DIA 47

Romance Completed 131781

Seminggu kemudian…

Hanis melangkah masuk ke dalam rumah dan terus melabuhkan punggungnya di sofa. Keluhan berat dilepaskan. Teringat dengan apa yang berlaku padanya dan Hazzar. Dia menggeleng kepala perlahan, malas mahu memikirkannya.

Hanis terkejut apabila ada tangan yang menepuk bahunya. Pantas dia menoleh ke belakang dan menghelakan nafas lega, Hazzar. Hazzar mengambil tempat duduk disebelah Hanis kemudian menguntum senyuman manis padanya.

“Senyum? Sejak bila abang senyum dekat Hanis ni?” Soal Hanis lembut.

Hazzar tersenyum sinis.

“Salah ke… Aku nak senyum dekat isteri aku sendiri?” Balasnya.

Hanis terus duduk betul-betul menghadap Hazzar yang sedang tersenyum manis. Hanis tersenyum kecil.

“Abang boleh ulang tak? Atau… ini bukan realiti, ini mimpi je kan? Kejutkan Hanis sekarang.” Ujarnya dengan nada tidak percaya.

Hazzar mengeluh berat kemudian terus menarik hidung Hanis. Hanis menjerit ke sakitkan.

“Sakitlah!!” Hanis menggosok hidungnya.

Hazzar sekadar meleret senyuman nipis.

“Itulah kau… Entah apa yang kau payah sangat nak percaya aku pun tak tahu.” Kata Hazzar.

“Memanglah tak percaya. Sejak kita kahwin, abang tak pernah anggap Hanis Adawiyah ni sebagai isteri abang. Dan hari ni… Antara hari yang paling bahagia dalam hidup Hanis.” Katanya.

“Maksudnya… Sebelum ni kau tak bahagia?” Soal Hazzar dengan wajahnya yang kembali serius.

Hanis gagap apabila melihat riak wajah Hazzar yang kembali serius seperti dahulu kala.

“Bahagialah juga. Tapi hari ni… Paling bahagia. Betul ni abang terima Hanis sebagai isteri abang?” Soal Hanis lagi.

“Iyee!! Kau isteri aku, aku sayangkan kau.” Ucapnya kemudian merapatkan dirinya dengan Hanis tetapi Hanis menolaknya.

Hazzar menggeleng kepala perlahan sambil tersengih.

“Ke—Kenapa tiba-tiba?” Soalnya aneh.

“Aku tahu… Aku pukul kau, sakitkan kau, maki hamun kau apa semua, aku tahu aku salah. Aku tahu seorang isteri perlu disanjungi dan bukannya di sakiti. Aku… Aku dah lama tewas dengan kau Hanis, tapi aku tak nak tunjuk yang aku dah kalah dengan cinta kau. Aku pendam perasaan aku, sembunyikannya.”

Kata-katanya membuatkan Hanis terharu dan terus mendiamkan diri. Hazzar tersenyum kecil apabila dia mula merasakan sebak didada. Nafas ditarik sepanjang-panjangnya.

“Aku suruh kau pergi tinggalkan aku macam… Macam aku ni memang bencikan kau walhal, aku tak boleh hidup tanpa kau Hanis. Bila bonda maki kau, aku rasa marah tapi aku… Tapi aku tak tahu kenapa aku diam dan dengar semua tu macam orang bod*h! Bila Nazrul cakap yang dia nakkan kau balik, aku dah mula fikirkan apa yang akan jadi dekat aku.” Sambung Hazzar.

“Apa yang abang fikir?” Soal Hanis ingin tahu.

“Aku fikir aku akan gila sebab aku rasa kau akan tinggalkan aku dan ikut si Nazrul tu. Bila aku fikirkan balik, kenapa aku ni bod*h sangat sampai izinkan kau ikut Nazrul tu. Tapi aku silap, kau langsung tak menipu dengan kata-kata kau, aku pilih untuk tinggal dengan aku walaupun kau tahu aku ni macam mana. Aku… Aku beruntung dapat kau Hanis.” Balasnya.

Hanis tersenyum manis mendengarnya.

“Hanis tahu abang akan berubah dan buka pintu hati abang yang tertutup rapat dengan mangga apa semua tu, hanya untuk Hanis. Hanis tak pernah menyesal dengan pilihan Hanis. Satu je yang Hanis rasa menyesal sangat.”

“Apa?”

“Hanis menyesal sebab pilih untuk ikut cakap babah, untuk pergi tinggalkan dia. Kalaulah Hanis tak ikut apa yang babah suruh, mesti sekarang babah ada di sisi Hanis.” Terangnya.

Hazzar mengangguk faham. Tangan Hazzar menyentuh tangan Hanis kemudian diusapnya lembut.

“Kenapa tak cuba call babah?” Tanya Hazzar.

“Hanis takut. Takut kalau-kalau babah masih tak boleh terima Hanis. Macam mana?” Katanya.

“Kalau kau tak takut untuk cuba buat aku cintakan kau, kenapa kau nak takut untuk cuba buat babah terima kau balik? Hanis, walau apa pun yang keluar dari mulut babah, hati dia masih sayangkan kau. Macam aku, aku cakap macam-macam dekat kau tapi hati aku cakap aku cintakan kau. Hati tu yang penting Hanis.” Terangnya.

Hanis terdiam seketika. Hanis mengangguk perlahan, setuju dengan apa yang Hazzar kata.

“Takpe, fikir-fikirkanlah. Esok kita pergi rumah babah. Okay?” Hanis mengangguk laju.

“Aku nak mandi kau nak ikut tak?” Soal Hazzar kemudian meleret senyuman nakal pada Hanis.

Tak pasal-pasal lengan Hazzar kena tampar dengan Hanis.

“Eh abang ni! Mandi jelah.” Balas Hanis sambil tertawa kecil. Hazzar mengusap lembut kepala Hanis sebelum naik ke bilik.

Hanis masih lagi tersenyum lebar. Dia masih tidak percaya dengan apa yang sedang terjadi. Dengan tiba-tiba sahaja, Hazzar menerimanya sebagai isteri.

“Tak kisahlah apa pun sebab dia, asalkan dia terima aku sebagai isteri pun aku dah cukup bahagia. Inilah yang aku tunggu selama ni.” Ujar Hanis dengan perasaan penuh kegembiraan.

Ayah berjalan mendekati bonda yang sedang bermasam muka di ruang tamu. Ayah mengambil tempat duduk di sebelah bonda. Bonda dengan keningnya yang bersambung menoleh dengan pandangan hairan. Ayah sekadar memandangnya sekilas.

“Abang ni dah kenapa hahh!? Punyalah banyak sofa kosong tu, sini jugak abang nak duduk. Kalau saya tahu baik kita beli sofa yang ada satu seat je. Senang!” Marahnya.

Entah apa yang bonda panaskan tu. Ayah tertawa kecil mendengarnya.

“Betul kata awak. Lagipun, saya memang ada plan nak jual sofa yang tak guna tu. Boleh kita duduk sini je, rapat-rapat. Kan?” Gurau ayah.

“Abang dah buang tebiat ke apa ni hah? Nak jual sofa bagai! Abang, saya ni dahlah tak ada mood. Avang boleh tak kalau jangan nak runsingkan kepala saya yang serabut ni! Boleh tak?”

“Apa yang runsingkan kepala awak tu!? Masih nak fikir cara nak pisahkan Hanis dengan Hazzar ke? Tak payah!! Diorang dah mula bahagia, Hazzar pun dah mula terima Hanis balik. Jadii, batalkan semua niat buruk awak tu. Pergilah spa ke, salon je, pusat urut ke untuk tenangkan jiwa awak tu.” Kata ayah.

Bonda terkejut.

“Hazz? Terima Hanis!?? Abang jangan memandai-mandai nak buat cerita. Saya tahu abang buat cerita sebab bak saya berhenti kan? No abang! Saya takkan berhenti-“

“Mengikut perintah abang.” Celah ayah tiba-tiba, lidah bonda terus terkelu sebaik sahaja mendengarnya.

“Awak dengar sini baik-baik, kalau Hanis dengan Hazzar bercerai disebabkan oleh awak, saya takkan maafkan awak seumur hidup saya dan saya tak halalkan semua makan minum awak! Jadi berhenti menjadi pengganggu rumah tangga mereka. Ingat Zalia, abang ni suami, bukan kawan!”

Ayah bangun dan terus meninggalkan bonda. Bonda terpana.

“Sebab perempuan bernama Hanis tu, abang ugut saya sampai macam ni sekali?? Hebat betul perempuan ni.” Ujar bonda.

Kereta Hazzar memasuki kawasan rumah babah. Hanis keluar terlebih dahulu dari Hazzar. Hanis melihat rumah babahnya dan sekeliling. Makcik-makcik bawang sudah bersedia untuk menyebarkan berita. Hanis mengeluh dan memandang Hazzar yang dari tadi asyik memandangnya.

“Pedulikan diorang. Biar aku settlekan. Kau, naik jumpa babah. Nanati aku naik.” Ujar Hazzar.

Hanis menangguk dan menurut arahnya. Hazzar melangkah mendekati seorang makcik yang dari tadi leka memerhatikan mereka berdua. Makcik bernama Sakiah itu cepat-cepat beredar dari situ. Hazzar tersenyum sinis kemudian melangkah ke arah rumah babah.

“Assalamualaikum!”

Tiada sahutan.

“Assalamualaikum, babab!!”

Hazzar mendekati Hanis kemudian menepuk bahunya. Hanis menoleh seketika dan kemudian pintu mula terbuka.

“Waalaikumusalam! Maaflah tadi dekat da-“

Babah terus berhenti apabila melihat Hazzar dan Hanis yang memberi salam. Babah cuba menuntup pintu kembali tetapi ditahan oleh Hazzar. Hazzar menoleh pintu tersebut sehinggalah ia terbuka luas.

“Korang berdua nak apa datang sini hahh!? Aku tak panggil! Aku tak mati lagi yang kau nak jenguk mayat aku! Kau nak apa datang sini!??” Marahnya.

“Ya Allah babah. Kenapa cakap macam tu? Hanis balik dengan Hazzar ni nak jumpa babah, nak minta maaf dengan babah.” Katanya sayu.

“Maaf? Baru sekarang kau nak balik? Baru sekarang kau nak minta maaf dengan aku? Aku dah lama tunggu kau balik, jejak kaki dekat rumah ni.” Balasnya.

Hanis terpana.

“Apa babah cakap?” Ujarnya meminta kepastian.

“Babah rindukan Hanis. Kenapa baru sekarang Hanis balik, jenguk babah? Babah rindu Hanis tahu tak.”

Babah terus menarik Hanis ke dalam dakapannya. Mata Hazzar terkebil-kebil memandang mereka berdua. Dengan tiba-tiba sahaja?

Hazzar duduk sambil memeluk betisnya di luar rumah. Menikmati keindahan malam, tambahan pula angin sepoi-sepoi bahasa. Babah mendekatinya kemudian menepuk bahu Hazzar. Dia menoleh dan terus melepaskan betisnya. Babah duduk disebelah Hazzar.

“Kenapa Hazz duduk luar? Kenapa tak nak masuk, nyamuk banyak malam-malam ni tahu tak.” Ujar babah.

Hazzar mengangguk faham.

“Bah, Hazz nak tanya sikit boleh tak?” Soalnya.

Babah mengangguk.

“Kenapa babah, tiba-tiba je maafkan Hanis? Sebelum ni kan, babah marah sangat dekat Hanis. Tiba-tiba, babah kata babah rindukan dia. Macam, sesuatu.” Katanya.

Babah tertawa kecil mendengarnya.

“Hazz… Tengok Hazz dengan Hanis dah bahagia, gembira pun dah cukup buat babah terima kamu berdua. Sebelum ni Hazz pun tak terima Hanis, sekarang Hazz dah terima dia sebagai isteri dan hidup bahagia. Kalau Hazz dah terima dia, takkan babah nak buang dia. Takkan babah masih tak nak terima dia, kan?” Balasnya.

Hazzar mengangguk faham.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience