Bab 9

Romance Completed 53837

Angin laju menerpa ke wajah Munirah yg sedang duduk di buaian Pusat perubatan Darussyifa' yg menempatkan di tepi kawasan air terjun. Suasana dan keadaan di situ sangat tenang sekali. Bunyi-bunyian burung meresap masuk ke dalam telinga Munirah. Rintisan air terjun merangkap masuk ke lubuk hati Munirah. Perlahan-lahan dia membuka mata dan menghayati setiap saat nadi yg bergerak mengikut rentak sirami titisan air yg jatuh ke atas batu. Sekilas lalu fikirannya terus memikirkan tentang kesambungan kejadian yg lepas. Air mata Munirah kembali mengalir lagi. Munirah cuba melawan tetapi apakah kudrat yg dia ada sekarang hanyalah tubuh yg tersiksa.

.........................................................................

Suasana menjadi hening dan jangal sekali di rumah En Shukri. Kelihatan ada pengetua dan 2 orang guru disiplin berada di tepi Cikgu Azhar manakala Kyra berada di tepi Munirah untuk menenangkan dirinya daripada tadi asyik menangis tersedu-sedan. Dia merasa sangat takut dan masih tidak berapa nak ingat apa yg terjadi ke atas dirinya itu. Puan Ruziah yg berada di sisi En shukri hanya menundukkan pandangannya ke bawah sahaja. Sedikit banyak air mata turut gugur di pipinya. Dia merasa kasihan dan tidak gamak melihat anak perempuannya dalam keadaan begitu. Semua ini menjadi luar jangka kepada mereka semua. Keluarga Amar juga berada di situ kerana Amar adalah saksi yg nampak semua kejadian ini dahulu. Dia perlu memberitahu perkara sebenar kepada mereka semua sekarang juga. Mikhail hanya memandang sayu ke arah Munirah yg dari tadi masih lagi tidak berhenti menangis. Dia percaya yg kakaknya itu telah difitnah bersama cikgu Azhar. Cikgu Azhar tidak menunjukkan apa-apa reaksi pun kerana matanya tajam sahaja memandang ke arah Amar yg rasa tidak bersalahnya menuduh dirinya yg cuba memperkosa diri Munirah.

Amar..cepat beritahu pakcik..apakah yg berlaku sebenarnya?? Betulkah kamu yg nampak Cikgu Azhar berdua-duaan dengan Munirah? Tanya En shukri masih cuba menahan amarahnya daripada tersembur di hadapan semua orang. Dia tidak mahu menunding jari ke arah mana-mana pihak lagi sebelum mengetahui perkara sebenar. En shukri tahu yg Munirah tidak ada kena mengena dengan semua ini. Mungkin ada pihak lain yg cuba mempergunakan Munirah.

Bismillah..saya akan memberitahu perkara sebenar. Semua ini demi Munirah kawan baik saya juga. Semasa saya dan Munirah berjalan di sekitar kelas..Saya rasa mahu ke tandas sekejap dan membiarkan Munirah berjalan di sekitar kelas dahulu. Saya mengambil masa yg sedikit lama memandang saya ketika itu sakit perut. Selepas itu, saya mecari Munirah di setiap koridor tetapi tidak nampak kelibatnya. Semasa saya lalui kawasan bilik darjah..saya perasan akan suara Munirah.. dia..dia dan Cikgu Azhar sedang berpelukan antara satu sama lain. Saya tengok dengan mata kepala saya sendiri yg Munirah rela apabila Cikgu Azhar mula membuka kerongsang di tudungkan. Pada masa itu jugalah saya lari dan memberitahu Cikgu Munir yg sedang berada di pejabat. Dan...masa kami datang..Mikhail sudah berada di situ. Itu yg saya tahu Uncle..Saya bersumpah..saya bercakap benar. Beritahu Amar segalanya di depan semua orang di situ. Matanya sempat mengerling ke arah anak mata Cikgu Azhar. Kelihatan raut wajah Cikgu Azhar mula naik bahang dengan susunan rekaan ayatnya itu. Dia tersenyum gembira di dalam hati kerana dapat juga mengenakan Cikgu Azhar yg telah mengacau saat romantiknya bersama Munirah. Cikgu Azhar menghela nafas panjang dan berselawat beberapa kali sebelum membuka mulutnya. Tidak guna dia berkeras dan bertengkar dengan budak seperti Amar yg baru sahaja tamat lepasan sekolah tetapi sudah berani mengfitnah orang sebegini rupa.

Allahuakhbar..Ya Allah.. Sanggup kamu mengfitnah diri saya begini sekali Amar Asyraf..Kamu sudah bersumpah tetapi kamu sendiri yg mereka cerita semua ini? Apa salah saya sehingga kamu sanggup menuduh saya melakukan perkara terkutuk itu dekat anak pelajar saya sendiri? Saya ini guru kamu..Saya tenaga pengajar. Saya tidak akan sesekali melakukan hal terkutuk itu dengan pelajar saya. Fikiran saya masih lagi waras dan mampu berfikir apa yg baik dan buruknya. Mana kamu tahu saya sanggup melakukan hal seperti itu dekat Munirah?? Kebetulan..saya ingin ke tandas dan melalui arah koridor kelas tingkatan 5. Saya terdengar ada suara pelajar di dalam kelas 5 Agung. Saya yg telah sampai di situ apabila melihat ada seorang anak murid yg cuba melakukan hal terkutuk itu dengan Munirah. Saya tak tahu macam mana pelajar itu ada menyimpan Pil peransang hubungan kelamin orang dewasa. Saya pasti pelajar itu telah memberika kepada Munirah disebabkan itu..Munirah ada tindas balas yg pelik sehingga menyebabkan diri dia tidak dapat mengawal nafsu dan terus menyerang saya selepas saya terlepas mengejar pelajar itu setelah berjaya melarikan diri. Saya mengaku..saya berada di tempat yg salah..Salah saya ke datang menegur mereka daripada melakukan hal terkutuk itu?? Salah saya ke cuba meleraikan daripada semua ini berlaku. Saya di fitnah.. Saya difitnah yg cuba menyelamatkan diri Munirah daripada kehilangan maruahnya disebabkan oleh seorang pelajar yg bernafsu syaitan dan cuba mencabuli maruah Munirah. katakan..adakah saya yg salah dalam hal ini?? Kata Cikgu Azhar tegas sekali setiap baris percakapannya itu. Dia sudah hilang sabar apabila Amar menunjukkan muka bengis dan tidak rasa bersalah langsung di hadapannya. Mahu sahaja satu tumbukan dilepaskan di muka Amar tetapi dirinya masih waras dan boleh menyelesaikan semua ini dengan tenang sekali. Sedikit pun dirinya tidak takut akan kata kosong yg keluar dari mulut Amar. Munirah terus menangis teresaknya apabila mendengar semua itu dengan mata kepalanya sendiri. Dia tidak dapat gambarkan apa yg telah berlaku ke atas dirinya masa itu. Seperti dirinya sangat jijik dan cuba mendekati dengan lelaki sahaja.

Memang benar...semasa Mikhail datang mencari kakak...Mikhail nampak Cikgu azhar cuba menenangkan diri kakak yg bukan seperti dirinya. Dia cuba mendapatkan apa yg dia mahukan daripada Cikgu Azhar. Mikhail rasa itu adalah kesan sampingan ubat yg telah diberikan kepada Kakak. Kakak tidak sedar apa yg telah berlaku ke atas dirinya masa itu. Saya rasa ada orang lain yg cuba kenakan cikgu Azhar dan Kakak. Bersuara Mikhail turut menyokong apa yg Cikgu Azhar cuba beritahu kepada semua orang di situ. Dia tidak tahu apa yg Amar katakan itu sama ada benar mahupun tidak. Dia hanya berada di tempat kejadian bila Munirah dengan Cikgu Azhar sahaja.

Jadi..Cikgu nak kata yg ada orang lainlah disebalik semua ini?? Siapa?? Siapakah pelajar yg cikgu maksudkan itu?? marah En shukri sudah hilang sabar dengan semua hal ini. Kepala terasa runsing dan sakit apabila perkara ini berlaku ke atas Munirah sendiri. Dia tidak menyangka hari bahagia bertukar kepada keperitan hidup sahaja. Sedikit pun dia tidak memandang ke arah Munirah yg dari tadi asyik menangis sahaja. Bukannya mahu berkata perkara sebenar malah hanya membisu sudah seperti mati kata yg dirinya yg bersalah dalam hal ini.

Maaflah..saya tidak mahu mengaibkan pelajar ini. Kalau betul dia yg cuba melakukan perkara terkutuk ini dengan Munirah sendiri..saya rasa lebih baik semua orang tidak kenal langsung dengan pelajar yg bernafsu syaitan seperti itu. Biarlah Allah swt sendiri yg membalas
perbuatannya. Saya tidak akan sekali biar dia cuba menyentuh Munirah lagi. Kalau saya beritahu En siapakah pelajar itu..mungkin En akan mengahwini dirinya untuk Munirah. Saya rasa keputusan itu silap sama sekali. Jawab Cikgu Azhar sambil memandang wajah Milik En Shukri. kali ini dia mahu membetulkan apa yg cuba En Shukri fikirkan ketika itu. Dia tidak mahu En Shukri membuat keputusan yg salah. Mata En Shukri terus tergamam selepas mendengar kata berani dari mulut Cikgu Azhar itu. Dia tidak menyangka Cikgu Azhar masih berani bersuara di hadapannya miskipun En shukri belum membuat keputusan apa lagi.

Sekarang saya tahu siapakah pelakunya.. bersuara En Kasim apabila sampai di depan rumah En Shukri. En Kasim merupakan salah seorang pegawai keselamatan di sekolah itu. Dia membawa salinan camera sisi tv yg menyiarkan siapakah pelaku sebenar kepada semua orang. Maaf Cikgu Azhar.. kami melihat hanya cikgu sahaja yg melalui kawasan koridor itu. Tambah En Kasim lagi selepas menunjukkan salinan camera sisi tv itu kepada pengetua. Pengetua hanya mampu mengucap panjang dan dua orang cikgu disiplin lagi sudah mati kata sahaja. Semua orang saling menumpukan perhatian dekat Cikgu Azhar sudah tiada apa yg perlu ia katakan lagi. Cukuplah ada orang di sebalik semua ini dalam diam mahu jatuhkan dirinya.

Pang!! Kurang ajar!! Jadi ini semua kerja kau. Cuba nak berdolak dalih pula bila orang memberitahu perkara sebenar. En shukri sudah hilang sabar terus nenampar kuat muka Cikgu Azhar dan menolaknya sehingga jatuh terduduk ke bawah. Cikgu Ghazali dan Cikgu Burhan mula bertindak untuk menenangkan keadaan yg sudah goyah itu. Bertalu-talu kepala Cikgu Azhar di tampar oleh En Shukri. Kau telah berzina dengan anak aku! Aku nak kau nikah dengan Irah dengan kadar segera! Aku tak nak aib anak aku dijual macam itu saja. Faham! Tengking En Shukri kuatnya sudah tidak sanggup melihat maruah anaknya digadai macam itu saja. Tiada apa lagi yg terlintas di fikirannya selain menikahi anaknya dengan orang yg sudah menyentuh diri Munirah.

Abah..Irah merayu.. Irah difitnah Abah..Difitnah.. Aku abaikan segala mata yg sedang memandang ke arah aku. Aku sanggup sujud di kaki Abah untuk meminta satu kepercayaan di hatinya. Aku tidak sanggup berdiam diri lagi. Mana mungkin aku akan dikahwinkan dengan Cikgu Azhar yg jauh lebih tua dari aku. Semua ini pasti tidak akan terjadi kalau aku terus balik selepas mengambil keputusan SPM itu. Aku menyesal hingga ke lubuk hati..aku tak akan maafkan kesilapan diri aku ini. Aku tak sanggup nak malukan maruah keluarga aku. Semua ini salah diriku sendiri.

Sudah Munirah Safiyah...Abah tak nak minta apa-apa dah dari kamu lagi. Ini adalah permintaan terakhir abah dekat kamu. Kalau kamu sayangkan abah..kamu tak nak malukan abah..Kamu nikahi dengan Cikgu Azhar. Ini adalah jalan terbaik demi maruah keluarga kita. Abah tak akan biarkan aib kamu dibiar begitu saja. Ini adalah keputusan abah..nak tak nak kamu kena dengar cakap abah. Ujar En Shukri lalu merelaikan pergelangan tangan Munirah di kakinya. Air matanya juga mengalir kerana tidak sanggup melihat Munirah bertindak sedemikian sekali. Walaupun ini bukan salahnya tetapi semuanya sudah berlaku. Munirah terpaksa menerima semua ini walaupun dirinya tidak rela.

Abah...Abah...jangan buat Irah macam ni..Irah tak nak..Umi..tolong Irah...kenapa umi juga diamkan diri..Umi tahukan yg irah tidak bersalah..Mikhail..tolong kakak..kamu percayakan yg kakak tak buat semua ini. sesiapa tolong..Bukan salah Munirah..Merayu Munirah lagi bagaikan orang hilang arah ketika itu. Tangisannya sungguh sayu didengari oleh semua orang yg berada di situ. Dia tidak berhenti daripada terus memohon maaf ke atas kesalahannya itu. Munirah masih lagi bersujud di kaki En shukri supaya susuk tubuh itu memiliki sedikit belas ehsan terhadap dirinya. Berjurai-jurai air matanya jatuh ke lantai. Cikgu Azhar yg menyaksikan semua itu di depan matanya sendiri terus bangun selepas di tolong oleh kedua cikgu disiplin itu. Dia menghembuskan nafas perlahan sebelum membuka mulutnya.

Bbaiklah..saya Muhd Azhar bin Haji Darus akan menikahi Munirah Safiyah Bt Ahmad Shukri. Saya sanggup mempertahankan maruah keluarga En Shukri walaupun diri saya sudah teraniaya dalam hal ini. Saya akan bertanggungjawab ke atas semuanya yg telah berlaku. Kalau inilah..jalan penyelesaiannya saya akan turuti apa saja yg terbaik untuk kebaikan Munirah. Bersuara Cikgu Azhar dengan beraninya berkata begitu di depan semua orang. Dia sudah hilang sabar apabila melihat dan mendengar rintihan air mata orang yg tidak berdosa seperti Munirah. Hanya ingin mendapat satu kepercayaan dia sanggup mengadaikan maruahnya begitu saja. Terbutang mata Amar selepas mendengar semua ini. Akhirnya dirinya merasa menyesal sangat-sangat kerana Munirah akan jatuh ke tangan Cikgu Azhar juga. Bukan ini yg dia mahukan tetapi semua usahanya adalah sia-sia sahaja. Cikgu Azhar tidak mahu Munirah terlepas ke tangan lelaki tidak berguna seperti Amar. Dia akan membuat apa saja supaya Munirah tidak jatuh ke tangan Amar. Keadaab di situ menjadi kekok dan janggal sekali. Ini adalah keputusan luar dari jangkaan mereka semua. Hanya berserah kepada yg satu saja.

.......................................................................

Nak makan?? Tanya Azhar selepas melihat Munirah dari tadi asyik bermain air terjun di celah batu itu. Tangannya di rendam lama sekali di dalam air sejuk itu tanpa ada reaksi apa-apa pun di wajahnya. Munirah mengeleng perlahan dan jari-jemarinya masih bermain pasir halus di dalam air. Azhar hanya mengangguk tanda faham kerana sudah biasa dirinya sahaja yg akan bersuara. Seminggu sekali dia akan membawa Munirah datang ke pusat rawatan Darussyifa' ini untuk merawat masalah tekanan emosi yg dilalui oleh Munirah. Dia bersyukur sangat walid dan Azman tidak lepas tangan untuk menolongnya menjaga Munirah sekali. Dirinya bukan berseorangan seperti Munirah disebabkan itu dirinya tidak jemu untuk mengembalikan satu senyuman di wajah Munirah. Azhar termenung jauh seketika sambil merasai suasana tenang dan damai di sekitar itu.

Dahaga...Bersuara Munirah perlahan tetapi tangannya masih lagi bermain di dalam air. Sedikit pun dia tidak melihat ke arah Azhar yg sedang termenung jauh itu. Setelah beberapa minit Azhar tidak menjawab sahutannya tadi Munirah lalu menarik lembut lengan baju panjang Azhar. Azhar terus tersedar dari lamunannya dan memandang ke arah Munirah.

Saya....dahaga. Kata Munirah lagi agar Azhar pergi mendapatkan air untuknya.

Terkejut Azhar seketika setelah sekian lama dia menunggu untuk Munirah bercakap dengannya secara normal. Di lihat wajah Munirah cukup tenang dan tidak ada masalah lagi seperti dahulu bila fikirannya memikirkan kisah silam pasti saja dirinya akan mengamuk dan mencederakan diri sendiri. Tersenyum Azhar gembiranya terus bangun dan pergi mendapatkan air untuk Munirah. Banyak kali perkataan 'syukur alhamdulilah' muncul di mulutnya selepas melihat perkembangan Munirah dari segi masa ke semasa. Dia berharap sangat Munirah akan sembuh seperti biasa nanti. Azhar menanamkan niat untuk terus berusaha menjaga Munirah dengan sebaiknya seperti yg dijanjikan kepada En shukri sendiri. Dia mahu buktikan yg Munirah tidak bersalah dengan kejadian yg lepas. Biarlah waktu itu berjalan tetapi kita sendiri boleh mengubahnya menjadi kenangan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience