PAGI itu datang senyap. Cahaya matahari yany lembut menyapa kulit Angel yang terdedah. Dia perlahan-lahan membuka mata dan terus membeku.
Dada. Besar. Panas. Tak berbalut. Dan kepalanya terletak di atasnya. Angel kelip mata. Sekali. Dua kali. Dia tak berani gerak.
Pelukan di belakangnya masih erat. Tangan yang panjang dan kuat melingkari pinggangnya seperti rantai perlindungan yang sunyi. Nafas hangat menyentuh tengkuknya, teratur.
Angel telan liur. Perlahan-lahan, dia gerakkan tangan. Kulit. Bukan kain. Bukan baju. Kulit dia sendiri. Dia tidak memakai baju. Dia terus angkat muka.
Zen.
Sedang baring. Mata terbuka, merenung siling. Rambutnya sedikit kusut, tapi wajahnya masih... terlalu sempurna untuk jam sembilan pagi. Angel tahan nafas.
"Zen... kau tak tidur?"
Zen tidak bergerak. Tapi matanya turun sedikit, memandang Angel dari sudut mata. "Aku tak tahu,"
"Maksud kau?"
"Selama aku di sana," suara Zen perlahan, "kami tidak pernah tidur."
Angel terdiam. Dia hanya dengar degupan jantungnya sendiri. Dan jantung Zen. Lambat. Tapi jelas.
Satu tangan Zen perlahan-lahan gerak, jemarinya menyentuh lembut pinggul Angel. Sentuhan yang cukup untuk buat Angel menahan nafas sekali lagi.
"Kau tak pernah bermimpi ke?" tanya Angel, berani-berani takut.
Zen senyum kecil, masih merenung siling. "Mimpi? Aku tak tahu."
‘Kenapalah aku tanya soalan bodoh? Nak mimpi apa kalau tak pernah tidur?’ bisik Angel dalam hati.
Angel perlahan tarik diri keluar dari pelukan itu. Tapi tak sepenuhnya. Dia sedar, dia rasa... sihat. Pelik, tenaganya kembali. Tidak ada rasa lenguh. Tidak ada beban seperti biasa. Hanya degupan jantung yang terlalu sedar akan kehadiran lelaki separuh bogel di belakangnya.
Zen mengangkat sedikit tangan, menyentuh lembut belakang bahu Angel, lalu berkata, "Kau akan terus sihat... kalau kau izinkan aku bersama kau."
Angel terdiam. Dada dia berombak perlahan. Dia tahu maksud Zen lebih dari sekadar tubuh. Sentuhan. Kedekatan. Kehadiran.
Dia tunduk. Dan ternampak. Satu tompok kecil, merah tua. Hampir kering. Di atas cadar lusuh warna biru pudar. Angel terdiam. Jantungnya berhenti satu saat. Mata dia tak berkelip. Nafas ditarik pendek. Dia tidak gerak. Tidak sekelumit. Ini bukan mimpi.
Zen perlahan duduk, menarik lutut ke atas katil. Dia nampak Angel memandang cadar itu. Tapi dia tidak berkata apa-apa.
Angel angkat pandangan ke arah Zen. Matanya penuh soalan, tapi bibir terkunci. Zen hanya memandangnya balik, mata dalam, tenang, tidak menyesal.
“Aku nak pergi mandi dulu. Nak join?” Zen sudah pandai mengusik. Itu yang Angel suka.
Angel geleng kepala, muka merah padam. “Nanti apa kata mak? Ish, kau ni!”
Zen tersenyum dan perlahan bangun dari katil, mengambil tuala di lantai dan melangkah ke bilik air tanpa suara. Tapi sebelum dia masuk, dia sempat berpaling, mata dia bertembung dengan Angel. Sekejap saja.
Tapi cukup untuk buat dada Angel bergetar.
SELEPAS mandi, Angel berdiri di depan cermin bulat yang retak sedikit di tepi. Cermin tua, bingkai kayu, tercat putih tapi dah mengelupas.
Sarung batik dililit kemas di dada. Rambut hitamnya basah, disikat lurus. Dia berhenti.
Sikat ditenung. Tak ada sehelai pun rambut gugur. Biasanya... penuh. Sampaikan lubang bilik air pun tersumbat. Angel angkat rambut dia sendiri. Tebal. Lembut. Aneh.
Dia pegang bibir bawahnya. Lembap. Tak merekah macam biasa. Badan rasa ringan. Nafas tak semput. Tekak tak pahit.
Perlahan-lahan, dia tunduk tengok perutnya. Masih kecil, masih buncit sedikit sebab ubat steroid, tapi... rasa macam bukan milik dia.
Tiba-tiba…Pintu terbuka. Zen masuk.
Angel tersentak, sikat hampir terjatuh. “Hoi!”
Zen langsung tak tengok dia atas bawah. Pandangan dia... kosong. Tenang. Tapi menusuk.
Dia duduk di tepi katil macam biasa. Lengan besar bersilang di atas lutut. “Rohana suruh kau cepat bersiap. Sarapan dah siap.”
Angel bengang. Dia tutup dada dengan tangan satu, satu lagi pegang sikat macam senjata.
“Keluar!”
Zen tak gerak. “Malam tadi... tak malu?”
Angel tergamam. Muka dia terus panas. Merah. Dia tutup muka dengan sikat sambil jerit, “Zennnn!!! Keluar sekarang!!!”
Zen bangun perlahan. Sebelum keluar, dia toleh sedikit ke bahu. “Aku dah tengok semuanya pun.”
Pintu tutup balik.
Angel gigit bibir. Geram. Tapi tak boleh tipu, dalam dada, jantung dia bergedup lagi. Sejak bila dia kurang ajar ni? Sekejap sopan, sekejap… ishhh!
Dia pakai pakaian cepat-cepat. T-shirt lusuh yang biasa dia pakai dan seluar kain hitam. Masih rasa malu yang melekit. Tapi kena turun.
Langkahnya membawa dia ke dapur yang masih usang. Jubin lantai pecah sana sini, dinding dapur reput warna lumut. Bau kayu lama bercampur bau minyak goreng semalam.
Zen duduk diam di kerusi kayu, belakang tegak, mata merenung meja. Tangan atas paha, tak bergerak langsung. Patung hidup. Kali ini, dia pakai baju entah dia dapat dari mana.
“Mak minta baju dekat dewan tadi, awal pagi mereka ada agihan baju terpakai. Nasib ada pakaian sesuai untuk Zen.” Rohana memberitahu dari arah dapur, macam tahu apa yang Angel fikirkan.
Angel menjeling Zen macam biasa, sejenis makhluk yang telah bertukar jadi manusia sempurna, tidak makan.
Tiba-tiba…tok tok tok.
Angel tersentak. Rohana menjenguk keluar. Muka dia terus berubah.
“Maary,” desisnya. “Apa lagi dia nak ni…”
Rohana toleh Zen. “Pergi dalam. Sekarang.”
Zen berdiri, melangkah masuk ke bilik tidur Angel. Tapi sebelum dia lenyap dari pandangan, dia sempat tengok keluar, dari celah dinding reput.
Seorang gadis berdiri di luar pagar kayu. Berbaju gaun warna kelabu labuh. Senyum dia manis… tapi pelik. Bukan senyum kosong. Senyum yang macam tahu terlalu banyak.
Mata Zen mengecil. Ada sesuatu. Wajah itu… dia rasa pernah lihat. Tapi dalam bentuk lain. Dalam rasa yang dia tak dapat capai.
Rohana buka pintu kayu. “Ya, Maary?”
“Selamat pagi, mak cik…” Suara Maary lembut, tapi jelas. Terlalu jelas. Matanya melangkau Rohana, terus mencari Angel.
Angel muncul dari balik dinding, buat-buat sibuk cuci tangan.
Maary senyum lebih lebar. “Angel, awak okay ke hari ni? Saya nak datang mengajar awak ni.”
Angel tenung dia. Rasa ada benda pelik tapi tak boleh cakap apa. “Penatlah hari ni. Kepala pun pening sikit. Cuti satu hari boleh?”
Maary angguk. Tapi mata dia tak lepas dari Angel. Masa dia toleh semula ke arah Rohana, mata dia terselit ke dalam rumah. Hanya sesaat.
Tapi cukup untuk Zen tahu. Dia perasan sesuatu.
Maary senyum sekali lagi. “Kalau begitu, rehatlah ya. Saya doakan cepat sembuh.”
Dia angkat tangan, lambaian kecil. Mata dia masih… tenang. Tapi ada sesuatu dalam tenang itu.
Angel hanya angguk. Nada Maary manis… tapi Angel rasa, itu bukan doa. Itu peringatan.Rohana pula dah tak sabar nak tutup pintu. “Baiklah. Jumpa lagi, Maary.”
Pintu kayu tertutup perlahan, berderit.
Maary berdiri sekejap. Pandang pintu. Kemudian dia berundur dua langkah, menyarung selipar buruk yang dia letak elok tadi. Langkah dia ringan menyusuri jalan tanah merah, perlahan… seolah-olah dia menunggu sesuatu.
Langit di atas redup, awan melindung matahari. Suasana kampung pagi itu masih dingin. Beberapa langkah kemudian, Maary berhenti. Dia toleh ke belakang.
Rumah kayu itu berdiri senget seperti biasa, tapi dia tahu… ada mata memerhati dari celah-celah reput dinding. Dia rasa pandangan itu, terlalu tajam, terlalu dalam.
Tapi bila dia toleh, tak ada sesiapa. Hanya dinding reput. Langsir buruk. Sunyi. Maary senyum kecil. Hampir tak nampak. Tangan dia turun ke dada, menyentuh rantai nipis yang tersembunyi di sebalik gaun kelabunya. Warna rantai itu menyala samar, merah jingga, seperti bara hidup. Setiap langkah dia menjauh dari rumah Rohana, cahaya itu pudar.
Dia tahu. Sesuatu sedang tinggal dalam rumah itu. Dan bukan manusia.
“Zen, dah boleh keluar…”
Angel panggil, perlahan tapi cukup jelas.
Rohana menambah dari dapur, “Dah lama dia senyap. Cuba tengok dalam bilik.”
Angel mengangguk perlahan, melangkah ke bilik. Pintu dibuka. Kosong.
Bantal masih terhimpit di sebelah kiri tilam, ada lekuk tubuh di situ. Tapi Zen tak ada.
Angel panggil lagi. “Zen?”
Tiada jawapan. Dia pandang sekeliling—depan jendela, bawah katil, di celah langsir yang koyak. Sunyi.
Rohana masuk dari belakang. “Ada tak?”
Angel geleng. “Tak ada. Tadi dia duduk sini…”
Mereka berdua terdiam. Angel bergerak ke ruang tamu, pandang pintu belakang yang tertutup rapat. Dia cuba buka—masih berkunci dari dalam.
“Dia keluar ke?” Rohana tanya perlahan, tapi suaranya mula berubah nada—takut, mungkin, atau bimbang.
Angel tak jawab. Dia cuma berdiri di tengah-tengah rumah usang itu, mata meliar, dada makin berdebar.
Seolah-olah… Zen tak pernah ada.
*****
ZEN menjejak semula tanah lembap itu, hutan yang sunyi, terasing dari kampung, tempat dia “jatuh” beberapa hari lalu.
Langit mendung, cahaya matahari hanya menyelap sedikit celahan daun. Angin senyap. Pokok tinggi berjaga seperti penjaga rahsia.
Zen berdiri di tengah laluan sempit yang dilitupi akar dan daun kering. Dia tunduk, teliti tanah. Ada jejak. Tapi semuanya milik dia. Hanya dia. Tiada bau lain. Tiada sisa tenaga. Tiada tanda kaum dia ikut jatuh.
Kosong.
Dia hembus nafas perlahan. Keningnya berkerut sedikit. Kemudian, bunyi ranting patah. Zen pusing. Dan di situ, berdiri seorang perempuan.
Berjubah kelabu, rambut terikat rapi, wajahnya bersih dan pucat. Senyum dia nipis. “Hai.”
Suara dia lembut… tapi tak kosong. Ada sesuatu di sebalik nada manis itu.
*****
Jam hampir pukul dua belas dengan cahaya bulan yang sayup, berbalam di celah langsir. Jendela terbuka sedikit, angin malam bawa masuk bau tanah basah dan rumput yang masih lembap sejak petang tadi.
Angel berdiri di hadapan cermin kecil, jaket lusuh di tangan. Gaun nipis berwarna pudar melekap pada kulitnya yang dingin. Nafasnya berat. Dia rasa seperti tubuhnya tak muat untuk jiwa yang sedang menjerit di dalam. Sejak Zen hilang, dia rasa seperti sedang mati perlahan-lahan. Tak, bukan sakit... lebih dari itu.
Ketagih dengan ‘ubat’ daripada Zen sendiri.
Tangan dia menggeletar sedikit masa menyarung jaket. Zipnya rosak, bahagian depan terbuka, dedah kulit pucat di bawah leher hingga dada. Rambutnya kusut, dahi berpeluh walau malam sejuk.
Baru saja dia nak melangkah keluar...
Ada tangan melingkar dari belakang. Rapat. Hangat. Tubuhnya ditarik perlahan ke dada seseorang.
Angel kaku. Nafas itu, bau aneh tapi... wangi. Bau Zen. Dia tak jerit. Tak lawan. Cuma mata terbuka luas, jantungnya mengetuk kuat seperti mahu pecah rusuk.
“Angel,” suara itu berbisik di telinga, dalam dan perlahan. “Kita kena pergi dari sini.”
Angel tak jawab. Dia berpaling mendapat Zen. Air mata mencurah. Dada dia pecah. Sakit. Lega. Rindu.
"Jangan tinggal aku... Jangan pergi lagi..."
Zen tak balas. Tapi pelukannya cukup. Lengan dia tutup seluruh tubuh Angel. Bila tenang, Angel tumbuk dada Zen. Bukan kuat. Tapi cukup buat dia perasan.
"Kau ke mana ha?!" Tumbuk lagi. Makin lemah. "Aku tunggu... aku cari... aku takut!"
Zen diam. Angel pukul dada dia. "Kau fikir kau boleh hilang suka hati? Bodoh! Aku..."
Zen tangkap pergelangan tangan dia. Lembut tapi kukuh. Mata mereka bertembung. Angel diam. Cuba tarik tangan, tapi Zen tak lepas.
Zen tunduk. Bibirnya sentuh dahi Angel. Lama. Hangat. "Ini yang kau nak, kan?" Suaranya dalam, lunak.
Angel diam. Tubuhnya menggigil. Zen turunkan tangan Angel, genggam kemas. Kemudian dia condong lagi, bibirnya cari bibir Angel. Dan Angel benarkan. Ciuman itu perlahan. Bukan rakus. Tapi penuh sesuatu yang Angel tak tahu nak nama.
Antara bibir mereka, Zen bisik, "Kalau kau perlukan aku... cari aku macam tadi. Jerit nama aku dalam hati. Aku akan datang."
Angel pejam mata. Nafas dalam. Dia tahu, dia akan ketagih lebih dari ini. "Kau... kau dah buat aku gila, Zen."
Zen senyum kecil. Tak sampai ke mata. Tapi tangan dia di pinggang Angel, genggam erat. "Kau bukan gila, Angel. Kau... sedar."
Angel tunduk. Nafas turun naik. Mata masih kabur. Tapi rasa hangat di kulit tak hilang. "Kenapa bila kau sentuh aku, badan aku rasa lain?"
Zen pandang dia. Dalam. "Sebab kau dah terikat. Kita dah terikat."
Degup jantung Angel terlalu kuat. Dia tak tahu nak lawan atau ikut. Tapi tubuh dia dah pilih.
Zen angkat tangan. Belakang jari sapu sisa air mata. "Aku rasa apa kau rasa, Angel. Sakit kau, rindu kau... nafsu kau. Semua."
Angel pejam mata. "Aku takut."
Zen dekat ke telinga. Suaranya, bisikan gelap malam. "Jangan takut. Dengan aku, kau boleh hilang arah. Aku akan jadi arah tu."
Angel buka mata. Tengok Zen. Wajah samar tapi cukup jelas. Dia angguk perlahan. "Aku... nak kau."
Zen tarik dia dalam pelukan. Tapi bukan pelukan penyembuh. Ini pelukan yang membakar. Tangannya tarik zip jaket Angel. Perlahan. Tapi penuh niat.
"Kalau ini yang kau nak... aku takkan pergi lagi malam ini."
Angel tak balas. Tapi tubuh dia menjawab. Jemarinya naik ke tengkuk Zen, menarik bibir itu ke bibirnya lagi.
Share this novel