Prolog

Horror & Thriller Completed 175

Nun di sebuah hutan, sebalik jajaran batu-batuan.

Seorang tua berjambang putih, tidak berbaju dan hanya berseluar pendek
sedang mengusung seekor rusa di bahunya. Binatang yang sebesar anak
lembu dua tahun itu diikat di kaki. Satu ikatan untuk dua kaki hadapan
dan satu ikatan untuk dua kaki belakang. Tangan si tua yang berurat sasa
itu memegang kaki haiwan yang diikat itu secara bersilang. Darah dari
luka di paha belakang rusa itu mengalir, membasahi sebahagian hadapan
badannya.

Mudah sahaja dia melangkangkah mendaki anak-anak batu di cerun yang
curam itu. Badan situa itu sudah kehitaman dibakar bahang matahari.
Titisan peluh membasahi dahinya yang berkerut seribu.Mulutnya sentiasa
terkumat-kamit seakan bercakap seorang diri.

“Jerat tak pernah lupakan kau. Dan aku tak pernah lupakan jerat-jerat
aku. Huh!” Antara bait perkataan yang kedengaran dari lelaki itu belum
berhenti mengomel itu.

Akhirnya dia sampai ke sebuah pondok yang dibina di lereng cerun bukit.
Pondok yang dibuat itu betul-betul menghadap ke laut. Berbumbungkan
nipah, berlantai dan berdindingkan buluh. Kemas dan kukuh sekali hasil
tangan lelaki tua itu!

Sebatang pohon sederhana besar dan tinggi, disediakan sebagai tempat
menyembelih dan melapah. Buruannya tadi diikat kaki belakang dan hadapan
pada seutas tali yang tersedia di pokok tersebut. Setelah diikat,
bersusah payah pula dia menjulang buruannya itu naik keatas hingga.
Dahan pohon itu membengkok menahan beban. Rusa tadi sempat mengelupur
lemah. Kepala haiwan itu dibiarkan terjuntai separas dadanya. Pisau
kecil yang tersisip bersebelahan parangnya dikeluarkan.

Haiwan itu dipalingkan menghadap kiblat dan dia terkumat kamit membaca
doa sebelum menyembelih. Ditegakkan hala tenggorok haiwan itu sebelum..

Zasss!!!

Darah haiwan itu merecik turun dengan rontaan terakhir dan dengusan
nafas penghabisan. Haiwan sembelihan itu akhirnya terkulai lemah. Orang
tua itu tersengih sambit mengesat darah yang terpercik di tangan pada
daun-daun kayu. Dia puas!.

“Yang ni habuan aku” Ujar orang tua itu yang mencengkam pangkal leher
haiwan yang terkulai itu. Kepala haiwan itu dipotong separas leher.
Darahnya dilap dan dibersihkan sebelum direndam dalam sebuah bekas kaca
lutsinar yang berisi cairan formaldehyde. Balang itu diangkat dan
diletakkan bersebelahan spesimen yang lain di dalam pondok tersebut.

“Hari ni kamu semua dapat kawan baru!” Katanya sambil mengalihkan
sedikit belas berisi kepala pelanduk. Kepala rusa tadi diletakkan
bersebelahan.

“Papa dah balik sayang!” Laung lelaki tua itu sebaik masuk ke dalam
pondoknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience