Jam 9 pagi, Salmi sudah tercangak di depan Houz boutique, mengemas dan menyusun stok. Memang dia akan datang seawal itu, kerana Zee Mall adalah sebuah pusat membeli belah terkenal di Bandar SD. Biasanya jam 10 pagi pun sudah ada pelanggan yang berkunjung. Jadi untuk tidak serabut, Salmi akan datang dan membersihkan kedainya dan mula berurus niaga.
"Sal, akak datang lambat hari ni. Kau nanti tolong punch kan akak ye" kata Kak Lily selaku salah seorang staf di Houz Boutique. "Okay kak" balas Salmi. Dia terus mengemas dan melayan pelanggannya. Tepat jam 1, Kak Lily pun masuk dengan wajah yang pucat dan tercungap-cungap. "Kak kata lambat, ni datang awal je" kata Salmi sambil menyusun baju yang pelanggan tidak jadi beli. "Aku penat, kau nak rehat pergi lah." kata Kak Lily.
Salmi pun pergi ke Mc Donald untuk membeli makan tengah hari. Sedang dia menunggu gilirannya untuk ke kaunter untuk memesan makan dia mendapat pesanan ringkas dari Kak Lily. "Sal..maaf.. Akak tak dapat datang, hari ni. Sal Full ye hari ni." Menggigil jari Salmi untuk membalas pesanan ringkas rakan sekerjanya. Usai makan dia pun ke butiknya. Dilihatnya Kak Lily masih lagi disitu sambil menyusun baju-baju.
"Kak...saya minta maaf..saya kena balik.. Sebab ada emergency" kata Salmi. Dengan kadar segera dia pun mengambil tas tangannya dan segera ke pintu keluar.
"Sallll..... betul ke emergency... ke Sal dah tahu....." kata 'kak Lily'
-END-
Share this novel