MAB14: YOU'RE AN ANGEL*

Romance Completed 902115

“Saya ingat Zahran dah kahwin,” kata Arianna dengan wajah terkejut dibuat-buat.

“Yang dah kahwin tu Zahrin, right?” tanya Datuk Eric, mahu memastikan.

“Yeah. Zahrin is married. Zahran soon but not too soon,” jawab TS Zahari dengan nada berseloroh.

“I see.” Arianna mengangguk-angguk.

Zahran masih tidak menjawab. Tembelangnya sudah pecah, dan tidak ada lagi yang boleh disembunyikan. Namun dia geram melihat wajah jengkel Arianna.

“I think Zahran has his own standard in finding a woman of his life,” ujar Arianna.

“Oh, really?” TS Zahari kelihatan tertarik. Zahran pernah menyatakan perkara yang sama kepada dia dan isterinya.

“Ya. Saya rasalah...We should never get married because we or others think it’s time. We should get married when we found the right person, no matter how much time that takes.”

Zahran tersenyum nipis. Itu jawapan yang dia berikan ketika Arianna bertanya kenapa dia mengahwini ‘isterinya’.

“Ah…I’m surprised how you can read my mind, Miss Arianna,” ujar Zahran.

Arianna tertawa perlahan. Terlihat sangat sopan dan bertolak jauh daripada sikap sebenarnya. Di depan TS Albert dan Datuk Eric, Arianna terlihat seperti seorang anak yang baik dan penurut. Hakikatnya Zahran tahu, Arianna sebenarnya bukan begitu.

“Your parents always know when it’s time for you to get married and with whom,” ujar Datuk Eric.

Arianna tersenyum canggung. “Betul. Anything is possible with parents.”

“You should find a woman for Zahran. Father's choice is the best,” kata Tan Sri Albert.

TS Zahari hanya tertawa. “I tak pernah masuk campur dengan urusan anak-anak I especially soal jodoh. Who they're dating, who their boyfriend or girlfriend is, who they are going to marry, I tak pernah campur. Their lives, their responsibilities. Our job is just to educate and raise them well.”

“Then, you’re a perfect dad.” Arianna menggumam perlahan, cukup didengar oleh telinganya sendiri.

“You tak takut kalau anak-anak you buat pilihan yang salah?” tanya Datuk Eric.

“The wrong choice will teach them a lesson. We reprimand if they’re wrong, but don’t interfere in their affairs unless they ask for it,” ujar TS Zahari. Dia bukan bercakap kosong. Memang dia dan isterinya seperti itu. Sebab itu dia dan isterinya tidak pernah menghalang hubungan Zahrin dan Rina suatu ketika dahulu walaupun tidak begitu menyukainya. Namun pada masa yang sama, mereka berdoa supaya Zahrin mendapat yang terbaik dalam hidupnya. Dan akhirnya, doa mereka terjawab. Irdina bukan sempurna, tetapi terbaik untuk Zahrin.

“Oh really? So you don’t mind if I never get married?” tanya Zahran yang membuat Datuk Eric dan Tan Sri Albert tertawa.

“Of course I mind about it. Because I can’t wait to kick you out from the house.”

Jawapan TS Zahari itu membuat tawa Arianna turut meledak. Tawa yang perlahan bertukar menjadi senyum dan akhirnya memudar.

Kenapa daddynya tidak berfikiran seperti TS Zahari? Memberi kebebasan sepenuhnya kepada anak menentukan hala tuju hidup mereka? Dan ternyata, anak-anak TS Zahari tidak mendatangkan masalah pun kepadanya. Malah, dengan suka rela membantunya di Imperial tanpa perlu dipaksa atau didesak. Perkahwinan Zahrin dan Irdina juga nampak bahagia walaupun bukan aturan keluarga.

Diam-diam Arianna mengeluh

'Pity me.'

PULANG dari kelab golf, Zahran terus menuju ke sekolah muziknya. Menghabiskan masa di situ sementara menunggu kelasnya bersama seorang pelajar pada pukul tiga nanti. Ketika dia baru mengeluarkan cellonya dari almari, bunyi notifikasi mesej membuat dia segera merogoh saku mengeluarkan telefonnya.

Skrin digeser apabila melihat nama Arianna.

-So you consider Zahrin's wife as your wife. Is that why you keep her photo in your house?-

Zahran memicingkan mata. Berani sekali Arianna menyinggung tentang Irdina. Dan bagaimana Arianna tahu dia menyimpan gambar Irdina? Apa gadis itu menyelongkar seluruh isi rumahnya tempoh hari?

"Kurang asam. Tak apa. Kau tunggu. Aku buat kau menggelupur macam kena seksa kubur." Zahran buka galeri telefon, mencari gambar-gambar Arianna yang masih diambilnya beberapa minggu lalu lantas menghantarnya kepada gadis itu.

-Dalam masa 30 minit, kalau kau tak sampai ke lokasi ni, gambar-gambar ni yang akan sampai ke Datuk Eric.-

Bersama dengan mesej itu, dia menghantar lokasi sekolah muziknya. Dia tahu mustahil Arianna boleh sampai dalam masa 30 minit. Sengaja dia mahu membuat gadis itu panik dan terkejar-kejar.

"Rasakan kau!"

SEMENTARA Arianna, seperti mahu menjerit dan memaki hamun Zahran sebaik sahaja gambar dan mesej itu masuk ke telefonnya. Namun entah mengapa tidak ada kata-kata kesat yang terlintas di benaknya ketika ini. Apa sebegitu muliakah lelaki itu sehingga mahu dicarut pun tidak lut?

Ketika Arianna masih mencari perkataan mahu memaki Zahran, nama lelaki itu tiba-tiba berkelip pada skrin telefonnya.

“Helo!” ujarnya dengan nada sedikit membentak.

“Macam ni ke cara maid bercakap dengan boss?”

“Siapa maid kau?”

“Datang ke location yang aku bagi tu. 30 minit kau tak sampai, gambar tadi yang sampai dulu ke daddy kau.”

Tut! Zahran memutuskan panggilan secara sepihak sebelum sempat Arianna berkata apa-apa.

“Argh!” Arianna menjerit, nyaris mencampak telefonnya ke dinding.

Tuhan, geramnya dia! Dicapai bantal lalu dipukul ke dinding berkali-kali, melampiaskan amarahnya pada Zahran.

“Bodohlah Zahran!” jeritnya.

Ketika dia masih menggila memukul bantal itu ke dinding, notifikasi Whatsappnya berbunyi lagi. Malas melayan, namun bimbang jika itu mesej penting. Dicapai telefon lalu membaca mesej yang dihantar itu. Dari Zahran.

-29 minit lagi.-

“Ish…Dia ni kan! Apa yang dia tak puas hati?!” Arianna berguling-guling di katil lalu menendang-nendang kepala katil. Katil tak goyah, tapak kakinya pula yang sakit.

"Bencinya!!!" Dengan sedikit membentak, dia bangkit. Hanya menukar baju tanpa sempat mandi. Menyesal pula dia memprovok Zahran tadi. Fikirnya Zahran akan merayunya supaya tidak menyebarkan perkara itu dan dia akan menggunakan kesempatan itu untuk meminta Zahran supaya tidak lagi mengganggunya. Ah, ternyata dia silap perhitungan. Senjata Zahran lebih ampuh untuk menyudutkannya.

Seperti biasa, dia menjual nama Amber untuk meminta izin keluar daripada daddynya. Kemudian dia meminta pemandu menghantarnya ke rumah Amber dan dari situ dia akan menggunakan Grab ke lokasi yang diberi Zahran.

“Kau ni kan, saja cari nahas kan?” ujar Amber sambil memandang sahabatnya dengan mata hampir terjengil keluar.

“What can I do. Dia handsome sangat sampai aku tak mampu nak tolak.”

Amber berdecit marah. Ditunjal kepala Arianna dengan telunjuk runcingnya. Terketap-ketap bibir saking marah. Mudah sungguh Arianna memberi jawapan tanpa memikirkan akibat dari perbuatannya itu.

