BAB 3

Romance Completed 7963

Akhirnya… aku bebas. Peperiksaan pun sudah selesai. Leganya aku rasa. Lia pun aku lihat sudah senyum bahagia. Mana tak nya. Nanti dia akan bertunang. Seronoklah dia. Dengan orang yang di katakan special sebelum ni. Tak sangka aku..

Aku pun seronok kerana selepas ini aku akan balik ke kampong halamanku di Pulau Pinang. Rindunyer dekat mak dan adik . Tak sabarnya nak balik petang nanti. Hurmm…

“ eh? Sya?” aku menoleh ke arah Lia.

“ pe hal?”

“ kau tengok tu.. dekat tempat letak kereta tu.” Aku melihat apa yang di suruh Lia.

“ so?”

“ lelaki tu aku pernah lihat sebelum ni. Dalam sebulan yang lepas.” Aku mengorak langkah ke arah lelaki itu.

“ eh? Kau nak ke mana?” laungan Lia tidak aku hiraukan.

Aku terus mengorak langkah ke arah lelaki itu. Entah mengapa, aku rasa macam kenal je dengan lelaki itu. Betul kata Lia sebab bulan lepas aku pernah Nampak dia sekitar sini.

Eh? Apa ke hal nyer aku ni. Langkahku terhenti. Apasal aku tiba-tiba nak pergi dekat lelaki tu. Kenal pun tak tapi.. hati aku kuat mengatakan yang aku kenal dengan dia. Aduh.. nak pergi ke tak? Pergi atau tak? Hurmm…

“ Sha?” aku mendongak. Aku tersentak. Bukan kah aku berada jauh lagi daripada dia. Apasal dia datang ke sini.

“ maaf.. anda siapa?” soalku. Siap tahu nama aku lagi.

“ awak Delima Malika kan?” aku mengangguk kecil.

“ akhirnya saya jumpa awak. Awak tak ingat saya?” aku berkerut dahi.

Dari hujung kaki hingga ke kepala aku tengok. Penampilan yang kemas dan boleh tahan hensem. Tapi sayang aku tak kenal dan tak pernah Nampak.

“ ermm.. tak pun. Awak ni siapa?” soalku lalu menoleh ke belakang. Lia masih berada di situ. Bagus.. jangan kau pergi ye Lia.

“ mungkin awak sudah lupa. Saya kawan awak. Kawan semasa kita di tingkatan 5. Masa tu awak banyak menolong saya semasa saya gagal dan kadang-kadang saya di buli. Ingat?”

Aku berfikir sejenak. Hurmm.. memang betul dulu aku ada kawan lelaki yang boleh di katakan baik dan bagi aku dia ‘ poyo’.

“ poyo? Ingat?” aku tersentak.

“ poyo. Mamat poyo? Adham?” soalku tak percaya. Dia tersenyum lalu mengangguk.

“ biar betul?” aku melihatnya dengan pandangan yang susah untuk percaya.

“ betullah. Memang susah untuk awak percaya. Saya sendiri pun tak percaya dengan diri saya sekarang ni.” Aku tersenyum.

Tak sangka aku. Dulu dia ni boleh di katakan selekeh juga. Berisi sedikit dan yang paling aku tak tahan adalah rambut dia. Dulu rambut dia boleh buat renbonding.. sebab tak kemas langsung. Dengan rambutnya yang panjang dan tak sikat ke? Entahlah.

Tapi sekarang memang jauh berbeza. Kemas sekali. Sudah jadi kurus dan bertambah hensem. Hurmm..

“ puas dah tengok?” aku tersedar dan tersengih.

“ sorry.. awaklah jauh sangat bezanya. Oklah awak saya kena pergi dulu. Kawan tengah tunggu tu. Bye..” terus aku mengorak langkah tanpa mendapat balasan daripda dia.

“ siapa lelaki tu… kau kenal?” soal Lia apabila aku berada di hadapan dia.

“ kawan lama. Biarkanlah.” Aku terus berjalan tanpa menoleh ke belakang lagi.

Tak sangka aku dapat jumpa dengan kau balik mamat poyo yang aku rindui. Hehe..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience