"Apa fikiran Anya tentang Airil? Hensemkan dia.. " kata Bahr membuka cerita. "Ya, memang tampan. Ikut muka kawan awak kut. Apapun, nampak sepadan Kak Hana dengan Abang Eiyril." kata Anya, jujur. "Abang harap anak kita pun ikut ketampanan Abang juga. " kata Bahr. "Haraplah. Jangan ke anak kita ikut perangai kasanova ayah dia sudah.. " kata Anya.
Bahr sudah sembunyi senyum. Anya pula memandang ke luar tingkap, lantas menyedari kesedaran keterlanjuran dia bercakap. "Kau dah kenapa Anya? Anak kita? Ehh... selisih. " kata Anya dalam hati. "Maksudnya, Anya dah ready nak jadi ibu lah kan? Bagus. So, malam ni kita usaha ye. " kata Bahr, cuba mengusik Anya.
Anya hanya diam, namun merah di mukanya seakan buah tomato. "Saya tak cakap pun saya nak anak." kata Anya. "Tapi, abang nak.. Abang pun bukannya muda daa, sayang.. " kata Bahr. "Saya nak cerai.. " tiga kata daripada Anya terus melenyapkan senyuman di wajah Bahr. Seterusnya perjalanan menjadi sunyi hanya kedengaran bunyi radio
***
Mereka sampai di rumah, Bahr terus mengekori Anya terus ke biliknya, "Kenapa Anya tak nak bagi abang peluang untuk buktikan kepada Anya yang Abang boleh jadi suami dan ayah yang baik untuk keluarga kita? " pinta Bahr. "Bahr, awak kenal ke diri awak yang dulu?" soal Anya. Bahr hanya memandang Anya. "Lagipun, kita tak pernah bercinta Bahr, kita hanya kawan. Sebatas kawan sahaja. " kata Anya. Bahr hanya diam. Anya merenung dalam-dalam mata Bahr. "Kenapa kita tak cuba sekarang? " soal Bahr.
"Kalau kita cuba pun, ke mana agaknya hubungan kita selepas tu, Bahr? Awak ada Sherry Bahr." kata Anya. Bahr hanya diam. "Seandainya Abang tidak dapat kawal diri.. jangan salahkan Abang. Abang lelaki dan Abang ada hak, dan yang paling penting.. kuasa cerai di tangan Abang. " Bahr terus meninggalkan Anya. Betapa susahnya hubungan mereka.
***
Zayhar berada di luar butik Anya. Sherry memberitahu bahawa butiknya cuti. "Esok, Zay jumpa Anya ye. I Can't wait to see you Anya. " kata Zay. Telefonnya berbunyi. "Ye.. Sherry, what do you want? " soal Zay. Semakin lama semakin rimas dia dibuatnya oleh Sherry, dasar wanita jalang. Namun, dia harus berbaik-baik dengan perempuan ini. Dialah kambing hitamnya.
"Ya sayang.. tunggu situ ye, you miss me right? I miss you too. Tunggu tau. " kata Zay terus mematikan telefon dan mencampaknya.
***
Idlan buntu di rumahnya. Bagaimana dia harus berjumpa dengan Anya dan Becky. Bagaimana dia harus menyatakan bahawa akan datangnya Zay dalam membalas dendam. "Aku kena jumpa Anya secepatnya." kata Idlan.
"Zahin? Ke aku minta tolong dengan adik angkat Abang Zay, aku rasa dia seorang je yang boleh tolong aku sekarang. " kata Idlan. Idlan mulai menyelongkar meja kerja milik Zayhar dan terjumpa kad milik syarikat Zahin.
"Ya Allah.. semoga urusanku dipermudahkan. " kata Idlan. Terus menghubungi nombor tersebut. "Hello, Zahin speaking. " kata Zahin di hujung talian.
"Ye Encik Zahin. Maaf menganggu.. Saya Idlan." kata Idlan memperkenalkan dirinya. "Idlan? Idlan siapa? " soal Zahin. "Err.. boleh tak kita berjumpa? " soal Idlan. "Awak siapa nak jumpa saya ni? " soal Zahin. "Saya tahu awak kenal Anya dan Becky kan? Awak ke harapan saya sekarang. " kata Idlan.
***
Anya hanya diam sambil mengeluh. Masih terngiang-ngiang percakapan Bahr. Betul, kuasa cerai berada di tangan Bahr. Bagaimana mereka mahu berpisah.
"Sayang.. " sahut Bahr. Anya menoleh terkejut melihat beg bagasi yang ditarik oleh Bahr. Bahr mendekati Anya. "Abang ada seminar ni dekat Indonesia. Minggu depan Abang balik, tolong jaga diri boleh? " soal Bahr. Anya hanya diam dan menganggukkan kepalanya.
"I gonna miss you, sayang. Can you do me a favor? " soal Bahr. "Apa? " soal Anya. "Close your Eyes... Please. " kata Bahr. Anya hanya mengikuti arahan Bahr.
"Thank you. Bye.. " senyum Bahr. Manakala Anya sudah terbuka luas matanya. "Kijap, apa yang berlaku tadi? Bahr.. dia cium aku ke tadi.? " soal Anya bertalu-talu. Sejurus sahaja Bahr menutup pintu, kedengaran jeritan Anya di sebalik pintu.
"Bekal untuk aku seminggu ini." kata Bahr sambil ketawa.
Killa rest seminggu ye.. selamat bercuti semua..
Share this novel