44

Other Series 56144

ENAM TAHUN KEMUDIAN...

NATRAH melambai-lambai tangannya ke arah Erman dan Fariq yang berjalan ke arah Cikgu Malia. Setelah keduanya dibawa masuk ke dalam tadika oleh Cikgu Malia, Natrah berlalu menuju ke keretanya.

Baru saja hendak membuka pintu kereta, dia disapa oleh seseorang. Laju saja dia menoleh ke arah pemilik suara tadi. Dia berkerut memandang wanita itu dari atas ke bawah. Setahunya, dia tak mengenali pun siapa wanita itu. Tapi wajahnya seakan mengingatkan dia pada seseorang.

"Kau tak kenal aku lagi ke Ara?!"

"Errr siapa ye?" Takkanlah dia! Lain benar berubahnya.

"Ni Hasmalah! Kau tak kenal sahabat lama kau lagi ke?"

Wajah Natrah berubah riak. Dari riak keliru, kini dia mengukir senyum. Keduanya berpelukan.

"Ya Allah Hasma! Lain benar kau sekarang ni ye? Makin kurus nampak?!"

Dia sempat mengusik Hasma, gadis hitam manis yang totally sudah berubah itu! Dulu dia lain benar. Sekarang, huishhh! Makin cantik.

"Aku tahu" Hasma pusing badannya. Kemudian kembali menghadap Natrah. "Dulu aku 5XL, sekarang aku saiz L!"

Tergelak Natrah dengan kelakuan Hasma itu.

"Kau diet ea?"

"Aah. Tapi diet yang sihatlah! 4 tahun tau aku ambik masa nak kurus macam ni. Walaupun taklah sekurus dan seramping kau, tapi ada hasilnya jugak. Ehh, kau ni.." Hasma pegang kedua pipi Natrah.

"Kenapa makin kurus aku tengok? Eirfan tak bagi kau makan ea?"

Mendengarkan nama itu, hatinya dipukul sayu. Sudah enam tahun berlalu, baru pertama kali itu namanya disebut. Entah apa agaknya khabar si dia?

Hasma juga agak terkejut dengan penampilan terbaru Natrah yang kini sudah berhijab. Tampak manis di sebalik babyfacenya itu!

Natrah pandang wajah Hasma yang sibuk menilik wajahnya.

"Aku sibuk kerja. Sibuk besarkan anak" Itu saja jawapan Natrah. Tetapi itulah sejujurnya. Cuma part dia berpisah dengan Eirfan itu, nanti sajalah dia share..

"Takkanlah sampai kurus macam ni?"

"Alaa sibuk je tilik muka orang. Kau apa cerita?" Dia tepis tangan Hasma yang melekat pada wajahnya. Baca jampi agaknya perempuan ni!

"Aku... ha ha ha" Hasma sempat gelak. "Aku dah kawen"

Terbuntang biji mata Natrah mendengarkan itu. Dia tak tahu pun? Tapi wajarlah! Enam tahun dia menghilangkan diri dari semua orang. Masakan dia tahu-menahu semua itu. Ya, salah dia sebenarnya. Dia putuskan hubungan dengan Eirfan. Tapi larikan diri juga dari semua orang.

"Mesti kau terkejut kan? Yelah, siapa suruh kau senyap je enam tahun ni? Mana kau nak tahu cerita?" Hasma mulai menyetir.

"Ye ye! Salah aku! Tak payahlah menyindir. Kau ni dari zaman anak dara sampai sekarang, tak habis-habis nak sindir orang"

Hasma gelak besar. Berjaya kenakan Natrah. Tapi betul apa? Biarlah si Natrah tu terasa. Siapa suruh menyepi terus?? Padan muka!

"Ni..kau kawen dengan...siapa tu? Ala aku lupalah nama dia"

"Ilham"

"Haa ye. Ilham. Wahh, kawen jugak ea kau dengan dia!"

"Maunya tak! Akukan cinta mati dia"

"Yelah" Natrah mengekek. Hasma pun sama.

"Aku dah dua anak tau?"

"Laju kau buat kerja ye?" Giliran Natrah pula mengusik.

"Alaa kilang subur!" sahut Hasma sambil tergelak.

"Ehh lupa pulak! Kau buat apa kat sini?" tanya Natrah. Hampir terlupa dengan pertanyaan satu itu.

"Anak aku sekolah sini. Tadika Cerdik.Kau?"

"Laaa sama jugak?" Satu lagi kebetulan yang tak pernah dia jangka. Sejauh beribu batu dia larikan diri, Allah ketemukan jugak mereka di situ.

"Haipp!! Jangan cakap yang anak kau sekolah sini jugak"

"Aah" Natrah mengangguk. Menahan tawanya, lucu apabila kebetulan itu seakan jodoh pula.

"Erman dan anak kak Bihah, Fariq. Dorang kan sama umur. So sekolah sama"

"Laaa yeke? Tak sangka pulak kan? Anak aku perempuan. Mikayla. Aira Mikayla. Erman tu dah besar, mesti kacak macam bapak dia kan?"

Bicara Hasma membisukan Natrah. Ya, Erman seperti Eirfan! Tutur kata dan aura wajahnya salin tak tumpah meskipun mereka bukan sedarah.

"Ehh aku lupa pulak! Since kau dah kat sini, ni ada invitation untuk kau sekeluarga" Hasma menyerahkan sekeping kad berwarna biru kepada Natrah.

"Akikah?" Natrah membaca isi kandungannya.

"Yup. Untuk anak aku yang bongsu. Aiman Muzaimin. Baru nak masuk lima bulan. Nanti kau datanglah ye? Aku ada jemput Azizah jugak. Bolehlah kau berdua jejak kasih kat sana"

Natrah tergelak. Yelah kan? Apa agaknya khabar si Azizah itu?

"Kalau kau nak tahu pasal dia, kau datang ke majlis akikah anak aku. Aku tak boleh nak bagitau sebab aku tak tahu banyak pasal hidup dia. Dah kawen, ada anak ni, jarang dah kita orang catch up"

"Yelah. Nanti aku datang, In Shaa Allah"

"Nak nombor phone kau"

Hasma beri handphonenya pada Natrah. Kemudian mereka saling bertukar nombor.

"Okeylah Hasma! Aku kena gerak. Dah lambat nak masuk ofis"

"Okey, nanti kita chit-chat tau? Kau jangan nak larikan diri pulak lagi!" Hasma seakan mengugut.

"Yelah"

SELESAI sudah meetingnya dengan beberapa ahli lembaga syarikat, dia kembali ke biliknya. Duduk menghempas punggung di atas kerusinya sambil memejamkan mata. Seketika, wajah comel Natrah bermain-main di tubir mata.

Eirfan mengeluh. Betapa dia rindu akan wajah comel itu. Rindu akan suaranya. Rindu akan segala-galanya pada si jantung hati itu.

Enam tahun adalah tempoh yang sungguh menyiksakan bagi dirinya. Setiap tahun, dia sentiasa berharap akan dipertemukan dengan Natrah semula. Namun hampa. Natrah semakin menjauhinya. Bahkan rumah yang disewanya juga sudah ditinggalkan oleh Natrah. Perabot dan perkakas lainnya masih utuh di sana.

Natrah tak bawa keluar satu barang pun dari rumah itu. Bahkan babycot Erman juga masih kekal di situ. Teringat akan Erman, hatinya semakin dipukul hiba. Pasti Erman sekarang juga sudah enam tahun. Bagaimana agaknya khabar mereka sekarang?

Eirfan rindu. Benar-benar rindu!

Pinti bilik diketuk. Eirfan mengarahkan orang itu masuk. Terjegul wajah Ratikah di situ sambil membawa beberapa dokumen yang sempat dipinta oleh Eirfan barusan.

"Thanks" ucap Eirfan seraya meneliti satu-persatu dokumen itu.

"Why are you staring at me?" tanya Eirfan lagi. Dari ekor matanya, dia tahu Ratikah sedang galak memerhatikannya. Dan dia tak suka itu.

Alamak!! Macam mana dia tahu?!

"Hmm Miss Ratikah?" Eirfan angkat kepala, pandang wajah yang dalam ketakutan itu.

"Errr takde apa-apa bos. Saya suka je tengok muka bos" Atau sebetulnya, saya dah jatuh cinta dengan bos! Walah!

"Tapi saya tak suka awak pandang saya macam tu. Saya tak selesa, bukan sebagai seorang majikan dan pekerja. Tapi sebagai seorang lelaki dan wanita. Saya harap awak faham itu"

Ratikah mengangguk kepalanya. Dia tak pandang lagi dah. Dia tengok dari jauh je!

"And one more thing"

Ratikah menunggu bicara selanjutnya.

"Please don't wear short skirt to the office. Banyak mata-mata lelaki gatal yang awak tak tahu sedang perhatikan awak. Please note that"

"Okey bos!"

"TU DIA bos kita dah sampai. Jarang-jarang nak tengok dia datang sini"

"Kau tak payahlah nak perli aku Edri! Aku potong gaji kau nanti, menangis tak berlagu kau!" Eirfan sempat mengusik. Dia sudah pun duduk di sebelah Tom.

"Alaa gurau jelah! Jangan kau potong gaji aku bos"

Tom tergelak. Padan muka!

"Ni.. " Eirfan menyerahkan beberapa envelop kepada Tom. "Gaji korang bulan ni. Ada nama kat envelop tu. Pandai-pandailah korang cari sendiri"

"Yeayy!! Dia sudah mariii!! Gaji sudah masyukkk" Tom berlagu riang sambil berjoget. Geram dengan kelakuan Tom, Edri baling sebiji kusyen ke arah Tom.

"Ambik kau!"

Eirfan mengekek. Happy sebenarnya dapat jejak kaki ke bengkelnya. Sudah enam tahun dia tinggalkan bengkel tersebut di atas tangan Edri dan Tom. Dia percayakan mereka berdua. Atas rayuan dan desakan Datuk Elias dan Tuan Kassim, dia kembali semula bekerja dengan mereka. Tapi dia tak mahu berkhidmat di TK Corporation. Oleh sebab itu, Datuk Elias memberikan sepenuh kepercayaan kepadanya untuk memajukan El Legacy. Lagipula, dia kini sudah kembali ke banglo lamanya.

Hubungannya dengan Datuk Elias dan Datin Jenny juga sudah kembali pulih.

"Kau tak nak balik sini ke bos?" Edri menyoal.

"Aku nak sangat. Tapi company pun perlukan aku. Aku lagi suka kerja kat sini. Lebih santai, lebih fun. Tapi apakan daya..aku tak boleh tinggalkan daddy dan atok aku. Dorang lebih perlukan aku"

"Kita orang sunyi bila kau takde bos. Walaupun dah enam tahun berlalu, tapi masa dengan kau memang tak dapat kami nak lupakan"

"Tu dia.. ayat-ayat cinta merapu dia dah datang!" sindir Edri lagi.

"Tak betul ke?" tanya Tom kembali.

"Dahlah korang ni! Nak bertekak aje kerja dia! Nanti aku tak datang sini lagi, baru tahu"

"Gurauan di siang hari bos" sahut Edri lagi.

"Aku nak tidur sini jap"

"Laaa lagi? Macam takde rumah je kau ni bos! Rumah je besar, mewah. Sini jugak kau nak lena" Tom sudah membebel.

Eirfan pasang telinga saja. Dia bukannya tak nak kembali ke rumah namun jiwanya rasa sepi. Sekurang-kurangnya, dia tak rasa sunyi sangat jika dikelilingi oleh Tom dan Edri yang selalu menghiburnya.

Tambahan pula, dia sebenarnya berharap dapat bertemu kembali dengan Natrah di situ. Walaupun tak mungkin tapi tak salah jika berangan bukan?

NATRAH menghempas punggung di atas kerusi. Bibirnya memuntahkan keluhan panjang. Waktu masih pagi tetapi terasa seakan masa berjalan terlalu panjang.

Dia pandang skrin telefon bimbitnya. Hasma menghantar pesanan dan menambah dia ke dalam kumpulan chat. Di situ ada Azizah juga. Dia tergelak kecil tatkala membaca nama kumpulan tersebut.

'Wonder Women!'

"Gelak sakan je? Ada apa-apa ke?"

Natrah menoleh tatkala ditegur oleh Hamizan, salah seorang pekerja di situ.

"Ohh tak.. Ni, kawan saya. Dia share somenthing yang funny. Sebab tu saya gelak" bohong Natrah. Dia malas hendak memanjangkan topik perbualan, apatah lagi kalau ianya melibatkan Hamizan. Lelaki itu selalu saja cuba menyibuk atau ambil berat akan dirinya. Sedangkan dia tak selesa diperlakukan seperti itu.

