Completed
42423
Pagi esoknya, suasana tenang menyambut permulaan hari baru, tetapi dada Irwansyah masih terasa sesak dengan peristiwa semalam. Dia menepikan keretanya di hadapan pagar rumah Saif, tempat yang sama yang menjadi saksi pergolakan emosinya malam tadi. Jari-jarinya mengetuk-ngetuk stereng kereta, dan sesekali dia menjeling ke arah rumah tersebut.
Tak lama kemudian, pintu pagar dibuka perlahan. Safira keluar dengan wajah tenang, memakai blouse biru lembut dan selendang polos, kelihatan ringkas tapi tetap menawan. Irwansyah terdiam seketika, hanya menatapnya tanpa kata.
Safira membuka pintu penumpang hadapan dan masuk tanpa memandang Irwansyah. Namun dia dapat rasakan pandangan lelaki itu tidak beralih dari satu arahāke arah rumah.
āGerak, kalau tak kita lambat nanti,ā tegur Safira, suaranya tegas dan sedikit geram.
Irwansyah hanya mengangguk. āOkayā¦ā
Dia mula memandu perlahan keluar dari kawasan perumahan, namun dari ekor matanya, dia sempat mencuri pandang sekali lagi ke arah rumah Saif. Pandangannya seakan-akan melekat pada jendela yang sama seperti malam tadi.
Safira perasan gerak mata Irwansyah, dan dia menghela nafas perlahan. āKau pandang apa lagi?ā soalnya tiba-tiba, mata masih memandang ke depan.
Irwansyah tersentak kecil. āTak ada apa-apa. Aku cuma⦠tengok rumah.ā
āRumah tu ke, atau seseorang dalam rumah tu?ā tanya Safira, kali ini lebih menyindir.
Irwansyah terdiam seketika, kemudian menjawab perlahan, āAku tak boleh tipu, Fira. Aku masih⦠tertanya-tanya.ā
āDan kau akan terus tertanya-tanya,ā balas Safira pantas. āSebab itu bukan urusan kau.ā
Irwansyah mengetap bibir. āAku tahu kita dah setuju untuk pura-pura jadi pasangan yang masih bersama, sekadar untuk urusan wasiat. Aku ikut sebab itu janji kita. Tapi⦠aku manusia juga, Safira. Aku ada hati. Aku ada rasa ingin tahu.ā
āDan rasa ingin tahu kau boleh membunuh, Irwan. Kau sendiri yang dulu buat keputusan nak angkat kaki dan buang semuanya. Jadi sekarang, jangan pandang belakang dan fikir kau ada hak.ā
Irwansyah memandu dalam diam, matanya tetap curi-curi melirik ke cermin sisi, ke arah rumah yang makin menjauh.
Wajah kecil Aydeen terbayang dalam fikirannya. Suara halus anak kecil itu yang memanggil āMummyā masih terngiang-ngiang dalam kepala. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia begitu terusik dengan semuanya. Bukankah dia yang cakap dia tak peduli? Bukankah dia yang pernah berpaling?
Dan sekarang, dia sendiri tidak pasti sama ada dia mampu fokus kepada urusan wasiat semata-mata.
āCukuplah tu Irwan. Tak ada antara kita yang nam perkahwinan ni. Kita berkahwin atas keinginan datuk,ā
KERETA bergerak perlahan di atas jalan raya, suasana dalam kenderaan penuh ketegangan yang semakin jelas terasa. Irwansyah mencengkam erat stereng, cuba menahan gelora dalam hati yang tak sudah-sudah. Matanya menatap jalan tapi fikirannya jauh melayang entah ke mana.
āAku⦠masih perlukan penjelasan, Safira,ā suara Irwansyah akhirnya pecah kesunyian, nadanya tenang tetapi penuh desakan.
Safira menarik nafas perlahan, masih membisu. Matanya lurus ke depan, enggan memandang wajah lelaki di sisinya.
āSafira, pleaseā¦ā Irwansyah cuba lagi, kali ini dengan nada sedikit merayu. āAku tak minta banyak. Aku cuma nak kau jelaskan semuanya dengan jelas. Aku⦠aku keliru sangat sekarang ni.ā
Safira diam lagi seketika, kemudian menghela nafas yang berat. āNak jelaskan apa lagi, Irwan? Semuanya dah cukup jelas kan?ā
Irwansyah menggeleng perlahan, wajahnya jelas tertekan. āJelas untuk kau mungkin, tapi untuk aku? Aku baru tahu aku ada anak, Safira! Anak yang dah besar, dah boleh bercakap, dah boleh panggil kau mummy. Dan aku langsung tak tahu apa-apa. Kau tak rasa ke itu kejam sangat untuk aku?ā
āKejam?ā Safira tergelak sinis. Matanya mula berkaca tetapi dia tahan. āYang kejam selama ni bukan kau ke, Irwan? Kau yang pergi tinggalkan aku macam tu je lepas satu malam tu. Kau rasa kau ada hak untuk tahu semuanya?ā
Irwansyah terkedu sejenak, tapi cepat-cepat dia balas, āMemang aku salah, aku tahu. Tapi kita bercakap soal anak aku sekarang. Dia darah daging aku jugak, Safira. Kau patut bagi tahu aku dari awal lagi.ā
āDan kalau aku bagi tahu kau masa tu, apa kau akan buat?ā Safira menoleh tajam, menentang mata Irwansyah. āKau rasa aku tak tahu perangai kau? Kau pasti akan suruh aku gugurkan kandungan tu. Aku tak nak benda tu jadi, Irwan. Jadi aku buat keputusan sendiri. Aku simpan semuanya sebab aku nak besarkan dia, aku nak lindungi anak aku!ā
Irwansyah mengerutkan dahi, wajahnya penuh rasa bersalah dan keliru. āSafira, aku takkan buat macam tu. Akuāā
āJangan tipu diri sendiri, Irwan!ā Safira memotong pantas, suara semakin meninggi. āAku kenal sangat perangai kau. Kau dah buktikan yang kau tak pernah pedulikan aku pun selama ni. Jadi tolonglah jangan tiba-tiba nak pura-pura ambil berat sebab kau tahu kau ada anak!ā
āSafira, aku serius ni!ā Irwansyah juga mula hilang sabar, suaranya bergetar dengan penuh emosi. āKau tak boleh terus-terusan nafikan hak aku sebagai ayah dia! Aku ada hak untuk tahu tentang anak aku!ā
āDia ANAK AKU!ā Safira menjerit tiba-tiba, air matanya mula menitis tanpa disedari. Nafasnya tercungap-cungap menahan emosi yang sarat di dada. āCuma anak aku, Irwan. Bukan anak kau. Kau tak faham ke? Aku yang lahirkan dia, aku yang besarkan dia seorang diri selama ni. Kau tak pernah ada pun dalam hidup kami. Jadi tolonglah, jangan nak tuntut hak yang kau sendiri tak pernah ambil peduli!ā
Irwansyah terdiam panjang. Dia tak pernah melihat Safira begitu marah dan terluka. Matanya terpaku pada wajah wanita yang selama ini dia abaikan begitu sahaja. Dia tarik nafas dalam-dalam, hatinya penuh sesal.
Safira menyapu air matanya perlahan, menguatkan dirinya kembali. āSelepas semua urusan wasiat selesai, aku nak kita cerai. Kau teruskan hidup kau, dan biar aku dengan anak aku hidup tenang tanpa kau ganggu lagi.ā
Safira diam seketika lalu menyambung. āAku mohon sangat-sangat, aku merayu pada kau Tristan Irwansyah. Please, leave us alone. Aku tak nak ada apa-apa antara kita selepas ni.ā
Irwansyah masih diam, hanya mampu memandang Safira dengan perasaan bercampur baur. Apa lagi yang mampu dia katakan? Kata-kata Safira menyakitkan, tetapi dia tahu, setiap perkataan itu adalah benar.
SUNYI sejenak. Tak ada antara mereka yang bersuara, sehinggalah lelaki itu memecah kembali kesunyian.
āAku tak nak cerai,ā
Safira memandangnya, mata terbeliak. āApa kau cakap???ā
ā¦
Share this novel
rase nk baca seterusnyer