Arianna menggosok pelipisnya yang pedih terkena kuku panjang Amber. Namun dia tidak marah. Otaknya lebih fokus kepada masa yang tinggal hanya lima belas minit lagi. Sementara Zahran pula menghantar gambarnya satu persatu setiap lima minit. Arianna melirik jam di pergelangan tangan sambil kakinya bergedik-gedik, mengurangkan rasa panik.

“Lama lagi ke Grab kau?” tanya Amber apabila melihat Arianna yang gelisah.

“Seminit lagi.”

Amber tidak berkata apa-apa lagi walaupun dia sangat takut jika tindakan Arianna yang terlalu sering bertemu Zahran akan mengundang masalah. Hanya tinggal beberapa minggu saja lagi majlis pertunangan Arianna dan Aaron. Namun Arianna seperti tidak mempedulikan bakal tunangnya itu dan lebih kerap menghabiskan masa bersama Zahran. Bukan dia tidak menasihat, tetapi nasihatnya seperti air titik ke batu. Sia-sia; langsung tidak diendahkan.

“Okay babe, aku pergi dulu,” kata Arianna, membuyarkan lamunan Amber.

Tanpa menunggu jawapan Amber, Arianna terus berlari ke arah kereta Grab yang sudah menunggu di luar pagar.

Amber menggeleng. "Aku harap kau tahulah apa yang kau buat ni."

SESAMPAI di lokasi, Arianna buru-buru keluar lalu berlari ke arah bangunan tiga tingkat bercat kelabu seperti yang diarahkan Zahran.

Bertumpu dua tangan pada pemegang pintu, dia meneutralkan dahulu nafasnya yang mencungap-cungap. Hampir habis nafas kerana lima minit terakhir sebelum cukup 30 minit yang diberikan, Zahran menghantar gambar-gambarnya. Walaupun dalam gambar itu dia masih lengkap berpakaian, tetapi aksi memeluk seorang lelaki dalam keadaan tertidur sungguh tidak layak dilihat. Apatah lagi jika gambar-gambar itu sampai kepada daddynya.

Setelah dirasakan nafasnya mulai teratur, barulah dia menolak pintu kaca itu.

"Lambat 20 minit!"

Suara itu membuat langkah Arianna terhenti. Spontan kepalanya tertoleh ke arah sumber suara.

"Agak-agaklah kalau nak suruh cepat. Ini kan KL. Lagipun kalau ikut maps, dari rumah I ke sini jarak 35km. Fikir logiklah. Mana sempat sampai dalam 30 minit."

"Banyak alasan. Azlan!"

Seorang lelaki yang mungkin berusia awal 20-an menghampiri mereka.

"Ni cleaner baru. Bagi dia mop dengan semua alat pembersihan."

"What?!" Arianna melotot.

"Erk..." Azlan nampak ragu. Diperhatikan penampilan Arianna yang tidak kelihatan seperti tukang cuci.

"Cepat! Suruh dia sapu dulu, lepas tu mop. Dah siap, suruh dia lap cermin dan semua alat muzik dekat tingkat 3," arah Zahran.

Azlan tidak membantah walaupun masih teragak-agak.

"I bukan tukang cuci!"

Tidak menjawab, Zahran sekadar menayang telefonnya sebelum berlalu.

"Hantarlah kalau berani!"

Zahran tertawa mengejek. "Bukan setakat Datuk Eric, aku berani tayang gambar ni dekat billboard TR Exchange, times square, KLCC, Pavilion. Macam mana?"

Arianna picing mata. Tidak yakin Zahran akan benar-benar melakukannya.

"Bayangkan billboard tengah tayang iklan Chanel, tiba-tiba keluar gambar anak Datuk Eric tidur berpelukan dengan lelaki misteri. Ataupun aku boleh letak video kau berkokok?"

"Zahran!!!"

"Cepat bersihkan tempat ni. Jangan banyak merungut."

TANPA setitik perasaan ikhlas dalam hati, Arianna menyapu bahagian bawah bangunan itu sambil mulut tidak berhenti mengoceh dan memaki-maki Zahran. Seumur hidupnya tidak pernah sekali dia memegang penyapu sehinggalah hari ini.

Selesai menyapu, dia mengemop pula. Kekok sehingga Azlan datang menunjukkan cara.

"Penatlah..."

"Maaflah cik. Tadi Kak Pah cleaner tu dah datang, tapi Encik Zahran suruh dia balik."

Grrr! Dapat Arianna rasa asap berkepul-kepul keluar dari telinganya. Nafas yang dihela juga terasa mengeluarkan api.

Zahran memang sengaja mahu memperdajalkannya.

"Dia kata ada sukarelawan datang untuk buat kerja pembersihan. Jadi dia suruh Kak Pah balik rehat."

"Sukarelawanlah sangat. Aku ni kena ugut tau." Arianna menggumam geram. Batang mop dihentak-hentak sebelum lantai tidak berdosa itu disental sekuat hati. Membayangkan lantai itu ialah mulut Zahran yang selalu berbicara sesedap rasa.

Ruang bawah itu menempatkan kaunter, serta 4 studio muzik berdinding kaca. Dari luar, Arianna dapat melihat guru-guru piano mengajar pelajar masing-masing. Seorang guru membimbing seorang pelajar.

"Kat bawah ni kelas piano je. Atas kelas biola dan cello." Azlan menerangkan tanpa Arianna bertanya. Mungkin kerana melihat Arianna begitu ralit memerhatikan aktiviti di dalam studio-studio itu.

"Oh..."

SELESAI lantai bawah, Arianna beranjak ke tingkat satu. Mujurlah Azlan menawarkan bantuan untuk membawa alat-alat pembersihan itu ke atas. Jika tidak, mahu terjelir lidah mahu mengangkut alat-alat itu memanjat tangga dengan tubuh kurusnya.

Melalui dinding kaca, dia melihat Zahran mengajar seorang gadis bermain cello.

"Hmmm...dia mengajar kat sini ke?"

"Ha ah. Dia owner sekolah muzik ni dan dia sendiri ajar cello." Azlan yang mendengar gumaman Arianna memberitahu.

"I see."

"Saya turun dulu. Kalau perlukan apa-apa, panggil je."

"Okey, thanks."

Azlan berlalu, Arianna terus memerhatikan Zahran dan pelajarnya di dalam sana. Tangan mengelap, sementara mata tidak lepas daripada memandang Zahran.

"Berapa lamalah dia boleh tahan belajar dengan Zahran tu. Hmmm..."

Namun hampir 15 minit berlalu, dia tidak melihat Zahran menengking atau marah-marah saat mengajar. Malah tidak ada wajah jengkel yang dipamerkan di depan pelajarnya itu. Tenang aura wajahnya walaupun tidak tersenyum.

"Hmmm...nampak baik pulak dia. Handsome pulak tu. Nasib baik dia tak mengajar aku. Kalau tak, mesti dah jatuh cinta berkali-kali."

Arianna beranjak ke tingkat dua setelah selesai di tingkat satu. Malah menyusahkan Azlan, dia mengangkut sendiri peralatan pembersihan ke tingkat atas.

"Mommy...penatnya..." Tubuhnya dijatuhkan ke lantai lalu melunjur. Tangannya terhulur mengusap betisnya yang pegal.

Setelah dirasakan sedikit lega, dia bangkit berdiri. Tidak berniat untuk meneruskan kerja mencuci kerana matanya tertarik kepada bilik berdinding kaca yang tertulis galeri pada pintunya. Terdapat pelbagai jenis alat muzik di dalam sana yang mungkin sekadar untuk pameran melihat kedudukannnya di dalam almari kaca dan dikunci.

Didorong perasaan kagum, dia memulas tombol lalu melangkah masuk.

“Kat sini cuma ada kelas piano, cello, violin, and ukulele. Music instrument yang lain ni aku beli just for display."

Terjongket bahu Arianna apabila tiba-tiba suara itu bergema di belakangnya. Sontak tangan naik mengurut dada.

Dia toleh. Zahran di belakangnya dengan kedua-dua tangan di dalam saku seluar.

"Seems you have a deep interest in music."

“Yup. I love music.”

Arianna memanggut-manggut. Tidak perlu dipertikaikan lagi. Memiliki sekolah muzik sendiri, menjadi guru cello, serta koleksi alat muzik yang dipamerkan di galeri ini, sudah cukup untuk menjelaskan dalamnya minat lelaki itu terhadap muzik. Alat-alat muzik yang dipamerkan bukan dengan reka bentuk biasa. Semuanya dengan reka bentuk moden dan transparent.

"Amazing." Arianna mendekati bahagian yang menempatkan harp.

"Do you play music?" tanya Zahran.

"Yup."

"Instrumen apa?"

"Harp."

“Wanna play duo with cello?”

Mata Arianna berbinar teruja. Sudah lama dia tidak bermain harp kerana kesibukannya sebagai pengarah operasi Yun Hua, model, dan dalam proses menyiapkan sebuah buku.

“Boleh. What song?”

“Kau pilih,” ujar Zahran lalu keluar memanggil dua orang pekerjanya, meminta mereka mengeluarkan harp dan cello dari almari itu.

“How about The Swan?” tanya Arianna.

“Up to you.”

“Okay. You remember the note?”

“Yeah. That’s one of my favourite wedding song.”

“Uuu how romantic.”

Tiada jawapan daripada Zahran. Dia melabuhkan duduk di kerusi bersama sebuah cello dan menguji bunyinya. Arianna juga melakukan perkara yang sama. Memetik rawak tali harp dan memerhatikan bunyinya.

“Okay?” tanya Zahran.

“Errmmm…Okay.”

“Ready?”

Arianna mengangguk dengan senyum teruja.

Duduk saling berhadapan dengan Zahran, Arianna memulakan dahulu, memetik tali harp menghasilkan melodi merdu intro lagu The Swan. Zahran menyusul, menggesek bow pada string, bergabung dengan alunan melodi dari harp membentuk paduan muzik yang sempurna.

Sesekali Zahran melirik Arianna, memerhatikan jemari runcing gadis itu yang bergerak lincah memetik tali harp namun penuh kelembutan. Senyuman pada wajah Arianna pula seperti menambah kemerduan pada melodi yang mereka mainkan.

Lebih tiga minit mereka terbawa dalam alunan melodi itu sehingga akhirnya lagu itu sampai ke penghujung. Sejenak, mereka saling bertatapan sebelum akhirnya Zahran mengalihkan pandangan terlebih dahulu.

“Kenapa you main cello? I mean...dalam banyak-banyak instrumen, kenapa cello?” tanya Arianna.

“Because it's kind of a smart people instrument," jawab Zahran.

Arianna mencebik. Jengkel dengan sikap Zahran yang terlalu percaya diri. “Sounds not right.”

Zahran tidak menjawab. Dia sudah bangun, membawa cellonya ke almari dan menyimpannya semula di sana.

“Harps are associated with angels.” Arianna memberitahu walaupun Zahran tidak bertanya.

“Really?”

“Yeah. The association between angels and harps apparently originates in the Bible, more precisely in chapter 5 of Revelation. Four angels, along with 24 elders, each hold a harp and a golden bowl full of incense to represent people's prayers as they praise Jesus Christ.”

“Then, you’re one of the 4 angels,” ujar Zahran yang membuat Arianna terkebil-kebil.

Zahran memujinya? Benarkah?

Itu tadi...ayat penyata kan, bukan ayat tanya?

Mommy! I'm happy!

Share this novel

Norakmabaidura Muhamad
2022-06-28 19:01:48 

v ok by! Q1sw1z1s1ss11wsssd xxx see 2 d seed de Xxx CVV 5gg555g TV cc q aww


NovelPlus Premium

The best ads free experience