BAB 1

Romance Completed 31277

Haih makin melampau mamat ni! Sumpah Fifa didalam hati mengenangkan kelakuan makhluk Tuhan disebelahnya.

Sesedap rasa je ko baring atas bahu aku. Kepala tu kalau ringan takpe, ini berat macam konkrit. Hatinya panas lalu pantas sahaja tangan lembut itu menolak kasar kepala budak lelaki yang sedang nyenyak dibuai mimpi itu.

"Aduhhhhh, sakitnya!" ucap Anas sambil menggosok kepalanya yang terhantuk ke cermin KTM komuter. Matanya melilau sambil meneka lokasi sebenarnya.

"Baru stesen Subang Jaya. Jauh lagi nak sampai KL Sentral ni," lalu dia menyambung lena.

"Pappp", terasa pipinya pula di tampar.

Dalam keadaan mamai, Anas dapat melihat jelas riak gadis sebelahnya tak ubah macam singa betina. Bila-bila masa sahaja bersedia membaham dirinya.

"Awak ni kenapa? Buat apa semalam sampai mengantuk tersenguk-senguk dalam komuter ni. Hormatlah sikit, dari tadi kau tumpang baring kat bahu aku. Kau sedar tak?" kali ini marah Fifa sudah sampai ke kemuncaknya.

Penumpang lain hanya tersenyum. Mungkin kerana simpati atau mungkin sahaja kerana benci. Yelah benci melihat perlakuan terlentuk-lentuk di khalayak ramai.

"Ya Allah cik, saya betul-betul mintak maaf. Saya tak sengaja, sumpah saya betul-betul tak sedar yang saya terbaring atas bahu cik," ujar Anas cuba membela diri.

Enggan mendengar sebarang penjelasan, Fifa bingkas bangun setelah tren selamat berhenti di platform KL Sentral.

Anas hanya terpingga-pingga melihat gadis berwajah muram itu melangkah keluar.

"Takpelah, kalau ada jodoh bertemu jua. Nantilah aku mintak maaf. Herghhhhh, kalau lah semalam aku tak tidur lambat, mesti semua ni tak jadi. Adoiiiii, pepagi lagi dah dapat cop lima jari kat muka."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience