BAB 25

Romance Completed 67139

              HELAIAN rambut hitam milik Adara dipintalkan tanpa sedar oleh Aiden. Wajah polos Adara yang sedang tidur di atas dadanya direnung penuh perhatian. Pinggangnya pula dipeluk erat oleh Adara seperti bantal peluk.

Sebelah tangan Aiden mengusap belakang badan isterinya dengan penuh lemah lembut. Tak mahu lena Adara terganggu. Kakinya dan Adara bertindih antara satu sama lain. Menyukarkan Aiden untuk bergerak.

Perlahan-lahan, Aiden mengalihkan kaki kanan Adara yang memaut pahanya. Tindakan itu membuatkan Adara semakin menguatkan pelukan pada pinggang Aiden. Malah kakinya turut makin kuat memaut paha Aiden. Aiden diam tak berkutik. Tidak bergerak-gerak seperti tadi.

“This woman...” Bicara Aiden sambil menggelengkan kepala. Pandangannya dihalakan pada wajah Adara yang langsung tak menyedari apa yang dilakukan kepada suaminya pada ketika itu. Wajah tak bersalah Adara dipandang Aiden.

“Adara...” Panggil Aiden perlahan dengan suara serak basah pada waktu pagi itu. Tangan Aiden yang berada pada belakang badan Adara tadi turun pada pinggang ramping milik isterinya.

Adara mula bergerak-gerak apabila lenanya diganggu. Kelopak matanya yang terasa berat cuba dibuka. Wangian badan Aiden menusuk masuk rongga hidungnya. Membuatkan Adara menggeselkan wajahnya tanpa sengaja pada dada bidang Aiden cuba menghidu bau itu lagi.

“What are you doing, hun?” Tegur Aiden pelik. Tangannya memegang sisi wajah Adara menghentikan perbuatan isterinya serta-merta. Adara yang baru tersedar dengan perbuatannya memandang wajah Aiden yang tak jauh dari wajahnya.

Pandangannya jatuh pula pada tangannya yang memeluk pinggang Aiden. Lalu, pada kakinya yang memaut paha suaminya merapat pada tubuhnya. Adara membulatkan mata apabila menyedari keadaan mereka.

Tak semena-mena, tubuh tegap Aiden ditolak kuat oleh Adara hingga terjatuh daripada katil. Aiden meringis kesakitan apabila diserang 
sebegitu sekali. Sepasang matanya menjeling ke arah Adara yang masih berada diatas katil mereka berdua.

“Woman...” Panggil Aiden dengan wajah tak puas hati terpamer pada wajahnya. Mahukan penjelasan atau alasan daripada isterinya tentang tindakan tadi.

“Mana baju kau? Kenapa aku pakai baju kau? Seluar aku mana? Aiden Zharif, apa kau buat dekat aku semalam hah?” Bertalu-talu soalan ditanya Adara pada masa yang sama. Tangannya memegang bantal sebagai senjata. Aiden mengerutkan dahi.

Tak lama kemudian, bibirnya mengukir senyuman nakal. Adara sudah telan air liur melihat senyuman itu. Dia menggenggam kuat
sarung bantal di dalam pegangan.

“You don't remember anything? ” Adara mengeleng kepala perlahan. Apa yang berlaku semalam samar-samar. Yang dia ingat Aiden urut dia, kemudian gelap. Dia tertidur.

“Come closer, sweetie. Let me tell you. ” Aiden melabuhkan tempat di birai katil. Senyuman nakal masih menghiasi wajah tampannya. Nadanya cukup mengusik hati Adara yang lemah.

“Tak nak tahulah. ” Adara mengambil langkah selamat. Aiden berdecit perlahan. Kepalanya digelengkan tidak menerima alasan Adara. Tanpa amaran, pergelangan kaki Adara ditarik ke arah Aiden berada. Mendekatkan jarak mereka. Adara menarik nafas panjang.

Sabarlah wahai hati.

“Nampak ni?” Aiden menunjukkan bekas gigitan seseorang pada bahunya. Adara membutangkan mata melihat kesan gigitan tersebut. Kelihatan kulit Aiden memerah di sekeliling bekas gigitan itu. Adara menutup mulut tanda tak percaya.

Itu bukan kerja dia kan? Kan? KAN?

“It's you did this to me.” Aiden meregangkan tubuhnya. Otot lehernya yang terasa kejang terasa lega. Dia mengigit bibir bawahnya melihat wajah pucat Adara yang seperti nampak hantu.

“Tak adil kalau aku sorang yang kena kan?” Aiden mula mendekati Adara. Tubuhnya naik memerangkap Adara daripada bergerak. Adara menahan dada Aiden daripada dihempap tubuh tegapnya milik suaminya. Aiden tersenyum nakal.

“Angel--”

“Argh! Sakitnya!”

Jeritan tiba-tiba daripada Adara mengejutkan Aiden. Aiden segera mengangkat tubuhnya, menjarakkan kedudukan badannya dengan tubuh Adara yang sedang meringkuk menahan sakit. Dahi Adara yang terkerut jelas kelihatan membuatkan Aiden bertambah risau. Kedua-dua belah tangan Adara menekan bahagian bawah perutnya.

“Adara, sayang. Hei, sakit dekat mana? Nak minyak angin? Nak aku urutkan ke? Nak aku mandikan? Sayang, please answer so I can help you!” Aiden mula cemas apabila Adara tidak mengeluarkan suara. Tubuh isterinya kelihatan mengigil seperti menahan sakit.

Aiden segera membalikkan tubuh Adara yang membelakanginya. Adara serta-merta menghamburkan tawanya yang ditahan daripada tadi dengan sepuas-puasnya. Aiden menyilangkan tangan ke dada.

“Did you just kenakan aku, Adara?” Adara menganggukkan kepala dalam tawanya. Dia menudingkan jarinya pada wajah Aiden lalu pada wajahnya sendiri dengan riak wajah yang risau. Seolah mengejek suaminya.

“Muka kau... Muka kau-” Adara tak dapat menghabiskan kata-katanya apabila tawanya yang ditahan meletus sekali lagi. Aiden menggulingkan bebola matanya.

“I'm freaking worried about you woman. Then you do this? Come here girl. Let me teach you lesson. And you take it like a good girl. Can you?” Aiden menarik kaki Adara. Adara menghentikan tawanya.

Tanpa amaran, pinggang Adara digeletek Aiden tanpa henti. Membuatkan Adara menghamburkan tawanya untuk sekian kalinya. Aiden tersenyum kecil apabila mendengar gelak tawa Adara yang menerjah gegendang telinganya.

Her laugh is his drugs.

Make him addicted to hear it everyday nonstop.

“Aiden, sorry! Sorry! Stop!” Adara cuba menghentikan tindakan Aiden. Hilang nafas dia dibuatnya. Aiden menghentikan tindakannya. Tetapi, tangannya masih berada pada pinggang Adara.

“You're sorry? Really?” Adara angguk mengiyakan bersama senyuman di bibir. Aiden mengecilkan matanya seolah tak mempercayai kata-kata Adara.

“Sorry, janji tak buat lagi.” Tambah Adara, mata dikedipkan kerana tahu itu kelemahan Aiden. Bibirnya mengukir senyuman lebar untuk Aiden. Aiden melepaskan Adara akhirnya.

That stupid smile.

“I'm letting you go because you say sorry. That's my girl.” Aiden mengusap lembut kepala Adara. Adara tersengih kerang. Niat Aiden mahu bangun terhalang apabila tangannya ditarik Adara.

“Apa jadi semalam?” Tanya Adara masih tertanya-tanya. Tak berpuas hati tak mengetahui apa yang terjadi. Aiden mengangkat bahu seolah tak ada apa yang berlaku.

“Kau gigit aku masa aku nak pakaikan baju kau malam semalam. Aku tak tahu kau kena rasuk apa. But, all of sudden kau bangun cakap kau panas. Then, tiba-tiba nak tanggalkan semua baju kau.” Cerita Aiden dengan tenang.

Adara menepuk dahi mendengar cerita suaminya. Terlupa apabila dia datang bulan dia selalu cepat berpeluh dan panas. Tak hairanlah kalau tiba-tiba kalau perkara semalam terjadi lagi pada hari lain.

“Sorry again. Sakit ke?” Tanya Adara serba salah. Adara mengusap bahu Aiden dengan penuh berhati-hati. Aiden mengambil tangan Adara.

“It won't be hurt anymore if you kiss it. Don't be shy, come here.” Usik Aiden menepuk pahanya. Mahu Adara datang duduk diatas ribanya. Adara tayang muka menyampah. Bantal yang dipegang dibaling pada muka suaminya. Tetapi, refleks Aiden lebih pantas menahan bantal tersebut.

“Mengada. Nak aku gigit lagi ke?” Ugut Adara. Mengacah mahu mengigit Aiden. Aiden hanya tersenyum simpul. Membuatkan Adara terkedu melihat senyuman itu.

“Apa pandang-pandang?”

“You're beautiful, wife. So, it hard not to stare.”

“Nak kata aku buruk ke apa sebelum ni?” Adara cuba menahan hati yang terasa berbunga-bunga. Aiden meraup rambutnya ke belakang.

Lalu, tangannya menyelit rambut Adara ke belakang telinga. Hidung mancung Adara dicuit dengan geram.

“You're always beautiful to me, angel...” Adara senyum.

“...and annoying at the same time.” Adara mencebik.

“Aiden!” Aiden melepaskan tawanya melihat wajah cemberut Adara. Adara yang marah tadi pula serta-merta terdiam. Terpesona dengan bunyi tawa Aiden yang jarang didengari itu.

“Janganlah pandang aku macam tu.” Tegur Adara apabila Aiden sudah tidak lagi ketawa. Tetapi sedang ralit memandang wajahnya.

“Macam apa?” Aiden angkat kening sebelah.

Like you love me. “Tak ada apalah.”

“Kita balik rumah mama lusa.” Aiden menukar topik apabila melihat Adara yang tiba-tiba senyap tanpa sebab.

“Kenapa tak hari ni?” Tanya Adara. Tak silap dia semua kerja Aiden dah siap. Sepatutnya hari inilah mereka berangkat ke Itali.

“Ada orang nak datang rumah. Diorang duduk sini sementara kita dekat Itali nanti.” Maklum Aiden. Sehelai baju t-shirt disarung pada tubuh.

“Siapa?”

“Guess it.” Adara tersenyum teruja tiba-tiba.

“Nenek dengan Dila?” Aiden mengangguk kecil tanda mengiyakan. Adara serta-merta memeluk tubuh Aiden.

“Thank you!” Sebuah ciuman hangat dihadiahkan pada pipi Aiden tanpa sedar.

Aiden mengukir senyuman lebar apabila menangkap perbuatan Adara. Adara tersenyum kekok.

“Urm, tadi tu--” Kata-kata Adara dipotong oleh Aiden apabila hidungnya dicium Aiden sekilas.

“Most welcome, hun. Anything for you.”

“ASSALAMUALAIKUM,” Mak Jah yang baru mahu membuka pintu rumah ditahan Adara.

“Biar Ara bukakkan. Mak Jah sambunglah kerja balik. Tak apa.” Mak Jah beredar pergi dari situ. Adara mengatur langkah ke pintu rumah. Aiden pula sedang menuruni anak tangga.

“Nenek!” Tubuh Nek Kalsum ditarik ke dalam pelukan Adara. Aiden melemparkan senyuman pada mertuanya. Nek Kalsum menepuk lembut belakang tubuh cucunya.

Lagaknya seperti sudah bertahun tak berjumpa. Padahal baru beberapa bulan. Itupun boleh dikatakan setiap hujung minggu mereka berdua akan bersembang di telefon.

“Sakit lagi ke? Senggugutnya?” Nek Kalsum menilik wajah Adara yang sudah lama tidak bersua. Adara menggelengkan kepala.

“Dah okay. Aiden jaga Ara. Nenek janganlah risau.” Kata Adara tak mahu neneknya terus berasa risau. Bukan dia sakit nak beranak pun.

“Nasib baik, Aiden ada. Kalau tak, hmmm risau nenek.” Adara pandang Aiden sekilas. Terfikir kalau dia tak bersama Aiden lagi, macam mana agaknya keadaan dia nanti?

Pada waktu itu jugalah dia berasa betapa bersyukurnya mempunyai suami seperti Aiden.

“Ara!” Panggil Adila yang sedang meluru ke dalam pelukan Adara. Nasib tak terjatuh Adara menyembah bumi apabila Adila melanggarnya sebegitu.

“Rindu kau! Kenapa aku call tak angkat? Busy sangat ke jadi isteri Aiden hah?” Rungut Adila geram. Dahi Adara dijentik. Membuatkan Adara mengerutkan dahi menahan sakit. Nasib kawan tau minah ni.

“Sakitlah!”

“Jangan nak mengada. Kau tahu tak betapa lonely nya aku tak ada kau? Banyaklah kau punya sakit. Aku ni, sakitnya tuh di sini!” Adila sudah mula bermadah pujangga. Nak buat drama murahan.

“Aku tukar nomborlah.” Jawab Adara mahu menerangkan sebab dia tak membalas panggilan Adila sebelum ini. Bukan sengaja tak jawab.

“Lah, patutlah. Eh bukan kau je tau aku rindu. Bakal suami aku tu pun aku rindu jugak.” Adila tersenyum kambing.

“Yang mana satu ni?” Adara tak dapat meneka siapa yang dimaksudkan Adila sekarang.

“Ish, Irsyad lah! Mana dia? Bestnya duduk sini. Boleh tengok muka dia hari-hari.” Adila sudah memasang angan-angan. Adara mula bersimpati pada nasib Irsyad nanti.

Secara tiba-tiba, perut Adara dipegang Adila. Laju sahaja, Adara menepis tangan Adila yang berada di situ. Tetapi Adila masih berdegil.

“Dah ada isi ke?” Bisik Adara dengan nada teruja. Tak sabar nak jadi aunt.

Pak!

“Kau jangan merepek boleh tak?” Adila menarik tangannya semula apabila ditampar Adara.

“Janganlah marah, tahulah period. Aku tanya je. Lain macam eh muka kau. Berseri-seri.” Bodek Adila cuba menenangkan Adara. Tahu orang period ni sensitif. Dia perempuan, dia tahulah!

“Sayang.” Panggil Aiden membuatkan Adara menoleh. Adila sudah ditarik oleh Nek Kalsum. Tak mahu Adila menganggu Adara dan Aiden.

“Takkan dah rindu kot.” Mulut Adila laju berkata tanpa sengaja. Nek Kalsum menepuk lengan Adila. Adila menahan rasa. Semua orang memang nak pukul dia ke hari ini?

“Kenapa?” Tanya Adara apabila Aiden menarik dia jauh daripada Nek Kalsum dan Adila.

Panggilan Aiden yang memanggilnya sayang dihadapan Nek Kalsum dan Adila tadi membuatkan dia terasa sesuatu walaupun sudah berapa kali Aiden menggunakan nama panggilan manja untuk dia.

“Aku ada something nak kena settle dengan Dayyan kejap. Kau duduk dengan nenek dengan Dila. Apa-apa call aku. Irsyad tak ikut so dia ada if anything happens.”  Adara menganggukkan kepala tanda faham.
Tangan Aiden disalam sebelum dicium. Aiden hanya memerhatikan tindakan Adara tersebut.

“Tuan,” Suara Irsyad menarik perhatian Aiden. Cuba memberitahu bahawa enjin kereta sudah dihidupkan. Bersedia untuk dipandu. Aiden mengganguk kecil. Tangannya yang disalam Adara diseluk ke dalam poket seluar sebelum berlalu pergi dari situ. Adara menahan senyum sebelum mengatur langkah ke arah Nek Kalsum dan Adila.

“Nek nak kahwin jugak.” Rengek Adila, tangan Nek Kalsum digoyangkan seperti budak kecil mahukan sesuatu. Macam kahwin itu perkara mudah seperti mainan pondok-pondok.

“Kamu nak kahwin dengan siapa? Semua lelaki kamu tolak.” Balas Nek Kalsum melayan kerenah Adila yang seperti cucunya sendiri.

“Nak kahwin dengan dia!” Adila menudingkan jari kepada Irsyad. Irsyad yang baru mahu memanggil Adara segera berpatah balik apabioa mendengar kata-kata Adila.

“Ish, cuba malu sikit. Ya Allah.” Nek Kalsum menepuk dahi. Tak tahulah apa nak jadi dengan Adila. Kalau dulu dia risaukan Aiden. Sekarang, dia risaukan Dila.

“Tapi, Irsyad hensem.” Adila cuba mempertahankan tindakannya tadi. Adara menarik Nek Kalsum dari Adila.

“Tak payah layan Dila, nek. Jom duduk kita sembang. Rindu nak mengadu dekat nenek.” Adara memegang tangan Nek Kalsum. Tiba-tiba, figura Aiden datang semula membuatkan Adara terkejut.

“Eh kenapa? Tertinggal barang ke--”

Chup! Pipi Adara dicium Aiden sekilas.

“Take care, angel. Don't wait for me. Aku balik lambat. Be a good wife for me.” Pesan Aiden sebelum meminta diri kepada Nek Kalsum dan Adila. Adara pana. Tangannya naik menyentuh pipi yang masih terasa hangat.

“Nek, nak kahwin!”

“Adila!”

       DAYYAN membetulkan rambutnya yang sedikit berserabai ketika memandu Superbike miliknya dalam perjalanan ke markas Aiden. Helmet yang dipakai diletakkan di atas motosikalnya. Tangannya membuka zip jaket kulitnya meninggalkan t-shirt putih yang berada di dalam.  Matanya memandang figura Aiden yang sedang bersandar pada kereta.

“Yow, kau busy ke?” Sapa Dayyan yang berjalan ke arah Aiden. Aiden menggeleng perlahan. Mereka berdua berjalan beriringan ke dalam. Beberapa anak buah Aiden menunduk menyapa keberadaan Dayyan dan Aiden di situ.

“Ada apa kau nak jumpa aku dekat sini? Family wife aku dekat rumah.” Aiden memerhatikan setiap satu tindak tanduk anak buahnya di situ. Mencari kesalahan yang dilakukan oleh mereka. Dayyan memberhentikan langkah apabila mendengar kata Aiden.

“Kau tahu tak aku still tak percaya kau dah kahwin dengan Adara. Not to mention, kau tak jemput aku.” Luah Dayyan dengan nada tak puas hati. Aiden menoleh ke arah Dayyan.

“Ada nampak aku kisah? Last time aku check, urusan aku dengan Adara tak ada mengena dengan kau.” Sarkastik saja nada Aiden membuatkan Dayyan mengeluh. Aiden tersenyum mengejek.

“Menyesal aku kawan dengan kau.” Dayyan melajukan langkah. Malas melayan sikap Aiden yang kadang-kadang menyakitkan hati. Macam mana Adara setuju kahwin dengan Aiden pun dia tak tahulah.

“Macam mana dengan budak King hari tu?” Nada Aiden mula bertukar serius. Mahu mengingatkan semula Dayyan sebab utama mereka berjumpa di sini untuk membincangkan hal itu.

“Memang budak King. Bukan Dani. Aris still follow Dani. Dia syak Dani nak hancurkan semua tempat kau.” Dayyan menyilangkan tangan ke dada.

“Dani--”

Boom!

Tak sempat Aiden menghabiskan kata-katanya, secara tiba-tiba bilik bekalan senjata meletup dengan kuat. Membuatkan Aiden dan Dayyan menundukkan badan kerana daya momentum yang terlampau kuat itu. Api marak mula jelas kelihatan. Asap hitam mula berkepul-kepul.

Aiden menutup mulut dengan lengannya tak mahu menghirup udara yang sudah tercemar.  Dayyan turut melakukan perkara yang sama. Dia mengarahkan anak-anak buahnya keluar dengan segera. Keselamatan dan nyawa mereka lebih penting.

Dayyan terduduk di atas jalan. Terbatuk-batuk cuba menghirup nafas segar di luar. Aiden berdiri menarik nafas panjang. Matanya menoleh pada markasnya kini yang sudah terbakar.

“Shit, that traitor. Kau okay tak?” Tanya Dayyan cuba bangun berdiri. Aiden menghulurkan tangan membantu Dayyan bangun. Dayyan tak henti menyumpah perbuatan Dani yang hampir mengancam nyawa mereka berdua.

“Suruh budak-budak hati-hati lepas ni. Bagi warning dekat semua. Buat spotcheck dekat semua markas kita. Cari kalau ada mana-mana bom. Aku tak nak benda ni jadi sekali lagi.” Arah Aiden masih tak lepas memandang markasnya yang semakin marak dijilat api.

“Kau rasa Dani kerja untuk King?” Aiden mengganguk. Dia menyelukkan sebelah tangannya ke dalam seluar.

“Betul ke King yang bunuh--”

“Yes, King yang bunuh ayah Adara. That's why aku tak nak Dani kerja dengan King. Dia tak tahu yang sebenarnya King yang bunuh ayah Adara sebelum ni. And, kau kena tolong aku cari jalan untuk selesaikan semua ni.” Dayyan mengikut langkah Aiden dari belakang.

“Rekod ayah aku dekat kau kan?” Soal Aiden mahukan kepastian. Mahu menggunakan perkara itu untuk melawan Malik sekiranya bapanya bertindak mencuba apa-apa lagi kepada Adara. Dayyan angguk.

“Good, I need that.”


“ARA, Aiden tak balik lagi ke?” Nek Kalsum mengambil tempat di sebelah cucunya. Jam di dinding di kerling sekilas. Tahu sudah hampir lewat malam tetapi Aiden masih tak pulang.

“Nanti Aiden baliklah tu, nenek janganlah risau. Bukan selalu pun Aiden lambat macam ni.” Tutur Adara tak mahu Nek Kalsum merisaukan suaminya. Nek Kalsum mengangguk. Hilang sedikit kerisauannya tadi.

“Nek, naik dulu. Mengantuk pulak rasa. Nanti suruh Adila naik awal sikit. Suka sangat tidur lambat budak tu. Risau nenek.” Nek Kalsum menepuk bahu Adara. Adara mengangguk kecil.

Adila yang baru saja tiba dari bilik air segera duduk di sebelah Adara. Mahu menonton televisyen.

“Nenek mana?” Tanya Adila pelik bila melihat kelibat Nek Kalsum sudah tiada bersama mereka.

“Nenek naik dulu tidur. Kau tak nak tidur ke? Dah pukul berapa dah ni. Nenek pesan suruh kau tidur awal.” Adara menyampaikan pesanan Nek Kalsum tadi.

“Ish, tidur apanya. Awal lagi ni. Malam masih muda. Kau tu tak nak tidur? Selalu waktu macam ni elok terbungkang atas katil dah.” Adara membalingkan bantal pada wajah Adila. Adila tersengih tak bersalah.

“Aku tunggu suami akulah. Aiden. Pergi tidur sana.” Halau Adara menolak tubuh Adila menjauh darinya.

“Cakap pasal Aiden kan, kau berdua dah jumpa Iqbal?” Tanya Adila ingin tahu. Hanya dia seorang saja yang tahu perjanjian antara Aiden dan Adara. Adara geleng.

“Aiden tak jumpa dia lagi.” Perlahan saja nada Adara. Dia hampir terlupa tentang Iqbal dan perjanjian antara dia dengan Aiden.

“Macam mana dengan perkahwinan kau dengan Aiden kalau Iqbal datang balik?” Adila semakin ingin tahu.

“Berpisah ikut haluan masing-masing macam dalam kontrak. Jangan risau aku takkan kahwin dengan Iqbal. Hati aku dah tawar hati dengan dia.” Adara tersenyum kelat.

Salah ke kalau dia mintak Iqbal tak datang semula supaya dia dengan Aiden boleh bersama dengan lebih lama?

Adara mengangguk perlahan. Dia sedar dengan perubahan wajah Adara apabila isu Iqbal dibangkitkan. Mungkin juga salah dia mengungkit perkara yang dah lama.

“Erm, Ara. Kalau aku nak cakap something kau jangan marah aku eh.” Ucap Adila tiba-tiba membuatkan Adara tak sedap hati.

“Apa?” Rasa ingin tahu membuak-buak.

“Nenek dah tahu pasal kau dengan Aiden.” Adara tersentak apabila mendengar perkara itu. Langsung tak menjangka Nek Kalsum mengetahui tentang perkara tersebut.

“Macam mana? Bila? Dila...” Gesa Adara mahukan jawapan. Adila menggaru kepala yang tak gatal. Dia mengeluh perlahan.

“Nenek dengar aku sembang dengan kau hari tu. Lepas tu nenek ada tanya aku. Aku rasa serba salah nak tipu nenek. Jadi aku ceritalah. Sorry, Ara. Aku betul-betul tak sengaja.” Rayu Adila sambil menyatukan kedua-dua belah tangannya bersama. Adara menghela nafas.

“Tapi kenapa nenek tak cakap apa-apa dekat aku?” Tanya Adara pelik apabila Nek Kalsum hanya bertindak seolah tidak mengetahui apa yang berlaku antara dia dan Aiden.

“Sebab nenek nampak kau betul-betul bahagia dengan Aiden. Itupun dah cukup untuk dia. Nenek tahu Aiden takkan buat apa yang Iqbal buat dekat kau. Itu yang nenek cakap dengan aku bila aku cerita dekat nenek.” Jelas Adila panjang lebar.

“Nenek cakap semua tu?” Adila mengganguk tanda mengiyakan. Dia memeluk Adara untuk seketika. Tahu Adara memerlukan pelukan pada waktu seperti ini.

“Bukan nenek je nak tengok kau happy. Aku pun nak tengok kau happy tahu tak? Even bukan dengan Iqbal. Kau ada Aiden. Dah la hensem. Full package woi. Kau tak nak, kita share nak? Mesti best kan kau dapat madu terlebih gojes macam aku ni?” Adila mula berloyar buruk. Adara menarik telinga Adila sekilas.

Banyak cantik muka dia main kongsi suami ni. Kawan tak kawan, suami dia jangan main nak rampas eh.

“Kau kalau tak merepek meraban tak boleh eh.” Adila tayang muka tak serba salah. Mulutnya menguap menandakan sudah mengantuk.

“Aku naik dulu ah. Nak tidur. Ngantuk cakap dengan kau ni. Kau tu jangan tidur lambat, kang berembun!” Adila sudah laju naik tangga. Jatuh baru tahu.

“Ei, cakap macam orang tua!”

“Mana ada, gila!”

Adara tersenyum nipis. Terasa ringan dadanya berkongsi cerita dengan Dila. Dia menyandarkan badan pada sofa ruang tamu. Masih menunggu kepulangan Aiden.

Daripada dia duduk menonton tv, akhirnya tv yang menonton dia tidur. Kedengaran pintu rumah terbuka. Namun Adara langsung tak tersedar. Sudah lena diulit mimpi di atas sofa.

Aiden yang baru pulang menjatuhkan pandangan pada figura isterinya yang sedang tidur. Aiden mengeleng kepala.

“Degil.” Ucap Aiden perlahan, dia mendekati Adara. Perlahan-lahan, dia mengangkat tubuh Adara dengan berhati-hati.

“Ermmm, kau dah balik? Nak makan apa? Biar aku panaskan lauk.” Ucap Adara masih mamai. Cuba bangun tetapi tubuhnya ditahan Aiden.

“Nak makan kau.” Aiden mengangkat tubuh Adara dengan mudah. Adara menepuk dada suaminya.

“Gila ke?” Marah Adara geram. Tangannya memaut batang leher Aiden tak mahu jatuh. Dah alang-alang kena angkat.

“Aku yang gila? Siapa je nak makan nasi pukul 3 pagi, sayang?” Balas Aiden menegur pertanyaan Adara tadi. Adara diam. Mana dia tahu dah lewat sangat.

“Aiden, nenek dah tahu pasal kita.” Ucap Adara cuba memberitahu Aiden. Aiden meletakkan Adara diatas katil mereka dengan berhati-hati.

“Aku tahu.” Dia menyelimutkan tubuh Adara dengan selimut. Rambut Adara diusap-usap. Aiden mencium tangan Adara yang tersarung cincin perkahwinan mereka berdua.

“I will make you mine forever, sayang.”

Updated! Patience is a virtue So please stay tune ಥ‿ಥ Author tahu author selalu update Lambat kan uhukk ily♡︎

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience