Aku melentokkan kepalaku di atas bahu Farish Mikael seraya memejamkan kelopak mataku dengan lembut.
Aku cuba merehatkan mindaku ini buat seketika. Entah berapa kali aku menguap hari ini. Sudah tidak terkira aku dibuatnya.
Aku rasa sangat letih dari semalam entah kenapa. Sebelum ini okay sahaja. Sesekali aku terasa seperti bahu Farish bergerak-gerak seakan-akan dia sedang menoleh wajahnya memandang ke arahku.
Sebelah tangannya memeluk tubuhku dari belakang. Entah kenapa aku terasa amat selesa dan di sayangi.
Aku jelas dapat rasakan nafas Farish terkena sedikit pada wajahku.
"Sayang, you okay ke tak ni. Dahlah, kita balik jom. Maafkan I sebab terlalu paksa you." Ucapnya separuh berbisik padaku.
Aku diamkan sahaja. Malas nak kata apa-apa. Aku tahu mesti takkan boleh punya. Aku pejamkan mata dan diamkan sahaja diri seperti batu.
"Romeo!" Laung Farish dari jauh menyebut nama seseorang. Aku terus membuka mataku perlahan.
"Yo!" Sahut lelaki cina bernama Romeo itu setelah di panggil oleh Farish.
Aku menjeling sahaja ke arah Romeo. Aku geram betul dengan Romeo ni. Aku nak rehat sekejap pun tak boleh. Selalu sahaja marah-marah aku tapi bila ada Farish okaylah pula mamat ni. Tahulah, dia pemilik hotel ini dan kawan kepada Farish.
"What's wrong?" Soal Romeo setelah tepat berdiri di hadapan kami.
"Romeo, boleh tak harini cancel? Kesian dekat Hadiy. Dia letih sangat. Aku sayang dia, aku tak nak dia sakit." Ucap Farish dengan wajah berkerut.
Romeo mengeluh kasar sambil menggaru-garu kepalanya seperti susah memberi kata putus.
Aku dan Farish setia menunggu jawapan yang akan keluar dari mulut lelaki cina ini.
"Please..." Rayu Farish lagi.
"Haiya, tapi kau dah tanda tangan kontrak." Balas Romeo masih tidak mahu mengalah.
Farish terdiam namun dia mengetap giginya seakan-akan sedang menahan rasa marah. Tajam sahaja mata Farish menikam mata sepet Romeo.
"Takpelah Farish. Saya okay." Ucapku seraya cuba untuk berdiri. Aku malas nak berbalah lama-lama.
"No! You tak okay!" Ucap Farish cuba untuk mempertahankan aku.
Aku terdiam.
"Haish, yalah-yalah just satu lagu, boleh? Sebab ramai permintaan nak Hadiy malam ni." Ucap Romeo sambil memeluk tubuh.
Farish terdiam seraya memandang wajahku. Setia dia menanti jawapan yang akan keluar dari mulutku.
"Hmm, bolehlah." Ucapku acuh tak acuh memberi kata putus.
Romeo mula menarik nafas lega. Farish pula masih mengerutkan wajahnya. Ada sedikit cebisan kekesalan di wajahnya. Mungkin dia rasa serba salah kerana terlalu memaksa aku.
Aku tersenyum ke arah Farish supaya dia tidak rasa serba salah lagi. Tubuhnya aku peluk dengan gaya manja yang entah hadir dari mana.
"It's okay. Lepas habis, kita balik tidur ya." Ucapku dengan nada ceria.
"Sorry." Itu sahaja yang keluar dari mulut Farish. Perlahan sahaja nadanya.
"It's okay." Balasku seraya melepaskan pelukkan. Terus aku berlari ke arah pentas di hadapan dengan kudrat yang masih tersisa. Aku terpaksa cergaskan diri aku demi Farish Mikael.
-
Aku tersenyum sebaik sahaja aku menjejakkan kaki di atas pentas. Jelas kedengaran suara orang memberi tepukan. Lampu-lampu spotlight semua terarah ke arah aku.
Terus salah satu lagu Frank Sinatra dimainkan oleh pemuzik di belakangku. Mata aku agak silau, lalu aku pejamkan seketika mataku. Arghhh... kepala aku tiba-tiba berpusing pening. Aku terasa seakan-akan bumi sedang berpusing laju.
Tiba-tiba...
BUMMM!!!
Semuanya menjadi gelap bagiku...
Share this novel