BAB 25 ( Makmal diserang)

Zombie Series 1354

Pak cik itu mengarahkan Danial berdiri di sebelahnya dan dia mengali keluar tanah yang baru itu. " Kamu adik-beradik tutup mata." Dia mengarahkan dan mengambil bungkusan plastik daripada tangan Danial. Will, Jack dan Jill yang terdengar bunyi bising datang ke arah mereka. Pak cik itu meletakkan cangkulnya ke bawah tanah dan membuka plastik tersebut. Hakim yang berada berhampiran terbeliak mata kerana apa yang terisi adalah sebuah kepala yang hampir mereput milik seorang wanita berdasarkan panjang rambut perang dan dia bergegas ke pokok berhampiran untuk muntah. Pak cik itu menanamkan kepala tersebut ke dalam tanah itu. " Sayang, sekarang bersemadilah dengan aman. " dia berucap. Adam dan Danial yang membuka mata mereka kembali keliru apabila melihat Hakim yang sedang muntah dan pandangan pelik rakan yang lain terhadap pak cik asing itu. " Pak cik, maaf jika kami menganggu kawasan ini. Kami hanya mahu tumpang lalu untuk ke bukit di sana. " Jill memberitahu. " Oh, kamu mahu ke makmal tu, tetapi tempat tu tidak selamat. Baik kamu pergi ke pekan Kyres. Berlindung di sana pasti mereka terima." pak cik itu beredar. Namun, dia terhenti sejenak apabila melihat wajah Adam. " Kamu pergi sana untuk jumpa keluarga?" dia menyoal. " Ya, saya dan adik saya nak cari papa kami, Yusuf." Adam memberitahu. "Oh, kamu anak kepada Prof Yusuf. Tak sangka kalian selamat. Tuhan memang balas kebaikan bapa kamu. Tapi, saya sudah seminggu tak jumpa dia. Harap dia masih selamat. " Adam dan Danial mula berasa takut akan pernyataan itu. " Encik kenal bapa kepada mereka? Boleh bawa kami ke sana?" Hakim yang telah pulih bertanya pula. " Saya boleh bantu kalian tetapi saya tidak pasti sama ada perjalanan keluar melepasi pekan Keyah akan berjaya. Saya selalu memerhati gerak geri mereka. Mereka sudah banyak kali mahu membawa pergi bapa kalian , tapi prof Yusuf tak beri respon. " Pak cik itu mengeluh. " "Ha,siapa yang nak ambi papa?" Danial menyoal. " Mari kita berbual di sana. Saya perlu ceritakan apa yang berlaku." Pak cik itu membawa mereka duduk bersebelahan khemahnya berdekatan bekas unggun api.

( Flashback )
Pagi itu pak cik Michael dan isterinya Fiona baru sahaja sampai di hadapan pondok sekuriti. Mereka berdua yang menaiki motorsikal diperiksa bahagian badan oleh dua sekuriti berbadan sasa. Setelah selesai, pasangan tersebut mengambil kad akses masing-masing dan mengimbas pada pagar yang terletak di pintu hadapan bangunan. Bangunan makmal milik keluarga kaya Timothy dan hasil usahasama beberapa saintis itu dilengkapi dengan sekuriti yang ketat kerana terdapat banyak percubaan daripada pihak asing untuk menceroboh bagi mencuri hasil kajian mereka yang terdiri daripada pelbagai bidang. Para saintis makmal medikal itu berasal daripada serata dunia. Bangunan itu mempunyai dua tingkat dan dua lagi bahagian bawah tanah. Di sekeliling bangunan itu dikelilingi oleh pagar bervoltan tinggi dan hutan tebal. Bahagian parking terletak di luar bangunan dan semua pekerja dilengkapi kad akses dan bagi para saintis pula jika ingin memasuki ke makmal atau pejabat mereka perlu menggunakan pengimbas mata. Michael bekerja sebagai tukang cuci dan isterinya Fiona pula tukang masak di kafe bangunan itu. Mereka berdua berpisah dan pergi ke tempat tugasan masing-masing. Professor Jonathan yang sedang khyusuk melayani perbualan telefonnya dengan pihak atasan asyik mundar-mandir menunggu rakannya iaitu Yusuf di lobi bangunan. Akhirnya setelah dua puluh minit menunggu Yusuf yang tercungap-cungap tiba. " Hei, kau Yusuf. On the way engkau tu berapa lama aku perlu tunggu. Setengah jam?" Jonathan menyoal. " Maaf, Jonathan aku tersekat dalam trafik. Tak tahu mengapa jalan raya daripada hospital hingga ke Keyah boleh sesak teruk. Hari ni Ahad, cuti umum mungkin orang pergi keluar dengan keluarga. " Yusuf yang setinggi 180cm itu mengemas bajunya dan memandang rakannya Jonathan yang rendah sedikit iaitu 176 cm. " Aku perlu segera habiskan juga malam ni bahagian dokumentasi. Anak bongsu aku iaitu Danial dah sedar daripada pembedahan dia. Mujur ada adik aku, Doktor Hathen mampu membantu. Aku sudah janji nak bawa mereka balik esok. Tak sabar nak jumpa isteri dan keluarga yang lain. " Yusuf memberitahu. " Maksud kau ,keluarga sebelah isteri kau? Sampai bila kau tak mahu berbaik dengan keluarga kau di London?" Jonathan menyoal. " Aku pun tak tahulah. Bapa aku sejak kematian ibu, dia berubah. Aku berhijrah ke Malaysia untuk cari ketenangan." Mereka tiba di dalam lif dan menekan punat turun ke ground floor. " Aku dengar yang bapa kau ada datang di Kyres ni dah tiga hari. Bagaimana kalau kau bawa anak-anak kau jumpa dia. Berbaiklah dengan ayah kau. Dia makin tua dan tinggal seorang. Adik kau Hathen pun dah keluar daripada rumah agam sejak dapat kerja di hospital baru tu. Dia mesti rindukan cucu dia. " Jonathan memujuk. Yusuf mengeluh panjang. " Dia orang kaya dan dia juga saintis serta ahli perniagaan terkemuka. Aku pasti dia sibuk dengan urusannya. Dia sekarang ada sebuah universiti di sini. Aku sudah pergi ke rumah agam di sini masa mula- mula datang untuk bawa Danial masuk hospital. Tapi pembantu rumah beritahu ayah aku dah lama tak balik rumah agam tu. Nanti aku akan bawa Adam dan Danial pergi ke universiti di Whinnie untuk jumpa atuk mereka sebelum aku pulang ke Malaysia." Yusuf memberitahu dan dia mengimbas mata birunya pada depan pintu pejabatnya. " Ok, kau sambung kerja kau di pejabat, CEO suruh aku pergi ke pejabat untuk kumpul sampel dna terbaru. Aku pelik mengapa CEO asyik suruh aku buat kaijan kita secepat mungkin dan sekarang kena simpan baik-baik Lima sampel ni untuk dipindahkan ke luar negara. " Jonathan berkata. " Aku hanya mahu tahu daripada mana CEO kita dapat sampel tu? " Yusuf menyoal.

" CEO kata ianya daripada orang yang rapat dengan kau. Mungkin kawan kau semasa kerja atau belajar? Sudah nanti kau tanya sendiri CEO kaya kita tu. Jonathan beredar dan Yusuf menutup pintu pejabatnya. Selang dua jam kemudian, setelah selesai solat isyak, Yusuf membancuh secawan kopi dan melihat jam di dinding. Jam menunjukan pukul dua belas tengah malam. Yusuf mengeluarkan telefonnya dan mendail nombor telefon Adam. Namun, setelah tiga kali mendail masih tiada jawapan. Selepas itu, dia cuba menghubungi Hathen namun sama juga tiada jawapan. " Apa hal pula semua tak boleh dapat ni?" dia mula risau dan menelefon isterinya tetapi sama juga. Yusuf pergi segera ke laptop miliknya dan terkejut melihat tiada rangkaian internet. Dia mendail pula nombor polis namun sama juga tiada balasan. Yusuf merasakan sesuatu buruk telah terjadi. Dia baru sahaja mahu membuka pintu dan dihalang oleh seorang wanita yang masuk dan mengunci pintu pejabatnya. Wanita yang berpakaian seksi itu di dalam usia dua puluh tahun dan antara perkerja saintis muda di situ. " Sofia , kau nak apa? Aku sudah beritahu jangan gunakan Jonathan untuk dapatkan akses masuk ke dalam pejabat aku. Sudah banyak kali kau buat. Kalau kau tak serik aku akan laporkan pada Prof Sam." Yusuf mengeleng kepalanya dan mengambil baju kotnya dan menutup badan Sofia yang memakai skirt paras atas paha. " Yusuf, kau tahu aku kejar kau daripada universiti lagi. Kita sudah bercinta setahun tapi kau minta putus dan setelah habis belajar kau berpindah ke negara lain. Bila kita jumpa kembali kau datang ke sini bawa isteri dan dua anak kau. Mengapa kau buat begini pada aku?" Sofia cuba memeluk Yusuf. Yusuf menepis dan menjauhkan diri. " "Astaghfirullah", Yusuf mengucap di dalam hatinya dan menarik nafas panjang. " Sofia , umur kita beza sepuluh tahun. Aku sekarang seorang muslim. Malahan kau dahulu curang dengan lelaki lain. Aku bercinta dengan kau kerana aku kasihan terhadap kakak Amelia kau. Dia hanya seorang jururawat dan kau selalu memberontak mahukan duit untuk beli pelbagai benda. Tapi kau tak hargai dan belajar main-main. Kakak kau dan aku, adalah abang dan adik angkat. Jadi aku mahu bantu dia dan dia sangat merayu pada aku untuk bercinta dengan kau. Jadi aku cuba untuk terima kau dan beri sahaja apa yang kau mahu duit dan status. Tapi kau curang dengan professor kita. Tolonglah semua tu hanya masa silam kita. Aku tahu kau datang ke sini kerana mahu pujuk aku. " Yusuf menunjukan cincin kahwin miliknya kepada Sofia. " Sekarang aku ada keluarga sendiri. Kau dan professor sila kahwin cepat." dia memberitahu dan mahu membuka pintu biliknya. Namun, dihalang lagi oleh Sofia. " Professor tu penipu, dia gunakan aku untuk jalankan eksperimen rahsia. Selepas habis belajar aku mengikuti dia ke sebuah Institusi dan kami lakukan kajian di sana. Setelah selesai dia mula layan aku kasar dan mula memukul aku sebab itu aku segera berpindah ke sini sebab aku mahu cari kau. Aku mahu cari Amelia. Dia sudah berpindah ke tempat lain. Aku mahu tahu kau pernah jumpa kakak semula? " Sofia menyoal. " Kali terakhir aku jumpa kakak kau di pekan Orion. " Yusuf memaklumkan. Tiba-tiba Jonathan masuk pula ke dalam pejabat Yusuf. " Jonathan ,aku nak tanya kenapa..." tidak sempat Yusuf bertanya dia menarik tangan Yusuf dan Sofia lalu segera berlari keluar. " Eh kenapa kita berlari pula?" Sofia cuba melepaskan genggaman tangan daripada Jonathan. " Aku tahu kau pasti mahu tanya kenapa tiada rangkaian telefon atau internet bukan? Kita ada masalah besar! Ada banyak zombi sedang serang bahagian atas. Mari kita kena segera ke atap untuk naik helikopter dan beredar daripada sini." Jonathan memberitahu. Walaupun Sofia dan Yusuf keliru mereka masih menurut. Tiba- tiba Jonathan menerima panggilan daripada Walkie talkie. Setelah selesai berbual dia menekan tingkat satu iaitu tempat terdapatnya lobi dan mereka bertemu dengan tiga lagi rakan saintis. " Oh, syukur kalian selamat. CEO beritahu kita perlu ambil sampel daripada makmal dulu baru lari ke atap. Mereka berjalan dan tiba di lobi. Namun mereka terkejut melihat beberapa zombi berkerumun di bahagian lobi dan ramai staff yang telah mati ataupun yang telah bertukar menjadi zombi. Sofia yang takut memegang baju Yusuf. Mereka berenam perlahan-lahan merangkak memasuki bilik pemantauan CCTV. Lalu Jonathan mengunci pintu. Jonathan dan dua rakan yang lain beredar keluar daripada bilik itu dan segera berlari ke arah makmal yang terletak di hujung bangunan melepasi kafe.

Kini tinggal Yusuf, seorang lelaki saintis iaitu Rudy dan Sofia meneliti semua CCTV. Mereka bertuah kerana CCTV di situ masih berfungsi. Yusuf melihat pada monitor CCTV. Terdapat banyak zombi di kawasan parking di luar bangunan, tingkat dua, sebahagian pada tingkat satu dan di dalam tangga. Kawasan yang tidak terjejas adalah di dalam kafe yang menepatkan banyak staff seperti tukang cuci, juruteknik elektrikal, staff kafe, sekuriti dan tiga staff khidmat pelanggan yang sedang berlindung di dalam. "Pintu di belakang kafe ditutup secara automatik dan memerlukan kod daripada pihak pengurusan. Mengapa pihak pengurusan tak bagi kod pada mereka supaya mereka boleh lari ikut pintu belakang?" Yusuf menunding jarinya pada monitor CCTV di bahagian kafe. " Kami sudah tanya pihak pengurusan tapi mereka tidak beritahu. " Rudy memberitahu. Mereka melihat pula tiga rakan yang lain mahu keluar dan mahu melalui lobi namun lorong lobi itu dipenuhi oleh kerumunan zombi. Jonathan memaklumkan pada CEO melalui walkie talkie. " Kalau begitu beri kod pintu hadapan kafe kepada Rudy dan suruh dia buka pintu hadapan. " CEO mengarahkan. " Tapi tuan, bagaimana keselamatan semua staff di dalam kafe?" rakan yang lain menyoal. " Kamu hanya turut sahaja. Spesimen di dalam kotak tu sangat penting dan boleh menjamin keselamatan kita semua kelak. Perlu pengorbanan untuk selamat dalam situasi ini. Cepat. " Jonathan menghubungi Rudy menggunakan walkie talkie yang diberikan olehnya tadi dan meminta dia menjauhkan diri daripada Yusuf dan Sofia. " Kau biar betul. Ni kerja gila! Mereka semua di dalam kafe tu rakan kita. " Rudy berbelah bahagi. " Kau hanya masukkan kod tu ke dalam komputer dan buka sahaja. Kau tahu jika kita tak berjaya bawa sampel ni dengan selamat , CEO akan halau semua keluarga kita yang tinggal di Kyres sebab syarikat yang tanggung semua perbelanjaan keluarga kita semua. Kalau Sofia sebab dia masih bujang dan Yusuf pula keluarganya di tempat lain jadi tiada masalah untuk mereka. Kau perlu buat demi keluarga kita semua." Jonathan yang berat hati terpaksa memberitahu. Rudy menumbuk dinding di hadapannya dan mengejutkan Sofia dan Yusuf. Dia lalu ke komputer dan melakukan arahan Jonathan. " Kau buat apa gila!" Yusuf yang melihat pintu hadapan kafe terbuka secara automatik sekaligus menyebabkan kerumunan zombi memasuki kafe dan menyerang staff yang berlindung di dalam. Kedengaran bunyi jeritan dan panik. Yusuf menolak Rudy dan melihat CCTV di kafe. " Ya Allah!" dia menarik kasar baju Rudy . " Aku terpaksa Yusuf, CEO ugut akan halau keluarga kami kalau spesimen tidak berjaya dikeluarkan daripada sini." Yusuf menumbuk muka Rudy bengang. Akhirnya apabila laluan lobi itu kosong Jonathan dan rakan yang lain berlari masuk ke dalam lif lalu ke terus ke tingkat atas. Akhirnya Rudy memberikan Yusuf kod pintu belakang kafe dan belum sempat Yusuf mahu memasukkan kod, komputer itu telah dihempap oleh Rudy menggunakan silinder gas pemadam kebakaran. Rudy hanya ketawa dan Yusuf terkejut melihat kedua-dua mata Rudy telah bertukar menjadi hitam dan dia berubah menjadi zombi. Rudy berlari mahu menerpa ke arah Sofia namun Yusuf menendang Rudy dan lelaki itu terhumban. Dia menarik Sofia dan berlari mengambil gas pembakar kebakaran dan menutup pintu bilik kawalan itu. Rudy menjerit dan menghempas badannnya bagi membuka pintu. " Dia jadi zombi, tapi dia tak tahu buka pintu. Yusuf tunduk!" belum sempat Sofia menghabiskan percakapannya satu zombi mahu mengigit Yusuf lalu Sofia menolak Yusuf ke tepi dan Sofia mengangkat kakinya dan dia menendang kepala zombi itu. "Bang" zombi itu rebah dan Yusuf terpinga-pinga memandangnya. " Apa? Saya belajar taekwondo untuk pertahakan diri daripada ramai lelaki. Cuma kau je tak tahu." Sofia memberitahu. Yusuf yang jatuh terduduk menelan air liur. " Nasib baik masa aku belajar dulu, aku bukan buaya darat."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience