya tanpa ingin menanti bayaran dari produksi. Pelik.

"Scene ke dua puluh kan?" Soalan daripada Damien mendapat anggukan dari Zulaika Imani.

Lalu mereka terus melakonkan watak masing-masing dengan penuh penghayatan. Namun sesekali, terselit juga dengan gelak tawa.

"Hoi! Tak dengar ke tuan direktor panggil kau, nok..." Tegur Didi Elias seraya menampar bahu Afiq.

"Hah! Ya. Ya." Afiq hampir-hampir saja nak termelatah makian setelah menerima tepukan tersebut.

Didi Elias menggeleng seraya melenggang-lenggok menuju ke arah meja sajian. Van yang membawa makanan sponsor dah lama sampainya.

Afiq pula terus berlari namun sempat lagi memerhati pasangan dua sejoli yang sedang bertepuk-tampar itu. Comel tingkah Zulaika terpekup mulut.

"Kau tadi tak dengar ke abang panggil?" Sembur Ezad bila Afiq sudah pun sampai sambil meminta maaf.

"Tak dengar, bang. Afiq ingatkan abang panggil Didi. Dia yang ada kat belakang Afiq tadi," jelas Afiq dengan jujur.

"Abang bukan panggil dia tapi kau. Tak apalah. Hah, abang nak tanya ni. Wardrobe untuk esok dah sedia ke?" Ezad bertanya.

"Dah, bang. Tadi dah Afiq stand by. Oh iya, scene untuk lawan-lawan tu nak tak Afiq call Brian? Stuntman kita tu?" Afiq mengajukan pertanyaannya.

Dia selain menjaga bahagian wardrobe sesekali menjadi runman juga.

Ezad membuka skrip dalam kepitan celah lengannya kembali lalu meneliti beberapa babak untuk esok, yang akan di adakan di Ipoh pula.

"Boleh juga. Alang-alang dah ke Ipoh. Boleh terus ke stesyen keretapi. Buat terus scene pergaduhan di antara Damien dengan geng Black Fox. Call dia nanti, minta dia ke Ipoh. Old town," arah Ezad. Afiq terangguk-angguk dan kembali semula ke wardrobe.

Afiq memandang ke arah meja. Damien dan juga Zulaika Imani sudah tiada. Yang ada hanya Didi Elias dengan Kak Soeraya penerbit bersekutu saja.

Afiq berpusing semula ke arah van untuk menyusun barangan props yang akan di gunakan untuk esok.

"Alamak! Baju!" Afiq menepuk dahi. Baru saja tadi dia berbincang dengan tuan direktor soal baju. Mahu atau tak, dia terpaksa kembali ke wardrobe tent semula.

Rakaman pada telefon pintar itu masih lagi berjalan sepanjang sesi Zulaika Imani sedang menyalin pakaian sambil bernyanyi lagu Jlo.

Zulaika Imani langsung tak menyedari segala perlakuannya itu sedang dirakam oleh seseorang.

"If you had my love
And I gave you all my trust.Would you comfort me?
And if, somehow you knew.That your love would be untrue.
Would you lie to me?
And call me baby..."

Semakin rancak dia bernyanyi seraya membuka ikatan sanggul. Mengibaskan rambutnya lalu mengumpul kesemua rambut dan diikat kuda setelah pakaian asalnya dikenakan pada tubuh menggiurkannya itu.

Setelah itu, Zulaika Imani menapak ke arah tirai bilik wardrobe buatan tersebut. Memandangkan sudah wrapped up jadi dia ingin balik.

"Eh, kak Zulaika. Afiq ingat akak dah balik. Nasib Afiq tak terus masuk ambik baju untuk esok," tegur Afiq terperanjat.

Zulaika Imani juga terkejut. Selak-selak saja tirai, terus berpandangan dengan Afiq. Memegang dada gadis itu keterkejutan dengan pertembungan tersebut.

"Terkejut akak. Akak dah ready dah. Dah nak balik pun. Afiq masuklah. Bye..." Ujar Zulaika Imani.

Afiq pun mengucap bye sama seraya menghantar kepergian model meningkat naik itu, ke arah lokasi penggambaran telemovie.

Lama Afiq tersenyum sendirian. Kemudian barulah dia menyelak tirai. Sedang dia melangkah dia tersepak sesuatu.

"Hmm... apa tu?" Soalnya lalu menunduk. Tangan mengambil benda tersebut. Cantik dengan hiasan renda-renda. Memegangnya lalu dibawa bersama.

Kemudian Afiq bergerak ke arah rel yang menempatkan gantungan baju-baju, untuk digunakan ketika shooting pula.

"Nak cari baju yang mana ya?" Afiq menyoal. Sambil jari mengetuk-getuk dagu. Dahi melukis garis berfikir.

Sementara Zulaika Imani pula sudah pun tiba di tepi kereta Porche warna biru lautnya. Damien pula sudah bergerak dahulu.

Afiq pula baru tiba di tepi van. Membuka pintu belakang lalu meletakkan beg-beg khas berzip yang berisi pakaian pelakon utama.

Kali ini beberapa keping gambar sewaktu Zulaika Imani ingin masuk ke dalam Porche nya pula dibidik sambil bibir nipis berkumis itu, melakarkan senyuman.

Assalamualaikum... karya latest dhia bg yg sudi bca

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience