Baju seragam kerjanya disarungkan sebaik sahaja selesai mandi. Rambut lurus yang terurai itu diikat dengan gaya 'ponytail' sahaja. Dia sudah terlambat untuk masuk kerja. Tiada masa untuk menggayakan rambutnya lagi. Entah macam mana boleh terlajak, meskipun jam loceng sudah dipasang berpuluh-puluh kali. Bedak bayi itu di tabur di atas telapak tangan lalu di tempel di wajahnya. Liptint juga di pakai di bibir agar tidak terlihat terlalu pucat. Siap!
Sampai sahaja di tempat kerja, dia bergegas meletakkan barang di loker berkunci yang tersedia di tempat kerjanya. Kemudian, dia berjalan menuju ke kaunter seperti biasa. Dalam hati hanya mampu berdoa agar dirinya tidak di sembur dengan bebelan akak yang super berlagak di kedai itu.
“Putri Hanis! Ikut aku,”
Hanis tersenyum hambar. Tak tahu dari mana saja wanita itu muncul. Tadi clear sahaja dia tengok. Tak ada pula manusia yang satu itu di lihatnya. Sah! Dia memang dah syak aku! Bisik hatinya.
Dia mengekori langkah wanita itu tanpa sebarang bantahan. Dia sudah bersiap sedia hendak mendengar bebelan akak itu. Tapi, dia sudah biasa. Ke mana saja dia pergi pasti akan berjumpa spesis yang suka membebel.
“Kau tahu kenapa aku panggil kau?” kata wanita itu dengan pandangan tidak puas hati.
“Tahu.” jawab Hanis ringkas.
“Why?”
“Sebab saya lambat. Saya minta maaf. Saya akan cuba untuk tidak datang lambat lain kali,” jawabnya perlahan. Pandangannya tunduk sementara kaki dimain-mainkan di atas lantai itu.
“Tahu pula! Aku tak fahamlah dengan bos tu, kau lambat macam mana pun, dia tak nak pula buang kau. Eee, kalau aku jadi bos, orang macam kau ni dah lama aku buang!”
Hanis hanya tersenyum. “Tu kalau akak jadi bos. Tapi, akak tak jadi pun kan? Lagipun, bos tak buang saya sebab kerja saya semua bagus. Tapi, itu bukan bermaksud saya nak ambil peluang untuk terus datang lambat. Tak.
Cuma saya terlajak tidur dan tak dengar bunyi alarm. Kalau saya ni tak datang lambat, mesti bos lagi suka. Silap-silap, kerja akak tu sebagai pembantu bos dekat kedai, saya yang pegang.” ujar Hanis panjang lebar. Sempat juga dia bergurau kasar di akhir ayatnya.
“Keluar!” Nadanya sedikit meninggi. Wajahnya juga sudah merah menyala menahan api kemarahan. Hanis hanya tersengih.
“Saya gurau jelah, kak. Jangan marah, tau. saya keluar dulu,” Hanis melangkah pergi meninggalkan wanita itu sendirian. Biarlah dia melayani perasaannya. Hanis tidak bermaksud untuk membuat wanita itu marah. Dia hanya bergurau sahaja.
Hanis sudah berada di kaunter. Itulah pekerjaannya saat ini di dalam kedai itu. Setelah bekerja satu tahun di situ, dia telah di pindahkan ke bahagian juruwang atas kepercayaan yang telah diberikan kepadanya. Bukan itu sahaja, Hanis juga seorang yang cepat belajar dari tunjuk ajar yang diberi.
“Kena marah lagi ke?” tegur rakan sekerjanya yang merupakan penjaga juruwang juga. Hanis memandangnya sambil mengangkat bahu. Biasalah, bukan Hanis kalau tidak di marah berulang kali.
“Sorry tanya, tapi kenapa kau asyik datang lambat? Kau tahu kan akak tu pasti kecoh, maka dia pun pekerja juga. Bos pun tak cakap apa,” terpacul ayat itu di mulutnya.
“Biasalah, terlajak tidur. Malam kan aku ada kerja juga,” balas Hanis.
“Ooo... kerja apa?” tanya rakannya lagi. Kebetulan pelanggan yang masuk di kedai itu masih memilih barang belanja mereka.
“Aku bantu housemate aku berniaga dekat pasar malam. Tapi, setiap hari isnin dan sabtu je. Kalau kau perhati, aku akan datang lambat dua hari tulah. Penat, katakan,” jelas Hanis pula. Itulah sebabnya dia sering terlajak tidur. Balik saja dari kerja, dia bersama rakan serumahnya akan ke pasar malam untuk menjual air dan kuih-muih sehingga lewat malam.
“Wow... kawan kau pandai buat kuih ya?”
“Eh, bukan. Kuih tu semua, makcik dia yang buat, kami tolong jual je. Seronok tau,” balas Hanis. Perbualan mereka terhenti di situ apabila pelanggan mulai berbaris membayar barang-barang mereka. Sesekali Hanis membantu rakannya itu memasukkan barang belanja pelanggan ke dalam beg plastik.
***
Pukul 6 petang.
Hanis bersiap-siap untuk pulang selepas memastikan tempat kerjanya itu bersih. Dia tetap akan membersihkan semuanya walaupun ada yang menggantikan mereka untuk shift belah malam. Dia meletakkan sapu berserta penyedok pada stor lalu bergerak ke loker untuk mengambil begnya.
“Datang kerja lambat, nak balik cepat pula.” Tiba-tiba ayat itu mengasak kuping Hanis. Dia hanya tersenyum lalu menggeleng. Dia tahu sangat pasti wanita itu tidak berpuas hati dan akan mengeluarkan kata-kata sindiran untuknya. Ada saja lontaran ayat yang tidak puas di bina untuknya.
“Seronoklah tu kan, bos tak marah dan tak tegur pun kesilapan kau. Kalau aku...”
“Akak ni memang suka jaga tepi kain orang ke macam mana? Saya yang datang lambat, akak pula kecoh. Macamlah dia bos..” balas Hanis dengan sengaja nada untuk ayat terakhir di perlahankan. Namun, ia masih dapat di dengar oleh wanita itu.
“Kau jaga mulut kau sikit. Kau dengar sini, aku tak akan berdiam diri. Pegang cakap aku, bos akan pecat kau satu hari nanti!” Katanya lalu meninggalkan Hanis sendirian. Hanis hanya memandang dengan kesabaran yang sedaya upaya ditebalkan.
“Kenapa kau cakap macam tu. Dia tu pekerja lama tau dekat sini. Kau tahu kan, bos selalu saja dengar cakap dia. Sepatutnya kau diam je tadi, nanti tak fasal-fasal kau kena buang kerja, padan muka!” tegur rakan sekerjanya yang baru sahaja tiba di tepi Hanis.
“Lantaklah dia nak buat apa pun. Kau ni kenapa tak balik lagi? Nak jadi wartawan ke sekarang ni?” tanya Hanis. Malas Hanis hendak memikirkan fasal perkara toxic itu lagi.
“Ish, mana ada. Aku nak baliklah ni. Boyfriend aku pun dah tunggu dekat depan tu. Kau balik naik motor lagi ke?” dia bertanya kembali sambil berjalan beriringan keluar dari kedai tersebut.
“Tak, hari ni rakan serumah aku yang ambil...”
"Ooo...lain kali carilah boyfriend, boleh hantar kau balik. Okaylah, esok kita jumpa lagi. Bye...” tergesa-gesa gadis itu berlari anak menuju ke sebuah kereta berwarna kuning. Selang beberapa saat, kereta itu mulai bergerak meninggalkan tempat tersebut.
Hanis hanya berdiri statik ditempatnya sementara menunggu rakan serumahnya yang sukarela menjemputnya pada petang itu. Sementara menunggu, fikirannya mula di ganggu dengan kata-kata rakan sekerjanya tadi. Cari boyfriend? Biarlah dia bersendirian terlebih dahulu.
Perkara tiga tahun lalu masih lagi berbekas dalam dirinya sebagai satu titik hitam. Titik itu terus kekal hingga kini dan agak sukar untuk di kikis daripada ingatannya. Kejadian itu telah memberi pengajaran yang besar dalam hidupnya untuk berhati-hati dalam memilih pasangan hidup.
****
Happy reading ><
Share this novel