Pinggan ketiga.
Angel suap nasi macam mulut dia tak tahu berhenti. Ikan goreng tinggal tulang. Sup telur licin, berkilat dasar mangkuk.
“Angel…” Rohana tunduk sikit, renung anaknya. “Lapar sangat ke?”
Angel angkat bahu, mulut penuh. “Tak tahu. Macam... perut kosong dua tahun.”
Zen duduk bertentang. Diam. Pakai baju kelawar Angel yang saiznya, tak kena langsung. Kain itu ketat, lengan pendek sampai nampak otot lengannya yang pelik bersih. Bahu terdedah. Tulang selangka bersinar bawah lampu dapur.
Angel tengok sekejap dan tunduk balik.
“Jangan pandang. "bisik hati dia. Tapi tangan terus suap nasi.
“Dah… tiga pinggan. ” tegur Rohana perlahan, dia rasa pelik.
Angel diam. Letak sudu. Rasa bersalah, tapi juga... puas.
“Sorry, mak. Saya pun tak faham.”
Zen masih diam. Tapi mata dia… ikut setiap gerak Angel. Macam sedang kira degupan jantung dia.
Angel berdiri, capai segelas air dan cuci tangan. “Saya masuk bilik dulu.”
Dia buka almari, capai botol ubat. Kosong. Goncang, bunyi plastik. “Habis dah.”
Zen bangun. Hampiri. Angel tarik nafas, terlalu dekat. Jantung dia berdegup kencang.
Zen sentuh botol ubat. Sekejap. Cahaya biru halus menyusup dari jarinya.
Klik. Bunyi pelik.
Angel buka penutup semula. Dalamnya, penuh semula. Pil putih, berkilat. “Kau... yang buat?”
Zen tak jawab. Hanya senyum kecil. Pelik. Seksi. Sombong. Tapi... menenangkan.
Angel telan ubat, baring atas katil. Penat. Zen duduk di hujung katil. Tak bergerak.
“Tidur sini?” tanya Angel, perlahan.
Zen angguk.
Rohana jenguk pintu. Senyum kecil. Tak kata apa. Tutup balik perlahan.
Angel baring mengiring. “Kenapa kau tolong aku?”
Zen tunduk. Rambut dia jatuh sedikit ke dahi. Mata kelabu dia redup. “Sebab kau panggil.”
Angel gelak kecil. “Aku tak panggil. Mak aku yang doakan.”
Zen diam. Lampu bilik padam. Sunyi.
Angel pejam mata. Hati masih tidak tenang, tapi... ada sesuatu dalam gelap itu. Sesuatu yang peliknya... selesa.
MALAM ITU.
Jam berdetik perlahan di dinding, 3:00 pagi.
Angel menggigil. Selimut tebal. Kipas tutup. Tingkap rapat. Tapi badan dia sejuk macam salji duduk dalam tulang. Nafas tersekat-sekat. Dahi berpeluh, tapi bibir pucat.
Zen duduk di kerusi sebelah katil. Mata tak lelap langsung. Dia tengok Angel. Lama.
Langkah dia senyap. Kaki telanjang jejak lantai. Dia duduk di tepi. Tunduk.
Angel merengek perlahan dalam tidur. Tangan dia cengkam selimut. Bahu dia terketar-ketar.
Zen angkat tangan.
Tapi akhirnya dia baring perlahan, dari sisi. Tangan panjang dia lingkar ke pinggang Angel. Peluk senyap. Dada dia rapat ke belakang Angel, badan tinggi dia bersesak dalam baju kelawar ketat yang makin senget.
Beberapa saat. Tiada suara. Kemudian, perlahan-lahan… Angel berhenti menggigil. Nafas dia jadi tenang. Jari dia terbuka semula, relaks atas tilam. Dan senyuman halus muncul di wajah dia. Tak sedar.
Zen pejam mata. Pelukannya kekal.
*****
Keesokkan harinya, waktu pagi itu. Cahaya tipis masuk dari celah langsir krim. Angel buka mata perlahan. Segar. Dada tak sesak. Kepala tak berat. Macam... hari baru yang betul-betul baru.
Apabila dia pusing ke kiri… “ARGHH!!!”
Dia terkejut melihat Zen baring sebelah dia. Mata terbuka luas, tak berkelip. Muka betul-betul depan muka dia. Dekat.
Angel terlonjak ke belakang, hampir jatuh dari katil. “Apa kau buat kat sini?!”
Zen angkat kening perlahan. “Kau menggigil.” Suara dia tenang.
Angel tarik nafas. “So… kau peluk aku?”
Zen angguk. Satu kali. Yakin.
Angel pegang dahi. “Tuhan… aku hidup, tapi mimpi aku makin pelik.”
Zen duduk perlahan. Rambut dia messy sikit, mata kelabu masih tajam.
“Kau nampak sihat hari ni.” katanya.
Angel berhenti. Sedar. Dada dia… lapang. Tiada denyutan liar. Tiada sengal. Hanya tenang.
Dia tengok tangan sendiri. Bibir sendiri. Warna kembali. “Macam… aku sembuh.”
Zen senyum kecil. Pertama kali. “Belum. Tapi kau sedang dijaga.”
Angel terdiam. Dia tengok Zen lama.
Zen duduk, matanya tetap tak berkelip. Seolah-olah setiap soalan datang dari ruang kosong yang tiada emosi. Baju kelawar dia masih ketat, macam cosplay tak jadi.
Tiba-tiba, suara dia masuk dalam kepala Angel. “Bila kita akan lakukan ritual bersama?”
Angel terdiam, muka dia merah padam. “Apa?!”
Zen pandang dia macam baru tanya soalan pasal cuaca. “Ritual penyatuan. Untuk seimbangkan kesakitan kita. Kau dah setuju malam tu.”
Angel terus bangun. “Tak, tak. Jangan panggil dia ritual. Bunyi dia macam... cult. Aku bukan pengikut kau!”
Zen kekal tenang. “Tapi kita…”
“Semuanya kena dari suka sama suka, okay?” Angel potong ayat. Suara dia makin tinggi. “Kalau aku nak, aku akan cakap. Tapi bukan sebab kau paksa. Bukan sebab kau countdown dalam kepala aku!”
Zen senyap sekejap. Kemudian berdiri. “Nampaknya… kau masih belum bersedia. Jadi aku akan pergi.”
Angel buat muka tak kisah. “Pergilah. Aku tak halang.”
Langkah Zen terhenti di depan pintu. Dia toleh. Mata kelabu dia tenang, tapi ada sesuatu di balik suara tu. “Kalau aku pergi, aku akan bawa semula semuanya yang aku beri.”
Angel senyap. Jantung dia tiba-tiba berdegup pelik. “Apa maksud kau?” Nada dia berubah. Perlahan.
“Kesihatanmu. Bilik ini. Ubat. Semuanya bukan milikmu. Itu milikku. Dan aku akan ambil kembali.”
Angel ternganga. “Kau ugut aku sekarang?”
Zen diam.
Tapi pintu bilik terbuka perlahan, Rohana berdiri di situ, dari tadi mengintai.
“Zen… tolong, jangan.” Suara dia pecah. Dia masuk, terus pegang tangan makhluk tinggi lampai tu. “Jangan tarik semula semuanya. Angel sakit. Dia masih takut.”
Zen tengok Rohana. “Kalau dia tak mahu bersama, aku tak boleh terus di sini.”
“Tak. Jangan tinggalkan dia. Dia… dia budak keras kepala. Tapi dia sayang kau.” Rohana pandang Angel. “Betul tak?”
Angel tergamam. “Mak!”
Rohana dah menangis. “Tolonglah, Angel. Jangan bodoh sangat. Dia bukan ugut. Dia cuma… ikut hukum dia.”
Angel telan air liur. Dia tengok Zen. Dada dia rasa berat tiba-tiba.
“Nak tipu aku, silakan,” dia kata perlahan. “Tapi jangan ugut.”
Zen tak jawab. Dia bangun, berdiri tegak, dan angkat satu tangan.
Sekelip mata, Tilam, langsir, almari, cadar wangi, lampu tidur, ubat-ubatan yang penuh rak, semuanya lenyap. Tinggal lantai simen lama, dinding kusam, dan cahaya mentari yang keras.
Angel tercengang. Lutut dia longgar.
Rohana terus terduduk, menangis macam anak kecil. “Tak…” suara dia bergetar. “Tolong jangan buat macam ni…”
Angel pegang dada. Rasa sejuk. Bukan sebab angin, tapi sebab kenyataan.
Zen diam je. Wajah dia kosong. Macam dia tak suka buat semua ni, tapi dia akan tetap buat. Dan masa itulah…
Tok tok tok!
Bunyi pintu depan. Kuat dan tiba-tiba.
Rohana terhenti menangis. Dia kesat mata, bangun perlahan.
Angel masih berdiri, tak tahu nak bergerak ke mana. Zen tak berganjak, tapi mata dia macam pandang ke dinding, ke tempat lain.
Rohana buka pintu. Di luar, Maary. Senyum bawa bungkusan besar, nasi lemak, roti, dan kotak kecil.
“Selamat pagi!” suara dia ceria. “Makcik, okay ke ni? Kenapa nangis?”
“Eh, takde apa-apa lah, Maary. Jemput masuk. Susah-susah je bawa semua ni.” Rohana jemput sambil ambil makanan di tangan Maary.
“Angel okay tak, mak cik? Saya datang sebab nak beritahu berita gembira.” Maary senyum sambil pandang sekeliling, rumah yang masih sama, usang tapi bersih.
“Apa dia, Maary? Kamu nak kopi?”
“Tak apa, mak cik. Saya dah sarapan tadi. Oh, dan kami akan cuba dapatkan bantuan hospital juga. Semua orang tengah usahakan ubat dan dana. Angel akan okay.”
Rohana senyum kelat. Mata dia masih merah. “Terima kasih, Maary…”
Maary berdiri di tengah ruang tamu. Tangan dia masih pegang plastik makanan. Mata dia, perlahan-lahan beralih ke arah bilik Angel.
Pintu bilik itu tak tertutup rapat. Celah kecil terbuka, cukup untuk nampak bayang seseorang berdiri di dalam. Tegak. Diam.
“Eh…” Maary bisik kecil, dahi berkerut. Dia melangkah setapak ke depan, mata tak lepas dari celah pintu.
Rohana cepat-cepat gerak. Senyum nipis, tangan terangkat lembut. “Terima kasih, Maary. Makanan ni banyak sangat. Angel mesti suka.”
Maary tak berganjak. “Dalam bilik tu… Angel ke?”
Rohana halang perlahan, letak tangan atas bahu Maary. “Nanti dia keluar. Saya pun belum sempat mandi. Rumah ni berselerak, malu la.”
Dia tekan bahu Maary sikit, lembut tapi jelas.
Maary angguk, walaupun mata dia masih tertanya. “Okay… Saya gerak dulu. Nanti saya datang lagi.”
“Terima kasih,” suara Rohana cepat, hampir tergesa.
Maary melangkah keluar. Tapi sebelum dia lenyap di balik pintu, dia sempat pandang sekali lagi ke arah celah bilik. Mata dia lama terhenti di situ. Senyap.
Seolah-olah…dia tahu ada sesuatu yang tak kena. Tapi dia tak tanya lagi. Dan dia pergi.
Pintu ditutup perlahan. Bunyi kunci berpusing. Rohana berdiri sekejap. Nafas dia turun naik. Dia terus masuk ke bilik Angel.
Pintu bilik ditolak kasar. Angel dan Zen masih berdiri. Cahaya dari luar jatuh atas wajah mereka, macam cahaya panggung. “Angel,” suara Rohana pecah. “Kita dah tak ada masa.”
Angel berpaling. “Mak…!”
“Kalau kau terus sakit, Maary akan datang lagi. Dan kali ni, dia tak datang sorang. Orang kampung akan ikut. Nak jenguk. Nak tolong.” Suara Rohana makin naik. “Habis rahsia kita kalau mereka nampak Zen.”
Angel terdiam. Dia tengok Zen. Tapi makhluk itu tak berkelip. Wajah dia tetap tenang. Mata kelabu masih kabur emosi.
“Kamu faham tak?” Rohana hampir menangis lagi. “Kalau kamu masih degil… malam ni, kamu dan dia kena…”
“Mak!” Angel tegas. “Jangan cakap.”
“Tapi kamu tahu itu je caranya. Kamu rasa mak nak suruh? Tapi dia lain, Angel. Dia bukan manusia. Dan kita… kita dah buat perjanjian, kan?”
Angel tak jawab. Dia pandang Zen. Lelaki tinggi dalam baju kelawar sempit. Tenang. Tapi bukan tenang manusia. Tenang makhluk yang tahu, masa dah habis.
“Kau masih ada pilihan,” kata Zen perlahan. Suara dia sejuk, dalam. “Tapi jangan tunggu sampai tiada apa yang tinggal.”
Angel rasa lutut dia goyah. Hati dia berdentum. Tapi mulut dia terkunci.
Rohana duduk di hujung katil. Letak muka dalam tangan. “Mak cuma nak kamu sihat, Angel.”
Dan Angel... masih berdiri. Masih tak tahu nak pilih apa.
*****
Malam itu.
Bulan penuh, tapi langsir dilabuhkan. Lampu bilik malap. Angel duduk di birai katil, rambut lepas, jari-jari dia saling menggenggam. Jantung dia berdegup... tak laju, tapi berat.
Dia dah sedia. Tapi bila pandang Zen yang masih pakai baju kelawar sempit itu, Angel terus tarik nafas dalam. “Seriuslah... kau masih pakai tu?” suara dia separuh kecewa.
Zen tengok diri sendiri. Lengan ketat. Butang senget. Kain naik paras lutut.
Angel geleng. “Kau... mandi. Sekarang.”
Zen angguk, macam arahan itu tak pelik langsung. Dia masuk bilik air.
Angel tunggu. Bunyi air mengalir. Sepuluh minit. Lima belas.
“Zen?”
Sunyi. Angel bangun, berjalan perlahan ke pintu bilik air. Tangan dia baru nak ketuk, Zen tiba-tiba muncul. Di belakang dia. Tanpa seurat benang.
“ARGHH!” Angel menjerit, terus lari ke suis dan tutup lampu. Klik. Gelap total.
“Apa masalah kau?!” Angel pekik dalam gelap.
“Badan aku dah bersih.” jawab Zen tenang, suara dia dekat... terlalu dekat.
Angel tutup mata rapat. “Kenapa kau tak pakai apa-apa?”
“Tak tahu nak pakai apa.”
“Apa-apa pun takkan lebih memalukan dari baju kelawar aku tadi!”
Sunyi.
Tapi dalam gelap tu, Angel sedar sesuatu.
Dulu, bila Zen jadi makhluk itu, badan dia bersinar. Cahaya biru dari kulit, dari dalam tulang. Sekarang... tiada.
“Kenapa badan kau tak bercahaya?”
Zen jawab perlahan. “Sebab aku dah jadi manusia sepenuhnya.”
Angel tunduk sikit. Suara dia jatuh. “Macam mana kau tahu cahaya kau akan hilang bila jadi manusia... bila sentuh manusia?”
“Bukan kali pertama,” jawab Zen. “Dah ratusan tahun. Berulang. Tapi aku tak pernah tinggal.”
“Kenapa kali ni lain?”
“Sebab kau... tak suruh aku pergi.”
Angel diam. Nafas dia perlahan. Dan dalam gelap tu, dia rasa... sesuatu hangat sentuh lengan dia. Jari. Jari Zen. Dia tak lari. Hanya... pejam mata.
“Shhh… Kau hanya perlu diam, Angel. Aku akan lakukan semuanya.” Zen berbisik, dan macam pro pula dia.
Angel dah mengigil apabila bibir hangat Zen, mula singgah di leher cengkungnya. Angel tidak pernah rasa sensasi selama dia hidup, selama dia sakit. Dia fikir, dia mungkin gila. Menerima semua itu.
“Angel…” Suara bisikan goda daripada nafas Zen yang berbau wangi aneh.
“Hmm…”
“Baring…” Zen memberi arahan.
Angel menelan air liur. Dia pernah lihat babak ini. Di ranjang. Movie Christian Grey. Oh no! Dah terlambat ke kalau aku tolak?!
“Angel, kau akan rasa sakit sikit, tapi…”
“Sakit???” Angel separuh menjerit. Dalam samar, dia dapat melihat wajah Zen yang tampan sedang menindih badannya.
“Sakit… Dan suka...” Zen senyum.
Angel memejam mata lagi apabila Zen mengusap pipinya sambil melayan ciuman di bibir. Bunyi desahan antara mereka berdua, dapat didengari oleh Rohana dari luar, berjaga, dah macam sekuriti.
Share this novel