Bab 12 : Hutan Gelap

Horror & Thriller Completed 71148

"Alif, Alif. Kau dekat mana? Aku tak nampak apa-apa ni." Kata Syafiq ketakutan.

Alif tidak membalas sahutan suara Syafiq itu. Suasana di situ sunyi sepi. Syafiq yang tidak mampu melihat apa-apa dalam keadaan gelap gelita, cuba meraba di sekelilinnya.

"Alif, kau jangan main-main. Ni bukan masa yang sesuai. Cepat lah cakap, kau dekat mana wei!" Sekali lagi Syafiq cuba memanggil nama roomatenya itu.

Syafiq yang masih meraba-raba di dalam kegelapan itu cuba melangkah perlahan. Seingat nya, dia tadi sedang berdiri bersama Alif di belakang pintu biliknya. Jadi sekiranya dia berjalan lagi beberapa langkah, pasti dia bisa memegang pintu biliknya itu.

Dengan perlahan Syafiq mula melangkah setapak ke hadapan. Tiba-tiba,

Prak.. prak...

Langkah Syafiq terhenti di situ. Dia merasakan bahawa dia sedang memijak sesuatu, malah kedengaran dengan cukup jelas bunyi yang terhasil dari langkahnya itu.

Syafiq semakin pelik. Dari mana pula datangnya ranting kayu itu. Persoalan itu membuatkan dirinya buntu. Dan dalam kegelapan itu, dia cuba untuk memberanikan dirinya.

Langkah diteruskan perlahan, kali ini Syafiq lebih berhati-hati kerana tidak tahu apa yang menunggu di hadapannya itu. Satu demi satu langkah diatur, namun tidak jua tangannya itu merasa ada pintu di hadapannya. Hati nya semakin berdebar-debar, di mana dia berada sebenarnya.

Merasakan bahawa seperti ada sesuatu yang tidak kena, Syafiq baru teringat bahawa dia mempunyai telefon bimbit di dalam kocek seluarnya itu. Dia meraba perlahan kocek seluarnya itu kemudian mengeluarkan sebuah telefon bimbit.

Ditekan perlahan butang di tepi telefon itu lalu skrin di telefon bimbitnya itu mula mengeluarkan cahaya. Matanya dikecilkan sedikit kerana merasa sakit apabila melihat cahaya yang terang di dalam tempat yang cukup gelap.

Syafiq mencari aplikasi touchlight yang dimuat turun nya beberapa hari lepas. Dia tidak menyangka bahawa aplikasi itu akhirnya berguna juga buat dirinya.

Apabila aplikasi itu dibuka, kelihatan begitu cerah cahaya yang keluar dari belakang telefon bimbitnya itu. Matanya yang masih tertumpu kepada skrin telefon itu akhirnya ditukar ke arah di hadapannya itu.

Syafiq tergamam. Dari sinar matanya kelihatan dia ketakutan. Tangannya menggigil, seluruh tubuhnya kesejukan. Telefon bimbit yang dipegang di tangannya itu terlepas lalu terjatuh ke tanah. Dengan sepantas kilat, Syafiq tunduk lalu cuba mencapai telefon bimbitnya itu kembali.

Astagfirullah, Astagfirullah. Allahuakhbar.

Kedengaran suara Syafiq beristigfar panjang apabila dia mendapati bahawa di bawah tapak kakinya itu bukan lah ranting kayu, tetapi tulang-tulang badan manusia yang telah reput. Syafiq tidak berhenti beristigfar kerana dia benar-benar buntu saat itu.

Dia kini berada di tengah-tengah kawasan hutan gelap. Kiri dan kanannya dipenuhi pokok meninggi dan di kakinya dipenuhi dengan tulang-tulang manusia yang berselerakan. Dan dalam kesunyian itu, kedengaran Syafiq mula menangis perlahan. Namun mulutnya tidak sesekali berhenti melafazkan zikir dan ayat kursi sebagai pelindung.

"Syafiq tolong aku Syafiq." Tiba-tiba kedengaran suara Alif meminta tolong.

Syafiq yang berdiri kaku menoleh ke kiri dan kanan mencari arah datangnya suara Alif itu. Sekejap dia melangkah ke hadapan, kemudian ke belakang cuba untuk mencari Alif.

"Alif! Alif! Kau dekat mana?" Syafiq menjerit memanggil nama roomatenya itu.

Syafiq menjadi tidak keruan. Tangannya yang masih memegang erat telefon bimbitnya itu dihulur ke hadapan, ke kiri dan ke kanan bagi mencari kelibat Alif. Cariannya gagal kerana hanya kelihatan batang-batang pokok memenuhi sekelilinya itu.

"Alif, Alif kau dekat mana wei. Jangan buat aku macam ni. Jangan tinggalkan aku sendiri. Aku takut." Kata Syafiq yang kembali menitiskan air matanya.

Syafiq terduduk di situ. Dia seakan berputus asa dengan segala kejadian yang menimpa dirinya. Dia sudah tidak menghiraukan tulang-tulang yang berada di kiri dan kanannya. Di dalam fikiranya hanya lah mahu keluar dari situ dengan keadaan yang selamat.

"Ya Allah. Aku tahu ini semua adalah ujian darimu. Aku redha dan hanya kepada Mu aku berserah. Bantulah hamba Mu ini ya Allah. Bantu lah aku. Sesungguhnya hanya kepada Mu aku meminta bantuan dan pertolongan." Lafaz Syafiq perlahan.

"Syafiq, tolong aku." Tiba-tiba kedengaran sekali lagi sayup-sayup suara Alif meminta tolong.

Syafiq terdiam. Dia melihat ke arah kanan dan kirinya sekali lagi. Dia kemudiannya memandang ke belakang dan terkejut apabila mendapati bahawa Alif sedang berdiri tegak di belakang nya itu.

Alif yang berada dalam keadaan basah kuyup kelihatan begitu ketakutan dan kesedihan. Walaupun mukanya turut basah, namun kelihatan jelas air matanya mengalir dari anak matanya itu.

"Astagfirullahalazim, Alif. Kenapa kau jadi macam ni." Kata Syafiq lalu menghampiri Alif.

Alif hanya mendiamkan dirinya. Dia berdiri kaku di situ berharap agar Syafiq akan menghampiri dirinya. Melihat Alif tidak menjawab apa-apa, Syafiq menghampiri lalu memegang lengan roomatenya itu.

"Cuba kau cakap dekat aku Alif, kita ada dekat mana ni? Dan kenapa kau sampai jadi macam ni." Tanya Syafiq saat menghampiri Alif.

Alif masih berdiri kaku di situ. Dia tidak menjawab pertanyaan Syafiq langsung. Cuma kedengaran suara tangisannya itu perlahan.

"Alif! Aku tanya kau ni. Jawablah." Jerit Syafiq yang kelihatan sudah tidak mampu bersabar dengan semua ini.

"Aku nak cakap something dekat kau Syafiq. Aku sebenarnya.." Belum sempat Alif menghabiskan kata-katanya, dia seakan ditarik kuat dari belakang.

Alif tercampak jauh ke belakang. Tubuhnya yang melayang tinggi terhentak kuat di batang pokok lalu dirinya rebah dan terkulai layu di tanah. Syafiq yang terkejut melihat kejadian itu berlari mendapatkan Alif.

Saat dia cuba untuk menghampiri Alif, sekali lagi tubuh Alif seakan ditarik kuat lalu dihentak kuat ke arah pokok besar yang berada di kirinya. Alif menjerit kesakitan.

Syafiq yang melihat roomatenya itu kesakitan tidak dapat menahan sebak di dadanya. Dia yang berlari sekali lagi ke arah Alif sedaya upaya cuba untuk mendapatkan roomatenya itu.

"Alif. Alif. Kau tak apa-apa ke?" Tanya Syafiq seusai dia mendapatkan roomatenya itu.

"Akkkk, akuuuuuuuu.." Belum sempat Alif berkata-kata tubuhnya tiba-tiba terangkat tinggi ke atas pokok.

Syafiq yang cuba memegang erat tubuh Alif tidak mampu menahan tenaga ghaib yang menarik tubuh Alif itu. Dia yang hanya mampu melihat roomatenya itu tergantung sendiri di atas pokok, cuba untuk mengundurkan sedikit langkahnya ke belakang.

Syafiq kemudiannya mendongak ke atas untuk melihat keadaan roomatenya itu. Dia sangat terkejut apabila mendapati bahawa ada lembaga hitam di balik tubuh sahabatnya itu. Lembaga hitam yang sama yang menggangu dirinya sejak beberapa hari lalu kini berada betul-betul di balik tubuh roomatenya itu.

"Kau nak apa lagi. Jangan kacau kami." Jerit Syafiq yang cuba memberanikan dirinya.

Hahahahahaahhaa..

Kedengaran hilaian suara lembaga itu dari atas. Bulu roma Syafiq mula berdiri tegak. Namun dia memberanikan dirinya demi roomatenya itu. Jika tidak pasti sudah lama dia pengsan di situ.

"Syaitan! Lepaskan roomate aku. Kami tak ada salah apa-apa pun dengan kau." Sekali lagi Syafiq menjerit dari bawah pokok itu.

Hahahahahahaha...

Hilaian lembaga hitam itu semakin kuat. Tubuh Alif dilepaskan lalu kelihatan tubuhnya itu menjunam ke tanah. Syafiq yang melihat roomatenya itu dilepaskan, berlari ke hadapan untuk menyambut roomatenya itu.

Bammmm!

Syafiq yang cuba untuk menyambut Alif dihempap dari atas. Dia rebah lalu tidak menyadarkan dirinya.

-0-0-0-0-

"Aduh, sakitnya." Kata Syafiq saat dia terjaga dari lenanya.

"Alhamdulillah, dah sedar pun kamu Syafiq." Kata Mak Cik cleaner itu saat melihat Syafiq mula menyadarkan dirinya.

"Saya ada dekat mana ni? Macam mana saya boleh ada dekat sini? Alif mana mak cik? Alif, roomate saya mana?" Berpusu-pusu soalan yang ditanya oleh Syafiq saat dia mendapati dirinya sudah terbaring di atas katil di dalam biliknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience