Series
5510
Di dalam kelas~
Mata semuanya sudah kuyu mengantuk. Ada yang tiap lima minit menguap, ada yang sudah masuk dalam alam mimpi. Sesetengah tersengguk-sengguk menahan ngantuk tetapi masih gigih dengar apa yang diajari guru sains di depan. Namun ada juga masih segar mata, pelajar harapan katakan.
Angka jam sudah menginjak pukul 10:30 malam, lagi 5 minit dan mereka akan dibenarkan pulang tido!
Aniq menguap seluas alam. Biasalah perangai mata dalam kelas 24 mengantuk, kalau tengah santai-santai mau nya scroll tiktok sampai tengah malam. Tak ada ngantuk-ngantuknya.
Dia pandang sekilas cikgu yang masih semangat membagi ilmu di depan. Dagu sudah termanggu atas meja. Keluhan usah dibilang lah. Sampai tertekan orang disekelilingnya mendengar keluh kesah si Aniq ini.
"Lagi berapa minit?" soalnya kepada Hazim disebelah.
"Empat minit dua saat." balas Hazim dalam ngantuknya juga.
"Haihh!" keluh dua sahabat itu serentak.
Bella dihadapannya dikerling kejap. Gadis itu tampak fokus, berbeza pula dengan Ifah yang sudah terlentok kepala.
Kerusi Bella disepak olehnya.
"Ui!"
"Ui! Tch, pekak badak pula kau." getus Aniq. Geram apabila gadis berambut blonde itu tak endahkannya.
"La!"
"Apa?!" Bella pusing kejap ke belakang bersama kerutan seribu. Serabut betul diganggu pemuda itu.
"Jom dating kat kedai Pak Nik kejap lagi?" bisik Aniq sambil tersengih kambing.
Bella membalik biji mata. Menyampah. "Tak kuasa!" terus dia pusing ke depan semula.
Aniq mencebik.
"Okay setakat ni saja hari ni! Yang dah siap salin depan ni, boleh balik."
Suara cikgu sains itu mengejutkan kepada semua. Tergesa-gesa mereka menyiapkan nota seperti yang diarahkan. Yang tertido pun tersedar dari mimpi.
Sesudah mengemas buku dan barangnya, pelajar-pelajar itu bersurai untuk ke dorm asrama masing-masing.
Ketika keluar dari pintu, Bella bertembung dengan Luthfi yang berlainan kelas dengannya. Lelaki berkaca mata bulat itu mengajaknya berbincang agak lama juga mengenai kutipan duit dari Kelab Persatuan Bahasa Melayu memandangkan mereka berdua sekali. Luth pengerusi manakala Bella bendahari. Jawatan yang merepotkan. Dia kalau boleh malas nak terlibat dengan mana-mana aktiviti sekolah kerna baginya hal itu menyusahkan! Siapa yang cadangkan dia jadi bendahari memang dia simpan dendam 10 keturunan.
Bella berjalan sendirian di koridor. Laluan itu agak seram dan sepi. Disebabkan ini jalan pintas untuk ke blok asramanya, mahu tak mahu dia terjah juga walau berbekal lampu yang malap.
Ifah? kawannya itu sudah pecut lari duluan kerana katanya tak tahan sakit perut.
Bella menuruni tangga agak laju. Sempat kerling jam yang sudah masuk pukul 10:54 malam. Gelap mak oii huhu...
Disebabkan lampu di tangga sudah mati dan dia menuruni tangga cepat. Ditambah pula dia memakai baju kurung malam itu. Malang tak berbau, boleh pulak tersepak sesuatu membuatkan gadis tinggi lampai itu jatuh terjelopok dilantai.
Bella mengaduh sakit sambil menggosok kedua tapak tangan yang kotor.
"Adoii... tch! Aish yang malam-malam duduk tangga kena-" Ayatnya mati disitu. Glup! liur ditelan kesat. Jantung mula berdebar.
Jap! Jap! Apa yang aku tersepak? Kaki orang ke? Ke...
Perlahan wajahnya angkat penasaran apa yang didepannya kerana dilihat seperti bayang manusia tinggi 173 cm sedang dia hanya 165 cm.
Bella berkira-kira untuk bangun lari tapi kakinya terasa seliuh pula! Ha sudah! Kenapa orang didepannya senyap pulak. Cakap la sesuatu, sekurangnya dia tahu itu orang! Hah cool macam mana pun, takut juga makhluk satu itu.
Dia mencuba bangun namun terduduk kembali. Dahinya berkerut seribu menahan denyut dikaki. Memang tak boleh bangun. Peluh didahi merencik ditambah debaran didada.
Lelaki tinggi berbadan tegap itu tak sampai hati pula melihat keadaan itu. Seputung rokok yang sudah pendek disedut dalam kemudian dihembus. Asap rokok menyebabkan Bella terbatuk.
"Sorry, boleh bangun?" Suaranya serak basah. Tangan dihulur niat untuk bantu gadis berbaju kurung biru itu.
Bella teragak menyambut huluran lelaki tersebut. Wajahnya masih tak kelihatan disebabkan gelap malam. Lampu pun! Masa ni la nak mampus.
Bella berusaha mengamati muka itu. Rambutnya agak stylo tow block. Tinggi 173cm, berbadan tegap seperti atlet. Hmm kacak juga. Eh sempat pula kau Bel!
Apabila dia hendak sambut huluran itu perlahan, huluran itu tiba-tiba ditarik semula.
Bella terjerit kecil. Tubuhnya dicempung lelaki itu. Dia terpinga-pinga. Langkah lelaki itu berhati-hati menuruni tangga kemudian sampai dilantai paling bawah.
"Kau nak ke bilik kesihatan atau nak aku hantar sampai bilik?" lelaki itu memprovok kerana perasan Bella asyik mengamati mukanya dalam gelap. Sian dia tak nampak.
Eh?
Jap! Jap! Kenapa dia suara itu terasa familiar. Eh? Ehh?! Tiba-tiba dia tersedar, riaknya berubah.
Tak semenanya Bella lompat turun dari dukungan. Sakit di kaki hilang bagai magik. Dengan mata terjegil luas, dituding jari ke wajah lelaki tinggi itu.
"Jangan dekat! Kalau tak aku jerit bagi satu sekolah ni dengar!" amarannya keras. Riaknya serius.
Cahaya lampu dari kereta yang lalu lalang menyimpah wajah tampan itu meyakinkan yang itu adalah... Aniq!
Aniq menggaru kepala. Buntu kepala saat ini. Sudah la hanya mereka berdua saja. Dalam gelap pula tu. Gadis itu pula tiba-tiba menjerit.
"Asal diam? Kau nak bawa aku ke mana hah? Eh, jap! Kau merokok ye tadi? Aku report cikgu... cikgu!"
Aniq gelisah. Pantas ditarik tangan gadis itu dan ditutup mulut dengan tangannya.
"Sshh! Diam lah... kau nak kena tangkap dengan warden ke!" Bisik Aniq keras. Beri amaran kerana dia dapat dengar suara tapak kaki seseorang menuju ke arah mereka.
Bella gigit kuat tangan yang menekup mulutnya. Setelah terlepas, dia menjauh dari pemuda itu. Bella senyum sinis.
"Kisah pulak aku! Mana warden yang kau takut tu? Mana? Mana?" tukas berani Bella dengan nada tinggi.
"Tsk... perlahan sikit boleh tak suara kau tu?" serius Aniq beri amaran. Jarang dia serius begini.
Apa yang ditakutkan sangat dengan warden. Warden seorang penjaga asrama saja kan?
Bella ketawa besar sinis. Dah serupa nenek sihir jahat. Amaran itu tak diendahkan malah diejek lagi.
"Ceh! Ingatkan ganas sangat. Gaya kau tu... kau punya berlagak macam tak takut dengan sesiapa. Penakut jugak rupanya. Hahaha!" Bella yang selama ini bersikap dingin berubah penjahat seketika. Dah serupa orang meroyan. Dah lama dia nak mengata lelaki itu.
Aniq terpempam melihat sosok di belakang gadis itu. Bebelan tersebut tak dihiraukan. Mulutnya terkunci. Riaknya yang berubah pucat itu membuatkan senyum lebar Bella memudar.
Bella mula rasa lain macam. Perlahan pusing tubuh ke belakang. Dan...
Seorang lelaki hujung 40an sedang pandang mereka berdua dengan tajam menikam. Bersama muka bengis dan rotan panjang ditangan yang sengaja di rotan-rotan pada tangannya sendiri. Sah! Ini warden asrama lelaki yang dikatakan! Terkenal dengan sikap tegas dan digeruni ramai pelajar. Dan itu pasti termasuk Aniq sendiri.
Mereka berdua sudah telan air liur ditatap tajam oleh Warden Khalid yang ditakuti ramai bahkan dirinya lebih digeruni berbanding guru disiplin. Tak hairan lah garang, warden asrama pelajar lelaki itu merupakan bekas tentera askar.
"Kamu berdua sedar tak yang sekarang ni sudah lewat malam?"
"Sedar, Warden!" Jawap Aniq spontan.
Bella yang cuak tunduk, mengintai sedikit muka Aniq. Lelaki itu... dia bukan takut. Tapi hormat.
"Jadi? Ada apa-apa yang boleh saya tahu?" ujar Warden Khalid tanpa segaris senyum. Pasti warden ini fikir mereka berdua pasangan bercinta yang sedang dating tengah malam.
"Salah faham warden. Niat saya hanya nak tolong dia." Terang Aniq serius.
"Baiklah. Pagi esok sebelum masuk kelas, kamu berdua masuk dalam bilik displin dulu. Faham?" Warden Khalid beri kata putus.
"Tapi saya dengan dia tak buat apa-apa." Aniq jelas tak puas hati. Tak buat apa-apa takkan nak kenakan hukuman juga.
"Faham atau tidak? Saya tak terima jawapan lain." Tegas warden beri kata putus. Keluar aura panasnya yang membuat Aniq terdiam.
"Faham." balas Aniq perlahan lalu menunduk. Dikerling Bella di sebelahnya diam membisu.
Setelah penjaga yang garang lagi tegas itu sudah berlalu pergi. Bella terduduk di tanah.
Hah?
Apa yang dia dah buat?
Kalau mama nya tahu ini... Habislah!
Bella terasa mahu menjerit menangis disitu. Kepala diketuk-ketuk. Bodoh sungguh terasa diri ini! Kenapa la dia tak lari masuk bilik saja dari tadi habis cerita. Tak ada la sampai berlamaan dengan si pengganggu nya itu sampai kantoi dengan warden!
Sedang dia mengutuk diri sendiri. Bahunya disentuh Aniq. Lelaki itu mencangkung menghadapnya.
"Jom lepak kedai Pak Nik?" Dengan muka selambanya.
Bella hampir ternganga. Apakah? Tadi bukan main takut, sekarang buat muka seolah tak jadi apa-apa.
Bagaimana nasib mereka esok? Membayangkan saja tak sanggup.
Bella mencebik seperti mahu menangis.
"Kalau nak dating pun, tak ada la dengan lelaki ni!" Huwaa
Aniq diam memerhati telingkah gadis itu meroyan sendiri. Teruk sangat agaknya dia sampai gadis itu berkata begitu.
Share this novel