33 - Di Pecat

Romance Completed 45760

“Berani kamu tunjuk muka dekat sini lagi. Kamu ingat saya tak tahu apa kamu buat dekat anak dan menantu saya? Apa kamu ingat, saya akan berdiam diri?” Api kemarahan dilepaskan sebaik sahaja berhadapan dengan Hanis. Sedikit cebisan rasa prihatin tiada dalam diri Datin Jumira. Emosi yang dilontarkan tidak dapat dielakkan lagi.

Air liur Hanis telan walaupun pelat. “Datin, saya tak tahu apa-apa. Bukan saya orangnya. Mesti ada orang yang tak puas dengan saya,” kata Hanis dengan sungguh-sungguh. Dapat atau tidak kepercayaan itu, dia tetap akan mencuba sedaya upaya.

Datin Jumira tergelak sinis. Geli hati pula melihat telatah Hanis. “Hanis, Hanis. Kamu ingat saya ni apa? Robot? Orang bodoh yang tak pandai berfikir? Kamu punya musuh, kenapa pula anak saya yang kena sihir? Nak bermain, jangan dengan saya.” tegang wajah Datin Jumira ketika itu. Tatapan mata seolah-olah ingin menerkam tubuh Hanis saat itu juga.

“Tapi... saya yakin...” kata-katanya langsung dipotong.

“Enough, Hanis. Saya tidak mahu mendengar alasan kamu lagi. Saya tak akan percaya! Sekarang, saya nak kamu angkat kaki dari Cafe ni. Kamu di pecat! Jangan pernah tunjuk muka depan keluarga saya lagi. Especially, anak saya, Jason. Saya tidak mahu ada menantu berhati busuk,” Nadanya semakin di tekan. Kebencian terhadap Putri Hanis sudah menguasai diri wanita separuh umur itu.

Riak wajah Hanis berubah serta merta. Terperanjat yang bukan kepalang. Mujur dirinya tidak ada penyakit serangan jantung. Lantas, dia merayu agar tidak dirinya tidak dipecat. Setakat menjauhkan diri daripada Haiqal Jason, itu tidak menjadi masalah buat dirinya. Biarlah cinta yang terbina itu padam secara senyap-senyap.

“Datin... tolong bagi saya peluang untuk bekerja dekat sini. Saya janji tak akan dekatkan diri dengan tuan Jason. Tolong Datin...”

“Saya tak akan tarik balik apa yang saya cakap. You're fired! Now you can leave,” tegasnya tanpa ada rasa simpati dalam diri. Dia terus saja meninggalkan Hanis seorang diri di ruangan tersebut.

Melihat Datin Jumira melangkah sedikit jauh darinya, Hanis menggagahkan diri untuk mengejar wanita itu. Langkah Datin Jumira termati saat Hanis memeluk sebelah kakinya. Hanis menangis semahunya dan masih mencuba untuk meraih rasa simpati daripada wanita tersebut.

“Datin, saya merayu sangat. Tolonglah jangan pecat saya. Demi Allah, saya tak pernah buat semua tu...” Dalam teresak-esak dia menuturkan kata-kata. Para pelanggan sudah tertuju ke arah mereka berdua. Begitu juga dengan Mariam. Terpinga-pinga melihat adegan itu.

“Lepaskan kaki saya, Hanis. Jangan buat malu depan orang! Lepas,” bisik Datin Jumira. Hanis menggeleng laju. Air mata tidak henti mengalir dari tadi. Jika ditadah, mungkin dua baldi tidak cukup untuk mengisi air matanya.

“Mariam, help me!” Datin Jumira akhirnya meminta bantuan Mariam. Hanis sama sekali tidak mahu melepaskan pelukan pada kaki wanita itu.

“Hanis... sudahlah tu. Bawa bertenang,” pujuk Mariam sambil mengusap lembut belakang badan Hanis. Wajah comot Hanis dipandang penuh prihatin.

“Aku... aku tak nak dipecat, Mariam. Aku nak kerja mana lagi?” ujar Hanis di dalam dakapan Mariam. Semakin berat masalah yang terpaksa dipikul sendiri. Datin Jumira sudah pun sirna dari pandangan dikala itu.

“Ya, ya. Aku tak tahu apa yang terjadi, tapi kau kena bersabar dan bawa bertenang. Jom, aku bawa kau pergi bilik rehat. Tenangkan perasaan kau dulu,” kata Mariam dengan lembut. Hanis akur sahaja. Isi kepalanya sudah kosong. Hanya denyutan yang mencengkam dapat dirasakan saat itu. Dia berdiri dan memandang para pelanggan disitu. Namun, pandangan wanita itu kabur.

“Ya Allah, Hanis! Bangun Hanis, bangun.” jerit Mariam. Mujur dia sempat menyambut badan Hanis daripada jatuh tersebam di atas lantai. Keadaan menjadi rutup. Beberapa pelanggan turut menolong untuk mengangkat Hanis menuju ke bilik rehat Cafe tersebut.

“Terima kasih banyak-banyak, kak sebab sudi membantu...” ucap Mariam dengan ikhlas.

“Hanis... kau okay tak? Janganlah bangun dulu. Bagilah badan kau tu rehat...” ujar Mariam apabila menyedari Hanis telah sedarkan diri. Wajah pucat lesi itu dipandang sayu. Jatuh kasihan melihat keadaan Hanis.

“Apa dah jadi? Oh, Datin mana? Dia pecat aku ke, Mariam? Tolong aku Mariam... tolong pujuk Datin...” tak semena-mena air mata mengalir semula setelah beberapa puluh minit ia berhenti tadi.

“Hanis... sudahlah tu. Jangan fikir pasal benda tu. Baik kau fikir pasal diri kau dulu. Macam mana nak kerja kalau keadaan kau macam ni?” bebel Mariam dengan keprihatinan dirinya. Risau melihat keadaan Hanis seperti orang hilang arah.

“Tapi...”

“Sudahlah tu... Kita fikir pasal benda tu nanti. Malam ni kau tidur rumah aku. Kau rehat je dekat sini sampai jam kerja habis. Aku nak sambung buat kerja dulu,”

Pagi itu, Hanis termenung memandang sarapan yang disediakan oleh Mariam. Bukan kerana tidak sedap, tetapi selera tidak mendukung pada masa itu dek kerana terlalu memikirkan masalah hidup yang tiada pintu keluarnya. Ya, satu malam Hanis tidur di rumah Mariam. Ini bukanlah kali pertama dia tidur disitu.

“Kenapa termenung aje? Makanlah sikit. Semalam kau tak makan pun lagi. Tak kanlah sekarang ni nak biar perut kau kosong lagi? Ish... janganlah buat aku risau. Mana Hanis yang ceria nak mampus tu? Come onlah...” kata Mariam panjang lebar. Jelas kerisauan terpancar pada wajah wanita tersebut.

Hanis telah menceritakan semua masalah yang terjadi kepadanya. Kasihan Hanis. Mariam juga tidak dapat membantu untuk menyelesaikan masalah tersebut. Tapi, sekurang-kurangnya dia ada untuk menyokong dan memberi semangat kepada Hanis.

“Aku tak ada selera lagi nak makan. Aku nak selesaikan masalah ni, Mariam. Tapi, aku buntu. Otak aku tak boleh pakai!” ujar Hanis dengan geram. Kepalanya diketuk dengan harapan akan adanya jalan penyelesaian untuk masalahnya itu. Tidurnya juga tidak cukup hanya disebabkan memikirkan perkara yang sama.

“Ya, aku faham. But, at the same time kau kena makan juga.”

Laju kepala digelengkan menandakan ia tidak memerlukan makanan untuk saat ini. “Tak. Kau tak faham, Mariam. Aku tak perlukan makanan. Aku nak selesaikan masalah ni secepat mungkin. Semua orang dah tak percaya aku, Mariam. Mereka anggap aku ni jahat, busuk hati! ”

“Tapi, aku percayakan kau. Mereka semua tu cepat sangat terpengaruh tanpa soal siasat terlebih dahulu. Tak pe, kita sama-sama berdoa semoga masalah ni dapat diselesaikan. insya-Allah, aku bantu mana yang aku dapat bantu. Jangan risau, okay?” lembut tutur kata Mariam cuba menyalurkan semangat kepada Hanis agar tidak berputus asa.

“Thanks, Mariam. Tapi... aku kena jumpa dengan Atiqah. Aku nak jelaskan sekali lagi pasal benda ni. Kau boleh hantar aku ke sana?”

“Boleh... Tapi, kau makanlah dulu. Nak jelaskan sesuatu kena ada tenaga juga tau. Makan, ya? Lepas makan aku hantar kau ke sana,”

Hanis akur sahaja. Sedikit demi sedikit makanan yang terhidang di depan mata di makan sehingga habis.

Seperti yang dijanjikan oleh Mariam, mereka telah pun berada di hadapan kediaman rumah Atiqah dan Jayden. Hanis segera turun dari perut kereta diikuti dengan Mariam. Terlihat di dalam pagar rumah itu hanya ada kereta Atiqah. Kedengaran bunyi loceng yang ditekan oleh Mariam. Hanis hanya memandang dengan harapan wanita bernama Atiqah itu mahu mendengar penjelasan darinya.

“Haih, kau lagi? Aku dah cakap, aku tak nak tengok muka kau lagi. Kau berambuslah, perempuan!” marah Atiqah apabila melihat kelibat Hanis di hadapan pagar rumahnya. Perangai yang ditunjukkan Atiqah tidak lagi ramah seperti dahulu. Dari nadanya, riak wajahnya dan juga pandangan yang diberikan, jelas sangat membenci Putri Hanis.

“Aku datang nak jelaskan semua dengan kau. Aku tak pernah hantar sihir dan tak ada niat langsung pun. Kau kawan baik aku, Atiqah. Tak kanlah aku nak buat macam tu dengan kau...” rayu Hanis. Sebenarnya, terasa hati dengan layanan Atiqah yang kasar sebentar tadi. Sekelip mata wanita dihadapannya ini berubah.

Atiqah tersenyum sinis. “Pernah dengar musuh dalam selimut? Kau lah tu, kan? Aku tak mungkin akan percaya kau, Hanis. Selama ni aku telah buat kesalahan besar berkawan dengan kau. Kononnya sahabat sampai mati, geli hati aku!” Tersentak Hanis apabila mendengar cemuhan itu. Begitu juga dengan Mariam. Bukan main tajam mulut Atiqah, mengalahkan pisau!

“Sikit pun kau tak percaya dengan aku?” tanya Hanis walaupun sudah tahu jawapannya. Dia hanya ingin memastikan bahawa dirinya tidak salah.

“Orang bermuka dua, busuk hati, siapa nak percaya? Orang gila, mungkinlah. Baik kau balik sebelum kesabaran aku hilang, Hanis. Berambuslah!” tengkingnya.

“Hanis, jom. Sekarang bukan masa yang tepat. Kita jangan keruhkan lagi keadaan.” pujuk Mariam. Ikutkan hati, mahu saja dia melemparkan kasut ke arah Atiqah. Dia saja mendengar sudah sakit hati, apatahlagi Hanis yang menerima setiap cemuhan itu. Tabahnya kau, Hanis.

“Haa, eloklah tu. Kau jangan kawan dengan dia, terkena kemudian, jangan menyesal!”

“Aku bukan macam kau yang tak reti nak selesaikan masalah secara profesional. Tengoklah engkau, Hanis datang dengan baik-baik, kau pula terpekik marah-marah dan melontar segala cemuhan. Itu ke namanya sahabat?”

“Kalau ikutkan, yang buat kesalahan terbesar adalah Hanis sebab salah pilih kawan macam kau. Tak pelah, satu je nak pesan, jangan menyesal kemudian hari. Assalamualaikum,” tambah Mariam lagi sebelum melangkah masuk ke dalam kereta. Jelas kelihatan wajah Atiqah berubah tegang saat itu. Terselitlah kepuasan pada diri Mariam kerana berjaya mengenakan wanita tersebut.

****

Happy reading everyone <3<3<3

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience