“SERIOUS la, babe? Bos kau dengan Cik Amy?”
Belum sempat Farah habiskan ayat, laju Anggun tutup mulut kawannya itu. Mata bulat Anggun melilau kiri kanan, takut ada orang lain terdengar.
“Woit! Slow sikit volume suara kau tu. Ni rahsia tau,” pesan Anggun sambil menjeling tajam.
Dari sehari ke sehari dia simpan nak bergosip dengan Farah tentang hal bosnya dengan Amy, tapi baru hari ini sempat. Farah sebelum ini bercuti balik kampung jaga maknya yang baru buat pembedahan kecil. Tengah hari ini baru Anggun berjumpa Farah semula sebab kawannya itu singgah ke pejabat lepas sampai dari kampung.
Farah sengih nakal, menolak tangan Anggun perlahan. “So, sebab tulah dia suruh kau reject perempuan-perempuan tu? Nak jaga hati Cik Amy?”
“Yalah kut.” Anggun ketawa kecil, tangan menutup mulut sendiri. “Tapi aku rasa diorang ni kelakar la. Macam sorok-sorok bercinta. Tengoklah tadi, lepas bos aku keluar lunch, baru Cik Amy tu keluar. Macam aku tak tahu diorang sebenarnya nak lunch together.”
Farah ikut ketawa, menekup mulut dengan fail. “Kau rasa sebab apa diorang bercinta dalam diam?”
Anggun angkat bahu malas. “Mana aku nak tahu.”
“Eh, come on la. Kau ni secretary, mesti tahu deep gossip. Kena korek sampai dalam, babe.”
“Amboi, suka kau eh? Kalau aku ni pakar menggali, dah lama aku tahu rahsia bos aku tu. Ni tak, setahun aku kena reka alasan merepek baru terbongkar yang rupa-rupanya dia ada affair dengan staf sendiri. That’s why la dia reject semua perempuan tu.”
“Betul juga. Kau ni memang bukan alert bab cinta. Kalau tak, kau sendiri dah lama tinggalkan mamat tak guna tu dulu.”
“Haa, jangan ungkit hal tu boleh tak? Berdesing telinga aku dengar.” Anggun terus bangun, pura-pura sibuk. “Dahlah, aku nak masuk office dulu. Ada lima belas minit lagi aku boleh layan YouTube sebelum aku kembali jadi operator reject orang.”
“Hari ni apa alasan kau?” Farah menyoal dengan muka penuh minat.
Anggun hanya tersengih-sengih macam kerang busuk. Dalam hati, dia tahu alasannya hari ini memang minta kena pancung dengan Syed Asyraf.
Namun, senyumnya terus mati bila nampak seseorang duduk berpeluk tubuh di tepi mejanya. Syed Asyraf.
Wajah lelaki itu… jangan cakaplah. Tajam menusuk, macam nak terkam mangsa.
Alamak!
Anggun berundur setapak, dada rasa macam ada gendang perang. Dalam hati sempat fikir, kalau dia lari masuk department Farah, sempat tak selamatkan diri? Sebab aura marah bosnya sekarang ini dah macam api marak.
“You nak pergi mana? You takut berjangkit ke?” sindir Syed Asyraf, suara rendah tapi menikam.
“Eh, apa bos cakap ni? Jangkit apa?” Anggun buat-buat blur, padahal jantung dia dah nak meletup.
Syed Asyraf bangun, senyum sinis. Perlahan dia mendekat, langkahnya tenang tapi menekan.
“Bos… bos… janganlah dekat-dekat macam ni,” Anggun mula gelabah, tangan diangkat macam nak halang.
“Why not? Biarlah you jangkit sama-sama. Kita berdua boleh kuarantin, tak payah masuk office. So senanglah hidup you beberapa hari ni, kan?” Nada sindirannya buat bulu roma Anggun meremang.
“Hisy, bos ni! Minta simpanglah. Tak nak I kena virus tu sekali lagi,” cepat Anggun menjawab, wajah gerun terbayang pengalaman lalu bila dia dan sekeluarga pernah dijangkiti.
“Oh, tahu you takut? Yang you main suka hati cakap I kena influenza B, tak apa pula?” Balas Syed Asyraf dengan sinis, matanya mengecil.
Anggun mengeluh lemah, tangan jatuh ke sisi. “Hmm… sorry lah bos. I dah tak ada idea nak bagi alasan apa. At least dengan alasan tu, I ada beberapa hari boleh fikir idea lain lepas bos habis ‘kuarantin’,” jawabnya perlahan, suara makin lama makin tenggelam.
Syed Asyraf menjeling geram, rahangnya menegang. Dia nak marah, tapi dalam masa sama dia tahu masalah ini pun berpunca daripada permintaannya sendiri. Dia yang suruh Anggun urus semua itu. Tapi tetap, tahap kreatif setiausahanya itu kadang-kadang… memang melampau.
“Sebabkan you, I tak jadi lunch bila orang lain pandang I macam pembawa virus.”
Anggun terlopong. “Alamak! I dah jahanamkan lunch date bos dengan Cik Amy la ni.”
Baru habis ayat, terus Anggun tepuk mulut sendiri. ‘Alamak! Apa aku dah cakap ni?’
“Lunch date?” Suara Syed Asyraf tiba-tiba naik, matanya terbeliak. “You dah fitnah I kena virus, and now you nak fitnah I ada affair dengan staf sendiri pula?”
“Eh… eh… bukan macam tu bos. I tak maksudkan…” Anggun makin cuak, mukanya pucat.
“Anggun Elisa…” panggil Syed Asyraf dengan nada geram yang betul-betul buat jantungnya jatuh ke perut.
Tanpa tunggu lama, Anggun terus angkat tangan macam surrender. “Sebagai penyebar maklumat palsu bos kena influenza sampai dipandang macam pembawa virus, I sedia terima hukuman…”
Anggun tarik nafas panjang, kemudian menuding ke pintu lif. “… I pergi beli makanan untuk bos sekarang!”
Biarlah Anggun jadi Kakak FoodPanda sekejap, asalkan rahsia gosip dia dengan Farah tadi tak sempat sampai ke telinga bosnya yang satu itu.
Anggun baru saja nak larikan diri bila suara dingin itu kembali menikam telinga.
“Anggun Elisa,” panggil Syed Asyraf lagi, kali ini lebih perlahan tapi nadanya tegas macam amaran.
Langkah Anggun terhenti separuh jalan. Dia toleh dengan senyum kaku. “Err… bos nak order dessert sekali ke? I boleh tapaukan tiramisu…”
Syed Asyraf menghela nafas panjang sambil menggeleng. “You ingat semua masalah boleh settle dengan food delivery ke?”
“Taklah, bos. Kadang-kadang dengan makan, hati orang lembut,” balas Anggun cepat, cuba selamatkan diri.
“Bukan hati I. Kalau I lapar lagi, confirm you yang kena telan dulu,” ujar Syed Asyraf sinis sambil mendekat lagi beberapa langkah.
Anggun telan liur. “Bos ni… please jangan cakap macam tu. Seram tau dengar.”
Syed Asyraf julingkan mata seketika, kemudian menyandar pada meja. “One more thing, Anggun. Kalau sekali lagi you pandai-pandai buat cerita pasal I…” Dia berhenti, pandangan tajam menusuk anak mata Anggun. “I swear, I akan doa you betul-betul kena kuarantin dengan I seminggu.”
Anggun terus angkat kedua belah tangan, macam surrender lagi. “Okey bos! Clear. Faham. Tak ada virus, tak ada lunch date, tak ada gossip. I janji!”
Syed Asyraf senyum nipis, tapi tajam. “Good. Now, jalan. Before I really change my mind.”
Anggun tak tunggu lagi. Terus dia pecut keluar, sambil dalam hati sempat merungut,
‘Zero Cupid! Sikit-sikit nak gertak orang. Tapi kenapa pula hati aku yang degup laju semacam ni?’
“KAU nak pergi mana?” tanya Farah sambil bercekak pinggang.
“Nak mandi!” jawab Anggun selamba.
Farah angkat kening tinggi. “Eh, pelik. Selalunya kau mandi lepas dinner.”
Anggun menutup zip beg sandang kecilnya sebelum membuka almari pakaian. “Aku nak balik rumah family aku la.”
“Hah?” Farah cepat-cepat meluru, berdiri sebelah Anggun. “Hari ni kan baru hari Jumaat.”
Anggun menjeling malas. Memang dia dah biasa balik rumah setiap Sabtu petang, kemudian balik semula ke rumah sewa pada Isnin petang selepas balik kerja. Tapi kali ini, Puan Mawar sudah mendesak suruh dia pulang hari ini juga.
“Aku ada hal malam ni.”
Farah mendekat, matanya penuh tanda soal. “Hal apa?”
“Dinner dengan bakal mertua!” jawab Anggun selamba sambil capai blaus dari almari.
“Seriuslah?” Farah teruja sampai matanya bersinar. “Kau ada sorok boyfriend dari aku ke?”
“Tak ada.”
“So? Mana datang bakal mertua tu?”
Anggun mendengus, malas melayan. “Aku main-main jelah. Aku ada family dinner dengan kawan ayah aku je.”
“Ohhh…” Farah terus menekup mulut. “Aku rasa… kau memang bakal dijodohkan ni!”
Anggun hanya ketawa kecil. “Tak kisah pun. Asalkan calon suami aku tu handsome and kaya, settle masalah.”
Farah terus ketawa, sempat menepuk bahu Anggun yang masih sempat berposing depan cermin.
SELEPAS Maghrib, Anggun dah siap berdandan di rumah orang tuanya. Dia sampai sekitar pukul 6 tadi. Baru saja dia nak pakai lip gloss, pintu bilik diketuk sebelum Puan Mawar masuk.
“Lama sangat makeup tu?” tegur Puan Mawar sambil menepuk perlahan bahu anaknya. Dia menatap wajah Anggun melalui cermin, tersenyum penuh makna.
“Kalau dah cantik macam ni, bakal tunang Anggun tu confirm akan jatuh hati dan nak cepat-cepat nikah dengan anak ibu ni.”
“Apa?” Anggun hampir terlompat dari kerusi. “Ibu cakap apa tadi? Bakal tunang?”
“Ya… eh, maksud ibu…”
Anggun terus bangun, berdepan dengan Puan Mawar. “Sejak bila dinner jadi majlis bertunang pulak? Ibu kata makan malam biasa je.”
Puan Mawar teragak-agak, sempat garu kepala yang tak gatal. Mujur Encik Ehsan tiba-tiba muncul di muka pintu.
“Eh, turunlah cepat. Tetamu dah sampai dah.”
Anggun cepat-cepat merapati ayahnya, memaut lengan lelaki itu. “Ayah, betul ke apa ibu cakap tadi? Anggun nak kena tunang?”
Encik Ehsan nampak gugup. “Ibu Anggun… cakap macam tu?”
“Ayah!” Anggun bulatkan mata. “Please jangan cakap memang betul!”
Puan Mawar menolak mereka berdua ke arah pintu. “Cepatlah turun. Jangan biar tetamu tunggu lama.”
“Anggun tak nak bertunang!” rengek Anggun sambil muncung mulut.
“Kenal dulu. Tak kenal, maka tak cinta. Lagipun ini baru tunang, bukan kahwin terus,” pujuk Encik Ehsan perlahan.
“Baru tunang katanya!” Anggun mengeluh, masih membebel hingga mereka sampai ke ruang tamu. “Apa pasal tak suruh setakat kenal je dulu sebelum bertunang?”
Tapi sebaik saja matanya terpandang tetamu, langkahnya terus terhenti.
Anggun kaku. Itu… bos dia?! Duduk tenang di sofa, diapit Puan Anita dan seorang lelaki berkumis kemas yang jelas tampak berkarisma.
‘Ya Allah… jangan cakap si Zero Cupid tu yang bakal dijodohkan dengan aku. Please lah…’ hati Anggun menjerit.
“Sorry, Nita, lama menunggu,” sapa Puan Mawar mesra sambil duduk.
“Ala, tak apa. Aku faham, perempuan kalau bersiap memang ambil masa. Aku suka je, maknanya Anggun berusaha tampil cantik depan Asyraf,” balas Puan Anita sambil senyum-senyum, sempat mengusap lengan anak lelakinya.
“Maksud aunty… dia tu?” tanya Anggun, makin gugup sampai tak boleh habiskan kata-katanya.
“Eh? Ibu ayah Anggun tak cakap lagi ke? Malam ni aunty dengan uncle datang nak merisik Anggun untuk anak kami, Asyraf. Ni aunty perkenalkan anak aunty, Syed Asyraf. Kami fikir lebih baik terus tunangkan kamu berdua je.”
Anggun terus kelam-kabut. Matanya melirik pada lelaki itu yang langsung tak bereaksi, sekadar duduk dengan wajah tanpa perasaan yang menyebalkan.
“D-dia…?”
Ini lebih teruk dari kena kuarantin seminggu!
Salam perkenalan daripada Anggun Elisa & Bos Terhangatnya @ Zero Cupid, Syed Asyraf! Harap korang semua terhibur, okey. Jangan lupa komen tau atau share la pengalaman dan tips korang nak reject orang secara baik hehehe.
Share this novel
Wowwww best la jalan ceritanya
best