"Kawan lelaki ke?"

Berkerut dahi Natrah tatkala pertanyaan itu singgah di cuping telinganya. Sibuk betul!

"Taklah! Kawan perempuan. Lama tak jumpa. Tadi terserempak dengan dia. So adalah borak sikit-sikit"

"Ohh saya ingatkan kawan lelaki. Kalau kawan lelaki, awak kena hati-hati sikit. Takut dia ada niat lain"

Bicara Hamizan hanya dijawab dengan anggukan saja. Malas dia nak bermesra sangat dengan Hamizan. Dia benar-benar tak selesa.

"Okeylah Natrah! Saya ada kerja ni. Nanti kita borak lagi ye?"

"Yelah"

Fuhhh! Selamat!

Natrah lihat Fatin baru saja tiba. Jam di tangan dikerling sejenak. On time!

"Awal kau hari ni"

Fatin tersengih-sengih. "Biasalah! Ada grab yang tolong hantarkan"

Natrah menggeleng kepala. Grab yang dimaksudkan adalah Yunus, lelaki yang crush dengan Fatin sejak dari dulu lagi.

Sejak dia berpindah keluar dari rumah Eirfan enam tahun lalu, dia sempat menghubungi Fatin, sahabat kecilnya yang sama-sama membesar di kampung untuk meminta bantuan. Mujurlah ada Fatin yang sedia menghulurkan tangan.

Dia berpindah ke rumah Fatin bersama Erman yang ketika itu baru berusia setahun lebih. Melalui Fatin, dia dapat kerja di situ. Dan kini, sudah masuk lima tahun dis berkhidmat di situ.

Segala yang telah berlaku di dalam hidupnya sudah diceritakan kepada Fatin. Bahkan kehadiran Erman dan siapa gerangannya Eirfan juga sudah Fatin sedia maklum.

Dia bersyukur kerana masih diberi kesempatan bertemu dengan insan yang baik. Beberapa tahun lalu ketika sedang memandu, dia mengalami kemalangan. Usia Erman ketika itu sudah masuk dua tahun. Ajaibnya, Erman yang terpelanting keluar bisa terselamat daripada maut itu.

Kasih sayangnya pada Erman semakin menambah tatkala anak seusia iti bisa secerdik dan secergas itu. Dia tak menyangka Erman begitu menyayanginya. Kerana ketika kemalangan itu berlaku, dialah orang pertama yang dicari oleh Erman.

Asbab dari kemalangan itu juga, dia tekad untuk merubah kehidupannya dan menjadi lebih baik dari masa lalu. Dia juga sudah lama memaafkan arwah Ehsan. Cuma belum berkesempatan untuk menziarahi kuburnya.

"Kau ni.. serius ke dengan Yunus tu?"

Fatin sudah melabuh duduk di atas kerusi. Pertanyaan Natrah dibiar sepi. Pesanan yang baru masuk dibaca dengan senyuman melebar.

"Tak tahulah!" Agak lama barulah Fatin menjawabnya. Sebenarnya dia sukakan Anas, sahabat mereka sewaktu kecil. Tapi Anas pula tak pernah nak faham isi hatinya.

"Kau jangan nak mainkan perasaan dia sudah! Nanti terpampang kat berita kes wanita kena bunuh gara-gara permainkan perasaan lelaki"

"Weiii!! Chopp!! Ee sisih malaikat 44!"

"Haaa tahu takut!"

"Alaa pandailah aku cover! Kau kan tahu kawan kau ni frust menonggeng. Hu hu"

Natrah menggeleng kepala dengan sikap tak acuh Fatin itu.Dia hanya risaukan keselamatan Fatin. Buatnya si Yunus itu buat hal yang pelik-pelik. Tak ke naya?

"Nanti lunch tak payah keluar ke cafe"

"Apasal pulak?"

"Someone is here to buy us one!"

Fatin mengenyitkan matanya kepada Natrah yang sudah menggeleng kepala memandangnya.

Share this novel

Norzilawati
2024-12-15 08:44:34 

awaiting next chapter ..

Nurhayati Mohd Salleh
2024-12-12 18:47:00 

next chapter..


NovelPlus Premium

The best ads free experience