H1

Crime Series 45700

"Kau dah keluar ni, aku taknak tengok kau masuk balik dalam ni!"

Seorang warden penjara bersuara tegas sambil sedia membuka pintu pagar untuk Ezhar.

"Eh, jangan cakap macam tu tuan, doa lah elok-elok untuk saya."

Ezhar menjawab sambil mengemaskan beg galas di bahu.

"Aku memang selalu doakan kau Har. Aku cakap ni untuk warning kau. Sekali lagi aku nampak muka kau kat dalam ni nahas kau!"

"Ye tuan, saya pun dah serik 7 tahun dalam ni. Terima kasih tuan."

Ezhar menghulurkan salamnya sambil disambut oleh warden berkulit hitam manis itu.

Setelah mengucapkan salam, Ezhar keluar dari ruang bata yang besar dan tinggi itu. Ruang ini lah yang menjadi tempat 'menginap' Ezhar sejak 7 tahun yang lalu.


Setelah berada diluar, kaki Ezhar kaku sebentar di lantai tanah. Mata mengarah kekiri dan kanan, tak tahu mana arah tuju yang sepatutnya.

Udara luar disedut sebentar bagi menggantikan oksigen penjara yang ada dalam tubuhnya. Kaki mula mengatur ke kiri. Dia ingin jumpa seseorang, seseorang yang telah membuatkan Ezhar memegang gelaran 'banduan'.

"Abang Har!"


Langkah Ezhar terhenti, badannya berpusing kearah suara wanita yang agak manja dan lunak di belakangnya. Tanpa sempat dia berfikir, wanita itu berlari dan memeluk erat tubuh Ezhar yang sedikit kurus.

Terandah sebentar diri Ezhar kebelakang waktu wanita itu menghenyak tubuhnya.

"Rindunya kat abang Har, Syukur abang Har dah keluar!"


Leher Ezhar terus dipaut wanita separas bahunya itu.

Ezhar senyum, sebelah lengan melilit belakang wanita itu, sebelum satu tangannya lagi mengosok ubun-ubun wanita itu.

"Abang pun rindu kan Reen.."
Tak puas, kini Ubun-ubun wanita yang dipanggil Reen itu diciumkan oleh Ezhar.

Ezreen melepaskan pelukannya pada Ezhar, wajah mendongak memandang abang sulungnya, lantas lengan lelaki itu ditarik untuk mengekornya.

"Reen nak bawak abang pergi mana?"

Teragak-agak Ezhar mengikuti adiknya yang pantas berjalan sambil terus mengheretnya bersama.


Soalan Ezhar tidak dijawab oleh Ezreen, langkah mereka berdua sampai di sebuah kereta Toyota Vellfire 3s berwarna hitam.


Pintu sisi MPV itu di buka perlahan.

"Jom bang."
Ezreen menarik abangnya untuk masuk kedalam kereta.


Namun Ezhar memakukan kaki ke lantai tar.

"Abang.."
Ezreen memanggil lagi ketika merasakan lengan Ezhar keras untuk tidak mengikuti.

"Abang balik sendiri."

Ezhar menarik lembut lengannya dari gengaman Ezreen.

"Masuk Har, balik rumah."


Suara garau dari dalam kereta membuatkan mata Ezhar melirik kembali ke ruang Vellfire itu.

"Maaf Tan Sri, rumah saya dan rumah Tan Sri tak sama."

"Abang...."
Ezreen memangkah ayat abang.

"Maaf.."
Sekilas pandangan Ezhar pada adiknya sebelum ingin membuka langkah.

"Kau boleh hidup ke tanpa apa-apa Har? Kau baru keluar penjara. You have nothing."

Langkah Ezhar mati sebentar sebelum kembali menoleh kepada suara garau tadi.

"Saya boleh hidup 7 tahun dengan makanan 'anjing' didalam penjara. Tak mungkin saya akan mati kat luar ni."
Ah! Mendalam sungguh kata-kata Ezhar. Hingga dia sendiri pun tak pasti betul atau tidak apa yang diucapkan sebenarnya.


Tanpa menunggu balasan, Ezhar melangkah meninggalkan Ezreen yang masih menjerit-jerit memanggilnya.

Telinga sengaja dipekakkan.

Tipu jika dia tak rindu Ezreen, satu-satu adiknya. Tipu jika Ezhar kata dia tak sayangkan adiknya, namun ketika melihat wajah lelaki yang beraup 50an didalam MPV tadi. Terus perasaannya mati seperti 7 tahun yang lalu!

"Papa! kenapa papa tak halang abang Har pergi?!"


Dato Farid memandang sekilas pada anak perempuannya, sebelum kembali menyandarkan belakang pada kerusi kulit milik Vellfire itu.

"Kenapa papa masih nak marah kan Abang Har, Reen tahu abang Har tak salah. Abang Har dipergunakan."
Ezreen terus menghenyak kata-kata, kesal dengan sikap papanya yang dingin dengan Ezhar sejak dulu

"Papa tahu Har tak salah."

Ezreen yang baru melabuhkan punggung sebelah papanya memandang laju kepada lelaki tua itu.
"Papa tahu? tapi kenapa papa tak pernah tolong Abang Har? 7 tahun dia dipenjara Pa!"


Nafas tua Dato Farid disedut hingga masuk ke abdomen sebelum mengeluar pendek. Mata kedutnya memandang kedepan.
"Papa nak Har menyesal dan menjadi seorang yang lebih matang."


Sekali lagi Ezreen memandang dalam papanya.
Kedua anak-beranak itu terlalu ego untuk menyatakan rasa sayang antara mereka!
Haruskah Ezreen buka jalan untuk Ezhar dan papanya?

*****

"Fika.. aku dengar Har keluar penjara hari ni."

Mata Dafika melorot sebentar pada Jamaidah. Jantung mula menderu darah hingga ke kepala ketika mendengar nama 'Har'.

"Aku harap dia tak datang kampung ni lagi. Nanti tak pasal-pasal makin banyak jenayah kat sini."


Ekor mata Dafika sekali lagi melirik Jamaidah, kata-kata wanita itu langsung tidak dijawab. Liur yang tersangkut, beberapa kali cuba diteguk melewati kerongkongnya, namun terasa perit.

"Mama!"


Othman Karsyad yang tiba-tiba muncul dan memaut leher Dafika, membuatkan wanita itu sikit lagi ingin terandah kebelakang.
Hilang sudah bicara Jamaidah sebentar tadi.

"Arsyad.. berapa kali mama cakap, kalau mama tengah buat kerja, jangan kacau. Nampak tak mama tengah pegang pisau ni."

Dafika meletakan pisau petak diatas papan pemotong sebelum mengesat kedua tangannya pada hujung kain apron.

"Maaf mama, Arsyad rindu mama."

Sedikit pun tak terasa dengan kata-kata Dafika, Arsyad malah terus mencium pipi mamanya bertalu-talu.


Amarah yang tipis tadi mula hilang segalanya, tak mungkin Dafika akan memarahi satu-satunya anak kesayangan dia.

"Busuknya anak mama ni, kenapa tak mandi dulu sebelum datang sini? Baju sekolah pun tak cabut lagi. Esok nak pakai apa pergi sekolah? Beg sekolah mana?"
Bertalu soalan Dafika ajukan pada anaknya dan makin lebarlah senyum Karsyad pada ibunya.

"Beg, arsyad dah letak dekat beranda rumah. Tadi Arsyad nak masuk tapi rumah berkunci. Atok dengan Wan takde."

"Allahuakbar.."
Dafika menampar lembut tengah dahinya.
"Atok bawak Wan pergi klinik, sambung ubat Wan. Sorry la.. Mama lupa. Kesian anak mama tak dapat masuk rumah. Macam ni.. Arsyad tunggu sekejap, mama nak siapkan potong ayam ni sikit. Nanti kita balik rumah."
Macamana lah dia boleh lupa, padahal Atok dah cakap pagi tadi yang dia akan bawa Wan ke klinik sebab ada temujanji dengan doktor.

"Takpe.. mama buat lah kerja dulu, Arsyad duduk kat kaunter je. Nanti mama siap, mama panggil Arsyad ye."

Dafika mengangguk mendengar tutur yang hormat dari anak lelakinya. Syukur Alhamdullilah, Arsyad sangat matang walaupun umur dia baru mencecah 7 tahun.

Anak lelaki itu lah kekuatan Dafika, kini dan selamanya..


Kerja di kedai makan itu Dafika teruskan. Kedai makan yang makin membesar itu, adalah milik Hajah Salhah, wanita yang Dafika panggil 'Wan' sehingga sekarang.

Oleh kerana Hajah Salhah tidak mampu berniaga lagi, maka perniagaan itu diserahkan kepada Dafika. Mujur lah Dafika handal dalam bidang masakan.


Malahan dia pernah bekerja di kedai makan ini sebagai pembantu Hajah Salhah sejak Dafika dibangku sekolah lagi.

"Arsyad tahu tak lagi pasal status dia?"


Pertanyaan Jamaidah yang tiba-tiba membuatkan Dafika kembali menoleh wanita berusia 40an itu. Dia juga perkerja lama di kedai makan ini sebagai tukang masak.

"Kak.. berapa kali Fika cakap, jangan sebut pasal perkara ni lagi, lagi-lagi depan Arsyad."

Kalau tak fikirkan Jamaidah yang berkawan rapat dengan Hajah Salhah, dah tentu bibir wanita itu, Dafika kerat dengan pisau berbentuk petak ditangannya.

"Kalau ye pun, Arsyad tu kena tahu. Sampai bila kau nak sorok dari anak kau. Dia perlu tahu yang dia tu anak.."

"Kak.. tolong lah.. Arsyad kecik lagi. Dia tak faham sangat. Kalau dia besar, Fika sendiri yang akan bagi tahu."

Dafika memintas kata-kata Jamaidah sebelum terlanjur jauh, matanya menoleh pada kaunter yang jauh dihadapan. Takut-takut terdengar oleh Karsyad yang sedang duduk disitu bersama seorang pekerja.


Jamaidah merengus kasar, ketika percakapannya dipotong. Sikit pun rasa bersalah tiada dalam dirinya sewaktu ingin meneruskan ayat.


Kerana tak mahu keadaan makin tegang, Dafika membekukan lidah untuk terus bersuara. tangan tangkas memotong bahagian-bahagian ayam untuk dimasak.

Dia paling pantang jika ada yang bertanya tentang status anak lelakinya.

Pada Dafika, walau apa pun status Karsyad, dia tetap akan mendidik anak itu menjadi seorang yang patuh pada ajaran Allah hingga dewasa. Tak mahu anak itu menjadi sepertinya.


"Kak... ada seorang lelaki datang cari Malik."

Amira, pekerja yang bertugas di kaunter kedai makan sejak setahun yang lalu masuk kedapur dan menemui Dafika.



"Cari Malik? Siapa?"

Dafika bertanya kembali, dahi dikerut seraya tubuh dibangunkan menuju ke sinki. Wajah arwah Malik bermain di fikirannya

"Entah lah kak Fika."

Amira mengangkat kedua bahu menandakan dia tidak tahu.


Tangan Dafika yang masih basah dengan air setelah membasuh tangan tadi, dikesat dengan hujung apron.
Langkah menuju ke ruang hadapan kedai. Sewaktu melintas kaunter, mata Dafika sempat melihat anak lelakinya yang sudah tiada disitu.

"Papa!"

Papa?!
Siapa pulak yang Arsyad panggil 'papa' tu?
Makin laju langkah Dafika menuju ke luar kedai. Hati semakin deras dengan seribu pertanyaan.

Ketika sepasang mata Dafika menangkap tubuh lelaki dihadapanya, langkah yang laju tadi tiba-tiba beku.

"Fika.."

Garaunya suara lelaki itu, sama seperti dulu. Hati Dafika tak pernah sunyi untuk merindu.

"Papa!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience